Sabtu, 26 Disember 2009

MUALLAF ~ lukisan Yasmin Ahmad yang terakhir



*juga ulasan di FACEBOOK saya

Sejujurnya, setelah membaca ulasan filem Muallaf yang begitu mendalam oleh Amir Muhammad dalam bukunya Yasmin Ahmad's Films, saya rasa tidak perlulah lagi untuk mengulasnya dari pandangan peribadi saya sendiri pula? Namun setelah mengulang kembali penontonan video KAKMIN, saya terkesan dengan kata-kata arwah berikut:

"Mungkin dalam saya buat cerita, kalau kita tiba dekat sungai tu, saya akan bagi awak tali, saya bagi awak kayu, awak kena buat jambatan sendiri, saya tak buatkan awak jambatan." Yasmin Ahmad (23.07.07)

Pesanan itu seperti pegangan saya selama ini tentang pengulasan peribadi sesebuah filem itu bergantung kepada apa sahaja interpretasi yang dirasakan muat dengan acuan pemahaman saya. Samada betul tepat jitu atau tersasar tercampak sejauh manapun ulasan itu berbanding tujuan asal si pembikin (dan ulasan ini cuma di internet) siapakah peduli? Mari saya mulakan..

Filem ini sepatutnya sebelum Talentime. Mungkin ia sebuah karya paling penting buat arwah Yasmin Ahmad dan penayangannya lebih 'bebas' setelah beliau tiada? Sejujurnya pada pendapat saya, filem ini paling berat isinya berbanding filem-filem Yasmin yang lain. Betul! Ia masih berlegar tentang kasih-sayang dari kisah pengalaman terpencil beliau tetapi kali ini ia lebih gelap, makin serius dan kurang berhumor. Walaupun protagonist dalam Muallaf ialah Brian, seorang lelaki seperti juga Mukhsin tetapi bezanya ia lebih dewasa berbanding isu feminisme dalam Orked atau Melor sebelumnya. Dalam Muallaf cerita Rohani dan Rohana cuma sebagai latar sub-plot sahaja yang berinteraksi dengan kisah Brian. Dalam ertikata lain, filem ini mempunyai 2 plot cerita yang bergerak serentak atau parallel storytelling seperti juga Gubra cuma ia berkaitan di antara satu sama lain.

Cerita Brian

Saya melihat kisah Brian sebagai 'puaka' yang masih menghantui hidupnya sehingga kini. Ia berpunca dari tragedi semasa kanak-kanaknya yang menjadi sejarah paling memalukan dalam hidup seorang lelaki! Sedangkan pada pendapat saya, perbuatan onani itu secara fizikal dan saintifiknya adalah normal bagi seseorang yang mula baligh dan cetusan awal naluri seksual yang azali. Tetapi apabila perbuatan itu yang sepatutnya terlindung sebagai perlakuan rahsia peribadi, lalu terbongkar (kantoi) oleh ibubapa sendiri yang begitu kuat pegangan agamanya, mereka jadi panik dan kemarahan melampau pun meletup! Oh! Bagi mereka ia adalah berdosa! Apatah lagi bahan untuk melampiaskan nafsu itu adalah majalah lucah wanita berpakaian ala biarawati! Maka marilah kita hukum kanak-kanak itu dengan menelanjangkannya di khalayak awam? Seandainya kamu adalah 'Brian' adakah kita akan memaafkan ibubapanya? Adakah ia akan menjadi dendam yang berpanjangan sehingga kita dewasa kepada ibubapa dan agama itu sendiri kerana terlalu kejam? Atau Brian sepatutnya insaf dan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan dan berterimakasih kepada ibubapanya yang telah menghukum serta 'membetulkan' hidupnya di masa akan datang? (ermmm! dan ulasan ini baru backstory yang hanyalah babak kecil imbas kembali dari filem Muallaf dimana saya baru menukul kayu pertama untuk sebuah jambatan!)

Titik noda hitam kehidupan lampau Brian itulah punca segala sebab perangainya sebegitu di pembukaan filem. Perwatakannya digambarkan sebagai kurang ajar kepada ibunya bila bercakap di telefon. Brian adalah kekalutan seorang lelaki yang seakan kehilangan kepercayaan kepada institusi kekeluargaan dan agama kerana baginya tragedi silam itu tidak adil dan keterlaluan. Namun begitu, tanpa disedari dia sendiri menjadi seorang manusia yang lebih tidak adil kepada ibunya. Secara luaran Brian nampak seorang yang baik dengan karier sebagai guru, seorang pendidik kepada generasi di bawahnya. Ironi subjek sejarah yang menjadi bidang tugasannya berfungsi sebagai teladan (sejarah kegagalan) atau inspirasi (sejarah kejayaan) kepada anak muridnya. Namun dalaman diri Brian menganggap sejarah sebagai sesuatu yang memalukan dan menyusahkan. Mungkin hidup Brian lebih aman jika ibunya juga segera mati supaya dendamnya lengkap terbalas setelah sebahagian marahnya kepada ayah berkubur bersama kematiannya terdahulu.

Namun begitu, adakah Brian keseluruhannya seorang yang individualistik (sangat kedekut - memandu kereta dengan sangat perlahan untuk penjimatan petrol serta sangat berkira tentang hutang), keras kepala dan menutup hati terus kepada kemasukan orang lain dan seorang ateis? Itulah yang menarik untuk ditonton tentang psikologi watak Brian apabila dipertemukan dengan watak Rohani melalui watak Rohana. Ia bermula apabila Brian ambil kisah dengan insiden Mrs. Siva menyebat Rohana hanya kerana lukisannya ialah gambar bunga sedangkan tugasan yang sepatutnya ialah gambar gajah. Mungkinkah Brian sekadar memuaskan hatinya sendiri untuk 'menghalang' Mrs. Siva dari melakukan 'hukuman' yang sama seperti bapanya dahulu dimana kali ini dia mampu untuk bertindak balas? Maksud saya, secara luarannya tindakan Brian itu seperti seorang 'pembela' kepada Rohana namun begitu secara psikologinya dia mempertahankan dirinya sendiri? (Mrs. Siva ialah 'kejam' serupa bapanya). Saya tidak yakin Brian benar-benar ikhlas kerana insiden dia membunyikan hon kereta apabila skuter tunggangan Rohani dan Rohana memotong keretanya di babak sebelum itu menunjukkan bahawa Brian ialah seorang yang tidak pedulikan orang lain. Cuma kali ini, insiden itu bakal mengubah haluan nasib kehidupannya di masa akan datang tanpa diduga.

Cerita Rohani dan Rohana

Seperti juga kisah Brian, Rohani dan Rohana sedang berdepan bukan sahaja 'puaka' (ayahnya seorang pemabuk dan mungkin mendera ibunya) yang masih menghantui hidup mereka sehingga kini malahan sedang diburu oleh bala-petaka yang bakal datang dari bapa mereka sendiri. Ia konflik penjaga-anak juga. Bahkan Rohani baru sahaja melalui trauma yang lagi perit berbanding kisah Brian semasa kecil. Sebab itulah watak Rohani lebih 'gila' dari Brian (Rohani makan bunga dari pasu di depan rumah mereka! Rohani juga menasihatkan pengunjung bar untuk memesan air mineral berbanding minuman beralkohol - moralis?). Namun begitu, Rohani dan Rohana masih mampu meneruskan hidup dengan tenang walaupun Rohani tahu mereka sentiasa dalam bahaya sekiranya ditemui oleh kuncu-kuncu bapanya. Rohani ambil langkah berhati-hati kononnya dengan bekerja sebagai pelayan bar di waktu malam sahaja dan berkurung di dalam rumah di waktu siang untuk menonton Danger Mouse kecuali untuk menghantar dan mengambil Rohana dari sekolah. Sebenarnya ada sedikit kecelaruan plot apabila Rohani dan Rohana juga pergi ke hospital untuk melawat Mei Ling yang koma dan merayau ke kolej-kolej untuk memohon kemasukan di pekan. Dan apa bezanya menyorok di waktu siang berbanding waktu malam ekkk? Oh! Saya lupa! Rohani memang sedikit kurang siuman (tingtong!)

Bagaimanapun, Rohani dan Rohana masih mampu meneruskan kehidupan yang tertekan itu kerana pegangan agama yang kuat hasil dari penjagaan dan khazanah buku-buku peninggalan arwah ibu mereka. Cuma kini minda Rohani dan Rohana melimpah-ruah dengan pengetahuan dan ilmuan semua agama dan fahaman seluruh dunia tanpa guru yang sewajarnya membimbing mereka setelah kematian ibu. Situasi ini menjadikan mereka seperti perpustakaan rujukan dan koleksi ensiklopedia ilmu agama yang bergerak tanpa kawalan. Ini TIDAK bermaksud bahawa mereka telah menyamaratakan atau mencampur-adukkan semua agama menurut pemahaman sendiri. Pada pendapat saya, mereka lebih beruntung dari orang lain yang cetek perihal agama kerana pernah mempunyai seorang ibu dan guru yang benar-benar faham tentang semua latarbelakang agama (arwah ibu mereka ialah seorang pensyarah dalam bidang itu). Malahan mereka lebih jelas tahu bahawa Islam itu adalah yang terbaik sebagai pegangan mereka dan pada waktu yang sama menghormati anutan agama orang lain. Sebab itulah Rohani hendak memohon kursus universiti/kolej dalam bidang theology - dia hendak mencari guru yang betul selepas ibunya.

Rohani akur bahawa pengetahuannya seperti sekerat jalan manakala adiknya Rohana pula seumpama burung kakak tua yang hanya pandai mengingat dan mengkaitkan dengan nombor surah atau ayat-ayat dari Al-Quran, Kitab Injil dan Tao Te Ching secara teori hafalan dan situasi sahaja. Adakah kepandaian atau kelebihan mereka itu sesuatu yang disalahgunakan? Persoalan itu dihuraikan dalam babak semasa Rohani bersembang dengan Rohana di atas katil sebelum tidur. Sebab itulah Rohani menasihatkan Rohana supaya tidak menyebut nombor-nombor itu di khalayak ramai kerana boleh menimbulkan berbagai syak wasangka fitnah yang bukan-bukan dan ketakutan kepada orang yang tidak faham situasi mereka. Lalu dijawab oleh Rohana bahawa "I am just a child.." yang menyimpulkan bahawa mereka perlukan pembimbing yang betul. Ironi kerana bapa mereka pula yang semakin sesat sedangkan kurniaan zuriatnya yang se-genius mereka?

Cerita Brian dan Rohani

Pertembungan naratif Brian dan Rohani bermula kerana Brian sudi menghantar Rohana pulang ke rumah tumpangan mereka milik Aunty Gloria. Pada pendapat saya, Brian makin serius untuk lebih mengenali Rohani kerana melihatnya memakai telekung pada malam dia datang dengan Brother Anthony? Oklah! Ini cuma tafsiran peribadi saya sahaja - Brian masih kuat dengan fantasi fetish-nya terhadap wanita berpakaian ala biarawati? Adakah ia sesuatu yang lucah terhadap pakaian beribadat dan melampau? Bergantung kepada sejauh mana interpretasi kamu kerana bagi saya ia telah mencetuskan perihal yang lebih baik selepas itu kepada Rohani dan Brian sendiri. Brian mula berubah sikap kepada seorang yang jujur prihatin kepada orang lain iaitu Rohani dan Rohana. Brian juga akhirnya memaafkan dan kembali kepada ibunya atas nasihat Rohani yang berjaya melembutkan hatinya. Rohani pula mendapat seorang boyfriend yang hensem dan boleh diharap seperti buku bertemu ruas! Yay!

Perkenalan Brian-Rohani lebih banyak impak kepada diri Brian secara peribadi. Kerana itulah saya melihat filem Muallaf ialah cerita Brian. Babak-babak semasa Brian menjaga rumah Aunty Gloria dan membeli makanan kucing banyak memperlihatkan perkembangan kematangan watak Brian. Dia digambarkan sebagai seorang yang percayakan tahyul hantu 'Uncle' (kucing) di dalam rumah itu dimana setiap kali kucing itu mendekatinya Brian akan kekalutan. Babak Brian mengisikan makanan kucing/Uncle diulang beberapa kali dimana akhirnya makanan itu tidak langsung dijamah oleh Uncle. Pada pendapat saya, babak itu ialah subtext dan semiotik bahawa 'puaka' di dalam hidup Brian sudah hilang atau berakhir dimana penggunaan warna baju Brian daripada biru-tua bertukar kepada biru-muda. Brian juga sudah tidak kedekut apabila membeli makanan kucing yang mahal dan berkualiti berbanding yang murah di pasaraya. Paling ketara ialah babak dimana Brian memecut keretanya dengan sangat amat laju menuju ke rumah Aunty Gloria di babak penamat filem ini!

Rohani juga berjaya melembutkan hati Brian terhadap ibunya. Hubungan anak-ibu oleh Rohani berbanding Brian-ibunya menyedarkan Brian bahawa dia lebih beruntung dari Rohani kerana masih memiliki seorang ibu. Akhirnya Brian kembali ke pangkuan ibunya sebagai tanda bahawa perwatakan Brian sudah sepenuhnya bulat balik ke titik asal-usulnya. Begitu juga ayah Rohani yang mendapat bala dari kekejaman lampaunya dimana Rohani sendiri yang diperlukan untuk menjaganya di hospital.

Kesimpulan

Filem Muallaf seperti sebuah lukisan yang penuh dengan warna-warni dan bentuk-bentuk abstrak yang perlu dihayati beberapa kali untuk memahami maksud tersiratnya. Ia bergantung dari sudut mana kamu berdiri untuk memerhatikan lukisan itu. Muallaf juga dinilai atas dasar nawaitu penontonan kamu. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa filem ini seumpama wasiat karya arwah Yasmin Ahmad yang terakhir untuk saya ulas dan belajar sedikit perihal bahawa hidup ini terlalu singkat dan amat berharga untuk disia-siakan. Al-Fatihah untuk Kak Min.

NOTA:
1. selepas menonton filem Muallaf di tgv klcc pada hari Khamis 24 Dis 2009 yang lalu, seperti biasa saya hendak sms dia tapi..
2. TIADA SEBARANG PEMOTONGAN BABAK (VIDEO) oleh LPF untuk penayangan filem Muallaf di Malaysia! cuma ada 2 babak dimana dialog (AUDIO) di-mute-kan sahaja! sila rujuk blog Amir Muhammad: babak 1 & babak 2

ULASAN LAIN:
* abdul wahab hamzah (must read) * sultanmuzaffar * megateusofe * misisitukangtulis * thesilentandtheloud * jompopcorn * shrineofserenity * solehin89 * vivanews (indonesia) * hairieusoff * que23 * malaysia-update * ijoie86 * koishiemerah * anutshellreview * kesahdunialelaki * akubimbo * klubbkidd * adiluqman * iazrie * momoek * knitfreakcrab * damnfamous * orange4k * sitinurizyanjumaat * charity1313 * ajememang * louisyap * brightsidelass * darimejastarbux *

Khamis, 3 Disember 2009

NATRAH ~ persembahan komersialisme bersadurkan nasionalisme?

NOTA: Teater NATRAH dilanjutkan sehingga 13 Dis 09!


*Ulasan ini juga dibincangkan juga di FACEBOOK saya :-)

Teknikal


1. Paparan kronologi kejadian (backstory) di pembukaan persembahan sangat banyak tetapi terlalu cepat fade-in/fade-out – samada ia perlu dibaca untuk memahami permulaan cerita atau sebenarnya sekadar syarat lalu menyuruh khalayak merujuk semula buku sejarah?
2. Blind-spot – Ruang pentas Istana Budaya sememangnya sudah bersaiz gah seumpama sebuah bingkai gambar yang boleh ditatap dari sudut manapun kedudukan khalayak yang bertingkat-tingkat. Maka apabila ada babak yang melimpah keluar dari bingkai iaitu para pelakon turun ke kawasan lantai khalayak, akan wujud blind-spot kepada sesetengah penonton bergantung kepada posisi duduk mereka. Teknik ‘breaking the 4th wall’ sebegini mungkin berkesan bagi persembahan dalam dewan yang rata seperti dewan sekolah.
3. Muzik latar rakaman dari cakera padat?
4. Paparan sarikata di kanan dan kiri pentas sangat membantu tetapi adakalanya tercepat atau terlambat dipaparkan seiring dengan butiran dialog para pelakon. Paling ketara ialah semasa tafsiran ayat Al-Quran yang dibaca oleh Natrah (Maya) semasa Aminah (Umie) menjahit kain dimana ayat tersebut sangat berkaitrapat dengan penceritaan yang diangkat (nota: berdasarkan penontonan saya pada 2 Dis - sudah tentu akan diperbaiki 'pacing'-nya untuk 3-9 Dis)
5. Set dan kostum – ok! Terutama sekali 2 monumen besar di penghujung persembahan yang sangat berani mati!..hahaha! (kena tonton sendirilah)
6. Sistem bunyi – boleh diperbaiki lagi kerana ada sesekali mikrofon pelakon tak berfungsi tapi masih oklah!

Cerita & Penceritaan

1. Ia adalah kombinasi fakta sejarah dan fiksyen. Maksud saya, kronologi ceritanya sudah tentu berdasarkan rujukan fakta betul yang panjang lalu didramatikkan untuk menjadi sebuah persembahan yang berdurasi terhad.
2. Sekuen babak detik bersejarah terpilih yang serius diselang-seli dengan babak melodrama, humor dan muzikal.
3. Struktur penceritaan non-linear (monologue, flashback, real-time) disusun dan diadun sekaligus.
4. Monologue oleh Natrah (Sofea) menjadi overture dan finale persembahan ini sebagai persoalan “What if…” Natrah masih hidup hari ini.
5. Babak monologue berselang-seli oleh Aminah (Umie), Adelaine (Samantha) dan Natrah (Maya) di kemuncak persembahan ialah momen yang paling hebat untuk menginterpretasikan konflik serantau dahulu. Ia juga terus menjurus kepada soal mikro setiap watak kerana sebenarnya ia adalah masalah dalaman pertembungan dan perbezaan budaya kekeluargaan di antara mereka sahaja secara individu yang sepatutnya tidak menjadi sebegitu besar. Ya! Tetapi saya walhal Natrah, Aminah dan Adelaine sedari bahawa konflik terpencil di antara mereka menjadi snowball-effect apabila berkaitan dengan agama lantas meruak ke dalam masyarakat (baca: politik dan sosial) waktu itu.
6. Tajuk teater ini ialah ‘Natrah’ dan bukannya ‘Maria’. Maka sudah tentulah point-of-view sebahagian besar persembahan ini bercerita dari pihak sebelah sini dalam time-frame kita. Namun segmen-segmen menuju penghujung persembahan, diangkat juga sebahagian kecil kehidupan Natrah/Maria di Belanda berdasarkan rujukan media sahaja. Sudah tentu ada missing link tentang kehidupan sebenar Natrah/Maria di sana kerana ia bukannya kisah biografi lengkap sepenuhnya. Ia cuma sebuah persembahan yang terhad dengan kronologi terpilih sahaja. Jadi adakah ia boleh dikatakan bias?
7. Yang paling menjengkelkan saya secara peribadi ialah kemunculan Mansur (Remy) yang menyanyikan lagu pop sejurus selepas ketiga-tiga watak Natrah, Aminah dan Adelaine ber-monologue! Memang turn-off betul kepada momen paling kritikal sebelumnya! Why oh why???..hahaha!

