MISTERI JALAN LAMA (2011) ~ misteri sangat?

*sinopsis: sinemamalaysia

Salaam..

Sebuah filem dengan tajuknya 'misteri' awal-awal lagi sudah mengalu-alukan penonton bahawa ia ada sesuatu yang ganjil dan bukan cerita biasa-biasa kehidupan seharian kita. Itu perjanjian dari tajuk dan posternya. Maka 'janji' itu yang aku tuntut untuk ditunaikan oleh filem ini apabila menontonnya.

Filem ini terbahagi kepada 2 alam, 2 beradik, 2 puak dan 2 konflik perebutan yang sama iaitu 'kuasa'. Di alam manusia, Indra (Hans Isaac) dan Ilya (Que Haidar) berebutkan kuasa (perhatian) dari bapa mereka Iskandar (Ahmad Tamimi). Di alam magikal pula, puak Nian dan puak Ghaul berebutkan kuasa (pemerintahan). Ya! Filem ini ada unsur-unsur politik kekeluargaan dan masyarakat. Siapa yang akan menang?

Naratif filem ini sebegitulah, bahagian awalnya di alam nyata kita dan bahagian keduanya di alam tak nyata (ghaib) diaorang. Bahagian pertama memang klise dan dekat dengan kisah-kisah pancaroba kehidupan keluarga korporat orang kaya-kaya. Bahagian kedua juga masih klise dan dekat dengan kisah-kisah onak dan duri kehidupan mistikal magikal fantastikal ala Alice in Wonderland + The Wonderful Wizard of Oz (versi murah). Penonton kena sabarlah untuk menunggu cerita 'misteri'-nya dengan tambahan nilai ber-CGI di segmen ke-2 filem ini. Dalam ertikata lain, ia cerita alam Bunian (cerita rakyat tempatan) dengan cubaan acuan landskap filem-filem magical dari Hollywood. Iaitu 'lesen kreatif' dan cita-cita tinggi pembikinnya Afdlin Shauki. Gua salut usaha lu bro! :)

Sebenarnya ada beberapa komentar nak aku tuliskan tapi bak kata Nizam Zakaria "Jangan guna kalimah 'filem ini boleh diperbaiki lagi untuk memantapkan filem ini.' Filem yang sedang ditayang di pawagam tidak boleh disunting semula atau di reshoot. What you see is what you get."

Tapi..tapi..aku tulis jerlah kannn?..

Beginilah..maksud aku poin-poin berikut ni BUKAN untuk 'memperbaiki' tetapi 'kalaulah' lagipun ni mende kecik jer yang aku terfikirlah hehehe..

1. Pengiraan kalendar tahun 'pemulangan' semula Ilya kepada puak Nian bukan berdasarkan tahun Masehi iaitu harijadi dia 25 tahun? kenapa tidak pengiraan takwim Hijrah? atau gunakan kiraan apabila berlakunya sesuatu kejadian yang memberikan hint kepada Iskandar..misalnya hari dia kena pulangkan Ilya ialah apabila 'bulan ada berbentuk bulatan kelilingnya' macam yang berlaku baru-baru ini, itulah harinya. kan lebih misteri kerana Iskandar akan sentiasa dalam keadaan tertekan menunggu bilakah sebenarnya tarikh sebenar expiry date hak penjagaan itu setiap kali bulan mengambang hehe..kerana maklumlah di dunia Nian sana adakah mereka mengira penambahan umur/tahun mengikut tahun Masehi eh? huhuhu!

2. Kostum puak Nian dan puak Ghaul..hitam vs putih, hodoh vs cantik itu..semua tu dah ok pada aku. itu ialah asas 'rupa' yang sangat ya amat ok..tapi entahlah secara fizikalnya aku macam rasa ada yang tak kena kot? sudah tentu korang akan tanya aku balik: "so lu nak diaorang pakaian cemana doh?" pastu aku akan jawab: "mana gua tau! gua bukan costume designer doh! tapi kostum puak Ghaul tu mengingatkan gua macam puak Uruk-Hai dan baju besi puak Nian tu macam Tin Man doh!" pastu diaorang akan cakap balik pada aku: "so kalau dah sebijik tahap Hollywood bak kata lu, ok per???" pastu aku cakap: "baiklah!" *sambil kaki kuis-kuis tanah*

3. Oklah uols!..cukup setakat ini coz gua nak pegi tonton dvd LIBAS untuk kesekian kalinya huhuhu! okbyeee!

*ulasan yang serius baca ni: tontonfilem

Comments

  1. Kenapa jalan lama mesti misteri....jalan baru tak misteri ke, doh?

    ReplyDelete
  2. gua menunggu utk mengulas filem 'MISTERI ANAK IKAN' hahahaha

    ReplyDelete
  3. menarik lah..
    ada banyak bahagian2 cerita yang berlainan...

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tgok this week...
    harap2 sempat

    ReplyDelete
  5. arini keluar kan?
    tak sabar nak tengok
    thanks for the review

    ReplyDelete
  6. sudah tonton dan ini review filem ini dari pandangan saya :-)

    Review Filem Misteri Jalan Lama

    ReplyDelete
  7. Baru je tgk... pada pandangan saya, citer ni tak best. Walaupun saya peminat citer afdlin shauki, tp bkn citer ni... Paling tak bleh blah, bila nak masukkan jgk unsur seks...apa motip puteri tu tiba2 main ngan Ilya (Que Haidar)? Tak penting langsung babak tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts