apa seterusnya?
Mungkin itulah persoalan yang bermain dalam fikiran setiap penulis skrip, penerbit dan empunya stesyen TV atau platform OTT.
Sebenarnya ia ada jawapan yang samar-samar berdasarkan masa lampau. Pengulangan melalui lesen kreatif untuk melakukan remake, reboot, spinoff atau kononnya idea asli baru yang hanya perlu mencampur-adukkan apa yang pernah dibikin kepada bentuk yang terkini rebranding.
Kepada pencipta kandungan pantas untuk TV atau OTT mungkin lebih tenang sedikit kerana terbitan mereka akan ditayangkan kurang dari setahun dari tarikh hari pertama penggambaran.
Namun kepada penerbit filem ia kebarangkalian 50-50 kerana filem memerlukan masa yang lebih panjang untuk disiapkan dalam anggaran lebih 1 tahun atau kurang 3 tahun.
Risiko filem ialah content yang siap ada kemungkinan ketinggalan, sebagai contoh dari sudut cerita kerana barangkali ada produksi lain telah siap membikin penceritaan filem yang hampir sama sedang ditayangkan di pawagam atau tak mustahil juga OTT sudah ada mini-series yang mirip serupa kisahnya.
Comments
Post a Comment