SONGLAP (2011) ~ Ad punya pasal lah ni!

Filem ini menganggap bahawa khalayak wayang kini sudah pandai memahami penceritaan secara subtle tanpa perlu membentangkan kronologi asal-usulnya satu-persatu A, B, C.. Warnanya dipudarkan beradun dengan muzik latar chaotic dan tangkapan kamera seringkali berjarak dekat/ganjil dengan suntingan liar sudah mendesak bersesuaian dengan penceritaan realisme yang berpecah-pecah berkecamuk. Siapa-siapa perwatakannya pula dikenali dari wajah/identiti dan isikandung pertuturan keras serta paparan situasi/emosi yang dikembangkan tanpa perlukan introduksi berlebihan. Ringkasnya filem ini 'bijak' semasa bercerita.

Kisahnya berlegar-legar di antara kelompok-kelompok keluarga/geng yang berkompromi/berkonflik sesama mereka. Semuanya kerana duit dan/atau nafsu. Walaupun dunia bahaya/jijik yang menjadi pentasnya, ia mempunyai sistem kuasa hirarki yang tersusun dan terkawal selagi ketua-ketuanya Abang Mat (Hasnul) , bapa Hawa (Omar), Chipun (Fauzi) berfungsi secara rutin dengan betul/lancar selama ini.

Sehinggalah 2 insiden/trigger point utama yang mengkucar-kacirkan semuanya:
1. Razak mati overdose
2. Hawa lari dari rumah

Ad (Syafie) ialah watak penting yang bertindak seperti seketul batu dicampak ke air tenang untuk mengoncang dan mengocak ketenangan pengulangan sistem komuniti ini dan menggabungkannya: kisah konflik keluarga Hawa, sindiket penjualan bayi & wanita serta merumit/mengungkit/membongkar semula masalah dalaman keluarganya sendiri: Ad-Am, Ad/Am-ibunya Rita (Normah).

Kisah-kisah asas filem ini sebenarnya sangat klise dari segala gejala songsang dan jahanam yang berlaku dalam masyarakat yang tak pernah berkesudahan. Saya tak pedulipun seandainya mereka semua dalam kelompok Abang Mat mati katak dalam hukum karma dunia mereka. Yang kasihannya ialah watak Ad dan Hawa (Sara) sahaja yang menimbulkan simpati kerana berada di tempat dan waktu yang salah. Adakah mereka mangsa? Mungkin ya mungkin tidak. Apa-apa pun mereka ke Kuantan untuk meneruskan kehidupan yang fana ini.

Am (Sam) berada di tengah-tengah kemelut semua orang. Watak ini yang lebih saya kasihankan kerana kecukupan hidup sehariannya sudah memadai untuk sementara waktu ini sehinggalah Ad adiknya ada plan sendiri pula. Am sebenarnya sudah bercita-cita untuk keluar dari dunia gelap itu dengan penabungan duit upah setiap jualan bayi dan/atau perjudiannya. Saya rasalah. Dan saya rasalah juga tindakan Ad yang menghuru-harakan semua perancangan masa depan Am. Tapi kalau Ad tak buat apa-apa maka filem ini akan bergerak dalam bulatan sahaja. Jadi saya akui desakan Ad mencuri duit Am dan melarikan diri dengan Hawa boleh mempercepatkan lagi apa yang sepatutnya Am lakukan di kemudian hari iaitu 'get a life!'.

Filem ini secara dasarnya ialah kisah family tree yang beracun dari akar-umbi hingga melarat ke pucuknya. 2 keluarga yang jahanam berpunca dari ibubapa/penjaga kepada generasi seterusnya: ibu Ad/Am yang membuang anak-anak mereka dari kecil kerana desakan hidup sebagai pelacur dan bapa Hawa yang bernafsu binatang sehingga membuntingkan Hawa. Ibu Ad/Am memang dah tak peduli dan sudah lupa kewujudan anak-anak dia sebab itulah babak Ad merengek-rengek meminta belaian kasih sayang dari ibunya itu tidak berfungsi apa-apa. Filem ini bukannya kisah jejak kasih doh! Kerana itulah dialog Am kepada Hawa di babak dapur bila difikirkan semula ialah keputusan/cadangan yang paling terbaik dari situasi yang terburuk untuk menyerahkan bayinya (baca: generasi seterusnya) kepada yang lebih mampu untuk membesarkan dalam keluarga yang mewah. Babak itu juga ialah flashback kehidupan Am bersama ibunya dahulu. Mungkin juga situasi sebegitu kenapa gadis-gadis bohsia membuang bayi ke dalam tong sampah atau surau samada kerana dia tak mahu bayinya menderita maka lebih baik dimatikan (baca: pemikiran akal pendek) atau meninggalkan di surau (baca: pemikiran akal panjang sikit). Tapi dalam filem ini masa depan bayi yang terbuang di-upgrade lebih tinggi iaitu dijual kepada pasangan yang mandul dan kaya.

Adakah filem ini happy ending? Ya! Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu ini Ad dan Hawa akan ke Kuantan dan Am pula sudah bebas dari kematian di parang oleh apek yang berparut di mukanya itu. Kau nak happy ending apa lagi? Nak tengok babak Ad-Hawa di atas kapal layar mewah dan Am bermain layang-layang di bendang ker? Huhuhu!

Comments

  1. tahu takpe!!!!

    "eh budak ni, nak lagi? dah gian lah ni!!!"

    ReplyDelete
  2. akhirnya ada jugak yang berfikiran sama dengan saya.

    ReplyDelete
  3. dalam filem ni tak ada kemban-kemban ke?

    ReplyDelete
  4. ad dan am tidak dibuang oleh mak dia. tapi Am yang bawa Ad lari dari rumah sewaktu Am masih kecil (barangkali belum mengenal dunia), kerana Ad tidak tahan melihat adiknya di pukul dan diri nya di pukul oleh Emak. Itu ada dinyatakan oleh Ad pada Hawa sewaktu mereka berdua di dalam rumah dan Am keluar membeli tiket bas.

    tiada duit yang dibawa, semuanya masih ada dalam tin biskut.

    Penchinta Ruang Gelap.

    ReplyDelete
  5. tunggu review saya pulak!

    ajami is terbaek!

    ReplyDelete
  6. Filem ini terlalu byk isi ingin di kupas,dan ada sesetgh plot cerita gagal di kupaskan.Perlu jaga2, kerna perisian cerita tak lengkap. Time apek muka berparut kena pukul oleh Am, knapa x d tunjuk scene itu mmg dah termasuk dalam akta 18SG, jadi tunjuk kan saja. Penonton ingin tahu juga. Bukan hanya Producer dan Ahli Crew sahaja.

    Lakonan dari semua pelakon Bagus. Syabas.

    ** Apa2 pown saya masih kategorikan filem ini Bagus. Daripada filem Melayu yg lain **D**T** *Hai***

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts