Saya tidak hairan! Sesebuah filem kadangkala boleh meninggalkan bekas yang macam-macam kepada penonton. Ada yang suka. Ada yang menyampah. Ada yang faham. Ada yang keliru. Ada yang buat-buat faham tapi masih keliru.. dan mungkin berbagai respon lagi selepas menontonnya. Tapi TIDAK semua filem mampu untuk bercerita kepada khalayak dan meninggalkan kesemua reaksi itu sekaligus! Maksud saya, ada filem yang akan mencabar minda penonton untuk berfikir sejenak (atau mungkin beberapa lama) hanya selepas menontonnya sekali!.. dan apabila ia ditonton berkali-kali akan mengujakan dari sudut yang lain pula! Jadi apabila filem Susuk menjadi filem sebegitu, saya berpendapat bahawa ia berjaya tersembul dari filem-filem lain juga menghiburkan kerana mampu mendesak emosi dan otak seseorang untuk berfikir tentang apakah visual dan bunyi dari filem itu?

struktur

Diagram seperti di atas bukan pertama kali saya gunakan untuk merungkaikan struktur naratif non-linear sesebuah filem. Dulu saya pernah cuba menghuraikan filem Antara Dua Darjat dengan sebuah diagram juga! Malah saya pernah menggunakan gambarajah Venn untuk huraian naratif filem Puaka Tebing Biru. Mungkin di masa akan datang saya mahu gunakan lukisan cakar-cakar ayam anak sulung saya hasil tadikanya. Rumit sangatkah naratif filem Susuk sehingga saya menggunakan diagram?

Sejujurnya, naratif non-linear Susuk bukanlah susah sangat hendak difahami cuma kadang-kadang ada penonton yang malas nak berfikir sejenak lantas melabelkan ia sebuah filem yang entah apa-apa sampai pening kepala bila keluar panggung! Bagi yang memegang pena (papan kekunci komputer) media bercetak pula cepat-cepat menghukum ia sebuah filem yang gagal untuk menghiburkan orang ramai (sebenarnya mungkin dia seorang sahaja yang tak faham) Ikhlasnya juga saya katakan meluat dengan segelintir tukang tapis tak bertauliah sebegitu yang kononnya pendapat paling boleh dipercayai dek kerana status nama atau pojok tersohor mereka di media cetak perdana apatah lagi yang terbit di hujung minggu! Ouch!..

Diagram di atas mudah sangat! Cerita asal sebenar Susuk ialah susunan turutan A-->B-->C.. iaitu jalur pertama diikuti jalur kedua. Amir dan Naeim cuma 'mempermainkan' penontonan kita dengan jalur cerita yang bawah sekali. Itu sahaja! Kamu faham sekarang?.. angguk?.. atau geleng?.. sila tinggalkan komen!.. muahaha!

sila klik >> set-up/foreshadowing & pay-off

Ya! Susuk cuma bermain dengan teknik itu di sepanjang ceritanya. Terlalu banyak klu yang digunakan sebagai signpost yang boleh dijumpai jawapan di kemudiannya. Paling kerap ialah dari setiap dialog oleh Dukun Dewangga. Antaranya pasal pantang-larang penggunaan susuk keramat kepada Suzana dan Soraya; sungai, daging manusia, rama-rama dan kepompong, tembaga dan emas, 3 purnama dan lain-lain lagi malah secara humor bila menjawab bahawa Farish ada 'tersangkut' di mana-mana! Dengar juga baik-baik bila Mona terpekik-terlolong memanggil nama pembantu peribadinya Ijat dan Suthiya. Petanda dari visual memang merata-rata malah di titik flashback menuju hujung cerita, disusun dua perbandingan laku dan kata-kata di antara Suzana dan Soraya. Masih tidak cukupkah exposition itu untuk memahaminya?

akomodasi

Susuk juga menggunakan prop, set dan lokasi yang memang dipilih untuk kesesuaian bajet dan memudahkan pembikinannya. Pemutar skru yang panjang untuk 'memacak' Farish, bayangkan kalau pisau lipat? Produser muzik (sori! aku lupa nama watak dia! huhu!) tinggal di kondominum untuk 'terjun', bayangkan kalau rumah teres? Kampung Suzana di seberang sungai, bayangkan kalau keluarganya tinggal di Kg. Baru? Ritual akhir dalam sebuah gudang/kilang (actually analogi kepada industri hiburan macam itu!) untuk acara gantung-menggantung, bayangkan di teratak buruk tipikal bomoh? Kamal hanya ber-motosikal untuk tidak kalis hujan, lalu Rozana 'menumpangkan' Soraya, bayangkan dia berkereta Kancil? Mona kehilangan baju hujan dalam studio rakaman, bayangkan dia kehilangan baju dalam? (errr! tak dapat aku bayangkan sebenarnya!) Pelacur berwajah 'Ida Nerina', bayangkan dia berwajah 'Jessica Alba'? (mau! bajet burst!)

modifikasi

Kamu pernah tonton filem-filem Face/Off, The Sixth Sense, Pulp Fiction, Memento, Skeleton Key, Psycho, Pontianak Gua Musang dan lain-lain filem seram yang mungkin 'berbayang' dalam Susuk? (sila nyatakan kot2 korang terfikir.. lalala). Tapi Susuk bagi saya masih 'baru' dalam ertikata 'kreativiti' untuk sebuah filem tempatan. Cuma mungkin secara tidak sengaja, suara 'digitising' bergema-gema unik Dukun Dewangga seakan sepelik suara Batman TDK yang juga ditayangkan di waktu yang sama dengan Susuk! (tak apa! cuma Amir yang akan terbaca ulasan aku ni coz Naeim tak pandai baca ulasan BM kot!.. larriikkk!) Bagaimanapun, keunikan itulah yang membezakan Dukun Dewangga dengan orang kebanyakan katanya sebab dia adalah immortal macam filem Highlander! (rujuk youtube di bawah!)

temuramah seram: ajami & amir ~ 5 ogos 08
PART.1


PART.2


PART.3


PART.4


PART.5


PART.6


PART.7


PART.8/FINAL


ucapan Amir Muhammad

ucapan Naeim Ghalili

Muara Sesalan (Susuk ost live)~ Azura

website >> susukmovie.com
amir's blog >> amirmu.blogspot.com

ulasan2 yg aku cadangkan utk korang baca:
tontonfilem ~ rev dr seorg tokeh ayam! sebabtu rev dia bagus!
siti azira ~ wartawan yg buat research.. tak mcm sesetgh tu!
deennasour ~ blogger yg pakai susuk dato' keramat! wa cakap lu!
stfueatmyshort ~ soalan2 maut utk produksi susuk
wankhairy ~ pembikin SUSUT versi 2020! huhu!
a.wahab hamzah ~ musti baca!
ironboard19 ~ benci dgn pontianak cun?
sultanmuzaffar ~ celebrity blogger cakap
yasmin ~ celebrity blogger+filmmaker cakap
coldheartediceprincess ~ ada teori susuk tau!
mensh ~ rekemen dr tontonfilem


UPDATED: 22/08/08
Saya tgh habiskan membaca novel SUSUK oleh Nizam Zakaria utk fahamkan backstory psl filemnya.. eh! korang tak nak beli ke?

cerapan ms.69:
Fatimah masuk ke dalam bilik. Dia dapat melihat Dewangga sedang mendukung seorang bayi kecil. Bayi lelaki. Fatimah memandang ke arah Saleha. Dia dapati Saleha terbujur kaku diam membisu. Darahnya meleleh membasahi cadar dan tilam.
"Apa yang telah berlaku?"
"Aku terpaksa memotong perutnya."
"Dia dah mati ke, Bang?" tanya Fatimah menekup mulutnya.
"Tidak ... Dia cuma kepenatan."
Fatimah mendekati Saleha. Dia memeriksa perutnya. Tak ada apa-apa tanda perutnya itu dipotong!

ulasan buku klik sini >> fadz-kububuku