TONTON & UNDI CALON KEGEMARAN ANDA
(sila klik gambar di bawah.. tarikh tutup: 26Feb, 11:59mlm)

ULASAN:

AKU
kekuatan:
- metafora 'garisan' secara direct mengenai kehidupan manusia
- latar perkampungan nelayan dan bahasa loghat utara sebagai identiti tempatan
- cuba berdakwah walaupun sekadar pemberitahuan yang asas
kelemahan:
- isi cerita oleh voice over yang sama dengan visual = redundant
- kualiti rakaman voice over agak distortion

BURP
kekuatan:
- CGI, sinematografi dan penataan seni yang hebat!
- metafora 'permulaan penciptaan manusia' - sepasang kanak-kanak zaman batu secara surrealism
kelemahan:
- isi naratif yang sangat pendek, berulang-ulang dan hampir kosong!

EYEFINGER
kekuatan:
- sound effect yang bagus
- 'perbualan' yang kreatif
- metafora 'rama-rama' yang penuh makna..
kelemahan:
- naratif yang klise!

KALSOM
kekuatan:
- shocking ending yang wow!
kelemahan:
- jeritan Saiful tu macam pondan sikit? kalau tak, dah hampir perfect dah! hahaha!

KHILAF
kekuatan:
- cerita bacaan puisi gambar bergerak yang bagus
- latar pusat pelacur yang kreatif
- daring!
kelemahan:
- sumbang mahram yang mencacatkan cerita yang sudah cantik?
- isi cerita oleh voice over yang sama dengan visual = redundant (sama macam AKU)
NOTA: secara peribadi, saya kecewa kerana latar Yusof yang sudah elok dikembangkan TETAPI sengaja dicelarukan di akhir cerita untuk mengundang kontroversi dan prejudis kepada agama mungkin untuk cuba 'memancing' perhatian juri dan penonton? kadangkala naratif yang sudah baik TIDAK semestinya mesti ditambah-sumbatkan dengan plot yang shocking bagi meng-gahkannya lagi. ia semacam terlebih-lebih!

MIRROR
kekuatan:
- sinematografi, penataan seni dan muzik latar yang bagus
- pertembungan dua budaya berbeza yang unik
kelemahan:
- predictable ending
- babak kecanggungan makan menggunakan 'tangan' adalah palsu

ODOI ODU *Ajami fav!
kekuatan:
- doku-drama hebat yang sangat asli dari semua segi!
- watak utama Odu (Grandma) begitu natural dengan latar lokasi yang sebenar
kelemahan:
- filem ini seperti di-edit menggunakan Windows Movie Maker ajer! memang nampak murah!
NOTA: saya mahu filem ini menang! sekurang-kurangnya pelakon wanita terbaik!

PERMATA BONDA
kekuatan:
- tipikal melodrama tv Melayu yang dimampatkan (susah tu! hahaha!)
kelemahan:
- naratif yang klise!
- mengambil muzik latar dari filem Ayat Ayat Cinta?

QALAM
kekuatan:
- sinematografi yang hampir baik..
- filem jalanan yang mungkin cuba sekadar mengundang kontroversi dengan membabitkan perbezaan keagamaan?
kelemahan:
- seorang monk tak tahu 'Al-lah' ialah Tuhan kepada agama yang mana satu? dimana dia berjalan di dunia urban masakini? sorry! I don't get it!

SATU
kekuatan:
- satu lagi tipikal melodrama tv Melayu yang dimampatkan tapi masih mempunyai nilai-nilai murni yang bagus.. katanyaaa!
kelemahan:
- naratif yang klise macam iklan berhati-hati di jalanraya semasa hari raya?


KESIMPULAN
Kesemua sepuluh finalist mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Bagaimanapun, saya memilih 3 yang terbaik dari pandangan peribadi saya secara rawak:

Odoi Odu, Mirror, Aku

Sekian, terima kasih! hahaha.. lalala..

p/s: keputusan rasmi akan diketahui pada Astro Kirana Short Film Awards Night ~ Jumaat, 27 Feb di KLCC Convention Centre! jumpa di sana! muahhh!