The Wailing (2016)
The Wailing ni sejenis filem seram yang kejap kau percaya, kejap kau tak percaya..last sekali kau rasa kau 'mabuk'!
Maksud aku begini..
Kau sangka ia akan berakhir dengan tenang dah habis di minit ke-120 tetapi selepas itu, lebih 30 minit yang terakhirnya ialah jawapan semua persoalan yang kau fikirkan sepanjang menontonnya di peringat awal.
Ia bermain tarik-tali dengan 'kepercayaan' kau kepada punca segala kecelakaan yang berlaku di kampung Goksung itu. Sebenarnya di babak awal kau sudah disuapkan dengan umpan yang kau kunyah bulat-bulat tentang siapa punya angkara? Tetapi permainan filem ini melalui watak polis Jong-Goo yang nampak bodoh-bodoh alang telah mencelarukan persepsi kau siapa sebenarnya sebagai dalang jahanam? Dan kau seolah memuntahkan semula kepercayaan kerana kau seperti Jong-Goo yang juga jadi 'bodoh-bodoh alang' kerana mendapat benda lain yang dimanipulasikan. Padahal subjek suspek utama masih SAMA!
Di pertengahan cerita setelah kau dicampakkan pula dengan kemunculan seorang bomoh yang mati-mati mengesahkan bahawa pihak tertuduh yang kau yakin tadi sememangnya ialah sebenar-benar culprit! Maka kau telan semula kepercayaan kau dan cerita ini kau yakin dah habis bila anak Jong-Goo dah pulih..
TIDAK!
Tiba-tiba bomoh itu kata ada penjahat lain? Kau silap! Jong-Goo silap! Watak perempuan yang sekejap muncul, sekejap hilang itulah katanya IBLIS! Hahaha! Kau macam jolok balik kerongkong kau untuk ludahkan semula kepercayaan kau tadi ya!
Kau serentak dengan Jon-Goo menjadi keliru habis-habisan untuk memilih siapa yang kau hendak percaya ni?
Filem ini sebenarnya sangat straight forward tak ada selindung apa-apa pun. Tetapi kepakaran dan kepandaian pengarahnya yang memang sudah terbukti filem-filem sebelum ini; The Chaser & The Yellow Sea - dia sejenis pengarah yang brutal kepada penonton tidak akan memberikan penyudah cerita yang senang hadam dan akan menggelisahkan kau. Hero kau akan sengsara!
Aku akui bahawa The Wailing ialah filem paling elok setakat ini dari Na Hong-jin.

lamanya ajami x review di sini..last apoi
ReplyDelete