Okuribito @ Departures ~ 10 poin Ajami Hashim kenapa filem ini sangat bagus?

www.departures-themovie.com

info filem: imdb

sinopsis: wikipedia

waktu tayangan: cinema.com.my


1. Filem ini memang selayaknya menang Best Foreign Language Film @ Oscar 2009!
2. Ia adalah persoalan samada watak Daigo Kobayashi mampu menerima apa yang seadanya setelah kepakaran (bakat) yang dia pelajari selama ini tidak boleh digunakan lagi untuk meneruskan survival hidup (materialistik). Lalu dia mengadaptasikan sebaiknya kepakaran dahulu (fast learner) dalam dunia yang baru (fish out water) untuk menjadi seorang pakar dalam bidang (pengurusan mayat) yang di luar jangkaannya sendiri bahawa dia mampu melakukannya dengan cemerlang.
3. Filem Okuribito juga adalah pasal memahami makna sebenar perkara yang sangat Daigo benci dan menghantui pernah berlaku suatu masa dahulu, rupa-rupanya adalah perkara yang paling terbaik pernah dia rasai (imbasan wajah bapa Daigo akhirnya benar-benar 'jelas' rupanya semasa babak pertukaran 'batu').
4. Kata kunci filem ini ialah kemaafan.
5. Setiap keluarga mayat yang dikendalikan oleh Daigo adalah pelajaran yang dicerap untuk lebih mensyukuri kehidupan keluarganya sendiri.
6. Ia juga mengajar erti kompromi di antara Daigo dan isterinya apabila sesuatu yang mereka hendakkan tidak dapat seperti apa yang dirancangkan.
7. Sentiasa melihat kematian orang lain (samada yang buruk atau baik) tidak bermaksud Daigo akan turut mematikan kehidupan sendiri, malahan ia lebih menjadikan dia melaluinya dengan sebaik mungkin.
8. Sebuah filem drama berat tidak semestinya perlukan dialog yang berjela-jela, cuma dengan naratif yang sangat mengesankan dengan visual dan bunyi yang sederhana tetapi cukup bermakna.
9. Sediakan sekotak tisu semasa menonton filem ini! ahahaha!..
10. Ya! Saya sebak di babak terakhir dimana Daigo menguruskan mayat ayahnya sendiri yang juga konklusi bahawa dia sudah berubah sebagai seorang manusia, suami, ayah dan anak yang hampir sempurna.

Comments

  1. tertarik.

    di mana boleh ditonton?

    dan saya TAK MAMPU menontonnya di GSC Signature.

    =D

    ReplyDelete
  2. dzul ~ arini cuma @ gsc signatures jer.. date lain:

    fri.19/6 ~ gsc mid vly 9PM

    sun.21/6 ~ gsc 1-utama (new wing) 3.15PM

    mon.22/6 ~ gsc 1-utama (new wing) 9.15PM

    tue.23/6 ~ gsc 1-utama (new wing)
    11:30AM 2:30PM 5:30PM 8:30PM

    wed.24/6 ~ gsc 1-utama (new wing)
    11:30AM 2:30PM 5:30PM 8:30PM

    ReplyDelete
  3. oh.

    thanks bro for the info and the link.
    =)

    lagi satu nak tanya,
    (maaf off topic)

    film laskar pelangi memang tak ada ditayang di malaysia ke?

    atau nak kena download jugak untuk ditonton? huhu

    ReplyDelete
  4. filem ini boleh di tonton kt youtube...memang best...kalau kt m'sia filem mcm ni, org takut bikin sebab ia mengenai org mati...
    bro...memang touching la kt scene yg last tu...masa bapa dia mati sambil memegang batu yg diberikan kepada daigo semasa bapa dia pergi meninggalkan daigo...

    PARANOID PARK

    ReplyDelete
  5. memang ditunggu-tunggu filem ni main di msia

    ReplyDelete
  6. ok will tengok hujung minggu ni kalau dapat! :P

    ReplyDelete
  7. pergh...bila org malaysia nak wat filem macam nie...takkan nak tunggu aku kot hahah....

    ReplyDelete
  8. heh..panjang umur filem ni, baru semalam aku tengok....filem ini buktikan nak buat filem bagus takyah budget besar, yg penting idea...

    ReplyDelete
  9. Ajami

    Saya ingat nak review, rupanya awak mendahului saya. Jadi, tumpang semangkuk review kat sini lah ye...

    Alamak! Tak tahu pun ada kat youtube! Saya siap beli DVD, RM19.90 sen. Kalau tahu, jimat kos.

    Ulasan saya :

    1. Flashback panjang dan ada flashback dalam flashback pulak tu. Filem ini boleh ditunjuk pada sesetengah penerbit, pengarah, orang-orang lama atau orang2 Finas yang "fobia" sangat pada FLASHBACK. Skrip filem saya tak disukai oleh mereka kerana flashback banyak dan panjang. Mrk kata flashback itu "style lama". Betul ke flashback tu style lama? Kalau style lama, kenapa boleh menang Academy Award? Entah! Saya budak baru belajar....

    2. Walaupun agama mereka lain, beberapa prinsip konsisten dengan prinsip agama Islam. Cth :

    a. Dialog hero : "What exactly am I tested for? May be it is a punishment for not seeing my mother.."

    Dalam Islam ada konsep ujian dan hukuman/bala dari Allah. Dan ada konsep berbuat baik pada ibu. Nabi sebut ibu..ibu..ibu dulu tiga kali, lepas tu yang keempat baru buat baik pada bapa. Dan syurga itu di bawah tapak kaki ibu. (Hadis)

    b. "Fate play funny tricks for people"

    Cuba berbicara pasal takdir. kalau dalam Islam kita harus redha/terima akan apa yang terjadi kerana itu ketentuan Allah dan kita tak tahu kenapa Allah bagi sesuatu yg kita tak suka, dan kena sedar bahawa setiap perkara - buruk ke baik - pasti ada hikmahnya.

    Prinsip ini iaitu redha menerima takdir diperkuatkan lagi dengan dialog :

    "What I believed to be my dream was probably not my real dream."

    Dia akur pada kegagalan kerjaya muzik dan pulang ke kampungnya. isterinya juga "redha".

    c. Kata tukang bakar mayat pula :

    "working here for a long time makes me think..that death is a gateaway. Death doesn't mean the end but leaving the present to the next stage. Truly a gateaway. As a gate keeper, I've sent off many people. 'Have a nice trip. See you again' I would say..."

    Prinsip ini sama juga dengan Islam yang memandang kematian bukan sebagai penyudah tapi perpindahan ke alam yang seterusnya iaitu alam kubur.. dan kemudian bila tiba hari kebangkitan kelak, roh akan dikembalikan ke dalam jasad untuk diperhitungkan semua amalan kita.

    Ini bermakna si tukang bakar itu pun percaya pada hari kebangkitan semula. "see you again"

    ReplyDelete
  10. maizura, i love your take on departures.

    ReplyDelete
  11. hi there...sorry for trespassing..anyone who are interested to do landscaping for their garden...pls visit our blog...we willl give a new meaning to your space...have a great day!thanks blog owner for letting me leave this comment!!!

    ReplyDelete
  12. Kak Yasmin,

    Thank You for reading my komen yang panjang berjela..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts