HANTU BONCENG vs. KARIPAP KARIPAP CINTA (2011)

Salaam..berikut ialah ulasan santai versi raya 2011 yakni 2 buah filem Melayu sekaligus yang berentap di pawagam atas dasar nak sangat ditayangkan semasa hari raya setelah melalui perebutan penjadualan mengikut Skim Wajib Tayang FINAS.

HANTU BONCENG (2011)

Ia ialah sebuah filem tentang mat rempit dalam jalinan seram komedi aksi yang bermoral tinggi! Tajuknya sahaja sudah memberikan jangkaan yang sangat ketara tanpa perlu difikirkan terlalu dalam maknanya. Maka filem ini sudah tentu menjanjikan sebuah hiburan ringan dengan sedikit elemen seram yang tidak keterlaluan. Filem ini juga seolah kesinambungan sindiran dan nasihat oleh penulis skrip merangkap pengarahnya, Ahmad Idham mungkin sekuel Adnan Semp-it (2010) dahulu dalam versi cerita yang lain. Tengok poster pun macam ada sedikit kesamaan dengan 'mulut ternganga' oleh si heronya kan?

Filem ini masih berlegar mengenai gejala mat rempit tetapi kali ini watak Amran (Mohd Razizan Abdul Razak @ Zizan Raja Lawak) di awal cerita ialah seorang mat rempit yang sangat 'berjaya' dalam perlumbaan haramnya. Ia dipanjangkan dengan memaparkan persoalan 'what if' seorang mat rempit hanya mampu diinsafkan dengan kemunculan entiti 'hantu' Maya yang menghantui kehidupannya?

Penceritaan filem ini bermula dengan pantas dan begitu selesa dengan punchline serta body language ala Zizan Raja Lawak yang berkesan. Tidak dinafikan bahawa filem ini bergerak lancar melalui lakonan bersahaja serta penceritaan yang dikemudi sepenuhnya oleh Zizan. Namun begitu filem ini lekas-lekas mengetengahkan beberapa watak dan subplot ke pertengahan filem seperti konflik cinta Kunyit-Mariam, Halimaton-abangnya dan twist kemunculan watak Ayu untuk mewarnai lagi penceritaannya. Klimaknya jujur dengan tajuk 'hantu' yang akan muncul menyelesaikan secara magikal walaupun karut-marut dalam medium sebuah komedi!

Jalan ceritanya sangat mudah difahami dan para wataknya pula sangat-sangat berkaitan sesama sendiri. Walaupun ia mungkin kelihatan bulatan cerita yang agak kebetulan di sana-sini tetapi sudah memadai untuk dikembangkan dan dihabiskan dalam sebuah filem yang sememangnya ringan. Dalam filem ini ada satu babak yang begitu saya sukai dimana watak Yus Raja Lawak sebagai pekerja syarikat menjual motorsikal Modenas membuat 'product placement' secara montaj yang tidak lagi berselindung untuk 'menjual' jenama itu. Begitu juga dengan penggunaan jenama Yellow Cab Pizza yang menjadi karier watak Amran begitu subtle 'dijual' sehingga saya sendiri rasa nak beli pizza itu! Serius ni tau! Bak kata orang 'alang-alang menyeluk pekasam' kan?

Lokasi dan babak 'wajib' seperti kelab malam, perlumbaan haram dan rumah bomoh disulami dengan moral tinggi melalui kemunculan watak orang alim dan doktor yang melabelkan mat rempit sebagai 'sampah masyarakat'. Filem ini benar-benar kritikan pedas dan sindiran telus oleh Ahmad Idham kepada semua gejala mat rempit, bohsia, pergaduhan, perbomohan dan amalan ilmu hitam.

Kedengaran klise? Sudah tentu! Tetapi saya masih terhibur!





KARIPAP KARIPAP CINTA (2011)

Ia sebuah adaptasi novel yang ditulis oleh Nazri M. Annuar sebagai kononnya seolah parody kepada kisah filem Ayat Ayat Cinta (2008). Saya akui novelnya sangat bagus dan santai. Bagaimana pula filemnya dimana lakonlayar ditulis sendiri oleh Nazri? Itulah yang menjadi persoalan pokok sebelum menonton filem ini.

Filem ini sebenarnya mempunyai asas naratif yang sangat baik berdasarkan jalan cerita dari novel asalnya. Cabaran utama filem ini ialah untuk memadatkan menterjemahkan kesemua cerita bertulis ke medium sebuah filem. Kini ia mesti 'menghidupkan' kesemua watak dari gambaran imej yang dibayangkan semasa membaca sebuah novel. Ia mungkin BUKAN sesuatu yang diambil kisah seandainya seseorang penonton filem ini BUKAN pembaca asal novel itu kerana ia sebuah karya kisah yang baru pertama kali ditonton. Tetapi ia mungkin perihal yang dipersoalkan oleh para pembaca novelnya. Ya! Saya akui sebuah adaptasi tidak mampu mengelak dari diperbandingkan dengan naratif asalnya. Pembikin filem perlu memilih untuk menyalin sepenuhnya jalan cerita atau mengkreatifkan sebaik mungkin versi sebuah filem yang berdikari sendiri.

Ia menceritakan sejauh mana kesanggupan Ali (Gambit Saifullah) untuk menawan hati seorang gadis, Sarah yang sekali imbas seumpama 'enggang dengan pipit' tidak mungkin disatukan. Untuk ulasan jalan cerita filem ini, sila klik sini : KARIPAP KARIPAP CINTA ~ kisah karipap Sarah yang seronok?

Ya! Jalan ceritanya sama serupa sebijik seperti dalam novelnya! Cuma filem ini mengambil bab-bab yang penting dan dianggap sesuai ajer untuk difilemkan. Ya! Benar ada juga beberapa tambahan dialog dan babak kecil yang mungkin tiada di dalam novel tetapi kisah besarnya tetap sama. Seandainya saya ya amat suka novelnya, untuk filem ini juga saya suka! (tapi taklah ya amat suka) hehehe..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN & SELAMAT HARI MERDEKA yek!

NOTA: untuk bacaan yang lebih serius, sila klik artikel pasal Ketua Pengarah FINAS yang terbaru:

HELLO NAGUIB RAZAK

Comments

  1. hantu bonceng~nampak sangat menarik.Harap,tak menghampakan macam "Awek aku pontianak".
    Karipap-karipap cinta ??,hurmmmm..kadang2 ada novel,mungkin lebih baik selamanya dalam bentuk novel.

    ;P

    Selamat Hari Raya,Uncle !!.

    ReplyDelete
  2. novel karipap2 cinta sangat bagus?novelnya pun aku tak suka

    ReplyDelete
  3. Mmmm..baru je tengok KKC ni disebabkan nama ‘hafsham’.But sedeylah sbb bagi aku citer ni x spt yg aku harapkan.aku x baca pun novel asalnye..but ntahhhla..mmg kita dibesarkan dgn karya2 hafsham..tapi x sangka pulak KKC ni mcm ni..
    Kalau boleh, aku nak kuar awal je….Intro aje dah boring.Hero bangun lambat,tergesa2 bersiap,tergesa2 pegi keje dan sampai kat opis kena tegur dgn bos.Tajuk citer mcm xde kaitan sgt dengan jalan citernya.Mcm merendah2kan martabat student al-azhar pun ade.Takkanlah ade student al-azhar yg balik msia pakai tudung macam tu..En.Hafsham, harap buat review balik.Jangan syok sendiri..betul2 frust dan seedy dgn KKC ni…Panggung pun kosong.mmglah ade part yg bagus..tapi overall 65% x best.Sorry ye..this is my pendapat peribadi.TQ

    ReplyDelete
  4. Muhammad - tgk sendiri nnti u nilaikan huhu!

    fndrocka - rambut sama hitam hati lain2 kan? tq bg komen yek! :)

    hakimi2010 - cuba u beli novelnya & baca..psl studen al-azhar tu dlm novel mmg tak spt dlm filemnya..tq bg komen k :-)

    ReplyDelete
  5. KKC?macam menghampakan.promising pada mulanya,tapi semakin lama makin hambar.hampir tertidur dalam wayang.have a look at my website,i did some review about KKC.hantu bonceng ade jugak,but that was reviewed by my partner.

    www.dramaticdurian.com

    ReplyDelete
  6. syafiq..execution kkc rasanya ada masalah skit hehe..

    p/s. suka baca rev KKC & HB korang:

    KARIPAP KARIPAP CINTA

    HANTU BONCENG

    ReplyDelete
  7. thanks.still teringat that u commented on my review about Yasmin Ahmad's Muallaf.mase tu 2009 and it was my personal blog.blog movie ni baru je start dengan kawan.thanks again.


    Muallaf

    ReplyDelete
  8. Hi Jamil, i dah tengok HB sebab cuti raya takde kerja & org belanja (jarang sgt tgk wayang melayu sebenarnya). mula2 tu oklah boleh gelak tapi lama2 rasa memualkan bila setiap kali ayat2 berbentuk keagamaan disebut siap dilaung2 dn over, penonton asyik gelak seolah2 mempersendakan pulak. part paling tak lawak bosan gila masa zizan menyanyi dgn jue atas motor. that should be out. Cerita Karipap tak tengok sebab tak berapa suka karipap dan juga tak suka Gambit. mmg la bagus kalau mat2 rempit tgk citer ni & ambil pengajaran tapi mat2 rempit jenis takkan insaf punya la selagi diri sendiri tak bergayut kat katil hospital. i was so glad i tak bawak my kids tengok citer ni. tak sesuai utk budak2 rasanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts