Wayang ~ realisme seorang tok dalang?
di pawagam SEKARANG!
(sangat direkomen oleh aku!)
(sangat direkomen oleh aku!)
"The main purpose of the Hikayat Seri Rama is to show the ideals of righteousness, love, loyalty, and selfless devotion." ref: The Ramayana in Southeast Asia
Naratif wayang kulit yang sebenar akan berada di persada budaya warisan bangsa sampai bila-bila pun. Biarkan ia di tempat sewajarnya. Yang ini ialah filem Wayang yang dibayangi sahaja oleh watak-watak asas dari wayang kulit sebagai rangkanya. Jasad naratif filem Wayang masih sebuah ambilan sebahagian cerita masyarakat yang tipikal. Barangkali ia umpama persembahan wayang kulit (bayang dari sekeping kulit mati yang berbentuk sahaja) yang kini diberikan realiti (watak-watak manusia hidup) untuk bercerita sendiri. Kalau wayang kulit ada tok dalang yang menjadi voice-over, filem Wayang pula di-dalangkan oleh Prof Hatta dengan mengarahkan pelakon-pelakon untuk berdialog serta visual pada seluloid. Fungsinya sama cuma dalam panggung komersial yang moden. Modifikasi dan adaptasi sebegitu bagi aku sudah dibuat cara halus serta tidak mendesak untuk mendekati khalayak yang mungkin tidak ambil peduli dengan apa itu wayang kulit. Filem Wayang sudah berjaya timbulkan awareness itu yang sangat bagus nawaitunya. Tahniah!
Oklah. Apa ada pada filem Wayang? Sudah tentulah persembahan wayang kulit. Betul! Ia menyelitkan persembahan itu dari pelbagai sudut di sepanjang filem ini tanpa memaksa kerana ia jadi sebahagian babak dalam cerita penuh filem Wayang. Kisah utama yang diangkat ialah dari sisi point-of-view tok dalang Awang Lah dan sekitarnya. Ia macam sebuah doku-drama di sebalik tabir pembikinan sesebuah persembahan wayang kulit (the making of wayang kulit?) Khalayak diintaikan apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas setiap kali persembahan itu. Kisah ala biografi Awang Lah menceritakan susah-senang beliau, konflik rumahtangga, isu kekeluargaan serta pro-kontra masyarakat sekelilingnya. Dari sekecil-kecil internal dirinya sendiri sehinggalah sebesar-besar external satu kampung! Punca asasnya? Wayang kulit itu sendiri bukan?
Sub-cerita pasangan Awi-Melor ialah Siti Dewi-Seri Rama dalam kehidupan sebenar Awang Lah. Fiksyen yang di-lipurlara-kan olehnya di wayang kulit jadi realisme. Sebagai tok dalang, Awang Lah kena menangani konflik-konflik itu seperti dia menangani (memainkan watak-watak kulit) di atas pentas. Tetapi khalayak memahami serentak dengan Awang Lah bahawa kehidupan sebenar manusia tidak semudah sebuah kisah persembahan wayang kulit yang dikawal oleh seorang tok dalang untuk durasi singkat setiap malam. Filem ini memperlihatkan bahawa kehidupan manusia juga seperti hikayat dalam wayang kulit. Ada watak jahat dan baik. Bila difikirkan semula, memang Hikayat Seri Rama itu sendiri asalnya dari fiksyen rekaan berdasarkan kisah masyarakat sekitar tok dalang yang pertama berkurun yang lalu bukan?
Kesimpulannya, menonton filem WAYANG karya oleh Professor Dr. Hatta Azad Khan seolah-olah menyaksikan sebuah persembahan wayang kulit dengan cerita moden masyarakat di sebuah ceruk kampung yang memerlukan mata zahir untuk berlibur dari tatangan kisah yang tersurat serta mata hati untuk mengupas lapisan-lapisan subtext yang tersirat di layar lebar. Pulangannya kepada khalayak ialah sebuah hiburan ombak pasang-surut emosi suka-duka dan gelak-esak di sepanjang naratif oleh tok dalang Hatta dalam bentuk audio dan visual sebuah filem. Ia ada cerita, ia sarat makna. Terpulanglah kepada penonton untuk menginterpretasikannya dari sudut mana pun, pasti ada puas dan tagih, mesti ada suka dan benci, kerana WAYANG memberikan semuanya.. sebuah cerita kepincangan yang sempurna!
Nah! Kamu mahukan sebuah filem komersial yang bercirikan budaya Malaysia? Ini filemnya! Pergilah menonton selagi ada tayangan!
*ulasan pak Hassan Abd Muthalib pt.1
*ulasan pak Hassan Abd Muthalib pt.2
*iklan sultanmuzaffar
*bincang forum.cari.com.my
*ulasan media cetak sinemamalaysia
*ulasan amyikram
*ulasan intanbiru
*ulasan lidotsavadak [MUST READ]
*website UiTM
http://kalambiru.blogspot.com/2008/11/wayang.html
ReplyDeletecinta julia? best! wayang? tak tahu lagi! (kalau ikut teori `tuan diktator' kat ss2 tu, 20 minit awal, dia blah, hah ha!)
ReplyDeletekalam ~ nnti i baca.. tq
ReplyDeletebro pyan ~ cinta julia mmg meletups!.. wayang? hahahah! no komen!
siapa 'lidotsavadak [MUST READ]'tu uncle??
ReplyDeletei rasa macam ada nak bagi komen kat artikel tu tapi tak boleh..
haizzzz....
p/s; pelajar TEKA uitm Puncak perdana...hehehe...
saya tak tahu apa masalah awak dengan org kebanyakan seperti saya. saya tidak membuat ulasan mengenai wayang kerana saya sendiri tidak menontonnya tetapi saya membuat ulasan mengenai apa yg diperkatakan prof hatta kpd berita harian (supaya pelajar uitm menontonnya) dan saya membuat pendirian kenapa KAMI TIDAK MENONTONNYA. jawapan saya adalah standard mana-mana pihak dan ramai menyetujuinya. siapa mahu filem budaya. membosankan buat kami yang BUTA SENI. bukan tu aje, saya juga jumpa ulasan awak kat sebuah forum & benar-benar tidak memahami apa masalah anda. usah mengharap semua org berfikiran seperti anda. sekian terima kasih
ReplyDeleteP/S: wpun entry ni dh lama, tak salah untuk saya perbetulkn sesuatu
lidoksavadak @ Azraai Abidin ~ Salaam dik.. nampaknya u 'salah faham' tjuan I buh 'MUST READ' yg sbenarnya I setuju dgn pendpt u psl 'kenapa' wayang tak laku? sebabtu I suruh org baca! BUKAN utk menidakkan.. u ada point yg BETUL yg perlu dibaca & dinilai oleh Prof Hatta.. peace bro! ;-)
ReplyDelete