Khamis, 30 Oktober 2008

Rabu, 29 Oktober 2008

template blog Mamat Khalid!

Salaam.. betul tak?.. antara perihal paling utama katanya yg kamu habiskan masa berejam-jam bila memula sekali membikin blog ialah.. memilih BLOG TEMPLATE dari internet! kamu tak mahu gunakan standard template yg disediakan oleh blogspot/wordpress etc kerana kononnya hendak mencari layout yg betul2 sesuai dgn halatuju, tema, jatidiri, bla bla bla bagi blog kamu utk jangkamasa yg panjang!.. dlm ramai2 blogger yg aku kenal dlm dunia siber ni! so far cuma ada seorg shj 'blogger' yg begitu suka giler dgn standard template & dia juga akan sesuka-suki hati menukar-nukarkan layout blognya setiap masa ikut apakebenda dia nak posting-kan!.. dia ialah tak lain & tak bukan:

MAMAT KHALID @ tempurungpecah.blogspot.com

..ok! now cuba kamu fikir2kan balik KENAPA?

moral of the cerita: kadang2 dlm hidup kita ni perkara yg paling menyusahkan kita adalah benda yg paling remeh!

..aku teringat sedutan intebiu dgn abg Mamat pasal filem ESTET seblm ini:

MK: Dalam filem ini TIDAK LANGSUNG mem-promote-kan setiakawan!

(aku mulanya ter-konpius dgn pernyataan beliau itu)

AH: Macamana tu?

MK: Kerana apa yang abang paparkan tu ALREADY THERE! You faham tak? Tak payahlah kita sogokkan lagi 'kita patut bersatu-padu, berpeluk-peluk' tak payah! Dalam filem ESTET macam tu lah. Dia tak akan kata "marilah kita bersatu wahai bla bla bla.." It's so terang-terang, it's already there!

p/s: nantikan Q&A sepenuhnya gua dgn brader Mamat dlm Buku Untuk Filem: ESTET ..huhu! promosi besar2an tak hengat nih! coming soon in limited 1000 kopi ajer! lalala..

p/s/s: blogger terbaru di pasaran >> rajamukhriz.blogspot.com

Selasa, 28 Oktober 2008

pengkritik filem vs. pengulas filem?

Salaam.. antara isi ceramah intelektual pak Hassan Abd Muthalib kat talk sabtu lepas ialah: "kat Malaysia ni tak ada pengkritik filem! yg ada cuma pengulas filem!".. terkedu aku yg duduk sebelah Dr. Zul.. aku nampak Azharr Rudin yg duduk kat seat depan kitaorg sengih jer kot coz filem dia yg baru abis tayangan Punggok Rindukan Bulan dpt mix-reviews (read: mungkin itu petanda filem dia unik sebab org tengok & kupas dr byk angle!).. aku bukan nak argue pendpt 'godfather' aku sendiri ker haper, cuma dr bacaan blog-hopping aku, ramai dah blogger yg menulis posting psl kritikan filem.. err! ulasan filem dr kacamata diaorg lepas habis tonton kat panggung!.. dan setahu aku background diaorg semua mcm2 jenis.. dari budak sekolah sampailah ke executive level yg maha bijak pandai & kritis!.. dari se-simple2 review sampailah ke tahap falsafah yg diaorg korek habis lapisan tulang sum2 naratif!.. tu belum kalau aku sebut nama2 otai spt Ku Seman & A. Wahab Hamzah di mainstream media bercetak?.. so, adakah dlm byk2 tulisan diaorg tu tak ada satu pun yg dianggap sbg 'kritikan filem'???.. aku rasa pak Hassan maksudkan kat Malaysia ni cuma ada ramai yg dikategorikan sbg 'journalistic critics' ajer, tapi mungkin ada yg boleh dianggap sbg 'academic critics'.. maknanya TETAP jugak dipanggil 'pengkritik filem' kan? kan? kan? kan?


wat say u?

ni blog list yg aku selalu baca about film critic.. eh! film review:

~ tontonfilem
~ S K R I N
~ coldheartediceprincess
~ deennasour
~ eddvedder
~ ironboard
~ romankodian
~ amyikram
~ wayanggambar
~ dunia-vovin
~ luriaz-silverian
~ jimi-wiser
~ mensh
~ sultanmuzaffar
~ megateusofe
~ raydrevil
~ waiem
~ maverickmemento
~ anwarurs

aku cuma blogger indie-mix-mainstream tulis psl filem! boleh? lalala! hahaha!.. dan aku sentiasa ingat pesan abg Mamat Khalid: "jangan menghukum!" ..lagi satu, kenapalah ceramah akademik tu TAK RAMAI org nak dtg utk dptkan ilmu secara percuma???

p/s: masa mukadimah talk itu, pak Hassan bagitau dia akan sambut birthday yg ke-63 pd 3 Nov nanti! ermm.. kot mana2 istana baca blog aku ni, sudi2kanlah anugerahkan title 'Datuk' kpd beliau ok!

ref: http://en.wikipedia.org/wiki/Film_criticism

Sabtu, 25 Oktober 2008

preview! preview! preview!

ya! aku bz giler nk siapkan Buku Untuk Filem: ESTET coz dateline Amir Muhammad (publisher) ialah 31 Okt!.. habislaaa!.. tapi waktu yg sama jemputan preview dtg back-2-back jugak!
preview: Igor ~ 30 Okt//Antoo Fighter ~ 31 Okt//Cicakman 2 ~ 4 Nov

*transkrip temubual ekslusif: Mamat Khalid

IGOR ~ www.igor-movie.com


ANTOO FIGHTER ~ www.antoofighter.com


CICAKMAN 2 ~ www.cicakman.com

Jumaat, 24 Oktober 2008

SECRETS OF VISUAL COMMUNICATION ~ Lecture by Hassan Abd Muthalib

S P R E A D T H E W O R D !

ref: http://groups.yahoo.com/group/filemkita/message/4460

12.30pm, Saturday 25 October 2008
Theatrette, HELP University College, Pusat Bandar Damansara, KL
Free admission
Enquiries: 012-2255136


Synopsis

The world today is a visual/aural world - the most visual/aural world compared to anytime in the history of Man. As such, it has become indispensable to understand how visuals and sound are being used by the media & entertainment providers to inform, educate and entertain us - not excluding other parties, specifically those in power, who try to impose their ideologies on us in explicit and implicit ways.


