Quantum of Solace ~ melampau tapi anti-climax?

1. Opening sequel kejar-mengejar kereta yang berlagak dan layak untuk berlagak! Cuma lepas tu, aksi-aksi lain; boat and plane chase macam sedikit boooring dan cliche! ops!.. aku juga tak suka James Bond theme song kali ini yang langsung tak terasa 'James Bond'? tapi aku suka Opening Title yang sangat retro!
2. Gunakan banyak subtext? intercut aksi kejar-mengejar dengan jalinan imej silih-berganti buah ceri terpelanting (ceri or strawberi erk?), lumba kuda, keranda bertaburan di jalanraya, persembahan opera Tosca? (yang aku suka sebab muzik latar dari Tosca itu bersulam dengan aksi James Bond dah jadi ost yang kena!) dan paling sentimental babak terakhir bila James Bond mencampak rantai milik bekas kekasihnya Vesper Lynd yang dah mati (baca: James Bond dah lepas fasa jiwang! now move on to the next sequel bro!)
3. Touch screen LCD besar gedabak yang melampau digunakan di pusat Mi6! hebattt!
4. Penjahat Dominic Greene yang tak evil sangat katanya sebagai 'corporate villains'? dah tu dia punya right hand man si Elvis pun macam tak semenggah mana pun!
5. Bond girl BUKAN macam Bond girl? Camille yang seboklah nak kejar misi dia sendiri? (sila baca rebiu: eddvedder)
6. James Bond bertumbuk bagai nak rak dengan Craig Mitchell kat awal cerita dimana banyak pecah-pecah kaca, bersepah-sepah besi, main gantung-gantung ala bungee jump bla bla bla.. akhir sekali 'pistol' juga yang dicari sebagai senjata! hahaha!
7. Font yang digunakan untuk nama (location title) setiap negara menggunakan font yang sesuai menggambarkan ciri-ciri setiap negara! hahaha!
8. M banyak kali enter-frame nak halang James Bond daripada ikut suka hati dia!
9. Ada babak sedih ala cerekarama bila Mathis mati di pangkuan James Bond! ayooo!
10. Act 2 filem ini terasa agak draggy dan aku hampir menguap! lalala..
11. Anti-climax? penutup aksi bakar-bakar dan letup-letup hotel mewah di tengah gurun Bolivia yang duh!!! itu jer? aku harapkan James Bond akan bakar satu kampung di Bolivia misalnya. Tapi oklah! Letupkan hotel yang tak ada orang sewa tu pun kira hebat laaa!..
12. Kesimpulannya: aku terima Quantum of Solace ini seadanya tetapi memang terasa James Bond sangat tone down kerana ia adalah prekuel siapakah backstory James Bond masa awal-awal dia jadi agent 007 sambungan dari Casino Royale. Memang James Bond ada ketikanya nampak fragile dan emotional kerana dia nak cari punca sebenar kematian bekas kekasihnya Vesper Lynd dulu. Tapi di babak terakhir filem ini, aku dapat rasakan bahawa ia adalah titik mula James Bond menjadi James Bond yang se-macho itu dalam filem-filem terdahulu (baca: Casino Royale & Quantum of Solace adalah asal-usul backstory James Bond) Babak itu juga membuktikan kepada M bahawa James Bond hanya 'bunuh' orang kerana bersebab terpaksa dibunuh bukannya dia membabi-buta suka hati mak bapak dia jer apabila dia tak bunuh pun Yusef kerana dia cuma nak tahu kenapa Vesper Lynd mati (mcguffin untuk penonton) James Bond next sequel harapnya akan tambah melampau lagi maha terlampau pls pls pls!
p/s: rebiu lain yang melampau? klik sini

Comments

  1. o re piya, sebuah lagu yang sedap jugak. apa maksudnya ni?...

    komen anda agak bagus. nanti saya gi tgk lah...

    larikkk...


    hihi

    ReplyDelete
  2. not a big fan of James Bond. but after reading this. I might go and see it...

    ReplyDelete
  3. I agreed with Ayuni, kena pergi tengok ni. Ajami, nanti tgk wayang kat sana lagi, do drop by k? *wink*

    ReplyDelete
  4. Ini adalah filem Bond yang paling JANTAN!

    aku paling suka Bond tumbuk mamat yang naik motor tu. Terpelanting!

    Oh ya, gadis bond kali ini ada panau kat belakang badan.

    ReplyDelete
  5. aku menonton sambil tertido..apakah itu? Erk

    ReplyDelete
  6. razor ~ agak bagus TAK semestinya bagus! lalala! hahaha!

    ayuni ~ marilah bantu industri perfileman british! yeah!

    miss sb ~ sori the mori if i tetiba 'meng-sarkastikkan' muka semlm! harharhar!

    alif ~ panau dia tu ialah 'bekas' kena dera kann? sexy aper? wakakaka!

    miezi ~ errr.. mungkin aksinya tak sehebat impak maksima the muzikal? erk!

    ReplyDelete
  7. menci tau!
    menci...
    menci!

    heheheeheh!
    citarasa berbeza kan abg ajami...

    jumpa 18 haribulan ni!
    black cat! miaowwww

    hahahahahhah!

    ReplyDelete
  8. nurul! kau nak kena sumpah jadi kucing tak??? hahaharrr!

    ReplyDelete
  9. reviu yang melampau? melampau ke.. hehe.

    wehh.. ni sama yg dlm blog aku. Aku dah jawab dlm komen blog aku.. tak nak jwb sini lagi...hehehe

    ReplyDelete
  10. teringat masa masih teruna pingitan pergi panggung tengok sean connery dan roger moore jadi James Bond yang dinanti adalah opening credit, dalam silhouette ada model perempun bogel. he he he

    ReplyDelete
  11. alamak.... belum tengok lagi cite nih.. tapi kete shell yg kechik2 tu dah siap abeh semua kumpul!!!! :P

    ReplyDelete
  12. danielle ~ tiket duablas hengget okeh! kayoolah britain!

    edd ~ sori ekk aku blog jugak kat sini! tapi komen2 aku tu eklusif kat blog kau dulu! boleh?

    nam ron ~ perempuan bogel kat opening scene QoS dah kena zasss! hahaha! kesian penat2 model tu berbogel dlm pasir! hahahaha!

    zafi ~ wahhh! bilalah keta proton jebon nak buat gadget kannn?

    ReplyDelete
  13. Thanx sbb sudi singgah kat blog aku..ko pon nice review gak..sampai bentuk font pun ko ulas..aku perasan gak font setiap lokasi tak konsisten...

    Aku nak bljr sedikit ilmu penulisan lakon layar dari ko..boleh tak bro..?

    ReplyDelete
  14. yang penting,,,identiti james bond ntuk alat2 canggih dier dah takder ...aiyak...is it bcoz our world dh jadi makin modern n canggih or just diorg ketandusan idea? james bond zaman dulu lg puas hati tgk kot o.O

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts