Salaam..
Hasil penayangan filem-filem tersebut memberi respons dari berbagai sudut samada dari si pembikin mahupun si penonton. Ia berhasil sebegitu bergantung kepada jalan cerita, persembahannya dan durasi bagi setiap filem. Respons yang saya maksudkan ialah penerimaan khalayak samada ia dianggap seronok untuk ditonton apabila mereka faham atau sebaliknya. Sudut pandangan penonton juga berkait-rapat dengan sejauh mana mereka dapat meneka kehendak si pengarah dan produksi untuk bercerita. Sampai atau tidak? Khalayak yang tampil bertanya selepas setiap tayangan pula bergantung apa nawaitu mereka samada sekadar hendak menguji kemampuan pengarahnya menjawab dan mempertahankan ceritanya?.. atau mereka memang hendak tahu apa ceritanya?.. atau melontarkan pandangan sisi peribadi mereka tentang apa yang difahami? Saya tidak hirau sangat pasal siapa dan apa yang ditanya oleh setiap orang yang ke depan bertanya. Tetapi saya seronok melihat bagaimana setiap salah seorang dari anggota produksi menjawab dan menerangkan kembali apa yang telah ditayangkan. Pada pendapat saya, boleh dikatakan semua pengarah seakan-akan sehabis mungkin cuba menjelaskan secara terperinci tentang setiap apa yang telah ditayangkan. Cara berkomunikasi itu yang mungkin perlu lebih diasah dan dilatih oleh tenaga pengajar di FACT untuk acara terbuka sebegini serta di-rehearsal-kan sebelum majlis sebenar berlangsung. Ya! Sinopsis melalui poster atau pamphlet sudah memadai untuk sekadar memberikan hint apa jalan ceritanya sesebuah filem itu sebelum ditayangkan. Maka apabila sekali lagi si pembikin menerangkan seterang-terangnya selepas tayangan, ia sedikit-sebanyak akan mengurangkan keseronokan si penonton kerana semuanya sudah disuapkan sekenyang-kenyangnya..haha! Saya rasa lebih molek sesi soal-jawab itu ke arah lebih terkawal sekiranya semua pembikin menstrukturkan apa yang hendak dibicarakan dalam mukadimah secara sama. Misalnya dari sudut teknikal: berapa bajet, jenis kamera, jenis tangkapan kamera, berapa hari di lokasi, kostum, pencahayaan, suntingan, jenama non-linear, durasi, dll.. serta sudut penceritaan: genre, tema, struktur cerita, dll.. Mungkin selepas itu barulah penonton yang tampil akan lebih tersusun dari sudut apa pula yang akan mereka tanya atau tambah? Walaugaimanapun, saya beranggapan secara keseluruhannya bahawa acara malam tadi masih oklah! Mungkin kalau kesemua filem itu akan dibuat road-tour ke serata UiTM di Malaysia, atau majlis lain ia boleh diperbaiki sebagai kerja gabungan berpasukan dari kesemua produksi. Berikut ialah pandangan ringkas peribadi saya tentang naratif dan bikinan setiap filem:

BANTAL LENGAN (12 min) - arahan: Mohd Rahhiemi Alias
Saya tak sempat menonton segmen-segmen awal filem ini. Maka hasil sebenarnya tidak adil untuk saya ulas secara keseluruhan. Cuma saya merasakan bahawa 'behind the scene' semasa end-credit filem ini lebih menyeronokkan dari filemnya?..haha! (kalau ada youtube, sila beritahu saya untuk ulasan semula)

THE 5 RULES (8 min) - arahan: Abdul Faiz Mohd Jayramie
Pemaparan video yang salah! Saya pelik kenapa semasa suntingan perlu dibikin menjadi aspect ratio 16:9 (with letterbox @ cinema-scope) sedangkan rakamannya ialah 4:3? Ia menjadikan gambar subjek menjadi penyek! Kerja suntingan sebegitu menggambarkan seolah-olah si pembikin kurang arif tentang keperluan teknikal itu atau disengajakan untuk mendapat film-feel seperti mtv KRU dulu-dulu? No! No! Dari segi cerita, walaupun kononnya ia cuba mengkreatifkan subjek kekeluargaan dan thriller tetapi masih terlalu beracuankan filem SAW yang saya anggap terlalu klise.

HIDE/SEEK (10 min) - arahan: Benz Muaddid
Ia seperti rip-off filem HISTERIA oleh James Lee tetapi saya amat menyukainya! Twist watak lelaki yang saya ingatkan sebagai seorang antagonist kepada ke-empat-empat budak perempuan itu boleh dikatakan 'menjadi'. Sejujurnya saya meremang bulu roma apabila salah satu watak (lupa nama watak dia) menceritakan semula flashback kejadian di dalam tandas! Hey! Apakata korang kembangkan jadi skrip filem cereka!..haha!

SUJUD (6 min) - arahan: Muhamad Rahimi Zailanni
Inilah satu-satunya filem yang begitu mengujakan saya pasca-tayangannya! Ia memang sebuah filem yang nampak sangat murah dan paling senang dibikin tetapi paling berat isinya. Filem sebegini memberi impak bukan semasa penontonan tetapi beberapa ketika selepas habis ditonton. Maksud saya, dengan hanya filem berdurasi 6 minit dimana opening title berlatarkan laungan Azan secara penuh dan satu tangkapan 'long take' mampu bercerita perihal apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Seperti yang saya katakan semasa ulasan terbuka tadi, filem ini mengandungi momen tentang pilihan; dosa-pahala, syurga-neraka, baik-jahat dalam latar seperti sebuah filem didaktik dakwah yang disengajakan tanpa disedari oleh khalayak. Dua watak itu adalah perbezaan pilihan yang dipisahkan oleh satu garisan nipis. Waktu solat Subuh itu semua orang tahu ialah waktu yang paling sukar dek kerana permulaan hari selepas bangun tidur (tidak sedar) dan pendek iaitu samada kita dapat atau terlepas berbanding waktu solat yang lain semasa setiap manusia dalam keadaan sedar seharian. Ia bercerita tentang pilihan setiap umat Islam yang samarata. Take it or leave it?

RONAMAYA (15 min) - arahan: Amer Zaman
Maaf kepada Amer dan produksi kerana saya menyamakan filem kalian dengan kesilapan format video seperti filem THE 5 RULES..haha! Oklah, filem korang memang cantik dan menarik serta terbaik dari segi sinematografi dan suntingannya. Filem ini bagi saya beracuankan seperti filem THE OTHERS yang menterbalikkan fungsi watak-watak di kesudahan cerita. Ia berjaya menggunakan bahasa filem yang pelbagai serta perlu ditonton berulang kali untuk menangkap perihal-perihal mainan visual storytelling yang berlambak di sepanjang naratif filem ini seperti air minuman warna hijau, hujan warna merah, poster-poster filem di dinding, kebaya hijau bla bla bla.. Tahniah!

MAUTOPIA (10 min) - arahan: Ridhwan Saidi @ binfilem
- tunggu ulasan fadz tontonfilem (dah update pun!)
- tunggu penerangan lanjut binfilem sendiri!
Komen saya cuma: ia eksperimen penceritaan filem yang mengada-ngada dan lazat terbaekkk dari ladang!!!..haha! Aku tak sabar tunggu filem cereka kau bro! yang pasti meletup dan calon pengarah Malaysia yang akan jadi kultus seperti Tarantino suatu hari nanti!..muahhh!

REF: blog: skrinfilem sinopsis: binfilem

*terimakasih En. Norman :) dan terimakasih azri coz bagi air mineral yg cool beb!

lain2 blog: jhbt demimasa2 mapieceofart otakmovie