Selasa, 30 Disember 2008

Anugerah Filem Ajami 2008!

trofi AFA08 ~ tajaan Kedai Serbaneka Kokokokok!

Sebagai penutup tahun 2008, anugerah ini buat julung kalinya dianjurkan sekadar suka-suka! jangan ada yang terjun lombong ok! hahaha!..

Genre Drama Terbaik
1. Budak Kelantan
2. Kami The Movie
3. Wayang

Genre Drama Tak Berapa Baik
1. Akhirat
2. Akhirat
3. Akhirat

Genre Jiwang Terbaik
1. Sepi
2. Wayang
3. Apa Kata Hati

Genre Jiwang Tak Berapa Baik
1. Cinta U-Turn
2. I'm Not Single
3. Selamat Pagi Cinta

Genre Komedi Terbaik
1. Los dan Faun
2. Cuci
3. Dunia Baru The Movie

Genre Komedi Tak Berapa Baik
1. Congkak
2. Senario The Movie: Episode 1
3. Antoo Fighter: Amukan Drakulat

Genre Seram Terbaik
1. Histeria
2. Susuk
3. Anak

Genre Seram Tak Berapa Baik
1. Antoo Fighter: Amukan Drakulat
2. Senario The Movie: Episode 1
3. Congkak

Pelakon Lelaki Terbaik
1. Mohd Asrul Faizal (Budak Kelantan)
2. Eman Manan (Wayang)
3. Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)

Pelakon Wanita Terbaik
1. Ida Nerina (Susuk)
2. Erra Fazira (Anak)
3. Liyana Jasmay (Kami The Movie)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Zul Huzaimy (Wayang)
2. Khir Rahman (Los dan Faun)
3. Shoffi Jikan (Kala Malam Bulan Mengambang)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Dynas Mokhtar (Apa Kata Hati)
2. Diana Rafar (Susuk)
3. Ruminah Sidek (Pensil)

Lakonan Watak Jahat Lelaki Terbaik
1. Mohd Asrul Faizal (Jaha-Budak Kelantan)
2. Zahiril Adzim (Boy-Kami The Movie)
3. Wan Kenari (Jusoh-Wayang)

Lakonan Watak Jahat Wanita Terbaik
1. Ida Nerina (Suzana-Susuk)
2. Liyana Jasmay (Murni-Histeria)
3. Ruminah Sidek (Nenek Kebayan-Congkak)

Lakonan Watak Jiwang Lelaki Terbaik
1. Afdlin Shauki (Adam-Sepi)
2. Que Haidar (Azam-Selamat Pagi Cinta)
3. Farid Kamil (Aidil Fitri-Apa Kata Hati)

Lakonan Watak Jiwang Wanita Terbaik
1. Elyana (Opie-Dunia Baru The Movie)
2. Avaa Vanja (Miss Rogayah-Kala Malam Bulan Mengambang)
3. Eja (Marya-Sepi)

Lakonan Watak Komedi Lelaki Terbaik
1. Khir Rahman (Amran-Los dan Faun)
2. Adlin Aman Ramlie (Faun-Los dan Faun)
3. Awie (Drakulat-Antoo Fighter: Amukan Drakulat)

Lakonan Watak Komedi Wanita Terbaik
1. Nasha Aziz (Suzie-Sepi)
2. Ida Nerina (Serena Mysterina-Los dan Faun)
3. Ogy Ahmad Daud (Rosmah-Apa Kata Hati)

Lakonan Berkumpulan Terbaik
1. Los dan Faun
2. Kala Malam Bulan Mengambang
3. Cuci

Lakonan Cameo Terbaik
1. AC Mizal (Bomoh-Apa Kata Hati)
2. David Teo (Tauke Hotel-Kala Malam Bulan Mengambang)
3. Mamat Khalid (Tauke Petronas-Dunia Baru The Movie)

Lakonlayar Terbaik
1. Susuk
2. Kala Malam Bulan Mengambang
3. Sepi

Cerita Moral Terbaik
1. Budak Kelantan
2. Flower In The Pocket
3. Kami The Movie

Kreativiti Terbaik
1. Histeria
2. Susuk
3. Duyung

Road-Movie Terbaik
1. Dunia Baru The Movie
2. Senario The Movie: Episode 1
3. Kala Malam Bulan Mengambang

Rubber-Suit Terbaik
1. Histeria & Duyung (berkongsi trofi utama)
2. Cicakman 2: Planet Hitam
3. Antoo Fighter: Amukan Drakulat

Lokasi terhad
1. Histeria
2. Congkak
3. Wayang

Paling Komersial
1. Histeria
2. Dunia Baru The Movie
3. Kami The Movie

Paling ber-Aksi
1. Evolusi KL Drift
2. Impak Maksima
3. Cicakman 2: Planet Hitam

Aksi 'Bola Api Berletrik' Terbaik
1. Congkak
2. Antoo Fighter: Amukan Drakulat
3. Brainscan: Aku dan Topi Ajaib

Penggunaan Latar KLCC Terbaik
1. Apa Kata Hati
2. Antoo Fighter: Amukan Drakulat
3. Evolusi KL Drift

Stunt Kereta Terbalik Kebaboom Terbaik
1. Akhirat
2. Evolusi KL Drift
3. Duyung (eh! Duyung shoot kat pulau kan?).. errr! tukar Impak Maksima lah..

Aksi Jilat Dengan Lidah Terbaik
1. Cicakman-Cicakman 2: Planet Hitam (euuuu!)
2. Jembalang-Histeria
3. (tiada calon)

Trailer Ber-Spoiler Terbaik
1. Senario The Movie: Episode 1
2. Senario The Movie: Episode 1
3. Senario The Movie: Episode 1

Bagus Tapi Susah Nak Jual
1. Kala Malam Bulan Mengambang
2. Wayang
3. Pensil

Lari Dari Sasaran
1. Cicakman 2: Planet Hitam
2. Antoo Fighter: Amukan Drakulat
3. Apa Kata Hati

CGI Berangan
1. Antoo Fighter: Amukan Drakulat
2. Congkak
3. Impak Maksima

CGI Bolehlah dibanggakan
1. Cicakman 2: Planet Hitam
2. Duyung
3. Brainscan: Aku dan Topi Ajaib

Cerita Draggy
1. Akhirat
2. Antoo Fighter: Amukan Drakulat
3. Kinta

Cerita Pendek
1. Evolusi KL Drift
2. Congkak
3. Selamat Pagi Cinta

Cerita Pening Kepala
1. Susuk
2. Los dan Faun
3. Kinta

Cerita Airmata
1. Sepi
2. Pensil
3. Selamat Pagi Cinta

Cerita Syok Sendiri
1. Antoo Fighter: Amukan Drakulat
2. Pensil
3. Senario The Movie: Episode 1

Cerita Buat Orang Boleh Tertidur Dalam Panggung
1. Akhirat
2. Selamat Pagi Cinta
3. Sepi

Cerita Seram Tapi Jadi Kelakar
1. Congkak
2. Congkak
3. Congkak

Tak Perlu Sekuel
1. Senario The Movie: Episode 1
2. Cicakman 2: Planet Hitam
3. Antoo Fighter: Amukan Drakulat

Akan Ada Sekuel!
1. Senario The Movie: Episode 1
2. Cicakman 2: Planet Hitam
3. Antoo Fighter: Amukan Drakulat

Perlu Sekuel
1. Histeria
2. Los dan Faun
3. Dunia Baru The Movie

Dialog Terbaik
1. "Oww! terkamjat kawan-kawan kau!" (Boy-Kami The Movie)
2. "Susuk tu yang bezakan artis dengan orang biasa!" (Rozana-Susuk)
3. "Roarrr! Roarrr! Roarrr!" (Jembalang-Histeria)
4. "Arghhh!" (Murni-Histeria)
5. "Mau masat kaa? mm? mm?" (Tauke Hotel-Kala Malam Bulan Mengambang)
6. "Serenaa! Mysterinaa!" (Serena Mysterina-Los dan Faun)
7. "Itu yang kita tak tahu lagi tu!" (Amran-Los dan Faun)
8. "Roarrr! Roarrr! Roarrr!" (Nenek Kebayan-Congkak)
9. "Lisaaa! Lisaaa! Lisaaa!" (Sufiah-Congkak)
10. "Nyanyikan satuu lagu.. satuu ajer Su!" (Mayat Makcik-Susuk)

Anugerah Khas Juri (boleh?)
1. Punggok Rindukan Bulan
2. Flower In The Pocket
3. Jarum Halus

Anugerah Paling Khas Lebih Khas Dari Anugerah Khas Juri Di Atas!
**Awie** berlakon 5 buah filem berlainanan watak iaitu Sophie (Apa Kata Hati), Drakulat Van Listerooy (Antoo Fighter: Amukan Drakulat), Faiz (Cinta U-Turn), Jojo (Cuci) dan Kordi (Duyung) ..back off Erra Fazira! sila buat standing-ovation serta laluan red carpet untuk the new Malay Film King+Diva ok!
Filem Yang Aku Tak Sampai Hati Nak Bantai Sebab Aku Kroni Dengan Pengarah! hahaha! larrikkk!
1. Punggok Rindukan Bulan
2. Kala Malam Bulan Mengambang
3. Apa Kata Hati

SELAMAT TAHUN BARU 2009!
KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI!
peace! muahhh!

Sabtu, 27 Disember 2008

cadangan naikkan harga tiket filem Hollywood RM20?

*TERKINI*
sila baca blog berikut:
ANWARDI JAMIL
AFDLIN SHAUKI

"All you need to do is to make filem yang best. When the filem tu best, it travels"
Salaam..
Aku nak ketawa dulu.. kah! kah! kah!
Ini bukan kes marahkan nyamuk bakar kelambu TAPI lebih teruk iaitu marahkan nyamuk bakar satu rumah! Kadang-kadang orang boleh berfikir out-of-the-box untuk sesuatu cadangan TAPI dah jadi out-of-the-brain!
Antara poin aku kenapa idea ini meroyan tak bertempat:
- menaikkan harga tiket wayang filem luar akan menjauhkan lagi penonton dari ke panggung wayang! maknanya SEMUA jenis filem akan diheret sama menanggung kehilangan pasaran!
- pasaran dvd cetakrompak akan meletups booming kebaboom kaw-kaw! RM20 = 4 buah filem ok! begitu juga downloading torrent! yeah!
- syarikat tempatan yang jadi pengedar filem luar akan gulung tikar! yang juga syarikat yang sama sebagai penerbit filem tempatan. maknanya side income mereka akan kurang! modal pusingan juga berkurang! penerbitan filem tempatan oleh mereka juga akan dikurangkan!
- katakanlah orang masih ke panggung juga menonton filem luar (sebab filem luar macam rokok juga, naik harga tinggi manapun orang tetap merokok) maka tokeh-tokeh panggung akan makin kaya-raya kerana kuota pembahagian keuntungan mereka tetap sama. katakanlah 50:50 panggung vs. penerbit filem luar. malah nilai aset filem luar semakin menguntungkan.
- katakanlah negara-negara luar kenakan rules yang sama kepada filem keluaran Malaysia dimana harga tiket untuk filem kita dinaikkan 100% di negara mereka. apa akan jadi filem itu?
- apa pula kesannya kepada filem-filem indie yang ditayangkan di pawagam digital terpilih misalnya GSC Mid Valley dimana filem-filem ini dikategorikan dalam International Screening? naik harga juga?
- inflasi yang tak semena-mena dan tak sepatutnya berlaku akan datang dari industri perfileman luar!
~ aku terkejut juga cadangan ini datang dari PFM dimana Ahmad Puad Onah pernah ditemuramah oleh sinemamalaysia berikut:
MANFAATKAN FILEM ASING UNTUK INDUSTRI FILEM TEMPATAN
..antara Q&A itu yang buat aku 'hairan' ialah:

SM: Sebagai Presiden Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM), apakah pandangan saudara terhadap senario industri perfileman masa kini dan dalam tempoh lima tahun?

AP: Saya berpendapat penerbit filem tempatan masih memerlukan “pertolongan” daripada kerajaan untuk menghasilkan filem. Pembiayaan yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menerusi FINAS dan SME Bank amat dihargai. Walaupun ia dalam bentuk pinjaman yang perlu dibayar balik, sekurang-kurangnya ini dapat membantu penerbit memulakan projek. Bagaimanapun, seperti apa juga bidang perniagaan, penerbit tidak bolehlah mengharapkan 100 peratus pinjaman daripada kerajaan. Sebaliknya, mereka perlu mempunyai modal sekurang-kurangnya 30 peratus daripada sumber sendiri. Ini akan membuatkan mereka bekerja dengan lebih tekun dan gigih lagi untuk mendapatkan pulangan.

Selain pinjaman, kerajaan juga wajar memberi geran kepada penerbit-penerbit yang berjaya untuk menghasilkan filem-filem berunsur kenegaraan untuk ditayangkan di peringkat antarabangsa dan menambah khazanah filem kita bagi tatapan golongan muda dan generasi akan datang. Sampai bila kita hendak bergantung pada filem Sergeant Hassan, Bukit Kepong dan Leftenan Adnan untuk ditayangkan pada setiap kali ulang tahun kemerdekaan negara.

PFM amat menghargai pulangan duti hiburan yang diberikan oleh kerajaan. Bagaimanapun, bagi membolehkan lebih banyak filem tempatan dihasilkan, PFM berpendapat cukai hiburan yang diterima kerajaan daripada filem-filem asing yang ditayangkan di negara ini boleh dimasukkan sebahagian daripadanya ke dalam satu tabung dan digunakan untuk membiayai penerbitan filem tempatan. Jika usaha ini dapat dilaksanakan, kita tidak perlu sampai kepada keadaan penerbit tempatan menuntut kerajaan menyekat kemasukan filem asing bagi membolehkan filem tempatan mendapat tarikh tayangan dan peluang ditayangkan lebih lama berbanding wajib tayang dua minggu sekarang.

Perancangan masa depan industri filem tempatan bagi saya ialah menggalakkan penerbitan lebih banyak filem tidak kira dalam bahasa apa sekalipun. Dengan adanya volume yang tinggi, saya yakin satu hari nanti penerbit filem tempatan berada dalam kedudukan yang membolehkan mereka “memaksa” pengusaha pawagam untuk memberi keutamaan bagi penayangan filem tempatan dan bukan mengehadkan satu filem pada setiap dua minggu seperti hari ini.

..adakah keuntungan cukai yang akan meningkat 100% bagi setiap tiket RM20 daripada kutipan filem Hollywood itu yang dikejar oleh PFM? aku tak ada jawapannya..

*pautan lain:
~ Amir Muhammad
~ Anwardi Jamil
~ The Storyboard
~ Mansor Puteh
~ David Teo
~ lizzam.blogspot.com
~ cari.com.my
~ cinema.com.my
~ lowyat.net
~ usj.com.my
~ blog.thestar.com.my
~ mmail.com.my
~ whatalulu.blogspot.com

PART.1 NST
RM20 to watch a Hollywood movie?
By: Meor Shariman
KUALA LUMPUR: Malaysians will have to pay more to watch Hollywood films in the cinemas if a proposal by the Malaysian Film Producers Association is accepted by the government.
The association wants the ticket price for Hollywood movies to be hiked to protect local feature films.
Its president, Ahmad Puad Onah, said the higher ticket prices was among proposals the association would submit to the National Film Development Corporation soon.
"Our members agree that only by hiking the admission price of Hollywood movies will Malaysians go to watch local movies."
He said although the local film industry had been on an upward trend over the past two years, the current economic uncertainties had stunted growth.
"All six local films released during the school holidays have under-performed.
"One of the reasons cited for the poor performance is that they had to compete against Hollywood blockbusters."
The films -- Wayang, Selamat Pagi Cinta, Antoo Fighter, Los & Faun, Cicakman 2: Planet Hitam and Histeria -- had to compete against Hollywood big-budget movies such as The Day The Earth Stood Still, Bolt, Twilight and Madagascar 2.
Antoo Fighter and Cicakman 2: Planet Hitam, which had been expected to be a hit, failed to score with movie-goers, he said.
"We are sure that if ticket prices for local movies are reduced, more people will watch them."
Ahmad Puad said such a policy was in place in Indonesia.
"In Indonesia, the ticket prices for Hollywood movies are higher than Indonesian movies.
"It has helped the growth of the film industry."
He said the association would propose that ticket prices for Hollywood movies be increased to RM20. Now, ticket prices for all movies are between RM9 and RM12.
On why ticket prices for local movies should not be lowered instead, Ahmad Puad replied: "That will not be fair to our producers."
He said the move would give local films the edge when competing with Hollywood blockbusters.
"It is timely as some of today's locally-made movies are on par with foreign movies in terms of quality."
In fact, it would encourage local producers to invest more in their movie production, he said.
Other recommendations to be submitted included better incentives for filmmakers and a revision of the compulsory screening scheme.
He said 35 local movies were expected to be released next year.
"But if we follow the current scheme, only 22 films will get shown."
Under the scheme, only two local films are allowed to be screened a month. Also, no local movie will be screened during the fasting month.
PART.2 NST

Directors laud call to raise Hollywood movie ticket price
By : Meor Shariman
KUALA LUMPUR: Local film directors support the proposal by the Malaysian Film Producers' Association to hike the ticket price for Hollywood movies.
They agreed it was one step towards the development of local films.
"It is a good step but it should not stop there," said award-winning director Datuk Paduka Shuhaimi Baba.
She said another way to help the industry was for local producers to have a bigger cut of the box-office collection.
"Currently, producers and cinema operators are sharing the ticket sales equally. Producers should get a higher cut."
She said cinema operators could also share the promotional costs of local movies.
Shuhaimi said many countries were imposing regulations to protect their movie industry.
Director Ahmad Idham Ahmad Nazri said cinema operators would also benefit from higher ticket prices for Hollywood movies.
"The screening for a local movie now is limited to 14 days -- the minimum required by regulations -- as cinema operators will replace it with Hollywood movies to generate more income.
"With a hike, they will get more income from one or two Hollywood movies, thus encouraging them to give more days to local movies."
Director Afdlin Shauki said the number of Hollywood movies in local cinemas should be limited.
He said China only allowed 20 Hollywood movies to be shown annually.
"It means only the best movies from Hollywood are shown, which is good for movie-goers"
Afdlin, however, cautioned that the ticket price hike could backfire.
"At the current ticket price, you can watch two movies, one Hollywood and one local. But if you increase the price to RM20, movie-goers might just skip local movies altogether."
National Film Development Corporation director-general Mohd Mahyiddin Mustakim said the body would study the proposal before a decision is made.
"We welcome any proposal or effort to improve and develop the industry. But we have to look at each proposal and its overall effect on the industry."

Cicakman 2: Planet Hitam ~ ambisi keterlaluan?

Cicakman 2: Planet Hitam hendak mendekati siapa sebenarnya? Kanak-kanak yang berangan nak jadi superheroes atau orang dewasa yang sukakan genre superheroes? Atau kedua-duanya sekali? Bagi aku, ia sangat mengelirukan seperti juga kemusykilan identiti watak Hairi dan Cicakman itu sendiri. Malahan ada ketikanya kedua-dua watak seakan tiada bezanya mungkin cuma kostum sahaja yang bertukar warna dan bentuk. Perwatakan Hairi dengan lawak bersahajanya masih sama juga bila dia memakai sut Cicakman tetap dengan lawak ala lurus bendulnya. Watak Cicakman mesti ada perbezaan yang ketara selain dari keupayaan superheroes-nya berbanding watak manusia biasa seharian sebagai Hairi. Itulah yang sepatutnya berlaku kerana dimana orang tidak akan mengenali identiti sebenar Cicakman apabila dia memakai sut khas itu. Tapi kalau kedua-dua watak seakan sama perangai dan tingkahlaku serta perwatakannya, maka ia jadi biasa. Betul! Kelebihan memakai sut Cicakman memudahkan Hairi berlari, melompat, bergayut, bla bla bla.. tapi dia mesti membezakan semuanya sekali bukan sekadar bertukar rupa pakaian. Mungkin misalnya bila Hairi menjadi Cicakman dia kena lebih serius dan lasak berbanding poyo dan terhegeh-hegeh seperti Hairi. Kata-kata kuncinya ialah PERTUKARAN dan PERBEZAAN!

Oklah! Kalau Cicakman mahu jadi filem superheroes yang humor, parody dan comical habis kenapa naratif asasnya terlalu berat dan serius? Maksud aku, filem ini mengangkat isu semasa di Malaysia iaitu reformasi menggulingkan kerajaan! (oleh Professor Klon dan sekutunya) Ia sarat dengan isi cerita yang berbaur politik, demonstrasi jalanan, korupsi, penyalahgunaan kuasa bla bla bla.. Adakah filem seberat ini sesuai disuapkan kononnya secara ringan kepada kanak-kanak? Ini yang akan menjauhkan keseronokan mereka kerana pertelagahan kuasa di antara Professor Klon dan Presiden Ramlan bukan dunia budak-budak. Ia terlalu besar! Untuk orang-orang dewasa sebenarnya. Lantaran itu sebaliknya jika filem ini untuk orang tua, kenapa pula terlalu diperbudakkan cara ceritanya? Soalan kuncinya ialah siapa PENONTON SASARAN Cicakman 2?

Keaslian! Ini juga masalah Cicakman 2. Mungkin watak Rrama sahaja yang tidak mengingatkan aku kepada mana-mana watak villain dalam filem superheroes Hollywood (walaupun sedikit persamaan dengan Cat-Woman dalam Batman) Tapi watak Rrama perlukan sedikit backstory yang kukuh selain dari kegilaan merakam kematian mangsanya. Ok! Itulah yang perlu diberikan sedikit backstory untuk Rrama bagi mengetahui apakah penyebab dia jadi psiko sebegitu? Tentu ada puncanya. Watak-watak yang lain memang tiada keaslian! Watak-watak Ginger Ghost adalah copycat The Twins dalam filem The Matrix Reloaded. Miss Chee ialah saduran kombinasi watak psikik The Oracle (The Matrix) dan mekap/kostum Queen Padme Amidala (Star Wars) Adakah produksi Cicakman 2 sudah kekeringan idea langsung untuk mencipta 100% watak-watak villain tersendiri. Aku tak payahlah nak panjang-lebar menyamakan cara-gaya lompatan dan larian Cicakman itu sendiri dengan miripnya lagak Spiderman yang cuma digantikan web-shooter dengan lidah Cicakman! eeuuu!.. Perkataan kuncinya ialah KEASLIAN!

Nawaitu filem ini juga seakan terlalu besar, sebesar superheroes Hollywood tapi masih dangkal kemampuannya. Ia seumpama seorang amatur yang hendak ke pertandingan profesional. Lantas kenapa ia berambisi terlalu tinggi kalau tahap capaiannya ternyata masih rendah? CGI? Ya! Itulah kekuatan filem ini yang juga menyerlahkan kelemahannya paling ketara bila terlampau mencuba. Misalnya kereta kebal Professor Klon tiada bezanya dengan kartun-nya lori treler dalam filem Impak Maksima. Adakah Cicakman 2 tidak mahu belajar dari kekurangan itu? Aku pelik kalau Hollywood sendiri merealisasikan dinosaur dalam filem sebesar Jurassis Park tidak berani menggunakan 100% CGI (mereka menggunakan teknik gabungan CGI, robotic, fiberglass dan tanah liat) Namun Cicakman 2 mencipta sebuah kereta kebal yang 'sebesar alam' itu 100% CGI? Hello! Penonton kanak-kanak pun tahu menilai mana CGI yang nampak real atau sebaliknya! Betul tak murid-murid semuaaa? Kita sebut ramai-ramai frasa kuncinya ialah CGI yang BERPADA-PADA! Atau pepatah kata UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI!

Jadi kesimpulannya sebagai kata kunci penutup aku ialah Cicakman 2: Planet Hitam memang best giler! Buatlah sambungannya Cicakman 3 secepat mungkin! Aku dah tak sabar-sabar nih!

Sabtu, 20 Disember 2008

cubit manja bersama Ajami Jarum?

Memang aku setuju dengan cadangan Siti Jarum supaya dibanyakkan lagi adaptasi karya sastera bertulis (cerpen/buku) ke bentuk skrip drama tv/filem. Tapi aku sangkal sepenuhnya bahawa cerpen Apabila Alam Berbicara yang diwar-warkan oleh Siti Jarum sebagai karya yang baik untuk adaptasi? Aku dah baca cerpen itu dan ia memang sebuah cerpen yang bagus dari tulisan Rozais Al-Anamy TAPI ia agak sukar diadaptasikan terus ke bentuk skrip kerana cerpen itu hanya ada 4-5 babak sahaja dimana selainnya ialah 'fikiran dalam minda' si protagonist iaitu Prof. Jiwa Alam. Kalau hendak dibikin sebagai drama tv/filem maka Rozais atau penulis skrip kena kembangkan lagi cerpen itu bukan sekadar adaptasi terus! Banyak kerja tu beb! Rasanya Siti Jarum tak faham bahawa skrip drama tv/filem perlukan visual dan audio untuk bercerita berbanding dengan penulisan cerpen/buku.

*sila baca blog Maizura M. Ederis (seorang penulis skrip) untuk perbincangan lebih lanjut!

*aku cadangkan kalau nak diadaptasi buku ke skrip drama tv/filem yang pop/komersial ialah K-Ei8ht & Romlah: The Untold Stories
*Screenplay : The Foundations of Screenwriting by Syd Field (page 19-20)

What is a screenplay? Is it a guide, or maybe an outline, for a movie? A blueprint, or a diagram? Or maybe it’s a series of images, scenes, and sequences strung together with dialogue and description, like pearls on a strand? Perhaps it’s simply the landscape of a dream?

Well, for one thing, a screenplay is not a novel, and it’s most certainly not a play. If you look at a novel and try to define its fundamental nature, you’ll see that the dramatic action, the story line, usually takes place inside the head of the main character. We see the story line unfold through the eyes of the character, through his/her point of view. We are privy to the character’s thoughts, feelings, emotions, words, actions, memories, dreams, hopes, ambitions, opinions, and more. The character and reader go through the action together, sharing in the drama and emotion of the story. We know how they act, feel, react, and figure things out. If other characters appear and are brought into the narrative line of action, then the story embraces their point of view, but the main thrust of the story line always returns to the main character. The main character is who the story is about. In a novel, the action takes place inside the character’s head, within the mindscape of dramatic action.

A play is different. The action, or story line, occurs onstage, under the proscenium arch, and the audience becomes the forth wall, eavesdropping on the lives of the characters, what they think and feel and say. They talk about their hopes and dreams, past and future plans, discuss their needs and desires, fears and conflicts. In this case, the action of the play occurs within the language of dramatic action; it is spoken in words that describe feelings, actions, and emotions.

A screenplay is different. Movies are different. Film is a visual medium that dramatizes a basic story line; it deals in pictures, images, bits and pieces of film: We see a clock ticking, a window opening, a person in the distance leaning over a balcony, smoking; in the background we hear a phone ringing, a baby crying, a dog barking as we see two people laughing as their car pulls away from the curb. “Just making pictures”. The nature of the screenplay deals in pictures, and if we wanted to define it, we could say that a screenplay is a story told with pictures, in dialogue and description, and placed within the context of dramatic structure.

That is its essential nature, just like a rock is hard and water’s wet.

Because a screenplay is a story told in pictures, we can ask ourselves, what do all stories have in common? They have a BEGINNING (act 1/set-up), MIDDLE (act 2/confrontation) and an END (act 3/resolution), not necessarily in that order, as Jean-Luc Godard says. Screenplays have a basic linear structure that creates the form of the screenplay because it holds all the individual elements, or pieces, of the story line in place.

Khamis, 18 Disember 2008

HISTERIA ~ trailer & ost

TRAILER



HISTERIA ost ~ Nadia AF6

HISTERIA ~ Nadia AF6
lagu & lirik: Nurzaidi Abd Rahman
ke mana engkau pergi
ku akan turuti diri kamu
setiap hembus nafas mu
akan ada di sisi kamu
walau kau coba 'tuk sembunyi
kau tak kan dapat terlepas
kau kan jadi milik ku
tiada tidak lagi
usah kau merayu aku
setiap manusia
yang hidup di dunia
pasti akan jelas hutang mati
mati mati ohhh..

website:
~ Doghouse73Pictures
~ pakar kesan khas: Ella Sandera
~ Nadia AF6
~ Tayangan Unggul


HISTERIA @ pawagam!

SEKARANG!

ajami: apa projek akan datang?

james lee: bla bla bla.. I want to pay homage to all the filmmakers that I like, action movies etc.. so mungkin the last movie I want to make is Senario?

ajami: (gelak tutup mulut di belakang handycam Sony)

*sedutan bual santai Ajami Hashim dan James Lee pada Sabtu, 13 Dis 2008 yang lalu..

james lee, jembalang & ella sandera

ulasan awal kawan-kawan kat sini

off-topic: mari mencocok Siti Jarum! kat sini

Selasa, 16 Disember 2008

Los dan Faun ~ aku ketawa mengekek-ngekek!

Walaupun tajuknya seolah-olah buddy movie 2 orang protagonist iaitu Los dan Faun tapi aku melihat filem ini sebagai ensemble comedy dimana kesemua watak sama penting untuk bercerita. Kekuatan filem komedi sebegini sangat bergantung kepada kemampuan menceritakan perbedaan perspektif, respons, aksi/reaksi oleh kesemua watak dalam kepompong dunia naratif Los dan Faun yang khusus dalam filem ini sahaja. Maksud aku, setting filem ini sememangnya sengaja berlebih-lebihan, dilebih-lebihkan, terlebih-lebihan, melebih-lebihan.. dan itulah KELEBIHAN filem ini! Misalnya ada babak dibikin bermula dengan lawak (dialog/aksi) yang kecil oleh seorang watak lalu disambung oleh watak seterusnya dan ditumbesarkan lagi oleh watak lain serta yang lain-lain berantaian sehingga sebesar-besar jenaka yang out of the box! Malahan ia diekori lagi oleh suara-suara offscreen sebelum babak berakhir! (watak Amran oleh Khir Rahman banyak melakukannya dengan kena) Kerana itulah mungkin penonton mulanya hanya tersenyum simpul kemudian ketawa kecil dan diakhiri dengan gelak terbahak-bahak non-stop! Los dan Faun berhasil menimbulkan reaksi itu berkali-kali dan berulang-ulang di sepanjang naratif filem ini seperti snowball-effect.

Kekuatan utama filem ini ialah cliffhanger naratifnya dan unpredictable dialogues dari setiap watak. Khalayak menunggu apa yang akan terjadi seterusnya dan apa dialog yang akan terpacul dari mulut watak dalam setiap babak. Walaupun diakui bahawa cerita ala penyiasatan sebegini akan memerlukan banyak exposition dan clue untuk diceritakan bagi melengkapkan cerita, namun ia terasa mudah diikuti kerana setiap info dijalin dalam bentuk visual penemuan ala CSi yang teliti dan sesi Q&A sesama watak-watak secara sambil lewa. Penonton bergerak bersama dengan Los dan Faun untuk mencari siapakah pencuri jam tangan Soffarudin Al Sogood?

Kepandaian pengarahan Afdlin Shauki dan ke-witty-an setiap pelakon berjaya memudahkan penceritaan yang kompleks meskipun ada ketikanya exposition yang disyarahkan oleh watak-watak terlalu banyak. Misalnya babak terakhir filem ini semasa helikopter mendarat dan polis tiba, watak Soffarudin dan Faun menghuraikan tanpa henti itu dan ini tentang jawapan sebenar kepada semua misteri dilatari oleh bunyi helikopter yang bingit. Pada aku, ia disengajakan kerana info itu terlalu banyak bla bla bla tapi terasa pendek dan cepat kerana gesaan dari bunyi enjin helikopter itu sendiri. Kamu perasan tak situasi itu juga 'memaksa' watak-watak bercakap laju dan kuat-kuat kerana isinya panjang dan banyak! Ia macam sesi taklimat ringkas tapi padat yang hanya perlu dicerap kata-kata kunci jawapan who, what, where, why, how? secepat-cepat mungkin. Bagus!

