DEVIL (2010) ~ siapakah yang syaitan?
pengarah: John Erick Dowdle
cerita asal: M. Night Shyamalan
penulis skrip: Brian Nelson
genre: supernatural mystery thriller
http://thenightchronicles.com/devil/
Salah seorang dari 5 penumpang di dalam lif ialah syaitan. Seorang demi seorang akan dibunuh kerana dosa masing-masing. Sementara 3 orang lagi menyaksikannya di monitor tv bilik kawalan bangunan. Persoalannya siapakah yang syaitan dan siapa pula yang akan mati seterusnya? Filem ini menggunakan struktur naratif ala penceritaan whodunit dan urband legend yang mengambil latar lagenda/mitos The Devil's Meeting. Semua suspek terperangkap dalam lokasi yang sama dimana Detective Bowden (Chris Messina) dan juga penonton cuba meneka siapakah pembunuh yang juga syaitan bertopengkan manusia? Limitasi lokasi yang sangat terhad di dalam lif sahaja untuk sebahagian besar filem ini mengingatkan saya kepada filem 12 Angry Men (1997) atau Phone Booth (2003). Pembikinan filem sebegini kelihatan mudah dan jimat kerana menggunakan set yang kecil dan terhad tetapi sebenarnya sukar kerana jarak kamera sentiasa dekat dengan semua pelakon dalam lif. Itulah kelebihan utama filem ini kerana berjaya menimbulkan perasaan claustrophobia. Ia juga mengambil sedikit ala filem-filem realisme bercerita dari penontonan monitor tv dimana dalam filem ini ialah visual dari CCTV di dalam lif. Perwatakan dari setiap mangsa iaitu Tony (mekanik bekas askar), Sarah (isteri orang kaya), Ben (pengawal bangunan sementara), Jane (wanita tua), and Vince (jurujual) masing-masing mempunyai latar yang 'wajar' dibunuh oleh syaitan sebelum dibawa ke neraka. Penonton akan merasa tertekan kerana terperangkap bersama watak-watak ini. Suntingan filem yang mudah dengan hanya merakamkan bunyi gedebak-gedebuk seseorang sedang dibelasah dan dibunuh oleh syaitan dalam gelap memanglah murah, tetapi sangat berkesan untuk mengujakan penonton kerana menunggu siapakah mangsa seterusnya yang mati bila lampu terpasang semula. Pengulangan sekuen babak yang sama berulangan sehingga akhirnya menyerlahkan siapakah syaitan yang sebenarnya? Manakala Detective Bowden akan menemui jawapan apakah kaitan semua kejadian itu dengan kematian isteri dan anaknya 5 tahun yang lalu? Oh! jangan keliru bahawa filem ini bukan arahan Shyamalan tetapi cerita asal dan terbitannya sahaja yer! hahaha..

pelik juga...skrip m.night syamalan..awat la dia tak direct...
ReplyDeletemesti ada twist. macam best gak untuk tonton.
ReplyDeleteWajib tonton.
ReplyDeleteHmm,filem ni semata-mata cerita 5 orang dalam lift terperangkap dan jadi mangsa Devil je ker?
ReplyDeletearghh, gua memang teringin mahu nonton ini filem! hari jumaat, ke KLCC!
ReplyDeleteDEVIL = SYAITAN...
ReplyDeleteTAPI SYAITAN NI PEGI BUNUH ORANG YANG BUAT JAHAT...!!! hohoho...
Personally, I enjoy watching the movie. It's just that I don't really get what's the point?
ReplyDeleteWhy the 'hidden devil' easily forgive the main guy who actually the worst among other 5 people? He killed a mother and son. How he easily forgiven? by just say sorry?
and the other 3 doesn't have that chance?
doesn't make any sense.
in short, filem ini adalah filem yg mudah ditonton. penonton tak perlu serabut2 fikir apa yg sebenarnya berlaku dan sebagainya. cuma, duduk, dan enjoy seorang demi seorang disiksa dan dimatikan begitu sahaja dalam situasi simple dan tak terfikir wlaupun boleh dikatakan babak2 dlm lif itu mengandungi terlalu byk foreshadowing sampaikan saya sendiri sudah boleh teka siapa sebenarnya syaitan bertopengkan manusia dalam lif itu. apa2pun, saya tak kisah untuk dapatkan dvdnya dan tonton sekali lagi... sekadar utk menakutkan diri sendiri.
ReplyDeleteowh, saya seorang klaustofobik. makanya filem ini memang menyemakkan perut.
minggu lepas tiap2 hari gua naik ofis tingkat 4 naik tangga gara2 filem ni. wajah perempuan tua tu memang tak boleh buang dari ingatan buat masa terdekat ni.
ReplyDelete