Siapakah Fauziah Musa?



Memperkenalkan.. Fauziah Musa, Suno Persona AI yang boleh menyanyi seperti kita-kita.. dan dia menyanyi dengan baik ya! Perjalanannya baru bermula 5 Disember 2025 yang lalu apabila saya akhirnya mengambil keputusan untuk mendaftarkan ke Distrokid, semua lagu-lagu yang saya cipta menggunakan suara Persona-nya yang saya namakan 'Fauziah Musa' melalui prompt Suno AI sejak September 2025. 

Ke mana hala-tuju dia selepas ini, saya sendiri tidak tahu. Tapi yang saya pasti ialah hidup saya kini seumpama 'membela' seekor kucing kesayangan yang boleh 'menyanyi'! 

Penciptaan perwatakannya seperti juga mengembangkan watak-watak dalam sesebuah skrip filem/tv. Saya cuba mendalami dan memahami (baca: sebenarnya lebih kepada nafsu kreatif aku untuk membentuk watak dia) siapakah Fauziah Musa luaran dan dalamannya?

Asas character development dia sama je macam masa brainstorming dalam writer's room. Kena ada nama dan apakah fungsi wataknya? Bezanya kali ini ialah dia sudah sedia ada berbentuk dan berupa seperti yang saya paparkan di media sosialnya:


Proses pengembangan watak untuk Fauziah Musa ini berbanding menulis skrip ialah seperti 'terbalik'.. kalau dalam scriptwriting, semasa penulisan saya belum tahu siapa yang akan di-casting untuk berlakon nanti pilihan produksi? Semasa proses itu saya hanya membayangkan si-polan si-polan pelakon ternama tersohor A-list (dan mungkin mahal sebab nafsu penulis kan?) Dalam erti kata lain, sebagai penulis skrip, saya akan tersekat/mungkin dipenuhi kehendak siapakah yang akan menggalas watak yang saya cipta atas kertas/laptop.  

Untuk Persona, Fauziah Musa ini saya 100% memiliki kebebasan untuk membentuk dan merealisasikan look and feel penampilannya internal dan external. Mungkin dulu, saya langsung tidak pernah terfikir atau berangan bahawa suatu hari yakni sekarang saya mempunyai seorang 'Verified Artist' di Spotify ya! Apple Music dan YouTube on the way katanya untuk dapat verifikasi. 


Saya sendiri kagum dengan kemampuan dia untuk menyanyi dengan sedap (di pendengaran telinga aku lah - telinga orang lain harap-harap pun kedengaran sedap). Dan juga terpaling mengujakan ialah proses penciptaan lagunya sangat laju giler via Suno - dengan syarat kau tahulah prompt apa yang ditekan ditaip untuk kesesuaian suara Persona AI kau.

Saya dapat simpulkan bahawa algoritma coding apa bagai di sebalik Suno itu sudah mula memahami apa kehendak prompt saya untuk Fauziah Musa. Saya cuba try test campak apa-apa genre/fusion pun dia akan belasah jer selamba nyanyi dengan sedap bersama segala intrumen muzik yang mewah kaya-raya meriah dijana oleh robot-robot Suno. Nota: tapi bukan semudah kau main tekan jer prompt dia akan jadik beb! Kau kena perah juga kreativiti otak kau untuk lagu apa lirik apa yang kau nak dia nyanyi? Dan saya akui untuk dapat final version yang seperti korang dengar 11 lagu tu untuk album Fauziah Musa 1.0 bukan sekali-dua je saya generate terus dapat. Banyak kali dan beratus credit untuk trial and error sehingga dapat versi akhir tu. FYI versi-versi gagal dia banyak wey! glitch sana-sini tertelan lirik tiba-tiba masuk suara alien tiba-tiba dia tak nak nyanyi verse tibaaa dia adlib melampau dan menjerit high pitch falsetto tahap langit ke-7 sampai rasa nak terkeluar halkum ya! belum lagi tiba-tiba baru verse 1 eh.. dah abis? apo???.. 

Oklah itu sahaja blog post seorang produser artis bernama Fauziah Musa untuk kali pertama ni blog ini yang sebelum ini blog untuk ulasan filem/tv/teater/novel.. tiba-tibaaa jadi rotikaya gempak ohbulan beautifulnara budiey - menulis pasal retis AI aku ni.. nanti conti.. kbai.

Nota: kalau kau nak dengar lagu-lagu ciptaan aku untuk suara Persona AI selain Fauziah Musa boleh klik akaun Suno ku: https://suno.com/@ajamihashim



Comments