Filem ini juga berani berjenaka secara exaggerate, farce, slapstick dan menyelitkan sexual innuendo tapi masih berkias cara Melayu serta 'bersih' untuk orang yang tidak faham apa jenakanya. Mungkin kerana itulah ada ketikanya penonton yang naif tidak ketawa tapi aku layannn!.. hahaha!

Sejujurnya, aku sudah lama betul tak merasa ketawa mengekek-ngekek dalam pawagam menonton sebuah filem komedi Melayu (baca: Senario aku ketawa juga tapi cuma sekerat jalan!) Jadi bila aku menonton Los dan Faun sampai hentak-hentak kaki dan gelak hingga keluar airmata, maknanya filem ini memang lawak yaa amat! Hebat!

Tahniah bro Afdlin & team Los dan Faun!

*ulasan lain kat sini

*ulasan lain macam kat sinaganaga
with adi luqman
(kredit: wenkt)

Ahad, 14 Disember 2008

post-MASKARA & ROMLAH The Untold Stories ~ ulasan ajami

laporan MASKARA:
wawa
reez
garam
princessliyana
jowo pinter
madulebah

ast3
cik puan daun
razor
miezie
dugongsenyum
azzam supardi

"Kau Bagai" oleh reez @ MASKARA BALAK MALAYA
download versi rakaman kat rumah >> reez


*berikut ialah ringkasan buku ini:

Hari itu, hari 'Asyarah minggu ketiga. "RRROOOAAARRR!!!" raksasa itu meraung lagi. It's unfair. I haven't been pampered yet. "Nak nenen!" terdengar suatu suara yang halus, tapi bergetar. Pari-pari itu tidak dapat membayangkan kerana dia tidak pernah menyambut Hari Paderi Valentine. "Romlah, cepat bersiap! Jom kita pergi Zoo Negara!" Romlah dan kekasihnya berjalan berpimpin tangan menyusuri pantai Teluk Kemang. "You rindu I tak?" tanya Romlah, manja, sambil jejarinya memintal-mintal bulu dada teman lelakinya itu. Brader Burger cuma mempamer sengih. Dia kehilangan kata-kata. "Bagaimana jika tidak ditemui baju dalam merah tersebut?" getus Romlah dalam kebingungan. Jawapan Romlah ringkas - dia belum rasa gatal nak kahwin. Sekolah pun baru darjah dua. GEDEGANGGG!!! "RRRRROOOOOAAAAARRRRR!!!!! RRRRROOOOOAAAAARRRRR!!!!! RRRRROOOOOAAAAARRRRR!!!!!" Harakat raungan raksasa lebih panjang dan kasar. "Blah lah lu Romlah" jawab seseorang. Disusuli dengan beberapa ketawa kecil. Di radio, sayup kedengaran Malique berduet dengan M.Nasir dalam Mantera Beradu. "Sekarang aku ingin kepastian, benarkah kamu sudah bosan pacaran dengan aku?" Romlah membetul-betulkan duduk selendang mak datin. Kanak-kanak perempuan yang belum mumayyiz memerhatikan sahaja tingkah laku Romlah. "Belum" Sengaja Romlah jawab pendek supaya nampak biasa-biasa. Romlah tunggu.

*ulasan penuh akan datang! hahaha!
*beli buku ini kat sini

POSTING DAH LUPUT TARIKH:
MASKARA: BALAK MALAYA ~ 13.12.08


Salaam..
Siapa nak teka dan menang hadiah yang best giler dimana dengar khabarnya Tayangan Unggul sudi nak bagi hadiah tajaan sempena promosi filem Histeria!
Jom laa pegi!

lelaman web/blog peserta:
~ ajami hashim (pengerusi majlis?.. siap laa!)
~ azzam supardi
~ irwandy @ ND
~ lutfi ishak
~ matjan
~ rafix
~ reez
~ tembakau
~ vovin

AKAN DATANG MENCEKIK HIDUP ANDA!
sol-jah.blogspot.com

NOTA: perbualan melalui sms sehari sebelum MASKARA (bukan filem pendek SMS ok!)

ajami: bro, TUSB sudi nak taja hadiah teka kacang! lulus?

sinaganaga: lulus! lu bwk scha & liyana sekali tak?

ajami: melampauuu!.. tapi cuba diusahakan!.. tak janji!.. hype! janji hype bro!

*apakejadahnya MASKARA?.. klik pautan-pautan berikut:
~ SINDIKET SOL-JAH
~ MASKARA-FACEBOOK
~ MASKARA 9
~ MASKARA X
~ MASKARA SHORTIES

Sabtu, 13 Disember 2008

Muallaf ~ Yasmin Ahmad (youtube)

Temuramah berikut sudah lebih setahun yang lalu pada 23 Julai 2007 selepas pratonton tertutup di pejabat Yasmin Ahmad. Sayang sekali filem Muallaf mungkin tidak ditayangkan di sini. Harapnya dapat juga ditayangkan.. huaaa! :-(


PART.1


PART.2


PART.3


STORYTELLING is the creative demonstration of truth. A story is the living proof of an idea, the conversion of idea to action. A story's event structure is the means by which you first express, then prove your idea.. without explanation. ~ STORY by Robert McKee pg.113

Ini pendapat aku. Filem Muallaf adalah cerita cinta uda dan dara, sayang di antara keluarga, kasih sesama manusia, juga kepada seekor kucing hitam? Kalau kamu berniat ikhlas menontonnya sebagai hiburan, kamu akan terhibur (baca: ketawa dan menangis juga adalah hiburan kan?) Dan seandainya kamu mahu cari makna tersirat subtext di dalamnya? Tontonlah berkali-kali! Memang banyak sana-sini di sepanjang naratif filem ini. Ia bercerita bagaimana sesama manusia berkongsi suluhan cahaya kasih-sayang dan ampun-maaf dalam perjalanan samar pencarian Tuhan dan diri sendiri. Kadangkala kita terasa seperti kehilangan sesuatu yang selama ini kita miliki, sedangkan ia sentiasa ada di sisi kita sepanjang masa. Kita hanya perlu mencari semula dengan rasa syukur dan pandangan baru yang lebih terbuka.

NOTA: suntingan youtube di atas agak amatur dan soalan-soalannya pun macam tak semenggah mana kerana ia adalah rakaman main-main aku yang terawal dulu masa mula-mula gatal nak temuramah pembikin filem Malaysia!.. hahaha!

TRAILER

Rabu, 10 Disember 2008

penilaian prestasi tahunan?

Salaam.. dah bulan disember kan? aku tahu! kamu yang bekerjaya pastinya tak sabar-sabar nak mengadap boss/supervisor kan? hahaha!

Apa yang kamu kurang selesa semasa sesi penilaian prestasi tahunan?
1. membandingkan kamu dengan rakan sekerja A,B,C...X,Y,Z
2. memfokuskan kesalahan kamu lebih daripada pencapaian
3. (sila tambah di kotak komen!)

Selasa, 9 Disember 2008

aku, teater dan Johan Jaafar?


Setiap kali terbaca nama Datuk Johan Jaafar di dada akhbar, aku pasti akan membaca setiap artikel yang ditulis oleh beliau. Dan ketika itu jugalah aku akan terkenangkan bagaimana aku mula mengenali namanya sejak berlakon teater Kotaku Oh Kotaku (1988) iaitu salah satu naskhah beliau yang mengangkat watak Jebat ke satu tingkat yang lain serta kontemporari. Teater itulah yang mengajarku asas persembahan pentas yang begitu asing bagiku sebelum itu dimana aku melakonkan 2 watak iaitu sebagai Uda dan Peon. Masa itu aku di tingkatan 4 dimana sekolahku, SEMESTI berjaya memenangi peringkat daerah seterusnya menjadi wakil ke peringkat negeri di Ipoh dalam Pertandingan Teater Di Antara Sekolah anjuran TV3. Sayang sekali, kami tidak berjaya ke peringkat kebangsaan. Kalau tak silap, kami di tempat ke-2. Dengar khabarnya kerana kami bukan dari daerah Perak Tengah iaitu kami wakil daerah Hilir Perak maka sekolah kami tidak menjadi juara! Ia spekulasi dan kontroversi yang masih menjadi X-Files sampai hari ini! Hahaha..

Oh ya!.. Kamu bacalah artikel tulisan Datuk Johan Jaafar berikut yang agak panjang tapi sangat berisi:

pautan:
BERITA MINGGU: Memperkasa BM tanggungjawab semua kaum
JOHAN JAAFAR

Sabtu, 6 Disember 2008

Selamat Hari Raya Haji

Salaam.. pesanan pakcik, berhati-hati memandu di jalanraya! selamat berkorban lembu & kambing!.. kirim salam dengan tok pengulu!.. dan jangan lupa surf ini blog kat kampung ok! ;-)

Khamis, 4 Disember 2008

Buto(h) Caravan Paris-Tokyo?


contoh Butoh Dance

Dr. Zul ajak aku dan kamu semua untuk saksikan persembahan umum Buto(h) Caravan Paris-Tokyo di ASWARA malam esok:

Tempat: Dewan Orkestra, ASWARA, Jalan Tun Ismail >> peta
Tarikh: Jumaat, 5 Disember, 8.30 malam
Penganjur: ASWARA & Japan Foundation


Buto atau lebih dikenali sebagai Butoh di dunia barat adalah sebuah persembahan kontemporari pelbagai disiplin seni dengan tubuh, tari dan teater menjadi titik tolaknya. Bentuk ini bermula sejak Selepas Perang Dunia Kedua di Jepun dan pertamakalinya dipersembahkan di sebuah galeri di Tokyo pada tahun 1959. Terdapat ramai penggiat Buto yang mengamalkan cara yang berbeza. Walaupun ianya bermula di Jepun, pengaruhnya sudah merebak ke seluruh dunia, melalui perpindahan dan pengembaraan para pengamal, guru, kumpulan serta individual, yang bukan hanya terpengaruh tetapi menginkorporasikannya di dalam persembahan mereka dengan gaya yang tersendiri dan boleh ditemui di mana-mana benua.

lagi info:
~ dr.zul: saloranseni.blogspot.com
~ nyobakan.blogspot.com
~ earthlink.net
~ wikipedia
~ theactorsstudio.com
~ kakiseni.com

NOTA: sejujurnya aku tak pasti apa yang akan aku tonton nanti?.. hahaha!

info tambahan dari youtube berikut (aku baru jumpa) pasal Tatsumi Hijikata iaitu founder persembahan butoh..

Rabu, 3 Disember 2008

introducing: YUNA


www.myspace.com/yunaroomrecords

Aku terjumpa YUNA di blog eskapisminda memang hebat bakat awek ni! beli EP-nya di sini:

Selangor: WONDERMILK 41 Jln SS21/1A, Damansara Utama >> peta

Kuala Lumpur: DOLLS STORE Bukit Bintang >> peta

Kuantan: THE CROCODILE ROCK Lot 4360-B, Lorong Datuk Mahmud 1, off Jalan Telok Sisek >> peta

more info:
~ yuna-myspace
~ yuna-facebook
~ eskapisminda