Selasa, 10 Februari 2009

Sifu dan Tongga ~ BUKAN filem sampah!

*ini bukan poster filem (sekadar gambar hiasan)

updated: 10 Feb 09 ~ Aku kena betulkan balik tajuk asal posting iaitu 'Sifu dan Tongga ~ filem sampah lagi?' kerana sebenarnya ia BUKAN filem sampah tapi baru kusedar bahawa ia adalah jeng jeng jeng! filem jamban! kenapa?.. kerana jamban ialah ruang kecil yang paling indah dan best giler untuk semua orang apabila nak berak atau kencing sahaja! maknanya ia cuma persinggahan sementara untuk membuang tahi, cirit-birit, muntah dan air kencing (dan pembaziran air mani, dan darah kotor wanita, dan blablabla..) eh! siapa kata aku memperlekehkan filem ini? betul lah tu, jamban adalah asas keperluan harian setiap manusia yang dianggap tak begitu perlu diwar-warkan sangat tetapi wajib dikunjungi setiap hari. kamu ambil contoh semasa rumah terbuka di hari raya.. kalau jiran tetangga serta sahabat-handai berkunjung ke rumah kita, maka sudah tentu yang di-hilite-kan ialah dekorasi ruang tamu terkini ala-ala Eric Leong atau gubahan bunga-bunga plastik pembelian sale dari Jln Masjid India.. mungkin juga set pinggan-mangkuk import yang menghidangkan juadah nasi impit dan kuah kacang di atas meja.. kalau ke ruang dapur pastinya microwave terkini yang boleh memasak itik panggang barbeque dalam masa 5 minit!.. di halaman pula barangkali ada binaan kolam air pancut ala Inggeris yang dipenuhi ikan berwarna-warni.. nampak tak?.. jamban adalah bilik yang tidak diperkenalkan sebagai priority!.. ia cuma diberitahu kedudukannya bila ada tetamu yang hendak melawaskan diri secara tiba-tiba.. "oh! toilet kat belakang sana bung!" jawab seorang pembantu rumah Indonesia.

amboi! panjang-lebar benar analogi yang terpaksa aku huraikan! sebenarnya itulah kelebihan filem ini iaitu untuk menontonnya adalah last priority bagi aku tetapi sangat penting untuk keperluan singgahan sekejap sahaja.. aku mudahkan, sesebuah jamban itu asasnya cuma ada 2 iaitu lubang tahi dan air bersih.. selainnya iaitu dekorasi dinding seramik, toilet-bowl bercorak, lantai marmar, pintu kayu jati, automatic splasher, pewangi berbau floral, mentol jimat letrik, tissue roll jenama Ikea serta sinki buatan Itali mahupun dihiburkan dengan muzik jazz (dalam hotel) semuanya adalah sekadar keselesaan yang tak begitu penting.. you just sit (or shit) and done!.. jadi pernahkah kamu terserempak dengan orang yang keluar jamban dan berkata "eh! engkau patut masuk dan guna jamban yang ini! wa cakap lu! best yaa amats!" hahaha..

ermm.. adakah analogi aku ni makin mengkonpiuskan anda? sori beb/bro! gua tak bleh tahan asyik terbabas ajer ulasan ni! sori! sori!.. "tapi kan!.. tapi filem itu laku juta-juta bro!" mencelah seorang kawan aku yang tak pernah tengok filem melayu kat panggung sebab dia beli dvd cetak rompak lalu mengejutkan lamunanku sejurus keluar dari jamban di KLCC.. well, itu sekadar nombor dude! ia tidak menandakan apa-apa indikasi bahawa filem itu lemak berkrim dan sangat disukai ramai! maksud aku katalah kutipan sesebuah jamban yang berbayar macam di KLCC ini laku sejumlah RM100 sehari yang datangnya dari (50 orang x RM2) sekali masuk.. apakah itu bermakna kesemua 50 orang itu gembira-ria dengan kualiti dalam jamban itu berbanding jamban di Puduraya yang hanya berharga 50sen sekali masuk?.. ini macam kebarangkalian rawak matematik iaitu mungkin kesemuanya suka, kesemuanya tidak suka atau sebahagiannya suka/tidak suka.. sejujurnya si taukeh jamban KLCC tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa jambannya paling ter-best seantero Kuala Lumpur!.. "habis? kenapa orang sanggup juga masuk jamban KLCC yang berbayar?" tanyanya lagi.. lalu dengan pantas dan lancang mulut aku menjawab tanpa berfikir panjang "mungkin sebab ada poster nabil ditampal kat dinding pintu jamban itu?" kawan aku lantas blur dan berlalu pergi..

