Khadam (2026) - resepi jalak tu masak apa eh?


NOTA: REVIEW INI ADA BANYAK SPOILER YA! SO JANGAN BACA SEKIRANYA KAU BELUM MENONTONNYA DI PAWAGAM NOWNOW! 

Salam.. yes! I'm back! lol..

1. Khadam ialah sejenis filem yang diceritakan satu satu satu kisahnya secara linear tanpa perlu ada flashback. Awal-awal lagi dah keluar hantu.. rasanya sampai mid-point 2nd act lepastu dia jadi filem slasher yang sedap yakmat sampai habis!

2. Kepada peminat filem seram Melayu yang pernah menonton Jangan Pandang Belakang (2007) akan teringat babak keperluan kena buka bumbung bila pembela saka susah nak mati. Kenapa? Sila google/chatgpt.

3. Katakunci maksud 'khadam' dalam filem ini kena dengar dialog Manis kepada Hitam dan Puteh lebih-kurang seingat saya mengenai sekiranya si tuan saka lemah maka perlahan-lahan si saka akan override/rampas kuasa untuk jadikan si tuan sebagai kuli/hamba kepada si saka. Fungsi terbaliklah kiranya.

4. Filem ini cuba memberi gambaran plus/minus bela saka ni yang best macam ada AI/robot untuk tuan yang pemalas nak buat kerja rumah sebab dia akan buatkan on behalf gitu.. contoh: pofff! eh dah siap saka potongkan sayur misalnya. Yang tak best bila saka boleh faham masalah kelemahan dalaman mental Melor sebab saka akan manipulasi Melor bagi makan extra untuk kerja overtime ehem ehem ehem ganti Melor untuk memuaskan suaminya, Awang. (Pembaca: kenapa 3 kali ehem ehem ehem?.. Saya: entah, cer kau tanya jiran kau) 

5. Perimeter atau bidang kuasa saka ni pun mudah difahami sebab dia ada beberapa version ya! Versi 1: Saka boleh jadi body-double klon kembar Melor di waktu yang sama di lokasi yang berbeza. Versi 2: Saka boleh juga rasuk Melor sukati dia bila saka mula ambil alih tampuk pemerintahan. Sekuen babak Melor kejap ada kejap tak ada tu best sebab suntingan bagi kita POV Melor masa dia sedar jer - masa dia tak sedar kita pun tak pasti si saka masa dalam badan Melor dia buat apa entah sebab Melor akan rasa ada jump-cut timeline kehidupan dia? Contoh, Melor dirasuk tu tak pasti dia mandi di sungai ke atau dia jemur baju masa offscreen..contohhh. Versi 3: Saka/Melor 50-50 dimana Melor masih Melor tapi dia ada ciri-ciri saka yang kuat mental dan fizikal ya! Kiranya konsep saka dalam filem ni macam split identity jugalah kepada tuannya. Nice kan? 

6. Babak-babak slasher.. tuudia! Ngilu. Ngeri. Brutal. Saya akui badanku gerak-gerak gak terikut sampai macam nak tendang kerusi depan untuk mengelak libasan-libasan Melor (Nota: macam nak tendang tapi tak ya! tak baik tau tendang kerusi orang duduk depan kau! adab! mana adab?)   

7. Rumah pusaka tu besar yakmat ya! Sangat cantik untuk lokasi homestay atau buat team building sebab luas besar wey kaya-raya keluarga Melor ni. Ibaratnya, kalau geng influencer nak buat content memang banyak lokasi selfie untuk update medsos. Mungkin hasil kerja saka ni dulu banyak berjasa bina rumah jaga kebun bela ternakan dan sebagainya turun-temurun. Cuma rumah diorang jauh dari masyarakat tapi dekat dengan sungai dan air terjun yang cantik jua.

8. Sejujurnya saya boleh katakan Khadam ialah filem seram Malaysia antara yang terbaik setakat ni kerana memuaskan hati saya sebagai peminat filem seram. Production value sangat terjaga terkawal high quality kerana orang-orang tulang belakang pembikinan filem ini semuanya otai-otai padu. Tahniah dan Alhamdulillah geng Khadam!

9. Lakonan? Dia macam ni pendapat saya bila menonton apa-apa filem: sekiranya saya peduli, percaya dan sanggup ikuti perjalanan penceritaan setiap watak fiksyen tanpa terganggu apa-apa yang cringe - bermakna kualiti lakonan ensemble filem itu oklah best. Untuk Khadam, sebab pelakon pun tak ramai dan lokasi terhad - saya boleh katakan secara pukal overall sangat bagus!

10. Soalan dari saya sekiranya ada sesiapa dari team Khadam sudi jawab: resepi jalak tu masak apa eh? Nampak macam rendang atau ayam goreng?

Comments