drama raya @ ASTRO [UPDATED]
Takbir Suci 3
tayangan: 30 Sept, 11 mlm, ASTRO RIA
penulis skrip: Panel Skrip Opera Klasik ~ Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Sham, Hajis Sipir
pengarah & penerbit: Rashid Sibir ~ Opera Klasik sdn bhd
pelakon utama:
Raja Azura ~ Nora
Fauziah Nawi ~ Mak Wan
Norlia Ramli ~ Mak Nen
Tam ~ Samad
Mohamad Hirzi ~ Usop
Farish ~ Salim
Nursuhadar ~ Jah
Fathin Najwa ~ Nor
Mungkin Rashid Sibir mahukan reformasi cara naratif dramatv olahan-nya. Kerja kamera yg senget-benget sgt minima! Shot yg pjg termenung juga kurang. Betul! Drama ini mulanya bergerak perlahan-lahan menyelinap perasaan mahu ditonton dan akhirnya dihabiskan dgn penyimpulan klimak yg di luar jangkaan! Ya! Sekuel kali ini semuanya memfokus snapshot watak Nora setelah kematian kekasihnya di bahagian terdahulu. Ia adalah peluang kali ke-2 bahkan peluang kali ke-3 (terakhir) utk Nora. Betulkah watak hitam busuk Nora tidak mampu lagi diputihkan walau dgn apa cara sekalipun? Mungkin itulah sebahagian realiti analogi manusia yg berhati kotor sampai bilapun ia akan keras kematu dan wajar di 'bakar' shj? Bagus juga kalau insan spt dia disiksa dgn kesakitan yg mengerikan. Anda akan saksikan sejauh manakah watak Nora akan sanggup tergamak & mampu paling kejam dgn ke-syaitanan-nya? Jujur saya akui & salut kpd Raja Azura krn berjaya menzahirkan tunjang watak Nora ke tahap paling keji meroyan! Pengembangan watak-watak Mak Wan, Samad, Usop, Jah & Nor di keliling Nora sudah di-evolusi-kan serta 'berani' ke depan setelah merasakan bahawa Nora sudah berubah? Drama ini ialah sekuel Takbir Suci 1 & 2. Maka ia ditokok-tambah plot baru dgn menghadirkan watak Mak Nen dan Salim sbg cabang cerita yg 'menyerah diri' kpd Nora. Naratif baru ini amat mengejutkan & menyerlahkan lagi sisi gelap lain watak Nora. Anda tonton shj drama Takbir Suci 3 ini utk melihat sendiri betapa Rashid 'menghukum' watak Nora dgn setimpal!
*sbg flashback, sila tgk youtube2 berikut:
>> Takbir Suci (kredit: hazel2k)
>> Takbir Suci 2 (kredit: bzz07)
*sbg flashback, sila tgk youtube2 berikut:
>> Takbir Suci (kredit: hazel2k)
>> Takbir Suci 2 (kredit: bzz07)
Joe & Farida
tayangan: 1 Okt, 11 mlm, ASTRO RIA
penulis skrip: Adlin Aman Ramlie, Al Jafree, Nusrat Najwani
pengarah: Adlin Aman Ramlie
penerbit: Adlin Aman Ramlie, Azrin Mohd Noor ~ Trinini Media Sdn Bhd
pelakon:
Adlin Aman Ramlie ~ Johan b. Samad @ Joe
Erra Fazira ~ Farida bt. Faizal
Elaine Daly ~ Sarah Elizabeth Ismail
Zizan Raja Lawak ~ Amir
Khir Rahman ~ Azlan b. Azizol
Sobri Anuar ~ Hassan
Harun Salim Bachik ~ Abu Simbel
Zaibo ~ Hj Rafik
Riezman Khuzaimi ~ Nazri Dato' Kahar
Aqasha ~ Rizal Richard
pelakon pembantu: Mohd Junid Itam Sulaiman, Hamdan Yasin, Mohd Khairul Anuar Said, Mohd Azri Ramli, Nur Fathia Abd Latiff
lagu tema: Obsesiku & Raikan Kehilangan ~ Aqasha
Ini bukan telefilem bertemakan raya tapi sebuah kisah percintaan Joe & Farida yg unik & magik! The centre of attention ialah Farida tapi Joe yg menggerakkan naratif kisah ini. Ia mcm cerita Aladdin dgn 3 pilihan-nya (atau kurniaan good-luck & bad-luck?). Mungkin kalau skrip ini diangkat ke filem juga rasanya mungkin menarik. Dialog-dialog-nya mcm bertih jagung, witty, humorous & unpredictable! Watak-watak tambahan Azlan, Sarah, Amir & Rizal memang memantapkan lagi kisahnya yg berpusing-pusing ligat & laju! Malahan watak-watak cameo kecil Abu Simbel, Hassan, Hj Rafik & Nazri juga tidak kurang rencahnya! Dan saya sgt asyik dgn babak-babak kejutan yg di luar jangkaan satu-persatu bergerak ke depan naratif hingga terasa cepatnya telefilem ini berentetan sehingga tamat. Paling saya suka ialah babak ala 'Romeo & Juliet' yg secara tidak disedari atau terpaksa oleh Joe kpd Farida dgn 'bantuan' 2 org anggota polis di tgh mlm buta! Dan di akhir cerita, anda mungkin berfikir 2 kali 'siapakah' Abu Simbel & Hassan??? Juga anda akan tergelak sorang2 dlm 'lif' bila memikirkan perkataan 'potential' @ potensi! Paris Hilton perfume? Hahaha!
pautan: intro2u.net
pautan: intro2u.net
Hanya Aku
tayangan: 2 Okt, 11 mlm, ASTRO RIA
penulis skrip: Che Li
pengarah: Azman Hj Yahya @ Jinggo
penerbit: Shiela Rusly ~ JS Pictures Sdn Bhd
pelakon:
Shiela Rusly ~ Sarah
Que Haidar ~ Hadi
Hattan ~ Jamil
Nadiatul Nisaa ~ Bella
Rudy Imran ~ Amin
Bront Palarae ~ Hasan/suami Sarah
Dato' Jalaluddin Hassan ~ bapa Hadi
Wan Norazlin ~ Fatimah/isteri Jamil
pelakon pembantu: Suhaimi Ahmad, Jaafar Daud, Hassnah Sulaiman, Manan Sulaiman, Azira Abdul Ghaffar, Anuar Nor Azizi, Intan Suriani & famili Rumah Pengasih Malaysia
lagu tema: Hitam Bukan Impian ~ Hattan
tagline: Walaupun dugaan kita berbeza, tapi kita tetap datang dari arah yang sama.
Kerapkali sesebuah dramatv yg bertemakan Hari Raya akan berkisar naratifnya pasal konflik kekeluargaan yg pastinya disudahi dengan klimak babak berhari raya untuk memohon keampunan dan menjana keinsafan. Mungkin juga tidak ketinggalan selalunya babak di tanah perkuburan dan shot juadah Aidilfitri mungkin adalah wajib. Lalu apabila sebuah drama yg masih tema-nya perihal Hari Raya tapi digarap dari sudut yg lain, saya sgt teruja utk menontonnya sehingga habis! Inilah uniknya Hanya Aku yg keluar dari cliché. Ia sebuah dramatv ensemble plot & ensemble cast tentang watak-watak bekas penagih dadah (atau masih menagih). Rentetan cara berceritanya menjadikan Rumah Pengasih Malaysia sebagai sebuah pentas kisah Sarah, Hadi, Jamil, Bella dan Amin. Time-frame drama ini berlaku beberapa bulan sebelum Ramadhan, di bulan puasa dan diakhiri pd malam Raya. Setiap watak silih-berganti bercerita (backstory) sebab & akibat mereka menagih dadah? Kaedah flashback dan exposition dari dialog digunakan oleh semua watak utk bercerita kpd khalayak. Sarah menjadi penagih kerana desakan dr suaminya Hasan utk mudah melacurkan diri. Hanya kisah Sarah yg diangkat & diberikan kelebihan flashback utk menonjolkan betapa sengsaranya hidup Sarah serta kengerian visual Hasan yg kini menjadi 'mayat hidup' di lorong-longkang KL. Hadi pula diberikan screen-time sbg pembuka cerita tentang feel melayan 'ice' lalu kemudiannya diperlihatkan siksanya dia dikurung di bilik detox utk meneutralkan ketagihannya. Ya! Babak-babak Hadi sungguh memilukan & menyedarkan! Manakala Jamil tanpa flashback bercerita kisahnya dr exposition 2 babak perbualan dgn isterinya Fatimah. Bella juga spt Jamil, bercerita kisahnya dr dialog2 dgn ibubapanya dan watak lain kenapa dia jadi penagih dadah. Cuma kisah Amin yg tidak diketahui asal-punca dia tercampak ke Rumah Pengasih? Seterusnya Hanya Aku sebahagian besar naratifnya spt sebuah dokumentari introduksi tentang semua kemudahan dan kehidupan di Rumah Pengasih. Namun ia masih berdiri sbg sebuah drama kerana Jinggo berjaya men-dramatik-kan semua kisah watak dgn berlatarkan lokasi di situ. Drama ini juga pandai mengetengahkan ciri-ciri setiap watak terutamanya cara pakaian & tabiat 'sapu/sedut hidung' Sarah serta perangai rebel Hadi & Bella. Dengarkan bahawa agak kasar gaya bahasanya spt filem Anak Halal utk selari dgn rasa raw & isu ketagihan dadah yg keras. Ia juga penuh dgn gambaran 'menakutkan' sbg amaran kpd sesiapa yg hendak cuba2 menagih. Anda perlu saksikan sendiri drama ini sehingga tamat utk melihat apakah kesudahan setiap konflik Sarah, Hadi, Jamil & Bella? Oh ya! Monolog bebelan panjang oleh Sarah kpd Jamil & Hadi di babak terakhir drama ini ialah momen yg paling mengesankan bagi sebuah dramatv Melayu setakat ini bagi saya!
pautan:
PENGASIH
Karya keinsafan Sheila, Jinggo ~ Utusan Malaysia
‘Hanya Aku’ Papar Derita Penagih Dadah ~ Harian Metro @ myselebriti.com
Teguran Sheila bersebab ~ Harian Metro
Hanya Aku tidak hina bekas penagih ~ Berita Minggu
Transisi Sheila ~ KOSMO!
..bersambung ulasan drama2 raya yg lain!
Minah Lodeh Tipah Lepat Berayalah Pulak ~ ASTRO PRIMA
5 Kunci Syurga (Indonesia) ~ ASTRO ARUNA
Cahaya Lailatulqadar ~ ASTRO PRIMA
Cinta Yang Terindah ~ ASTRO PRIMA
pautan:
PENGASIH
Karya keinsafan Sheila, Jinggo ~ Utusan Malaysia
‘Hanya Aku’ Papar Derita Penagih Dadah ~ Harian Metro @ myselebriti.com
Teguran Sheila bersebab ~ Harian Metro
Hanya Aku tidak hina bekas penagih ~ Berita Minggu
Transisi Sheila ~ KOSMO!
..bersambung ulasan drama2 raya yg lain!
Minah Lodeh Tipah Lepat Berayalah Pulak ~ ASTRO PRIMA
5 Kunci Syurga (Indonesia) ~ ASTRO ARUNA
Cahaya Lailatulqadar ~ ASTRO PRIMA
Cinta Yang Terindah ~ ASTRO PRIMA
Ajami, Selamat Berhari Raya bersama keluarga. Maaf kalau ada yang terkasar bahasa, terguris kata :)
ReplyDeletebella! same 2 u darling!.. kim slm 2 ur 'kobau'.. later2 i visit ur blog ;-).. lama dah X nyinggah blog feberet aku since 2006!
ReplyDeletebro... selamat hari raya aidilfitri and maaf zahir batin... kalau balik kampung, drive carefully...
ReplyDeletebad ~ sama2 bro! u take care too!
ReplyDelete