Both film grammar and film language need to be appreciated in order for the audience of media and entertainment products to understand how visuals and sound are created and arranged so as to 'guide' them towards a designated meaning. This lecture aims to show how visual and aural communication is planned and imposed upon an audience in myriad ways.


Among other things, this lecture will explore the use of semiotics, gestalt psychology, binary opposition and the use of archetypes - all of which are the foundations for fiction (feature films, drama )and non-fiction (documentary) storytelling. The lecture will also introduce methods to decipher symbols that recur in various societies throughout time that reveal their innermost character that determine their destinies.


Hassan Abd Muthalib
is a self-taught artist, designer, animator, writer and director. He has over 43 years of involvement in making TV commercials, public service films, set design for film, theatre and TV and short animation films (the Sang Kancil series was his most popular in the 1980s). He directed Malaysia's first animated feature film Silat Lagenda. He has conducted courses and presented papers on film and animation in Singapore, Indonesia, India, Sudan, London and Norway. Currently he is a Resident Artist at UiTM and the Director of Darul Digital, an animation school in Kelantan. He is in the final stages of completing a book on the history of animation in Malaysia.

pls click for online map!

En. Hassan ~ my film-critic godfather!
ref: http://en.wikipedia.org/wiki/Visual_communication

Ahad, 19 Oktober 2008

abang graduan kemas hari ini!

klik utk besarkan pic yg ensem!

aliff eiman ajami ~ okt 08 (graduasi)

aliff eiman ajami ~ jan 08 (hari2 pertama pakai uniform)


*habislah kakredmummy ada saingan blog psl anak2!

TERIMA KASIH kpd kakitangan TABIKA KEMAS, SRI TAMAN BARU, AMPANG!
eberibodi! cakap ramai2: "tahniah abang!"

UPDATED 20/10/08 ~ papa ajami telah merekodkan acara gilang-gemilang itu dan akan menerbitkan sebuah filem pendek bertajuk 'KEMAS' yg akan meletup di pawagam blog ini ..hahaha! papa dah kemaruk buat short filem katanyaaa!

"KEMAS" ~ teaser


Rabu, 15 Oktober 2008

Talentime [preview] ~ emosi jujur Yasmin Ahmad

O Re Piya by Rahat Fateh Ali Khan ~ ost Talentime


"Feels like I've been walking barefoot on burning embers.. feels like I've been growing up among total strangers.. O beloved, take me away to your destiny.. this blind, narrow-minded world is my enemy.."

Salaam..

Semalam aku menonton Talentime atas jemputan sutradaranya. Ia sebuah karya terhebat dari beliau setakat ini. Duduk sebaris dgn dia diselangi oleh Azharr Rudin, aku lihat mata Yasmin bergenang sama bila lampu teater dibuka lepas habis tayangan. Kalau pembikinnya rasa begitu, apatah lagi khalayaknya? Maaf! Aku ketandusan idea dan hampir kekeringan airmata utk ceritakan implikasi penontonan filem itu sekarang. Ya! Aku kadang2 memang sentimental ok! Tunggulah bila tayangannya awal tahun hadapan, kamu rasakan sendiri! Yg mampu aku kiaskan cuma ini: "Talentime seperti kanser realisme syahdu yang merebak perlahan ke dalam minda dan perasaan penonton kerana ia emosi jujur Yasmin Ahmad untuk dikongsi dan dirasai bersama.. Kadangkala ungkapan cinta terucap tanpa berkata-kata!"

info lanjut >> TALENTIME

Ahad, 12 Oktober 2008

Shoffi Jikan

TERKIN! Shoffi Jikan @ The Gathering! 18/10/08
http://www.ifilmindie.com/

kiri: ESTET, kanan (atas): ROCK, kanan (bawah): KALA MALAM BULAN MENGAMBANG

preview ANAK HALAL

Aku pertama kali bertegur-sapa dgn dia masa Malam Gala Anak Halal dulu. Selepas itu kami bersahabat. Kamu cuba imbas mana2 filem yg telah dia lakonkan >> sinemamalaysia

Akan datang tonton pula filem ESTET lakonan dia sbg Junna


Di samping itu, filem arahannya LOBANG akan ditayangkan di KLPAC pd 18 Dis nanti! Dia juga akan beraksi dlm filem pendek arahan Mamat Khalid khas utk MASKARA Shorties (rujuk: http://maskara-shorties.blogspot.com/ )


Zul Kapan-Malaikat Maut dlm ROCK

Sabtu, 11 Oktober 2008

Ayat Ayat Cinta ~ cerita Fahri dan kekasih-kekasihnya!

sajaaa up balik utk sapa yg tgk kat tv3 tadi! lalala!


"kau ingat hasil mangga yang sering kau buatkan?.. atau kau yang suka minta tolong dibelikan cd.. atau keranjang mu yang suka jatuh ke tanah.. kerna terlalu berat membawa buku ku yang mahu kau pinjam.. bangun Maria!" ~ Fahri

Salaam..

Ia sebuah filem, bukan sebuah novel. Saya tulis dari sisi naratif arahan Hanung Bramantyo serta lakonlayar oleh Salman Aristo dan Ginatri S. Noer yang terpapar di layar lebar sahaja tanpa membaca kepanjangan cerita penuh dalam novel penulisnya Habiburrahman El Shirazy. Itu sisi lain. Mungkin saya akan baca kemudian.

cerita siapa?

Filem ini tunjangnya ialah kisah konflik cinta paling kronik Fahri Abdillah dalam sebahagian usia hidupnya di Universiti Al-Azhar. Ia berkongsi cerita dengan 4 wanita: Maria, Nurul, Noura dan Aisha. Untuk sebuah adaptasi, perkongsian cerita sebeginilah yang kadangkala sukar untuk disumbatkan dalam sebuah filem yang hanya berdurasi 2 jam lebih. Khalayak cuma mengikuti naratif sang sutradara yang di-audiovisual-kan sahaja. Kalau bikinannya elok, maka penonton akan suka! Ambilan terpilih dari novel yang hendak diceritakan memainkan peranan utama turun-naiknya emosi penonton di sepanjang filem adaptasi sebegini. Kalau betul, orang faham! Kalau sedikit, orang celaru! Kalau terlebih, orang bosan!

Bukaan filem ini awal-awal lagi sudah memancing dengan cerita Fahri-Maria. Saya dapat rasa mereka berdua ada chemistry yang tersorok dalam hati masing-masing! Ya! Saya mahu mereka bercinta kerana sudah tentu perbedaan agama, bangsa dan benua akan jadi tembok. Ia mesti akan jadi konflik kronik. Betul!

Kemudian ada Nurul, gadis paling layak bakal calon isteri Fahri yang hampir secocok segala segi bak pinang dibelah dua! Cerita Fahri-Nurul ini kalau di kampung halaman mereka Indonesia pasti jodoh yang paling lengkap. Tapi ini di Mesir! Maka saya sudah jangkakan bahawa kisah Fahri-Nurul juga pasti akan timbulkan masalah. Betul!

Datang pula gadis secret admire Fahri bernama Noura yang perlu diselamatkan oleh Fahri. Kesiksaan latar Noura berbangsa Arab ala zaman jahiliah sudah pasti ada konflik! Cerita Fahri-Nouri inilah saya agak yang akan jadi obstacle paling kronik! Betul!

Surprisingly ada lagi seorang wanita bernama Aisha berbangsa Jerman! Alamak! Saya mula tak senang duduk! Cerita Fahri-Aisha ini rupa-rupanya yang akan membawa hala-tuju filem ini! Kisah mereka berdua yang akan ke depan sampai habis! Malahan Aisha sendiri yang akan mengemudikan sebahagian besar naratif di pertengahan filem! Wow! Betul-betul wow!

Ok! Setelah diperkenalkan semua background wanita tadi, maka filem ini semakin seronok untuk diikuti. Sejujurnya saya mula rasa kurang selesa dengan watak Fahri yang menjadi rebutan semua orang tetapi masih blur! Di titik naratif itulah seolah-olah syurga dunia untuk Fahri seandainya beristeri maksima 4 orang?

cerita apa?

Naratif filem ini betul-betul mula bergerak bila Fahri memilih Aisha sebagai jodohnya. Walaupun pada pendapat saya, di titik itulah plot-hole paling besar untuk filem ini tapi mungkin penonton tidak sedar. Mungkin! Kenapa saya kata begitu? Untuk seorang berlatar watak Fahri yang cukup radikal berpegang pada tiang agama dan gentleman, tidak kah dia dapat hidu bahawa pilihannya itu seolah-olah mengetepikan terutamanya Maria, Nurul dan Noura sebelum Aisha? Tapi iyalah, bak kata orang 'rezeki jangan ditolak'.. dan Aisha pula mungkin kata "the best woman win!".. Oklah! mungkin Fahri terlalu naif dan Aisha pula yang paling rupawan? Maka jadilah pernikahan Fahri-Aisha macam kisah cinta dongeng dengan majlis ala Bollywood!

Air yang tenang jangan sangkakan tiada buaya! Dari situ, plot pernikahan Fahri-Aisha memulakan snowball-effect atau domino-theory kerana Fahri jadi rebutan 3 wanita lain: Maria, Nurul dan Noura! Semua backstory Fahri datang menghantui kebahagiaan rumahtanga Fahri-Aisha. Itulah harga yang perlu dibayar oleh Fahri. Juga risiko terlindung yang baru Aisha ketahui. Dari sebuah kisah lovey-dovey cinta remaja ia bertukar jadi konflik rumahtangga dewasa yang serius bukan main-main!

Semua orang buka rahsia! Semua orang menuntut dari Fahri sehingga dia dipenjarakan. Terpaksalah Aisha pula yang menyambung naratif untuk mempertahankan haknya. Di sinilah ujian paling dahsyat bagi seorang isteri untuk membongkar unduran realiti siapakah Fahri sebelum menjadi suaminya? Bagi Fahri pula dari dalam penjara itulah dia mengenali dirinya sendiri dan memahami bahawa setiap tindakannya dahulu akan mengejarnya semula sebagai reaksi. Action and chain reaction?

Kalau sebelum ini kita sering disogokkan tentang filem perebutan seorang wanita, kini ini pula filem bagaimana 4 orang kaum hawa menangani jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sama! Sungguh kasihan! Saya berpihak kepada wanita yang mana satu? Secara peribadi, saya memihak kepada Maria kerana dialah yang berkorban jiwa-raga dan fizikal sejak awal cerita. Tapi bagaimana pula dengan Aisha, isteri sah mithali Fahri yang sanggup berkorban apa saja hingga rela bermadu? Walaupun plot Nurul agak ke belakang tapi saya pasti dia juga ikhlas mencintai Fahri. Noura pun berhak sebagai wanita yang harus dinikahi demi menyelamatkannya yang juga menyintai Fahri.

Complicated! Betul tak? Filem ini sewajarnya dilihat sebagai teladan kisah pilihan sebetul-betulnya seorang lelaki dalam memilih seorang wanita (mungkin lebih dari seorang wanita) sebagai isterinya.

struktur

Filem ini ada 2 klimak iaitu persoalan samada Fahri dibebaskan dari penjara dan bagaimanakah kesudahan kisah poligami Fahri-Aisha-Maria? Babak keputusan hakim untuk kes Fahri-Noura seperti penamat filem ini tetapi ia dipanjangkan lagi mungkin untuk setia kepada kesudahan naratif novel asalnya. Tambahan pula plot Maria yang sakit mesti dikonklusikan.

konklusi

Pada pendapat saya, Ayat Ayat Cinta berjaya mengadaptasikan sebuah novel cinta keagamaan yang jadi sebuah filem komersial. Tangkapan sinematografi cantik-cantik. Runut bunyi mengasyikkan. Lakonan semua pendukungnya berhasil. Dan paling penting, dipenuhi ayat-ayat cinta yang sangat mengujakan! Tahniah untuk produksinya!

pautan:
http://www.ayatayatcintathemovie.com/
hanungbramantyo
wikipedia
imdb.com

Rabu, 8 Oktober 2008

tukang rumah?

I'm not one to speak elaborately about the so-called "formal structure" of films. As Pablo Picasso once said, "If you love a woman, you don't start measuring her limbs."That said, every film DOES have a structure. A viewer just has to decide if the story, on the whole, moved him or not. And that is why the cinematic canvas of "Mukhsin", the film, is filled with broad strokes and ellipses. Formal structuralists might find the gaps disturbing, and the climax too subdued, but so be it. The memories are mine, and I wasn't interested in spicing up what was essentially a distant recollection of a girl who hurt a boy. ~ yasmin ahmad

Salaam..

Ya! Itu cara Yasmin Ahmad tulis skrip & bikin filem beliau berdasarkan cerita asal pengalaman beliau semasa kecil dlm Mukhsin. Beliau spt seorg pelukis yg melukis sebuah lukisan dr gerak hatinya yg kuat. Hasilnya? Sebuah lukisan yg boleh diinterpretasikan dgn 1001 makna. Mungkin takrifan kamu berbeza dr maksud asal filem beliau itu. Mungkin ada yg suka. Ada juga yg jelek. Ia pilihan peribadi masing2. Persoalan yg timbul dlm minda saya setelah membaca posting Yasmin itu ialah:

Bagaimanakah cara menulis skrip yg terbaik?

Saya pernah posting cerapan dr beberapa buku & internet psl scriptwriting. Bagi saya, penulisan sesebuah skrip bergantung kpd siapa penulisnya? Jika kamu spt Yasmin, kamu akan menjadi seorg storyteller atau penglipurlara yg hebat! Kerana Rabun, Sepet, Gubra & Mukhsin berjaya diceritakan spt apa yg kamu saksikan.

Saya masih ingat arwah atuk sedara saya yg memang terkenal dgn penceritaannya yg pasti ditunggu oleh cucu2nya setiap kali berkumpul masa kenduri. Arwah ada beraneka cerita lisan yg berlainan utk setiap sesi! Kami duduk mengelilinginya, ternganga, tergelak, tertakut & teruja! Tiada skrip. Tiada juga special effect. Ia sekadar cerita lisan. Arwah seorg natural storyteller! Ia adalah bakat semulajadi kurniaan Tuhan pd arwah atuk sedara saya. Pd pendpt saya, Yasmin juga salah seorg dpdnya.

Itu Yasmin Ahmad & arwah atuk sedara saya. Kamu & saya [yg bercita-cita nak jadi penulis skrip] bagaimana pula? Adakah cara lain utk menulis skrip spt tukang rumah pula kalau saya tak pandai sbg pelukis?.. Tukang rumah?

Maksud saya begini.. katalah, seorg tukang rumah 'A' akan melukis dahulu blueprint [cadangan rangka] sesebuah rumah yg hendak dibinanya. Dia akan merekacipta di atas kertas dimana beranda? ruang tamu? ruang makan? dapur? bilik tidur? jamban? pintu masuk-keluar.. bla bla bla.. Kemudian, dia akan mula membina rumah itu dari tapaknya & rangka sebenarnya berdasarkan blueprint yg dirancang. Ya! Mungkin ada perubahan itu & ini semasa membinanya [rewriting]. Dan akhirnya terbinalah sebuah rumah yg sempurna.

Sekarang kita bayangkan pula sekiranya seorg tukang rumah 'B' yg TIDAK mempunyai blueprint membina sebuah rumah? Katalah dia ada semua bekalan kayu, paku, simen & peralatan membuat rumah. Dlm mindanya sudah terbayang bagaimana sebuah rumah yg bakal dibina. Dia tahu dimana pintu depan & ruang tamu akan dibina di depan. Pintu belakang & dapur akan dibina di belakang.. bla bla bla.. Akhirnya terbinalah juga sebuah rumah yg sempurna.

Apa perbezaanya antara kedua tukang rumah 'A' & 'B'?

Tukang rumah 'A' akan cuba membina rumahnya mengikut blueprint yg dirancangnya. Dia berdasarkan struktur & rangka yg dirasakan perlu shj utk menghasilkan sebuah rumah yg sempurna. Rumah yg terbina akan mengikut skala & fungsi yg betul. Kalau dia membuat sebuah lagi rumah di atas tanah yg lain, rumah itu akan serupa dr segi struktur.. again and again.. ya! ia sebuah rumah yg sempurna!

Tukang rumah 'B' pula membina rumahnya secara fikiran terbuka. Dia tidak mahu terikat dgn blueprint yg terlalu mengongkong kreativitinya utk membina sebuah rumah. Dia akan membina rumahnya berdasarkan apa yg terbaik & mudah dibuat? Misalnya, pintu depan & ruang tamu dibuat kerana mengadap pantai yg cantik. Pintu belakang & dapur pula dibina mengadap sungai & bukit yg menghijau. Kalau dia hendak membuat sebuah lagi rumah di atas tanah yg lain, dia akan lihat dahulu sekitarannya. Maka setiap rumah yg dibuat akan berlainan bentuk. Juga ya! ia sebuah rumah yg sempurna!

Hahaha! Ke mana arah-tuju posting saya ini? Apa yg nak saya sampaikan sebenarnya?

Maksud saya, kita boleh pilih samada nak jadi tukang rumah 'A' atau 'B'.. Tak ada betul atau salah dlm kedua-dua cara. Ia bergantung kpd pilihan & kesesuaian masing2. Kamu mahu jadi tukang rumah yg mana?

p/s: TAHNIAH Yasmin Ahmad >> Malaysian/Japanese co-production film project wins the top award in Pusan, Korea.

Ahad, 5 Oktober 2008

sayembara zombie di kala malam bulan mengambang dan mamat khalid

*balasan posting ini >> sayembara intelek dan ajami



first time kutegurnya, di tayangan perdana ZKP
(sebenarnya lebih kepada menguji sejauh mana beraninya aku untuk menyampuk dia)

breaking the fourth wall? "Saya sempat bertanya secara peribadi kpd Mamat Khalid sebelum balik "ada berapa babak itu di dlm skrip asal ZKP?".. Beliau jawab "Sebenarnya ada 3.. tapi hanya digunakan 2.." Saya celah & sampuk "..coz 1 mcm tak cukup & akan menimbulkan kejanggalan.. 3 redundant terlebih-lebih over.. but 2 is just enough!.. sepasang katanyaaa kan?".. Beliau angguk. [Ya! Saya memang suka menyampuk cakap org! Over excited kot? Hahaha!]

..selepas itu,
lelaki berusia hampir separuh abad itu adalah sahabatku, juga seorang brader
dia akan selalu bercerita (dengan lawak double meaning-nya) setiap kali jumpa
..aku masih ingat, saat mataku berkaca sewaktu dia kelalut di kaca tv
hanya tangan mengepak-ngepak.. gembira teramat agaknya?
dia akhirnya dapat! kala malam bulan mengambang dia menjadi zombie!
..lu caya gua, gua caya lu bro!



Sabtu, 4 Oktober 2008

KAMI The Movie ~ Disfemisme Yang Betul?


KAMI The Movie ~ Disfemisme Yang Betul?
oleh Ajami Hashim

ringkasan
Ia bukan filem cinta monyet remaja. Tidak juga konflik filem orang dewasa. Di tengah-tengah! Coming of age. Maturation plot. Perantaraan di antara keduanya. Zaman peralihan bodoh (yang sebenarnya pandai) kepada matang (yang sebenarnya kebudak-budakan). Itulah filem KAMI The Movie bagi aku. Naratifnya bagaikan BOLEH diacuankan kepada sesiapa sahaja. Kita semua akan melalui (bagi yang kanak-kanak) dan pernah merasainya (bagi yang sudah tua seperti aku). Periode KAMI The Movie ialah personafikasi (berbentuk filem fiksyen yang dekat betul dan bendul) bagi semua orang! Kerana latarnya budak-budak lepasan SPM. Ya! Semua orang akan atau sudah ambil SPM serta pastinya melalui lohong masa itu sebelum fasa seterusnya samada ke STPM, kolej, universiti, bekerja atau kahwin! Jadi apabila sebuah filem bercerita pasal kisah yang jujur tentang kedunguan dan kelurusan yang hampir menjentik semua orang, maka ia akan meninggalkan impak terkesan bagi sesiapa yang menontonnya. Lima cerita yang satu! Ali, Abu, Lynn, Adii dan Sofie. (atau enam dan tujuh ditambah dengan watak Boy dan Zarul). Setiap watak berkaitan (atau berkecamuk) membentuk sebuah cerita penuh bagi sesiapa yang terkena (atau pernah kena). Pemberontakan Ali. Kenakalan Abu. Kebersalahan Lynn. Pencarian Adii. Pemilihan Sofie. Kejahatan Boy. Kerakusan Zarul. Boleh semuanya berlaku dalam hidup seorang penonton! Dunia dewasa di keliling mereka adalah wakil-wakil penjaga yang berjaya atau gagal. Kamu pernah mengatakan TIDAK kepada ibubapa? Aku pusingkan, kamu sentiasa berkata YA kepada setiap nasihat ayah dan emak? Itulah ceritanya. Watak-watak filem ini jujur mewakilkan cerita itu. Mungkin semasa menonton, kamu berkata dalam hati 'ya! aku seperti itu dahulu' dan tersengih. But wait! Bukan kah KAMI The Movie pasal budak-budak suka pergi gigs ajer? Mana sama dengan hidup aku dulu yang dengar lagu-lagu rock leleh kumpulan Ekamatra? Ouch! Sebenarnya memang latar filem ini mengisahkan kesukaan mereka kepada muzik indie sebegitu TAPI ia sekadar pentas ceritanya sahaja! Yang ke depan hendak diangkat ialah tema persahabatan (yang beranekaragam) dan konflik kekeluargaan (yang runtuh). Macam aku cakap tadi. Acuannya sama. Cuma hidangan cerita yang dijamu adalah kisah yang up-to-date! Ada gigs. Ada internet. Ada drugs. Ada gaduh-gaduh. Ada jiwang-jiwang yang berbahasa Melayu+Inggeris.

backstory & exposition
Khalayak filem ini terpecah kepada 2 kelompok sahaja:

1. yang sudah menonton 8 episod siri
Kelompok ini ialah yang paling beruntung kerana setiap backstory & exposition semua latar watak & cerita filem sudah lengkap sepenuhnya. Filem cuma klimak penyudah apa sahaja persoalan yang dahulunya tergantung di episod terakhir siri. Aku mengagak bahawa kelompok inilah yang akan paling emosional sehabis menonton filem kerana terlalu dekat & sebati dengan siri. Impak emosi mereka akan berlarutan untuk masa yang panjang dan mungkin filem ini ialah escapism yang akan dirindui & diulangi (mungkin menonton lebih sekali?). Harus juga kelompok ini perlukan kaunseling & terapi jiwa untuk mengembalikan sambungan hidup sebenar mereka untuk hari seterusnya? Hahaha! Relexs laa bro & sis! It's just a film!

2. yang menonton filem sahaja (kemudian mungkin menonton siri)
Kelompok ini pula tidak kurang hebatnya terkesan dengan filem sahaja! Malah mereka akan membeli dvd siri untuk lebih faham. Namun seandainya hanya menonton filem sahaja ia masih keseronokan emosi di luar jangkaan dari tontonan sebuah wayang gambar! Kelompok ini akan dipermainkan dengan makna sebenar 'rahsia' - the painful truths characters do not want known! ~ Robert McKee. Penonton akan mendahului tahu tentang sesuatu 'rahsia' setiap watak sebelum watak kawan atau lawan mereka. Lalu 'penyembunyian' itu akan dirasakan sebagai keseronokan (atau tekanan) apabila ia dibongkar satu-persatu dari mula sehingga filem tamat. Ada banyak babak 'pecah tembelang' dalam filem ini dimana dua babak yang paling wow ialah 1. 'pertemuan' Lynn & Ali di 'meeting point' yang didalangi oleh Boy.. 2. 'penyerahan buku Utopia Trauma' dari Ali kepada Lynn di babak terakhir! Oh ya! Fyi, aku dalam kelompok ini!

Boy = deus ex machina?
Ya! Bagi aku watak Boy ialah 'penyelamat' & deus ex machina yang kena tempatnya. Walaupun Boy cuma watak sampingan antagonist kepada semua watak utama KAMI The Movie, namun dialah yang menggerakkan alihan plot ke depan untuk mendinamikkan cerita. Kalau watak itu tiada, maka naratif filem ini akan statik & disfungsi berputar pada gelungan rutin kisah yang sama. Watak hitam sebegini kadangkala dirasakan lebih terampil dan meruak dalam sebuah filem yang ramai watak monotoni sebagai sebuah kumpulan (ensemble cast). Anda masih ingat filem Castello? Maka, aku wajarkan sekiranya pembikinan sebuah filem khusus untuk mendalami watak Boy sekiranya mahu lebih tahu kenapa dia jadi begitu? Boleh?..

konklusi
Cerita KAMI The Movie ialah sebahagian metafora kehidupan! Penglipurlara (Fariza & Effendee) mentransformasikan rutin hidup seharian yang seadanya, dalaman dan luaran setiap watak, bauran fantasi dan realiti menjadi sebuah filem fiksyen yang seolah-olah kisah benar: Ya! Hidup kita seperti ini! Mungkin? Disfemisme: HIDUP INI MEMANG PALAT, TAPI ESOK MASIH ADA! Betul?..

p/s: satu ajer aku komplen: rasanya filem ini dibikin dalam DV bukannya 35mm film. Maka kualiti gambarnya kureeng!

*rev lain:
[LINK LAIN AKAN DIKEMASKINI KEMUDIAN]

nota:
Memula tengok dulu siri dvd yg ada 8 naratif berlegar dlm lajur-masa serentak & berputar 360-darjah utk berjalin, bersulam & berkait satu sama lain menjadi satu hamparan laluan utk filem-nya yg lengkap! Buku Untuk Filem KAMI telah dilancarkan pd 27 Sept bertempat di The Annexe, Central Market projek usahasama syarikat Matahari Books dimiliki oleh Amir Muhammad. Filem-nya yg keluar panggung pd 1 Okt pula ada kejutan ngeri & pilu di kesudahannya! Ya! KAMI adalah francais yg akan berjaya & wajar dipuji!

pelancaran Buku Untuk Filem KAMI 29.09.08 @ The Annexe, Central Market
*laporan lanjut >> deenasour seorang lelaki
*buy online >> KINIBOOKS

*Amir Muhammad (penerbit: Matahari Books)

*Ahmad Kamal Abu Bakar (penyelenggara)


press preview KAMI The Movie 26.08.08 @ Cineleisure Damansara
*Fariza Azlina Isahak@Fizzi & Effendee Mazlan



Punggok Rindukan Bulan ~ kisah hilang dan ketemu


Local blogger Ajami Hashim interviews lead actor Saeful further @ cinema.com.my


Punggok Rindukan Bulan (website)
Azharr Rudin (myspace)

Salaam..
Masa kat luar panggung, ada seseorg bertanya kpd saya "Apa pendapat Ajami?".. dlm hati, saya terus terigt filem indie pertama yg pernah saya ulas di blog bicaraskrip ~ Love Conquers All yg ironik-nya juga terbitan Da Huang Pictures! bila saya baca balik posting tu, rasa mcm tak percaya juga krn saya agak direct memberikan pndpt.. haha!.. so, terus saya jawab soalan tadi dgn berkata "Saya terbuka utk semua filmmaking genre & style".. erm! sgt play-save kan?.. sejujurnya semasa menonton PRB saya letakkan diri saya di zon neutral dimana saya buka penerimaan saya utk apa saja cara-gaya Azharr Rudin bercerita.. sah2 ia sebuah filem indie.. maka tidak adil bagi saya utk membandingkan ia dgn sebuah filem komersial.. maksud saya, ada ketikanya bunyi rangupan pop-corn yg saya kunyah lebih jelas kedengaran! (baca: filem ini tanpa muzik latar & adakala babaknya panjang yg panjang).. namun seikhlasnya juga bahawa saya sukakan ceritanya!.. lantas, bagaimanakah seandainya saya diberikan tugas untuk mengajak secara halus penonton kebanyakan utk pergi menontonnya?.. mungkin ulasan semudah & se-spoiler tulisan di Pancaindera berikut mampu utk memujuk penonton? (yg ditambah dgn gambar & info dr DHP oleh bro Amir).. siapa tahu kan?

AMARAN KERAS! ULASAN INI ADA SPOILER TAHAP GABAN!

ref: PANCAINDERA ~ Rindu seorang anak (versi edited)


kredit tukang scan: wawa

versi asal:

Kisah Adman, Sidi dan Roza

Filem ini dimulakan dengan sebuah babak tipikal pergaduhan kecil seharian dalam sebuah keluarga bak pepatah sedangkan lidah lagi tergigit. Keluarga nukleus ini cuma ada 3 orang iaitu Adman, isterinya Roza serta anaknya Sidi yang tinggal di sebuah rumah pangsa kos rendah. Mulanya, khalayak cuma diintaikan oleh pandangan sisi oleh Sidi yang mendengar jerit-pekik umi kepada ayahnya tentang suatu ketidakpuasan. Akhirnya, si umi menghempas pinggan ke lantai serta sepak-terajang kerusi. Ia situsi yang agak tegang tapi mungkin anda pernah mendengarnya sebelum ini?

Berbagai persoalan mampu tercetus di minda khalayak samada sang isteri yang marah kerana desakan naluri femininnya? Mungkin juga tugas maskulin si suami yang tidak cukup memberikan apa yang sepatutnya? Atau adakah si anak yang menjadi punca di tengah hingga jadi pertengkaran umi dan ayahnya? Dalam satu tangkapan kamera sahaja filem ini sudah mampu memberikan sedikit umpanan untuk kita terus mahu menerobos apa sebenarnya masalah dalam keluarga ini? Kalau untuk sebuah filem komersial tentunya banyak sudut tangkapan kamera yang diperlukan untuk menerangkan situasi genting sebegitu. Agaknya, begitulah uniknya sebuah filem indie panjang karya sulung Azharr Rudin ini. Bajetnya murah tapi isinya mahal!

Sukarnya untuk mentafsir hati seorang wanita, suri dan umi! Roza nampak bahagia dan kemas dengan rutinnya sebagai seorang ibu pengasuh Sidi. Tiada cacat-cela dari riak wajahnya. Namun tanpa diduga, pada suatu hari Roza meninggalkan keluarganya! Azharr nakal bercerita bagaimana maksud pemergian Roza itu dengan satu babak dimana dari tingkat atas Sidi dan uminya menuruni tangga rumah pangsa lantas akhirnya hanya muncul Sidi seorang diri bila sampai ke tingkat bawah. Seterusnya khalayak berkongsi mata dan telinga Sidi di sepanjang filem ini.

Rumah pangsa dan sekitarannya menjadi pentas cerita penuh Punggok Rindukan Bulan. Bermulalah sebuah kebebasan tanpa batasan untuk Sidi dan ayahnya di rumah itu. Kita turut merasakan suka-duka mereka. Awalnya mereka hanya akur dengan erti sebuah kehilangan tapi lama-kelamaan ia bertukar menjadi pencarian tanpa arah tujuan. Hubungan ayah-anak sekadar menjadi panggilan dan sahutan kosong. Ruang sempit rumah pangsa itu terasa semakin luas. Rutin hidup mereka tidak lagi mengikut aturan. Makan dan minum di gerai berbayar setiap hari. Malah tempat berdengkur juga sudah bertukar lokasi, si ayah lena di sofa, si anak nyenyak di katil kelamin. Benar kata orang, gelaran surirumah maksudnya yang menjadi penyeri dan penjaga rumah! Tanpa dia, goyanglah rumahtangga!

Lantas perubahan mendadak dalam hidup Adman dan Sidi tanpa suri mereka itu mengakibatkan evolusi kehidupan untuk hari-hari yang mendatang. Adman semakin ketagih dengan aktiviti memancingnya malah cuba menjinakkan Sidi untuk menjadi pemancing tegar sepertinya. Namun ajakan manja ayahnya itu umpama paksaan cara halus bagi Sidi. Dia tidak gembira dengan ruang masa ayah-anak di tengah malam buta untuk memancing di ceruk belukar di bawah jambatan berunggun api. Apatah lagi bila ayahnya meninggalkan Sidi seorang diri untuk mencari umpan di penjuru lain belukar itu. Bagi Sidi apalah gunanya dibawa ke situ kalau hanya mahu menemani keseronokan ayahnya sahaja? Dia benar-benar bosan dan terpaksa! Jelas terpapar bila Sidi mencampakkan lampu suluhnya ke dalam unggun api yang marak, semarak rasa marahnya di dalam hati. Nawaitu Adman memang betul untuk meluangkan masa dengan si anak tapi Sidi pula merasa betul-betul bosan dan terpinggir! Ia bak fire camping yang tidak cocok cara, tidak kena tempat dan tidak sesuai masa!

Sidi pula mula ponteng sekolah dan menjadikan ruang-legar di sekitar rumah pangsa itu sebagai taman permainan. Masanya dihabiskan di rumah menonton televisyen cerita kartun. Rumah itu semacam hotel. Sidi sudah berani keluar bermain skateboard dengan rakan senakalnya hingga pulang lewat malam. Kutuk-mengutuk pasal keluarga sesama rakan jadi pergaduhan. Pemuda kutu bernama Remy yang selama ini suka menyakatnya dalam lif rumah pangsa itu dianggapnya sebagai taiko. Dia makin suka menjeling-jeling gadis comel dari jauh. Kedai video games yang jauh berkilometer sanggup dikunjunginya. Malah sifat kebiadapan Sidi terzahir satu-persatu sehingga tergamak meludah orang yang dibencinya. Boleh dikatakan semua perlakuan liar remaja yang ditegah oleh ibubapa hendak dicubanya.

Namun sejujurnya khalayak dapat merasakan gelodak jiwa Adman dan Sidi jadi begitu kerana desakan bosan, kesunyian dan rasa rindu mendalam mereka kepada Roza. Akhirnya, Adman akur bahawa memancing seorang diri berhari-hari di tengah lautan dengan memandang ke arah Singapura adalah sia-sia! Gejolak amarahnya dihamburkan dalam sekuen babak dari saranan Anton Chekhov iaitu menghunuskan keris yang terpampang berkali-kali di dinding rumah mereka. Dia mengamuk melepaskan geram dan bengang dengan hidupnya sendiri yang terbuku selama ini ala Hang Jebat setelah tayar keretanya dicuri oleh Remy. Akhirnya Adman insaf dan redha bahawa realitinya dia sudah kehilangan Roza buat selamanya.

Sidi pula menangis di balkoni tempat penyidai kain rumah mereka untuk mengakuri rasa rindunya yang teramat kepada Roza. Dia tahu di situlah bekas-bekas tinggalan uminya kerap memerhati dan pasti melambai setiap kali dia pergi sekolah dan pulang ke rumah. Sidi juga memanjat dan bersiar-siar di puncak bumbung rumah pangsa itu lalu merenung jauh sekitarnya yang masih luas untuk diterokai seolah mengiyakan bahawa uminya mungkin boleh berada di mana-mana jua.

Di kemuncak filem ini Adman dan Sidi pergi memancing bersama-sama dengan gelak-tawa. Mereka berganding-bahu mencari umpan di tepi laut dengan berbelakangkan gemerlapan neon di Singapura. Kini Adman sedar bahawa dia masih ada Sidi dan dirinya sendiri.


Kisah rumah pangsa dan jambatan

Filem ini juga berlatarkan kehidupan uzur dan daif di saat-saat akhir semua bangunan Rumah Pangsa Bukit Chagar, Johor Bahru sebelum ia dirobohkan. Sempat juga snapshot kenakalan dan maksiat biasa untuk penghuni rumah pangsa di anak tangga yang tersorok disindir secara sinis. Azharr Rudin sempat merakamkan filem ini sebelum kemusnahan kekal rumah pangsa itu sebagai nostalgia peribadi beliau. Perobohan bangunan-bagunan itu ialah penamatnya sebuah kemajuan yang pernah menjadi kebanggaan suatu masa dahulu. Ia juga ibarat kota konkrit yang pernah tinggi melangit seakan mahu bersaing dengan hutan-hutan batu moden di tanah seberang Singapura. Simboliknya imej-imej gerombolan jentolak yang meranapkan rumah pangsa itu dari atas bumbung di akhir filem ini seakan raksasa kemajuan baru yang memakan binaan empayar tua yang usang? Sedutan berita di kaca tv mengenai jambatan bengkok yang dibatalkan pula seolah menjadi iringan selari cerita keruntuhan rumahtangga Adman-Roza yang tidak panas sampai ke petang?

Mungkin begitulah unik sifatnya sebuah filem indie seperti Punggok Rindukan Bulan ini. Setiap frame gambar bergerak dan bunyinya ada sesuatu yang tersirat untuk ditafsirkan. Barangkali ia cerita biasa sebuah konflik keluarga dan rumahtangga? Tidak mustahil juga Azharr Rudin mahu menyuarakan suatu teguran yang berkias dan berlapik? Siapa tahu kan? Kesimpulannya, Adman dan Sidi mirip sepasang burung punggok yang rindukan bulan (Roza) selamanya kerana mereka tahu bahawa ia tidak akan jatuh ke riba! Benar! Mereka kehilangan seorang dari bertiga namun kini mereka ketemu bahagia untuk berdua sahaja.

Saksikanlah filem Punggok Rindukan Bulan karya Azharr Rudin yang diterbitkan oleh produksi Da Huang Pictures di pawagam digital terpilih mulai 25 September 2008.

p/s: filem ini ada versi panjang dimana Sy. Amani berlakon! katanya yg itu utk versi festival luar durasi lebih 2 jam! utk tayangan di sini versi 88 minit ajer.. [rujuk youtube di bwh]

ulasan2 lain yg betul2 lain!
~ Fadz.tontonfilem
~ Ezekiel Lee Zhiang Yang
~ KLue (interview)
~ Amir (tokeh DHP)
~ sirehdancengkeh
~ coldheartediceprincess
~ amyikram

Azharr Rudin ~ pengarah


Amir Muhammad ~ penerbit


Saeful Nazhif Satria ~ Sidi


p/s: saya terjumpa blog Anwardi Jamil >> sayaanakwayang.blogspot.com