Nota: Saya mencadangkan kepada Erma Fatima (dicetak Eirma Fatima dalam poster) untuk mengangkat karya teater Natrah ke bentuk filem atau siri-mini televisyen “Suatu Ketika” di saluran Astro Citra!..amacam?

*ulasan kritis: sultanmuzaffar.blogspot.com
*ulasan selebriti: tiara-1, tiara-2
*ulasan panas: akubimbo.blogspot.com
*ulasan lain yg bagus:
koishiemerah.blogspot.com
raihanmk.blogspot.com
afrayuri.blogspot.com
que23.blogspot.com
theerraticdreamer.blogspot.com
zabidiskrip.blogspot.com (sejarah Natrah)

Selasa, 1 Disember 2009

KARAOKE ~ ok or ko?


TONTON: 26 Nov - 2 Dis 2009
tanjungarupictures.com
sultanmuzaffar.blogspot.com

*artikel ini juga dibincangkan bersama dengan para penggiat seni di FACEBOOK

Filem yang diwar-warkan menang itu dan ini di luar sana..tapi di sini?

Sejujurnya filem sebegini bukan menagih khalayak yang mencari hiburan komersial. Tayangannya pun hanya terhad untuk seminggu di panggung yang terpilih dalam kapasiti yang kecil. Dalam ertikata lain, ia dibikin keterlaluan bersifat akademik filem yang sesuai sangat ditonton oleh pelajar perfileman untuk 'membaca' (atau meneka) makna setiap babaknya, tuturnya, aksinya, imejannya..bla bla bla. Secara peribadi, saya hanya melihat lapisan luarnya sahaja dan sesekali cuba mengupas subtexs-nya dengan memandai-mandai merekacipta tafsiran saya sendiri..hahaha! Lagipun sesebuah filem itu boleh sahaja dinilai dan diberikan erti apa juga (cuba tanya fadz tontonfilem..mesti dia akan dapat berbagai penerangan).

Barangkali pada pendapat saya, filem ini hendak menyindir banyak perihal masyarakat terpencil (atau global..glokal..etc etc) tetapi dibikin dengan kesenian halus berfilem yang bermain dengan kontradiksi, tersirat di balik tersurat, berlapis-lapis dan sebagainya. Banyak babak yang berlawanan maksud dari apa yang dipaparkan (cari sendiri sdn bhd).

Umpama kamu sedang menyanyikan lagu dari tayangan sebuah video murahan karaoke di tv, begitulah situasinya bila menonton filem ini juga. Saya tidak peduli kepada pelakon dalam video itu samada cantik atau hensem atau macho atau cun atau eh! mamat ni muka kat iklan pamplet carrefour! atau bajunya buruk atau mekapnya tebal atau sinematografinya caca-marba atau suntingannya merepek-repek atau lokasinya di tepi laut, tepi highway, atas gunung, bawah bukit, naik sampan, kejar-mengejar di taman bunga dan air pancut..saya tak peduli! Yang penting ialah lirik lagu (atau subtitle) yang perlu dinyanyikan dengan lunak dan betul (atau sumbang) mengikut keluar-masuk tulisannya dengan warna-warni bergerak (atau titik dot yang melompat-lompat) megikut bait-bait sebutan irama lagunya! Hey! Itulah keadaannya semasa menonton (menyanyi) berpandukan sebuah video karaoke!

Filem ini mengajak penonton ke belakang tabir sebuah pembikinan video karaoke yang berkualiti rendah low budget main belasah ajer! (nota: sebenarnya kewujudan saluran mtv di amerika masa mula-mula dahulu kemudiannya telah melahirkan ramai pembikin filem yang kreatif dan bagus kerana pembikinan videoklip lagu oleh penyanyi sebenarnya seperti membikin filem pendek yang mencabar kreativiti si pembikin untuk 'bercerita' dalam jangkawaktu yang singkat 3-5 minit sahaja! video-video michael jackson dan madonna dan kumpulan rock dulu-dulu masih menjadi skala dan rujukan bikinan mtv serata dunia hari ini). Lalu bila orang-orang jepun mengambil inisiatif (menangguk di air keruh) mengubahsuai budaya mtv kepada karaoke (mtv berlirik) dan dijual kepada pengunjung bar, lantas keutamaan lebih diberikan kepada content lirik lagu yang popular berbanding kualiti videografinya! Yang ke depan ialah liriknya berbanding visual. Apabila lagu-lagu evergreen penyanyi yang sudah mati (so macam mana nak suruh penyanyi itu buat cameo kan?) lebih popular berbanding lagu-lagu terkini, maka muncullah karaoke-mtv-maker yang entah dari mana asalnya janji pandai menjerit 'action'! dan 'cut!' sahaja!.. para pelakon dalam video karaoke hanya sebagai syarat (kadang-kadang ada mtv karaoke yang macam filem indie - tuju kamera ke langit, ke laut, ke bangunan klcc tanpa pelakon pun etc etc) hahaha!

Alamak! Aku dah jauh terbabas kepada bebelan mengenai mtv karaoke pulak!

Oklah! Kembali kepada filem karaoke.. ada beberapa perkara yang saya dapat dan suka:

1. posisi/tangkapan kamera kepada subjek (pelakon/prop) bermula dari jarak yang sangat dekat hampir sehingga out of focus di awal cerita dan secara perlahan-lahan ia berjarak menjauhi subjek sedikit demi sedikit dimana akhirnya semua subjek berada dalam satu frame penuh seluruhnya untuk memberikan exposition sebenar-benar.. kalau nak ditafsirkan secara falsafah mungkin filem ini seakan menduga akal penonton tentang interpretasi terhadap sesuatu perkara yang kita tidak pasti (kurang informasi) di awalnya akan sekurang-kurangnya cuba mendapat pemahaman sedikit apa sebenarnya yang berlaku? Teknik bercerita secara visual sebegini (jarak kamera-subjek) juga akan dapat disaksikan dalam filem Muallaf karya arwah Yasmin Ahmad akan datang ke pawagam mulai 24 Disember 2009 (kalau tak pospon lagilah!)

2. filem ini sangat suka bermain dengan ruang! ruang! ruang! adakalanya ia mengurung subjek dalam ruang yang sempit dan weird atau "what the f..k is that?" (kerana minda aku cuba meneka imej apakah yang ditunjukkan dek kerana close-up yang sangat close-up) dan ada ketikanya pula wide angle yang seluas-luas alam semesta (visual-visual kebun kelapa sawit dan sekitar perkampungan) dimana ketika itu perasaan senak mata penonton akan kembali dipulihkan dengan gambaran yang hijauuu gitu! hey! mungkin inilah di antara kelebihan filem ini! ia menimbulkan berbagai reaksi suka-duka, gembira-boring, naik-turun perasaan penonton yang diperkotak-katikkan (atau didera) untuk menghabiskan penontonan! ia tidak perlu aksi dush! dush! bertumbuk atau bertengkar seperti dalam filem gerak khas bagi melonjakkan adrenalin penonton! cuma dengan visual sahaja!

