Lakonlayar filem ini oleh Rafidah Abdulllah 3R sangat kemas dan mudah difahami dengan struktur yang begitu jelas terpecah kepada 2 parallel storylines - Bella dan Intan.
Bella (Maya) dengan misinya mengejar seorang jutawan, Datuk Hisham (Eizlan). Manakala Intan (Fazura) gatal kononnya hendak menyelesaikan misteri pembunuhan Datuk Zakaria (Dato' Rahim). Itu adalah ringkasan pendek tujuan masing-masing di awal cerita di atas sebuah kapal mewah Putri Duyung. Namun setelah menonton sepenuhnya filem ini sehingga tamat, lain pula yang akan berhasil kepada Bella dan Intan.
*cerita Bella
Dia mengguna-gunakan Faqir (Shahredza) sebagai alat atau batu loncatan untuk mencapai hasrat niat 'pisau cukur'nya terhadap Datuk Hisham. Waktu yang sama, Faqir memang setuju untuk membantu kerana memang tertawan dengan Bella! Sebenarnya kisah hubungan Bella-Faqir inilah cerita sebenar-benarnya yang dipaparkan dalam segmen kisah Bella. Manakala Datuk Hisham hanyalah sekadar punca sahaja.
*cerita Intan
Dia sebenarnya hendak buktikan kredibiliti sebagai jurnalis kepada seorang penyiasat persendirian, Ari (Aaron) yang sangat ego dan pernah (masih) berseteru dengannya. Juga sebenarnya kisah hubungan Intan-Ari yang kontras inilah cerita utama yang dipertontonkan dalam segmen kisah Intan. Manakala kematian Datuk Zakaria cuma penyebab sahaja.
Kamu dapat bayangkan bagaimana seronoknya bila menyaksikan hubungan yang ganjil sebegitu bukan? Sebenar-benarnya kamu menyukai kisah percintaan di antara Bella-Faqir & Intan-Ari yang tolak-menolak, benci-membenci, guna-mempergunakan. Itulah hook filem ini!
Kedua-dua segmen cerita Bella dan Intan digabungkan dan dijalinkan oleh sub-plot dan watak-watak lain sebagai punca, akibat, penyebab dan penyedap cerita. Perjalanan kisah Bella dan Intan diceritakan secara berselang-seli, berselisih, bercantum, bertembung, berkaitan, bersama-sama dengan bagus!
Limitasi naratif hanya dalam sebuah kapal itu sahaja memudahkan lagi penceritaan kerana durasi dan lokasinya terkawal untuk jangkawaktu dan ruang yang terhad. Ia diceriakan lagi dengan dialog-dialog santai dan gedik oleh Bella dan Intan.
Namun begitu, tidaklah sepanjang masa filem ini hanya hendak berlawak dan berlawak sahaja. Saya sukakan 2 babak dimana Bella dan Intan berada dalam momen gelap dan jujur hidup mereka:
*Bella - berterus-terang kepada Faqir tentang asal-usul kenapa dia jadi 'pisau cukur' berdasarkan latar keluarganya.
*Intan - meninggalkan Datuk Salleh (Radhi) setelah dimaki kerana tidak mahu tinggal dalam bilik selepas diberikan cincin lamaran.
Saya sukakan character development dalam filem ini. Memang di awal cerita secara luarannya, Bella dan Intan ialah gadis-gadis loser yang bergaya, kelihatan sangat pisau cukur, lincah, mata duitan, materialistik dengan kegedikan dan kemiangan mereka. Tetapi kisahnya berakhir dengan menyerlahkan warna sebenar diri mereka yang masih ada harga diri dan insaf katanya! Wow! Filem ini berjaya memartabatkan ahli-ahli kelab pisau cukur di negara kita! Oh! My Gucci! Panasss! ahahaha!

Comments
KINIBOOKS
KINOKUNIYA
SILVERFISH
AMAZON
Tak sabar nak tengok ni...suka maya and fazura...seperti saya suka Rozita...huhuhu
oh ada dijual d kinokuniya ya, akan belinya nanti. suka sgt pisau cukur ni
sy tk penah minat Fazura, tetapi sangat sukakan fazura dlm pisau cukur.. :) sgt comel dengan watak intan mastura.
Nan - Dato' Rahim akan beraksi 'ganas' dlm Muallaf coming soon 24 dis! :-)
Koishie - sgt gedik kannn?
Anonymous - jgn lupa tengok filem Muallaf mulai 24 dis 09.. mungkin filem sebegitu yg kau cari?
MARSLI - akan melawat jap lagik :-)
Adi - memang rasanya lebih sedap sebab perisa holiwud kot? ahahaha!
ryann - setuju! kita perlukan lebih ramai 'rafidah' dlm industri filem!!! :-)
Kami di blog kami itu hari ada borak pasal filem layar perak dan telemovie.
saya rasa telemovie ni banyak yang lagi boleh bla dari filem filem yang ditayang di panggung.
Tetapi itu hanya pendapat kami yang tidak begitu tahu tentang industri ini.Abang pula nampaknya penggiat aktif dalam borak2 perfileman ni.
Kalau abang Ajami dapat kongsi sket pendapat abang memang caya la sebab kami yang tak tahu ini ingin tahu.
usha la blog post kami eh.
Benda Benda Boleh Bla la Kira
www.soapapendapatyouallhuh.blogspot.com