SINI ADA HANTU (2011) ~ hey! kau benar-benar percaya?
*ulasan ini ada spoiler!
Salaam..
Filem ini mengangkat kisah hubungan 'hantu' dan 'manusia' dalam kronologi yang unik! Ia terpecah kepada 4 kisah dimana salah satunya menjadi bingkai untuk setiap 3 lagi kisah hantu yang lain.
1. Sini Ada Hantu (bingkai)
Letakkan situasi 'road movie' yang kebiasaan tipikal sebuah filem seram iaitu Ah Meng (Alvin Wong) dan Bakri (Baki Zainal) yang memandu sebuah van menghantar sebuah keranda dari poin A ke poin B di waktu malam. Kedua-duanya menghabiskan perjalanan 'terpaksa' mereka atas tekanan keperluan wang gaji overtime. Dalam ertikata lain, mereka 'terperangkap' dalam perjalanan yang secara luarannya adalah menyeramkan kerana pakej penghantaran yang bukan seperti kebiasaan kerja harian mereka iaitu kali ini menghantar orang mati! Mereka bukan pekerja van mayat yang profesional. Tambahan pula kedua-duanya kemaruk untuk berkongsi kisah-kisah seram urban legend masing-masing. Gabungan perwatakan yang humor digarap dalam ruang lokasi (kenderaan) yang dekat dengan kematian..dan cerita-cerita hantu! Seronok tetapi menyeramkan! Lantas khalayak diberikan kronologi 3 cerita yang berikut:
2. Hantu Pokok Pisang
Saya melihat segmen ini sebagai hantu yang dipanggil sendiri oleh manusia - Zam (Sufian Mohamed) ke dunia manusia untuk kepentingan peribadi. Hantu Pokok Pisang (Fasha Sandha) hanya menjadi 'alat' untuk memuaskan nafsu Zam sendiri serta 'fitnah' rekaan Zam kepada Farid (Beto Kusyairy) untuk mendapatkan Noraini (Eira Syazira) juga melunaskan dendam oleh Zam kepada manusia lain iaitu Farid. Hantu Pokok Pisang sekadar makhluk lain yang kewujudannya tidak berpunca dari kematian manusia bertukar menjadi hantu tetapi manusia itu sendiri (Zam) yang berperangai seperti hantu (jahat). Boleh juga dikatakan bahawa Zam ialah pemilik Hantu Pokok Pisang yang akhirnya memakan tuan. Segmen ini benar-benar bermain dengan genre seram yang serius dan dramatik lebih kepada kisah kemanusiaan yang hanya meletakkan elemen hantu sebagai simbol kejahatan dalaman sesama manusia - Zam dan Farid kedua-duanya adalah watak-watak hitam malahan Zam yang digambarkan naif lebih jahat dari Farid yang luarannya lebih jelas penjahat secara fizikal. Zam-Farid ialah musuh ketat kerana berebutkan Noraini. Sesuailah!
3. Hantu Nombor Ekor
*nota: aku dah lupa nama watak-watak dalam segmen ini! pls letak kat komen siapa yg tau?
Segmen ini pula ialah hantu yang berasal dari manusia - perempuan yang mati dirogol dan dibunuh lantas dipanggil semula ke dunia manusia oleh manusia sendiri. Watak lakonan Pete Teo (aku lupa!) ialah manusia yang bermasalah dengan manusia lain - along. Sekali lagi hantu dalam kisah ini hanyalah 'alat' untuk kegunaan manusia cuma bezanya Hantu Nombor Ekor juga mempunyai dendam kesumatnya sendiri di dunia manusia iaitu kepada 3 orang lelaki yang telah merogol dan membunuhnya. Watak Pete lebih teruk dan jahat dari watak Zam kerana sanggup mengorbankan salah seorang kawannya sendiri untuk kepentingan survival individunya. Segmen ini memaparkan bahawa kedua-dua makhluk - manusia dan hantu 'berjaya' sebagai kumpulan untuk memusnahkan manusia lain. Namun sekali lagi manusia tewas kerana tamak haloba dan hukum karma along membunuh dirinya sendiri manakala Hantu Nombor Ekor (tq pembetulan oleh fraimee huhuhu!) berjaya mencapai hasrat ketidakamanan rohnya (walaupun bukan 3 lelaki yang sebenar). Ironic kan? Segmen ini juga mula meringankan penceritaannya dengan meletakkan sekali-sekala babak-babak humor berbanding segmen Hantu Pokok Pisang.
4. Hantu Asrama
Hantu askar-askar Jepun dan pelajar-pelajar asrama, Yakob (Qhaud) dan kawan-kawan sebiliknya (Taiyuddin Bakar, Chomatt Samad, Amerul Affendi) tiada kena-mengena langsung atau saling tidak berkaitan. Malahan manusia dilarang sama sekali untuk bertembung atau berkomunikasi atau melewati kawasan hantu-hantu itu jelas dari dialog watak Penjaga Asrama (Kazar) yang berkali-kali melarang Yakob semasa di gelanggang tenis. Kedua-dua dunia memang sepatutnya terpisah oleh sempadan yang sudah ditetapkan. Yakob tidak memanggil hantu untuk kepentingan peribadi cuma dia manusia yang sesat dalam keegoannya sendiri. Malahan hantu-hantu Jepun itu terperangkap dalam 'time loop' zaman gelap mereka sendiri semasa menjadi manusia yang akhirnya membunuh diri sendiri beramai-ramai kerana terlalu taksub dengan kehebatan tentera mereka dahulu. Hantu-hantu Asrama itu lebih kronik terperangkap dalam ketidakamanan roh-rohnya kerana tidak dikuburkan dengan sempurna berbanding Hantu Nombor Ekor? Mereka bebas berkeliaran dalam dunia mereka sendiri. Dalam ertikata lain, yang bermasalah tragik dalam segmen ini ialah di pihak hantu-hantu Jepun berbanding manusia Yakob yang merasakan dirinya lebih berani dari rakan-rakanya yang lain. Segmen ini juga semakin ringan dengan dialog-dialog humor di antara watak-watak pelajar asrama rakan Yakob seperti sebuah teen slasher popcorn movie?
Kembali ke segmen no.1 Sini Ada Hantu..
Filem ini sebenarnya seperti cerita dalam cerita dalam cerita ala-ala Inception strukturnya? Setiap segmen akan ada babak dimana salah seorang watak akan mula bercerita mengenai kisah hantu yang kemudiannya akan menjadi kenyataan munculnya hantu itu. Watak-watak Ah Meng dan Bakri pula ialah storyteller kepada kesemua cerita kepada khalayak yang memecahkan ke segmen masing-masing mengikut giliran siapa si pencerita dan apa ceritanya? Di samping itu Ah Meng dan Bakri juga mempunyai naratif 'hantu' mereka sendiri sebagai realisme. Penonton tahu bahawa ketiga-tiga cerita hantu: Hantu Pokok Pisang, Hantu Nombor Ekor dan Hantu Asrama adalah cerita dari mulut ke mulut yang sudah ditokok-tambah untuk menyedapkan cerita sahaja. Kerana itulah setiap segmen mempunyai perwatakan hantu-hantu yang sangat tipikal, berkostum dan mekap ala pementasan dan robotic tanpa dialog samada berupa kemelayuan (Bakri) atau opera cina (Ah Meng) mengikut interpretasi kaum masing-masing (hanya manusia yang tahu bercakap dengan manusia lain) Samada ia kisah hantu yang benar-benar terjadi? Pengakhiran filem ini yang sehabis komedi dan parody penemuan Ah Meng dan Bakri dengan hantu 'Mano Maniam' itu ialah puncak arahan James Lee seolah mengatakan bahawa "Hey! Kau benar-benar percaya?"..hahaha!
*rev lain >> tontonfilem & TMBF & kedaikopijaja

berapa bintang bang filem ni?
ReplyDeleteafrohead - aku bagi 4/5 bintang boleh? huhuhu!
ReplyDeleteoh yeah! 4/5 bintang gak..da tgk filem ni! betul2 best! one word : segar!
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/pages/wayangpacakblogspotcom/163531317033015?sk=app_4949752878
ReplyDeletesuka! (;
ReplyDeleteSebuah filem hantu & komedi yang 'intelligent'. Pertama kali saya ketawa kuat dalam pawagam. James Lee menguasai mediumnya. Malangnya tak ada 'stars' dalam barisan pelakon untuk menarik audiens zombi (baca: yang tak ada otak!)
ReplyDelete