Kesimpulannya, 'persetubuhan tutup' laaa!

catatan asal: 15 Jan 09 ~ Filem ialah salah satu medium hiburan (dan ilmu) untuk orang yang mahu dan mampu membeli tiket berharga RM10/kepala. Pembikin filem ialah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi setiap bikinan yang ditayangkan kepada orang-orang itu. Siapakah mereka? Bermula dari seorang penulis skrip kepada panel penilai skrip produksi kepada taukeh produksi kepada pengarah filem seterusnya syarikat pengedar yang setuju. LPF hanya menapis. FINAS hanya pemberi pinjaman melalui Bank SME. Pelakon dan krew hanya nak cari makan. Panggung wayang hanya pemamer dan berniaga. Media dan pengulas/pengkritik/blogger hanyalah respon dan promosi (juga sebaliknya) yang diperlukan oleh syarikat. Jadi siapakah yang patut disalahkan dalam rantaian kerja itu sekiranya hasil yang ditayangkan kepada masyarakat ialah SAMPAH?

pandangan sisi blogger lain:
diariperempuan
umimia
zosaw
marimerepek
mykerabukerang
amyikram
silaserazwanali
tuahadamedia
sangmerpatiputih
tehtarikgelasbesar
berbuih
skyjuiceorange
seiryuayime
deennasour (must read)
bilakhalidahmembebel (bacaan bagus)
ezzanie
pemikiranakmuda
mahlukperosak (panas)
blinkerszone
laskarbangsa
kakisakat

coldheartediceprincess (ulasan yg baru 'selamat' .. hahaha!)


*akan dikemaskini! hahaha!

kamu suka blog ini? so klik ikon di bwh & afundi ajami! hahaha!
blog awards

51 ulasan:

Muhammad berkata...

Errrr..penulis skrip ??

nie just pendapat me lah.
Macam buku..buku yg bagus bukan sebab cover.
Bukan sebab siapa pengedar.
Or sapa yang jadi tukang jadi KATA-KATA PENGHANTAR !!!

tapi sebab siapa yg menulis isinya..

adalah seorang penulis itu tahu apa yg dia buat ??
apa yang dia tulis ??

sebab dari situ seorang penulis itu jadi seorang pencerita yang meglipur lara ceritanya..jika bagus cerita itu..maka seronok dan terhiburlah yg mendengar.

tapi jika x-best ???
atau meroyan ( pinjam from u , uncle )

so boleh me salahkan penulis skrip ??

maaf jika ada penulis skrip yg terasa hati dengan komen me nieh
:P

Ajami Hashim berkata...

muhammad ~ BOLEH! tapi balik kpd rantaian seterusnya siapa & apa kepakaran yg menilai? kalau lobos skrip yg bodoh maknanya panel skrip pun BODOH! kalau panel dah lulus ada lagi rantaian seterusnya iaitu taukeh etc etc etc..

yes! pakcik setuju bahawa paling asas punca cerita yg bodoh ialah dari si penulis skrip.. cuma bagaimana pula seandainya si penulis skrip & pengarah & taukeh adalah orang yg SAMA?

one love berkata...

abg ajami,
carrefour mahal pampers!!!
giant murah!
huggies kat carrefour 50 hinggit! kat giant 35 hinggit! kalau kat econsave lagi mughah!

hahahahahhaahhaahhahhhahahah :p

balik umah, terus update blog dengan penuh perasaan, tau tak?
haih...

siap pening kepala sebab takleh nak berpikir!
haih

Ajami Hashim berkata...

one love ~ i think kedai ubat cina selalunya paling murah coz depa berniaga guna cash tak benarkan credit-card! serius beb! kahkahkah!

deennasour berkata...

YA!
sebuah filem sampah!
miahahaha.
senario the movie episod satu aku masih boleh terima. yang ini betul2 mengharukan.

Muhammad berkata...

uncle
tu yg me nak cakap
mungkin ader 123453 orang yg bertanggung jawab pada sesebuah filem...
tapi kita tgk basicnya.

macam rantaian domino
buah domino yg pertama jatuh ..
yang pertama itu yg yg akan mengheret 123453 lagi untuk jatuh bersama..

sebuah karya yg bagus
jika orang pernah tahu..macam filem yg di adaptasi dari buku..karya yg bagus ttp akan bagus.

contoh : harry porter or LOTR
orang akan ttp anggap bagus walau filem yg di bikin cam hampeh..tapi biasa lar , if filem itu hampeh...orang akan salahkan pengarah lorr...

tapi bukan pada naskah filem yg hancus.....jika filem itu di beri sentuhan CGI or pelakon yg bagus tahap A , SEKALIPUN.

filem itu ttp akan terima kutukan :P

jadi me akan membuang undi mengatakan filem yg bagus datang dari skrip yg bagus.

macam Budak Kelantan..
pelakon biasa2 jerk..
visual pun biasa-biasa jerk..
tapi jalan cerita ??
HEBAT !!!
antara filem melayu yg paling bagus me pernah tgk utk 2008
:)

razor berkata...

pada saya idea dari yg mencadangkan.

org yg mula2 bagi idea dan orang yg setuju dengan idea itu.

dan yang setuju-setuju-setuju selepas tu hanyalah menurut perintah dan bekerja.

sori la mi, saya x ngam dengan karya dia. mungkin sbb selalu sangat baca pojok siti jarum.

muahaha

Tanpa Nama berkata...

maka bodohlah nabil yg berlakun dalam filem bodoh ini LOL

*katakpuru*

zulazahari berkata...

Salam Ajami,

Aku rasa Anugerah untuk Filem Paling Teruk patut jugak diadakan di Malaysia (mcm Razzie Awards di Hollywood), tujuannya bukan apa, sebagai motivasi kpd penggiat filem di Malaysia utk memajukan filem mereka.

miezi berkata...

eh, jgn salahkan pelakon. they did well.they do thing for life :)

all in all, it's bosan, predictable. Satira?? where got? CGI? cameo? macam tak perlu je.alahaiii...

kalau tgk movie ada 4-5 org kuar panggung dan nk pegi carrefour, apakah maksud tersirat disebalik itu? hahaha

erk, ter"review lak kat sini.

aku-aku berkata...

yeah!setuju..filem nih mmg ntah hape2 ntah..itulah die..penonton akan disajikan dgn filem macm nih pada awal tahun 2009..which akan mengheret penonton untk tidak menonton filem melayu after nih..for me, siapa yang patut di persalahkan adalah penulis scrip yg mencetuskan idea, penerbit yang main tangkap muat sebab nak unutk untung tanpa memikirkan kualiti,pengarah yang x perasan citer nih sbenarnye xde pape msg ke aper..haha..kan? i think the production company tuh shold take a break n do some research before buat movie..disebabkan filem mcm ni lah, orang2 kite skrg serik nak tgk citer MELAYU!jadi, kemana hala tuju filem tempatan lepas nih?so sad~

Adi Luqman berkata...

yang jelas harus disalahkan adalah produksi penilai skrip, pengarah dan juga penerbit yang menerbitkan sesebuah filem itu.

kenapa tak boleh letakkan kesalah 100% kepada penulis skrip? sebab adenya pihak penilai skrip. ape guna ade penilai kalau tak boleh nak menilai cerita tu bagus atau tak, bodoh atau tak, sampah atau tak.

Kemudian jgn salahkan penonton kerana menonton filem-filem luar dan menyalahkan filem-filem luar kerana terlalu banyak dtg ke Malaysia sebab penonton dah disetkan di fikiran masing2..foreign movies are WORTH watching biarpun jelas ada beberapanya memang tahap sampah tapi tahap sampahnya bukanlah sesampah filem2 local yang ada.

filem yang bagus datang daripada SKRIP dan PENGARAHAN yang bagus.

kalau skrip saje bagus tapi execution hancus tak guna jugak...so pengarah2 jgn berangan nak buat something extraodinary kalau sekiranya tak 'berkemampuan'.

:)

Tanpa Nama berkata...

nabil lu pikirlah sendiri apasal lu nak blakon filem bangang rajak?

tipahvogue berkata...

hampa, kecewa, frust dan ada skek rasa terkilan bila tengok prebiu filem nih!!! ingatkan bila saiful apek berganding bahu berlakon dengan nabil, filem nih akan jadi lebih manthopppp...rerupanya banyak merapu dari yang logik nya. tak taw nak bagi berapa bintang. huhuhu

Tanpa Nama berkata...

engkorang ni lagi dibantai film tu nanti lagilah laku......tak caya tenguklah nanti huhuhuuu

sinaganaga berkata...

Sifu dan Tongga memang kodi!!!!

Tanpa Nama berkata...

tak sabar i nak tengok filem prof! u all shadap lah. pegi belajar masak megi.

Tanpa Nama berkata...

ntahnya diaorg ni jeles sbb sumer prof.razak nyer filim klakar nak mampussssssssssssssssssssssssss!!!!!!!

go prof go go go mampussssssssssssssssssss!!!

ariapertama berkata...

surf www.reverbnation.com/ariapertama

Umi Mia berkata...

First time keluar panggung before movie habis..dan sampai sekarang kepala masih lagi berdenyut2 pedih..dan sampai ke saat ini masih lagi belum mampu nak publish review sebab...entahlah..kesian pun ada...sedih pun ada...ishkishkishk...

waiem berkata...

Me dapat invitation blogger gak. Mulanya excited nak pi sebab belah malam dan mungkin sebab ada Nabil. Kemudian terpandang nama pengarah dan saiful apek terus kengsel dan tak rela.

Serik, tak sanggup dan yg sewaktu dengan nya.

one love berkata...

marketing tactic!
kita yang despise filem ni sbenarnya dalam tak sedar telah menggalakkan ramai org nak pegi tgk sebab deme nak check it out! tahap kebosanan filem ini, am i rite?

hehehehe!

memang filem ini akan laku!
cuma nilai itu!
value!

haih...

amy ikram ismail berkata...

teruk filem nie bro... better student film dia buat lagi better sikit.. aku rasa filem nie akan laku cuma bagi fanatik gile kat program raja Lawak.. bagi aku cite dia tunggang terbalik.. Kononnya nak bawak isu budaya dlm filem.. aku respect yasmin aje..

review aku baca lah dlm blog aku
http://amyikram.blogspot.com

faridfadhly berkata...

producer yang setuju nak buat filem daripada skrip tula yang salah kan?

miezi berkata...

burrrpppp...kenyang dengan makanan tersebut. Erk

Marissa berkata...

Well...

Kalau 10 org kata filem ini sucks, sorang kata best... Errrkk.... saya rasa sendiri mau pikir ar.

Filem "God Must Be Crazy" 50 kali ganda lebih best walaupun takde istilah lagu2 hebat, CGI2, dan pelbagai watak-tak-penting-sekdr-tayang-muka-lawa.

Semalam punya muvie dah buat hati saya senak, otak dah separuh stabil,tangan menggigil-gigil, kaki terketar2.

Nak bangun keluar panggung tak bleh. Nak cuba pahamkan bahasa yang ntah apa2 tu adalah cabaran paling sengal saya buat tahun ni.

Erk. Sakit jiwa sekejap.

amirnazrin berkata...

sifu tongga? arrrghhhhh...tidak!malunya aku jadi melayu bila disajikan dengan filem melayu yang macam ni.
khalayak penonton dibodohkan.
kredibeliti pelakon dihampehkan.
filem ni semata-mata buat untung atas populariti nabil.memang menyesallah sapa yang tengok.

p/s :bukan tak support filem melayu.aku tgk wayang pun cuma citer melayu.citer omputih aku donlot.tapi filem razak mohaidin ni memang palat.

Sakura berkata...

Masing - masing ada pendapat..tapi bukan ke orang seni selalu cakap 'SAMPAH' pun ada makna seninya.....
Tak kisah la....nak kata sampah ke...sekadar hiburan je...kalau nak cakap soal mendidik, pokok pangkalnya berbalik kepada diri sendiri untuk menilainya...Misalnya saya ambil contoh...Seorang guru yang memberikan ilmu yang berkualiti kepada anak muridnya...sedangkan hanya segelinitr sahaja yang betul - betul menghayatinya..Persoalannya adakah ilmu yang disampaikan itu yang akan menentukan masa depan seseorang @ usaha murid itu sendiri untuk mencapai kejayaan??

p/s:Sebenarnya petang - malam ni ada Tayangan Amal Perdana filem Sifu & Tongga ni di kampus...so apabila dilabelkan 'sebagai 'sampah'..... teringin juga nak tengok di mana nilai 'sampah' tersebut:-)

Umi Mia berkata...

huh...bersambung lagi ha...panjang tul review kali ni...berhari2 nak mengarang nih....hehehe....

review ni kalau dibuat filem agak2 lagi laku kot dari filem hungga hungga tu...

Pencari. berkata...

katakan sahaja filem itu SAMPAH!!!!
sesiapa yang bersalah pasti terasa pedasnya.

Namun saya tetap rasa seperti nak menyalahkan orang lain juga, walaupun tak elok. Dalam sesebuah filem, yang agak dipandang orang adalah director, dan kebanyakan filem-filem A. Razak Mohaidenn memang...isk....isk....

Ikhares berkata...

sampah...?

sampah prof biasanya bernilai juta-juta...

Dia mampu beli rumah harga almost juta...

Dia bawak mercedes cool..

semua ni dari sampah yang bernilai berjuta...

Paradoks...

Sampah patut tiada harga tetapi sampah-sampah jualan prof biasanya bernilai juta.

Hahahaha...

Pengutip sampah kan ramai di Malaysia ni?

Urghh...

Joey Mie berkata...

salam,

thanks bro 4 untuk jemputan ke filem sakit jiwa review dia aku nak buat.

sepanjang movie:

-aku tertungu bila la lawak tak klise nak keluar. bosan gaya lawak apek.

-aku kebas punggung bila la nak abis cerita ni.

-aku terasa bodoh apabila melihat skrip yang amat merapu dan separuh gila

-aku tertungu bila la Fouziah Gous nak bersuara. asyik bisu je.

-aku menyampah dengan "an An An"

-aku tertanya mana CGI gah sangat tu...sikit je macam rasa.

sakit jiwa aku nak tulis review

www.zosaw.blogspot.com

buih berkata...

sangat2 sampah.Saya setuju.Baca pandangan saya di blog saya.

terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

filem terbaik 2009

http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Sinema/20090125110021/Article/index_html

AFIF-SAN berkata...

salam brader ajami...
boleh saja promot...
mungkin sama2 kaki wayang...
mau baca review dulu b4 pergi tonton...

btw, citer sifu tongga pelik laa..
sumer citer prof pelik....
adusss.....

Ajami Hashim berkata...

all, teruskan meroyannn! hahaha! tQ ;-)

buih berkata...

bro, thanks for reading.

one love berkata...

mulut sampah betullah penulis blog nih!

hahahah :p

pendek kata, saya dah boleh agak tahap intelektual seseorang tu bila dia kata sifu dan tongga best!
haih! bukan saya mengatakan yang sapa tak suka adalah mereka yang genius, tapi come on lah... sifu dan tongga best? haih...
get me? get me?

filem, semuanya best! tapi sebut best tu betul2 ler. haih...

an an an an!

i need to shit now! an an an

Joey Mie berkata...

comment on updated blog

>>>agak2 kalau la jamban yang lepas ni masih ada muka nabil dan still macam 2 hasilnya yang tak puas orang berak (dengan nikmatnya selama 2jam tu)...orang nak masuk lagi tak jamban tu....

razor berkata...

jamban 20sen rnr


lalala

Muhammad berkata...

jamban ???
jamban yang cantik dan ader martabat..wahhhh
now kemulian pun boleh ader pada benda yang lebih rendah dari OTAK !!

:)

Nasib baik me tak pergi tgk..if nope hangus 10 hengget.
ekonomi tgh gawat nie..so kene lerr me select film yg betul2 menghiburkan..bukanya buat lagi headache wooo

miezi berkata...

sampah pun kadang ada yg bernilai boleh dikitar semula.

Ikhares berkata...

hahaha....

silakan berantam...

sifu & tongga dah kutip 2.2 juta dah..

siapa mahu komen??? :)

deennasour berkata...

nabil and apek adalah mangkuk jamban.
adakah kita yg menontonnya taik?

owh tidak~

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas publisiti yang diberikan. jangan serik menonton tau.

Tanpa Nama berkata...

filem memalukan industri filem melayu !!!
sy hrp bila filem kartun 3D geng akn tendang filem bodoh ni dr panggung asap !!!

Akin Muhammad berkata...

filem LADY BOSS lagi bagus moralnya

ajie berkata...

patut tukar kepada sifu & Tonggong (bleh gak di tambah tongong-tongongnya)....hahaha...

Coffeeholic berkata...

erm alamak tibe2 au terasa macam nak ke jamban lah?

;)
noty you ajami
ver very notty lah you
haha

Tanpa Nama berkata...

Amacam kita semua demonstrate di depan bangunan GRAND BRILLIANCE & UITM kerana membenarkan filem macam ni diterbitkan?

Oright!!

Tanpa Nama berkata...

itu filem bodohkan orng melayu, melayu yang tengok pun bodoh...ape la bangang orng asli ckp macm tak tau cakp, cakap sikt2 "sifu, suka, kamu, bangang", "mari, sini, sial" apelancau bodoh dan bodoh pengarah dia bodoh class dunia, ape ni projek memperbodohkan orng melayu takde idea dah ke, cuba tengok filem jack black baru "year One" tajde pun cakp sekat2 ok je direction ok janji lawak, ni direction kantoi, shoot cincai bangang bin bedol..sapa buat filem ni mari sini explain kat aku..