1. Naratif filem ini bergerak secara non-linear storytelling hampir 2/3 durasinya dimana pada minit ke-90 sehingga habis, ia bergerak secara linear storytelling.

2. Setiap jawapan kepada setiap soalan kuiz berjaya dijawab oleh Jamal berdasarkan latar pengalamannya secara flashback yang diceritakan semula kepada Inspektor Polis dimana ia juga adalah exposition kepada khalayak tentang permasalahan gelap sosial di India. Kecuali soalan-soalan mengenai tagline logo India, pemain kriket dan 3 musketeers yang betul-betul Jamal main tembak ajer! hahaha..

3. Pertuturan dalam bahasa Inggeris yang betul oleh watak-watak Jamal, Salim dan Latika sangat plastik juga plot pencarian Latika yang sangat mudah ditemui oleh Jamal dan Salim di Mumbai juga terasa palsu.

4. Filem ini tidak sesuai untuk kempen Tahun Melawat India!.. hahaha!

5. Kekeliruan Jamal untuk menjawab apakah tagline untuk logo kerajaan India yang memang sudah terang-terang jawapannya iaitu The truth alone triumps adalah sindiran paling sinis kepada situasi sebenar di India dimana jawapan lain ialah Lies.. Fashion.. Money..

6. Ada 3 fasa peringkat umur kehidupan Jamal dan Salim dalam flashback dimana peringkat umur pertama semasa paling kecil adalah cerita yang paling mengesankan dek lakonan mantap budak-budak tu serta latar hidup mereka yang traumatik.

7. Sekuen babak dengan suntingan laju yang paling saya suka ialah di awal pembukaan filem ini yang menyorot pelarian Jamal dan Salim ke dalam kawasan perumahan setinggan dimana imejan kedaifan di situ sangat menginsafkan.

8. Filem ini menyelongkar sifat-sifat manusia yang prejudis, hipokrit, korup, kekeluargaan serta cinta (filem Budak Kelantan seperti itu juga.. tahniah! Wan Azli)

9. Tujuan utama Jamal masuk rancangan kuiz itu kerana dia mahu jadi kaya jika menang dan boleh selamatkan Latika.. habis kenapa Jamal sanggup ambil risiko untuk menjawab soalan terakhir sedangkan masa itu dia sudah menang Rs.10 juta? oh! semata-mata kerana Jamal tahu Latika akan menontonnya untuk buktikan sekaligus cinta sejati dia?.. ayooo! bro! kau dah ada Rs.10 juta dude!

10. Jamal = Mawi.. hahaha!

Slumdog Millionaire @ GSC & TGV (limited)