2. Gunakan banyak subtext? intercut aksi kejar-mengejar dengan jalinan imej silih-berganti buah ceri terpelanting (ceri or strawberi erk?), lumba kuda, keranda bertaburan di jalanraya, persembahan opera Tosca? (yang aku suka sebab muzik latar dari Tosca itu bersulam dengan aksi James Bond dah jadi ost yang kena!) dan paling sentimental babak terakhir bila James Bond mencampak rantai milik bekas kekasihnya Vesper Lynd yang dah mati (baca: James Bond dah lepas fasa jiwang! now move on to the next sequel bro!)
3. Touch screen LCD besar gedabak yang melampau digunakan di pusat Mi6! hebattt!
4. Penjahat Dominic Greene yang tak evil sangat katanya sebagai 'corporate villains'? dah tu dia punya right hand man si Elvis pun macam tak semenggah mana pun!
5. Bond girl BUKAN macam Bond girl? Camille yang seboklah nak kejar misi dia sendiri? (sila baca rebiu: eddvedder)
6. James Bond bertumbuk bagai nak rak dengan Craig Mitchell kat awal cerita dimana banyak pecah-pecah kaca, bersepah-sepah besi, main gantung-gantung ala bungee jump bla bla bla.. akhir sekali 'pistol' juga yang dicari sebagai senjata! hahaha!
7. Font yang digunakan untuk nama (location title) setiap negara menggunakan font yang sesuai menggambarkan ciri-ciri setiap negara! hahaha!
8. M banyak kali enter-frame nak halang James Bond daripada ikut suka hati dia!
9. Ada babak sedih ala cerekarama bila Mathis mati di pangkuan James Bond! ayooo!
10. Act 2 filem ini terasa agak draggy dan aku hampir menguap! lalala..
11. Anti-climax? penutup aksi bakar-bakar dan letup-letup hotel mewah di tengah gurun Bolivia yang duh!!! itu jer? aku harapkan James Bond akan bakar satu kampung di Bolivia misalnya. Tapi oklah! Letupkan hotel yang tak ada orang sewa tu pun kira hebat laaa!..
12. Kesimpulannya: aku terima Quantum of Solace ini seadanya tetapi memang terasa James Bond sangat tone down kerana ia adalah prekuel siapakah backstory James Bond masa awal-awal dia jadi agent 007 sambungan dari Casino Royale. Memang James Bond ada ketikanya nampak fragile dan emotional kerana dia nak cari punca sebenar kematian bekas kekasihnya Vesper Lynd dulu. Tapi di babak terakhir filem ini, aku dapat rasakan bahawa ia adalah titik mula James Bond menjadi James Bond yang se-macho itu dalam filem-filem terdahulu (baca: Casino Royale & Quantum of Solace adalah asal-usul backstory James Bond) Babak itu juga membuktikan kepada M bahawa James Bond hanya 'bunuh' orang kerana bersebab terpaksa dibunuh bukannya dia membabi-buta suka hati mak bapak dia jer apabila dia tak bunuh pun Yusef kerana dia cuma nak tahu kenapa Vesper Lynd mati (mcguffin untuk penonton) James Bond next sequel harapnya akan tambah melampau lagi maha terlampau pls pls pls!
p/s: rebiu lain yang melampau? klik sini
Comments
komen anda agak bagus. nanti saya gi tgk lah...
larikkk...
hihi
aku paling suka Bond tumbuk mamat yang naik motor tu. Terpelanting!
Oh ya, gadis bond kali ini ada panau kat belakang badan.
ayuni ~ marilah bantu industri perfileman british! yeah!
miss sb ~ sori the mori if i tetiba 'meng-sarkastikkan' muka semlm! harharhar!
alif ~ panau dia tu ialah 'bekas' kena dera kann? sexy aper? wakakaka!
miezi ~ errr.. mungkin aksinya tak sehebat impak maksima the muzikal? erk!
menci...
menci!
heheheeheh!
citarasa berbeza kan abg ajami...
jumpa 18 haribulan ni!
black cat! miaowwww
hahahahahhah!
wehh.. ni sama yg dlm blog aku. Aku dah jawab dlm komen blog aku.. tak nak jwb sini lagi...hehehe
edd ~ sori ekk aku blog jugak kat sini! tapi komen2 aku tu eklusif kat blog kau dulu! boleh?
nam ron ~ perempuan bogel kat opening scene QoS dah kena zasss! hahaha! kesian penat2 model tu berbogel dlm pasir! hahahaha!
zafi ~ wahhh! bilalah keta proton jebon nak buat gadget kannn?
Aku nak bljr sedikit ilmu penulisan lakon layar dari ko..boleh tak bro..?