PART.1
PART.2
Persembahan Cinta Julia bergerak berurutan fasa-fasa dari naif ke matang. Di antara fasa itu diisyaratkan dengan irama petikan gitar secara langsung (oleh pengarahnya Iryanda) bersulam gurindam yang berulang-ulang oleh Julia. Teknik ini secara tidak sedarnya oleh khalayak adalah pengawalan pacing paling mudah untuk sebuah persembahan monolog melibatkan seorang pelakon. Bagi saya, muslihat ini berjaya mengingatkan pelakon untuk bergerak-pindah ke fasa seterusnya seandai terlalut atau terlupa. Bagus!
Set pementasan Cinta Julia sangat minimalis membentuk 'ladam kuda'. Semua prop ditudungkan kain putih dan batik dengan rapi sebelum Julia masuk kecuali 2 bingkai gambar ibu dan ayahnya di atas meja. Sebuah sofa iaitu prop paling besar dibiarkan tertudung rapi di tengah-tengah pentas tidak langsung dibuka sepanjang persembahan? Mungkin memberi erti bahawa nostalgia di sebalik sofa itu terlalu banyak, empuk dan manis untuk diceritakan dan perlu dibiarkan menjadi rahsia. Kisah yang hendak Julia ceritakan ialah yang pahit-pahit dimana yang lebih mempengaruhi hidupnya kini dari memento cermin, kerusi malas dan gramaphone. Kawalan pencahayaan pula sangat simple. Ia cuma menerangi ruang prop fasa cerita dan gerak-lakon apa yang Julia hendak monolog-kan. Maaf! Saya perlu nyatakan pendapat peribadi iaitu cermin moden yang digunakan seakan alienation kepada prop lain yang kelihatan konservatif. Mungkin disengajakan untuk menjadi ruang pentas kontemporari? Entahlah..
Kostum Julia yang hanya menggunakan 3 warna asas iaitu putih, merah dan hitam terasa sangat kena dengan seluruh pementasan. Baju putihnya seakan asas diri Julia yang sentiasa terbuka dengan apa saja fasa-fasa hidupnya. Gaun merah bersulam agaknya petanda diri wanita ini bold, kental dan berani. Yang paling saya gemar ialah kain tudung dan sarung batik bercorak merah-hitam yang sentiasa dipegang oleh Julia mungkin bermaksud betapa rentetan hidupnya terlalu kerap disaluti dan dilitupi berbagai dugaan. Betul atau tidak interpretasi saya ini? Terpulanglah..
Apa yang hebatnya persembahan primadona Fauziah Nawi ini? Kamu saksikan sendiri! Pada pendapat saya, ia hebat kerana execution beliau yang berjaya mengangkat penjiwaan setiap watak sekaligus menjemput khalayak masuk ke dalam ruang naratif Cinta Julia sepenuhnya. Kamu bayangkan betapa sukarnya switching dari watak ke watak dilakonkan tanpa henti? Fauziah Nawi bukan sahaja perlu berkisah setiap babak mengikut fasa cerita sebagai narrator malah mengungkapkan bait-bait dialog setiap watak yang berkomunikasi serentak dengan mimik muka dan gerak-lakon tubuh yang sesuai. Ketawa, menangis, menjerit, menari, menyanyi dan apa jua keperluan watak dilakonkan dengan sungguh-sungguh serta meyakinkan. Antara momen yang paling saya terkesan ialah semasa Julia menari dan menyanyikan lagu Norlela yang pernah dipopularkan oleh Bing Slamet dari Indonesia yang berkumandang dari corong gramaphone (putaran lagu dari cd) Juga finale nyanyian harmoni oleh Julia bersama backing vocals dan petikan gitar sangat-sangat menyentuh hati serta meremangkan bulu roma! Khalayak ikut dihambat dengan apa jua rasa dan situasi yang dilalui oleh Julia melalui jasad Fauziah Nawi yang kadangkala mirip dirasuk oleh roh Julia dan semua watak di waktu yang sama. Hebat! betul-betul hebat!
*InsyaAllah saya akan menonton malam penutup Cinta Julia
Dari Bintang ke Bintang ~ Usman Awang
Ketika mata saling menyapa senyum berbunga
Tasik hati mu mencecah jiwaku mesra
Betapa debar dada kurnia alam kasih bertakhta
Kau datang tanpa suara, menjamahku tanpa sabda
Subur laksana ladang petani di lereng gunung
Ranum menguntum dalam wujud rasa maha agung
Mata yang memberi hati ini penuh menanti
Kureguk kasih menghadapi hidup seluruh berani
Kini kulihat kepalamu tersandar di jinjang pelamin
Rambutmu tersanggul terandam mengilau di cahaya lilin
Gemersik kainmu membisikkan bahagia malam pengantin
Melimpah tumpah bahagia dalam tawa teman keliling
Ketika malam kulihat matamu pada bintang
Senyummu melambai di gemilang sinar bulan
Dari bintang ke bintang kunantikan lagumu
Hanya kerdipan dalam bisu suara hatiku bimbang
Jika aku berdiri di muka jendela hati terluka
Bulan sedang mengintai di balik awan kusapa
Angin yang datang dari pelaminmu kutanya
Ia bisa mengabarkan saat adinda sedang bahagia
( 1960 - Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara, DBP 1991)
laaaa, aku ingatkan filem!
ReplyDeletetq 4 d comment n sokongan...
ReplyDeleteb/p Farah Ahmad
uncle...
ReplyDeletesemalam kredit habis, tak dapat nk reply msg..
insyaallah, kalau sempat kami singgahlah ke dbp tu untuk cinta julia..
thanks 4 promoting... :)
juga tq datang dan sokongan. menarik kata- kata saudara tentang 'muslihat' itu.
ReplyDeletefadz ~ ayooo!
ReplyDeletestefani ~ muahhh!
ikhares ~ cehhh!
ryann ~ ahahaha! muslihat mcm sang kancil!
*WEI KORANG JOM LAA PEGI ESOK LAST DAY!!!
hi bro..
ReplyDeletejust wanna say hi..
im ur junior SEMESTI batch 12 spm99
hai bro..saja singgah and makin suka baca blog bro seperti mana saya suka baca blog megat..org seni ni cara penceritaan mereka berbeza sgt penuh kata2 puitis..saya suka kerana saya bukan seperti mereka tapi saya suka cara mereka
ReplyDelete