3. ada satu babak dekat penghujung filem ini yang betul-betul aku teruja dimana 3 perkara (mungkin lebih dari 3 kot?) berlaku serentak!:
a. visual dan lirik dari mtv karaoke (cerita 1)
b. visual watak-watak yang menonton (dan bersembang) dan menyanyikan lagu karaoke itu (cerita 2)
c. isi voice-over oleh protagonist (cerita 3)

4. lakonan-lakonan mantap semua pelakon! (tak payah aku nak sebutlah siapa-siapa)

So, kesimpulannya?

Macam yang saya tulis tadilah..jap aku copy-paste:

"Sejujurnya filem sebegini bukan menagih khalayak yang mencari hiburan komersial. Tayangannya pun hanya terhad untuk seminggu di panggung yang terpilih dalam kapasiti yang kecil. Dalam ertikata lain, ia dibikin keterlaluan bersifat akademik filem yang sesuai sangat ditonton oleh pelajar perfileman untuk 'membaca' (atau meneka) makna setiap babaknya, tuturnya, aksinya, imejannya..bla bla bla."

Sekian, terimakasih! :-)

*ulasan lain: wenkt

HADIR: 5 Dis 2009
sol-jah.blogspot.com


BACA: sekarang!
amirmu.blogspot.com

Khamis, 5 November 2009

PISAU CUKUR: gadis-gadis loser yang bergaya?

Lakonlayar filem ini oleh Rafidah Abdulllah 3R sangat kemas dan mudah difahami dengan struktur yang begitu jelas terpecah kepada 2 parallel storylines - Bella dan Intan.

Bella (Maya) dengan misinya mengejar seorang jutawan, Datuk Hisham (Eizlan). Manakala Intan (Fazura) gatal kononnya hendak menyelesaikan misteri pembunuhan Datuk Zakaria (Dato' Rahim). Itu adalah ringkasan pendek tujuan masing-masing di awal cerita di atas sebuah kapal mewah Putri Duyung. Namun setelah menonton sepenuhnya filem ini sehingga tamat, lain pula yang akan berhasil kepada Bella dan Intan.

*cerita Bella
Dia mengguna-gunakan Faqir (Shahredza) sebagai alat atau batu loncatan untuk mencapai hasrat niat 'pisau cukur'nya terhadap Datuk Hisham. Waktu yang sama, Faqir memang setuju untuk membantu kerana memang tertawan dengan Bella! Sebenarnya kisah hubungan Bella-Faqir inilah cerita sebenar-benarnya yang dipaparkan dalam segmen kisah Bella. Manakala Datuk Hisham hanyalah sekadar punca sahaja.

*cerita Intan
Dia sebenarnya hendak buktikan kredibiliti sebagai jurnalis kepada seorang penyiasat persendirian, Ari (Aaron) yang sangat ego dan pernah (masih) berseteru dengannya. Juga sebenarnya kisah hubungan Intan-Ari yang kontras inilah cerita utama yang dipertontonkan dalam segmen kisah Intan. Manakala kematian Datuk Zakaria cuma penyebab sahaja.

Kamu dapat bayangkan bagaimana seronoknya bila menyaksikan hubungan yang ganjil sebegitu bukan? Sebenar-benarnya kamu menyukai kisah percintaan di antara Bella-Faqir & Intan-Ari yang tolak-menolak, benci-membenci, guna-mempergunakan. Itulah hook filem ini!

Kedua-dua segmen cerita Bella dan Intan digabungkan dan dijalinkan oleh sub-plot dan watak-watak lain sebagai punca, akibat, penyebab dan penyedap cerita. Perjalanan kisah Bella dan Intan diceritakan secara berselang-seli, berselisih, bercantum, bertembung, berkaitan, bersama-sama dengan bagus!

Limitasi naratif hanya dalam sebuah kapal itu sahaja memudahkan lagi penceritaan kerana durasi dan lokasinya terkawal untuk jangkawaktu dan ruang yang terhad. Ia diceriakan lagi dengan dialog-dialog santai dan gedik oleh Bella dan Intan.

Namun begitu, tidaklah sepanjang masa filem ini hanya hendak berlawak dan berlawak sahaja. Saya sukakan 2 babak dimana Bella dan Intan berada dalam momen gelap dan jujur hidup mereka:

*Bella - berterus-terang kepada Faqir tentang asal-usul kenapa dia jadi 'pisau cukur' berdasarkan latar keluarganya.

*Intan - meninggalkan Datuk Salleh (Radhi) setelah dimaki kerana tidak mahu tinggal dalam bilik selepas diberikan cincin lamaran.

Saya sukakan character development dalam filem ini. Memang di awal cerita secara luarannya, Bella dan Intan ialah gadis-gadis loser yang bergaya, kelihatan sangat pisau cukur, lincah, mata duitan, materialistik dengan kegedikan dan kemiangan mereka. Tetapi kisahnya berakhir dengan menyerlahkan warna sebenar diri mereka yang masih ada harga diri dan insaf katanya! Wow! Filem ini berjaya memartabatkan ahli-ahli kelab pisau cukur di negara kita! Oh! My Gucci! Panasss! ahahaha!
PISAU CUKUR ialah komedi urban yang berjaya mengikis skeptikal saya kepada kualiti penceritaan filem melayu! ~ Ajami Hashim (twitter)

*belilah Buku Untuk Filem: PISAU CUKUR di kedai yang berhampiran selagi stok masih ada!

Jumaat, 30 Oktober 2009

TUNJANG SA'ADAH ~ Rozita Che Wan @ lokasi [youtube]

Rozita Che Wan ialah Sa'adah

"Kematiannya seolah-olah menguburkan sama hidupku. Tak kusangka, ajalnya juga melahirkan cinta teragungku pada tinggalannya.Namun semuanya tamat dalam bauran ironi, sedih dan gembira." ~ Sa'adah

Rabu, 28 Oktober 2009

Ajami Hashim @ kosmo!

klik & baca kat sini >> KOSMO!



Salaam..

Terima kasih kepada wartawan Aqmar Alladad dan jurugambar Farizwan :-)

Alang-alang kot ada pelayar baru mai melawat blog saya ni, apakata saya iklankan sekali bahawasanya skrip telefilem sulung tulisan saya berjudul Tunjang Sa'adah sedang di-shoot dah masuk hari ke-3.. Insyaallah ia akan ke layarkecik TV3 di slot cerekarama dalam bulan Nov nanti.. tarikh tayangan sebenar akan diwar-warkan segera-gera akan datang! huhu!.. juga kat MASKARA SHORTIES hari Sabtu nanti akan dilancarkan secara rasminya Buku Untuk Filem ESTET (yay! berapa kali mau lancar wey???) oleh Amir Muhammad taukeh Mataharibooks penerbitnya! serentak juga dengan pelancaran Buku Untuk Filem PISAU CUKUR

Yezza! Hidup semakin meriah nampaknya! lalala! huhuhu!

*koleksi youtube ajami vs. org2 lain kat sini
*ulasan2 filem & dll kat sini

*kalau nak play youtube kat blog ni, sila mute-kan/pause-kan mp3 lagu jiwang kat link sebelah kanan tu yer adik2!

TEASER


PART.1


PART.2


PART.3

Khamis, 22 Oktober 2009

CUCI (2008) ~ Ajami Hashim vs. Hans Issac

www.cucithemusical.com
ulasan filem Cuci

Salaam.. sempena teater Cuci The Musical di Istana Budaya, apakata kita flashback balik temuramah Ajami Hashim vs. Hans Issac pada 28 Jan 2008 dulu.. layannn! :-)


Isnin, 19 Oktober 2009

Ayah, kenapa tebang pokok pisang? (2008) ~ filem pendek oleh Nam Ron


Ayah, kenapa tebang pokok pisang? (2008) ~ kebisingan realisme yang dipekakkan?

"This short film shoot with panasonic P2. The location is in Klang. It's about NEP, how the poor more poorer and the rich more richer. The objective is to educate the society. The year of making is 2008." ~ Nam Ron (scriptwriter & director)

*filem ini hanya boleh ditonton di facebook Nam Ron
>> "Ayah, Kenapa tebang pokok pisang?"

Struktur (pemaparan)

Penceritaan filem ini seolah-olah ringkas tetapi berat isinya. Struktur naratif hanya memecahkan kepada 2 durasi era sebelum dan selepas sebuah kampung tradisional 'dimajukan' kepada sebuah pekan kecil. Perjalanan hidup Rahmat, seorang lelaki pekak dalam pencarian rezeki untuk keluarganya dijadikan foreground yang seakan tiada respons kepada apa yang berlaku tetapi merasa bahana akibatnya paling teruk. Manakala watak-watak background (yang tidak dipedulikan oleh Rahmat) adalah naratif yang sebenarnya ke depan untuk berinteraksi terus dengan 'perubahan' kepada kampung itu. Adakalanya filem ini seperti road movie dimana khalayak menumpang mata dan 'telinga' Rahmat (sebenarnya dia tuli bukan?) kepada isi perbualan dan paparan visual satu-persatu perkembangan plot dan konflik yang hendak diceritakan. Pergerakan kerja kamera dan rakaman audio berlegar di sekitar Rahmat dimana wujud wataknya bebas keluar-masuk frame menjadikan penceritaan filem ini tidak statik. Exposition dan latar lokasi dipaparkan dengan teliti untuk menunjukkan perbezaan dan perubahan dari era lama ke baru, kononnya mundur kepada maju. Khalayak memahami jalan ceritanya secara dua lapis sekaligus. Saya suka dengan paparan set dan lokasi sebenar yang benar-benar wujud untuk mengangkat rasa realisme dunia filem ini. Walaupun mungkin ia dirakam dari berbagai tempat tetapi penyantuman dan suntingan rentetan visual berjaya menceritakan proses transformasi dari sebuah kampung, bangunan separuh siap dan sebuah pekan baru - sebelum, semasa, selepas.

Kandungan (persoalan)

Adakah filem ini bersifat didaktik? Menunjuk dan memujuk? Apakah Rahmat sekeluarga adalah mangsa? Atau dia hanyalah sisa atau korban untuk membayar harga sebuah kemajuan? Benarkah setiap pembangunan sebuah kampung akan memiskinkan lagi penduduk yang sedia-ada papa kedana? Atau filem ini sekadar menceritakan sebuah kisah yang terpencil? Sejujurnya saya sangat mengidolakan semangat diri Rahmat sebagai seorang manusia yang rajin, gigih, berusaha, berdikari dan kuat semangat walaupun dia kekurangan serba-serbi. Dia tidak pernah mengeluh dengan kemiskinannya. Mungkin saya tidak tahu permasalahan apa yang menghambat dalam fikirannya. Tetapi yang penting Rahmat teruskan juga kais pagi, makan pagi tidak berhenti-henti demi keluarganya. Insan sebegini lebih mulia dari orang-orang yang sentiasa mahu berleter dan mengaduh sahaja, yang hendakkan mudah-mudah, ringan-ringan walaupun mungkin sudah senang-lenang.

"Pokok pisang ni dia buah sekali jer..kalau tak tebang nanti dia busuk..bila dia dah busuk tu pokok lain boleh rosak" jelas Rahmat kepada anaknya, Hasan.

Dialog itu di pembukaan filem ini sarat dengan subtexs yang boleh dianggap sebagai tema keseluruhan filem ini. Pokok pisang itu boleh dianalogikan kepada berbagai tafsiran, takrifan, sindiran dan kiasan! Mungkin kampung itu sememangnya sudah sampai waktu untuk dimajukan. Barangkali pemikir projek (saya tidak gunakan ahli politik ekk? ahahaha!) yang patut ditebas untuk mengelakkan makin banyak lalang ikut sama tumbuh?

Kesimpulan?
Baiklah, saya tidak akan beri sebarang konklusi samada betul atau tidak, benar atau salah, setuju atau bangkang. Kamu saksikan sendiri filem pendek ini dan buatlah kesimpulannya!

Tahniah bro Nam Ron! Lagu "Getaran Jiwa" itu memang kena! :-)

Ajami Hashim vs. Nam Ron [youtube]

Selasa, 13 Oktober 2009

KORBAN 44 @ Astro Citra (Oktober 2009)


Siri mini tv setiap Rabu & Khamis, 9 malam, Astro Citra (saluran 131) sepanjang Oktober!

*info lanjut: KORBAN 44 - facebook

*blog hero: Mohammad Hariry

*di balik tabir KORBAN 44









Khamis, 24 September 2009

BODY 2 BODY: A Malaysian Queer Anthology - representasi dari dalam almari?

info buku
Sebuah buku antologi 23 karya tulisan fiksyen dan bukan-fiksyen ini mungkin menimbulkan tandatanya apakah agaknya kandungan sebenar buku ini hanya berdasarkan judulnya. Namun setelah saya baca satu-persatu isinya, ia mencetuskan pelbagai reaksi yang lebih kepada cuba memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Buku ini tidak boleh dipukalkan kepada apa-apa rangkuman kesimpulan yang mampu menyamaratakan kesemuanya kepada suatu konklusi sahaja. Setiap karya ada sebab kenapa ia ditulis secara persendirian oleh si penulis. Maksud saya, katalah anda membaca buku antologi kisah-kisah seram misalnya, sudah tentu setiap tema cerpen di dalam buku tersebut akan menjuruskan kepada cerita 'seram'. Tetapi, buku antologi ini seolah-olah setiap tulisan berdikari sendiri melalui genre khusus penulisannya. Mungkin lebih mudah saya katakan bahawa buku ini seperti rojak cerpen ekspresi dalaman eksklusif setiap penulis tentang sekeliling mereka yang melibatkan pilihan seksualiti individu. Naratif setiap karya sangat berlainan satu sama lain! Anda akan membaca tulisan yang benar-benar fiksyen (malahan fiksyen sains) ataupun esei tentang kemanusiaan asas atau bersifat akademik yang keterlaluan. Benar! Sebuah buku antologi yang berkulitkan seksualiti alternatif pastinya mengandungi metafora dan penceritaan teliti mengenainya yang mungkin bukan kebiasaan bagi sesetengah pembaca yang 'normal'. Namun begitu, penceritaan karya-karya yang menyentuh tentang perasaan kasih-sayang di antara dua insan (samada yang mendapat respons atau ditolak) dalam buku ini adalah suatu yang universal dan umum. Kebanyakan penulisan dalam buku ini tidak meminta untuk 'reseptif' atau simpati tetapi lebih kepada 'memberitahu' ia berlaku dalam kehidupan individual yang mereka pilih (atau azali). Ada juga karya yang tiada langsung tentang naratif yang berbaur seksualiti tetapi lebih kepada cerpen biasa tentang hubungan sesama manusia. Dan sesetengah tulisan pula lebih kepada memori rawak lampau yang masih diingati oleh si penulis (atau protagonis) yang kini memberikan makna ke-dua setelah mereka dewasa. Ceritanya juga sangat beraneka pandangan sisi samada dari watak yang memiliki naluri seksualiti alternatif mahupun orang-orang keliling mereka yang rapat untuk melalui bersama-sama kehidupan yang sentiasa hendak dilindungkan (atau diselamatkan) dari pandangan rutin masyarakat. Ringkasnya, bagi saya Body 2 Body: A Malaysian Queer Anthology ialah sebuah garapan penulisan berbahasa Inggeris yang boleh menjinakkan kemalasan saya untuk membaca sebuah buku tentang kehidupan orang lain yang saya kurang tahu! Sebuah representasi dari dalam almari yang berani mati.. barangkali?


iklan di mukasurat belakang sekali buku Body 2 Body
info penyertaan >> ORANG MACAM KITA

Jumaat, 11 September 2009

PAPADOM ~ filem ala Disney?

poster baru
1. Papadom seperti sangat ke-Disney-an dimana naratifnya begitu kuat dengan tema kasih-sayang kekeluargaan, feel-good movie, klimak yang gumbira-ria, watak-watak antagonis di kolej UiTM pun begitu harmless iaitu Hisham (Farid Kamil) yang penakut dan Shasha (Scha) yang dumb-blonde bitch, Yvonne (Chelsia Ng) side-kick kepada Miasara (Liyana Jasmay) yang sangat setia serta seorang watak good guy Mat (Que Haidar) yang naif+geek! Nasib baik patung mainan bucuk Miasara bukannya Minnie Mouse! ahahaha!

2. Filem ini sangat kiut-miut dan comel-lote macam Liyana Jasmay! Terutamanya babak Miasara 'macam' menggentel tetek Mat yang sebenarnya ialah mengentel gambar kartun di baju Mat! ..ahhh! so sweeet!

3. Afdlin berjaya menjentik manja-manja beberapa perihal industri perfileman di Malaysia secara sambil-lewa dan sambil-lalu iaitu genre lawak seram? dan peraturan wajib tayang! ahahaha!

4. Saya suka ya amat sesi koir ber-pom-pom girls oleh Shasha dan rakan-rakan dia! Tapi boria opening/closing tu macam nak tak nak ajer?

5. Twist dalam storytelling filem ini iaitu kewujudan semula watak arwah Munirah (Noorkhiriah) dalam bentuk imaginary-friend kepada Saadom (Afdlin Shauki) sebenarnya ialah internal-conflict/feminine-side diri Saadom sendiri yang di-jasad-kan dalam beranekaragam bentuk pakaian yang sesuai seperti rama-rama ber-camouflage. Pemecahan watak pros/cons Saadom berlaku pada titik plot dimana Miasara berkata 'tidak' kepadanya buat kali pertama (dalam kereta semasa hujan) sebab itulah watak Munirah tidak pernah wujud sejak dia meninggal dunia kerana sebelum ini Saadom sentiasa mendapat jawapan 'ya' dari Miasara. Dalam ertikata lain, Saadom berkonflik dengan dirinya sendiri atau mungkin juga boleh ditafsirkan sebagai fear & guilt akan kehilangan Miasara bercampur-aduk dengan midlife-crisis. (korang faham tak wei?)

6. Pada pendapat saya filem ini berada di grey area atau garisan sempadan yang sangat nipis dalam jangkamasa yang panjang samada ia akan menjadi cuma 'salah sebuah filem arahan Afdlin Shauki' (forgettable) atau salah satu karya yang sangat sinonim dikaitkan dengan nama Afdlin Shauki (masterpiece)

7. Lakonan Pete Teo dan Harun Salim Bachik sangat natural walaupun watak-watak kecil manakala Vanidah pula biasa-biasa ajer sebab watak dia pegang pun memang biasa-biasa ajer.

8. Ia sebuah filem yang sangat berkesan dari segi cara bercerita yang mudah difahami, terus, lurus, kudus, suci dan murni! atau ayat seertinya ialah Papadom tidak membosankan!

9. Filem ini memang selayak-layaknya sebagai Filem Terbaik FFM22! ..errr! ada bangkangan kah?

10. Promosi oleh blog ini TIDAK ditaja oleh TUSB! serius beb! gua ikhlas ni! pergilah tonton di pawagam mulai 8 Oktober 2009! berbaloi-baloi!

*ulasan blogger lain: jangantegur.com * hazelrose79 * nurul * lensabahrein76 * budiey.com * hilangpunca * anwardi.jamil * thewanonly * cartoonrama * zosaw * tontonfilem * adiluqman * megateusofe * wenkt * ikhares * vovin * sinaganaga (must read! wohoho!) * saloranseni (non-review) * sultanmuzaffar * coffeeholic * enciktonton * dewimimpi *
poster asal (lama)

poster versi ajami

FACEBOOK
SINEMAMALAYSIA


DI BALIK TABIR PAPADOM


Selasa, 1 September 2009

SEPULUH @ Astro Citra

Siri mini tv setiap Rabu & Khamis, 9 malam, Astro Citra (sepanjang bulan September)
*info lanjut: istandintime.blogspot.com

trailer


opening montage



Selasa, 18 Ogos 2009

DISTRICT 9 ~ ironi manusia sebagai makhluk asing?

Keluar dari panggung, fikiran saya bertanyakan "macamana diaorang buat ek?" merujuk kepada kecanggihan teknikal produksi dan berbagai fizikal spesis makhluk asing yang terlalu real hidup dalam filem ini! Soalan itu hanya terjawab sendiri bila membayangkan wajah penerbitnya Peter Jackson tersenyum menjelirkan lidah dalam minda saya. Hello! Ini tahun 2009 dimana teknologi cuma berhasil dengan hujung jari menekan papan kekunci komputer ok!

Sepanjang tahun ini hanya Terminator Salvation yang betul-betul memuaskan dahaga hiburan bagi saya dari kebanjiran filem luar. Namun bila habis menonton District 9 teruslah carta kesukaan saya meletakkan filem ini yang teratas dan terbaik sekali setakat ini. Terlalu bagus naratifnya bukan kerana ia dari genre fiksyen sains yang berdentum-dentam dengan CGI sebagai lagaknya kemajuan perfileman. Tetapi lebih kepada jalan cerita drama mimikan konflik masakini di dunia yakni isinya yang sebenar-benar padat dengan kemanusiaan.. apa? kemanusiaan? Bukankah ia kisah makhluk asing bro?

Filem yang ada watak makhluk asing memanglah mengarut! Cerita sebegitu selalunya melogikkan fiksyen yang kononnya disokong dengan fakta saintifik supaya make believe. Penonton pun ternganga! Maksud saya terhibur. Ia seronok ditonton untuk melihat apa bentuk makhluk asing dan kuasanya? Bagi saya, perihal paling suka dicari dalam filem fiksyen sains ialah menunggu apakejadahnya keranjingan manusia yang bakal berdepan dengan makhluk asing itu? Dan watak Wikus van der Merwe dalam filem District 9 ini ialah orgasma watak Fox Mulder dari siritv X-Files!

Ya! Wikus van der Merwe ialah analogi sifat dan sikap manusia angkuh apabila berkuasa dimana akhirnya kuasa itu sendiri yang membaham dirinya selagi tidak dikawal. Kuasa yang saya maksudkan ialah keupayaan di tengah-tengah di antara manusia dan makhluk asing. Kalau dimudahkan pemahaman dia seperti seorang bomoh ilmu hitam perantaraan di antara manusia dan makhluk halus. Sama! Wikus ialah alat paling merbahaya bagi kedua-dua pihak atau sebaliknya pertolongan yang paling berguna bergantung kepada pihak sebelah mana yang dia akan jadi ahli. Namun tanpa disedari, Wikus juga sebenarnya diperalatkan!

Sudah sedia maklum bahawa filem ini mengadaptasikan sejarah dasar anti kulit hitam atau apartheid. Memang itulah acuannya, apa lagi yang hendak saya bebelkan? Jadi tak perlu saya mengulangnya seperti alat pemain cd rosak kerana kamu boleh meng-google-nya sendiri! Tak begitu?.. ahahaha!

Yang menarik tertarik kau memang da bomb pasal filem ini ialah.. hey! aku dah penat lah nak ulas filem ni! Kau pergi ajerlah tonton filem ini selagi ada di pawagam kerana seandainya kau seorang penonton filem yang asyik-asyik mahukan sesuatu dari pembelian tiket wayang, sila tonton! Habis cerita! Dan seandainya kau seorang pengkritik filem, pengulas filem, pembikin filem, pelajar filem mahupun pembeli dvd haram, filem ini aku kata bagus! Belajarlah sesuatu dari filem ini! Titik! Kalau kau tak suka mungkin kau boleh tonton filem SETEM.. ya! filem SETEM filem Melayu yang bersaing dengan filem ini sekarang yang cuma tinggal beberapa kerat ajer panggung nak tayang! Apasal orang tak berapa suka tengok filem Melayu? Manalah aku tahu! Mungkin filem tempatan tak se-best filem luar? dahtu semuanya dah tak boleh.. rempit tak boleh! pondan tak boleh! bohsia tak boleh! hantu tak boleh!.. BOLEH???. boleh blahhh! semua orang nak jadi polis-moral untuk pilih apa yang sesuai dan tak sesuai untuk tontonan masyarakat walhal semua unsur-unsur cegitu berlambak dalam filem-filem luar! tu belum bab komik kartun pun nak paranoid! wadafakkk!!!

Kesimpulannya, filem District 9 telah berjaya mencarutkan industri perfileman Malaysia dimana pada pendapat aku, makhluk asing tu seperti segelintir pembikin dan perlaksana badan filem tempatan yang patut diusir bersama-sama mereka dan keluarga mereka ke planet of the apes! Jahanammm! muahhh!

Selamat bersahur, berpuasa dan berbuka puasa! Tepung pelita ialah kueh kegemaran aku! tata!


Jumaat, 7 Ogos 2009

LORONG BLUES ~ psikodrama komuniti gelap

Ia bagaikan terperangkap dalam kemampatan yang ditekan dari segenap penjuru dalam kurungan yang sempit serta melemaskan seumpama disumbat ke dalam keranda semasa masih bernyawa! Menghimpit! Padat! Rimas! Kronik! Claustrophobic!

Teater ini mengulang kembali watak-watak 'mangsa' yang kononnya bersebab dari berbagai punca latar asalnya masing-masing. Sudah lumrah setiap musibah seseorang manusia adakalanya akan dituduhkan kepada orang lain yang ada pernah berhubungan di masa lampau. Secara psikologi untuk meredakan rasa bersalah ialah dengan mengatakan kesilapan kita pada hari ini sekurang-kurangnya bukan sepenuhnya salah diri sendiri. Namun jauh di sudut hati kita tahu bahawa setiap pilihan jalan kehidupan baik atau buruk adalah secara mutlak kita yang punya!

Semuanya, Kudin, Linda, Selamat, Joe, Arfah dan Mak Jah merasakan bahawa mereka bebas (lari dari dikejar polis) dan berlindung dalam lorong yang sama. Sebenarnya pada pendapat saya, mereka terkurung bersama-sama (bukannya bebas) untuk berfikir sejenak tentang diri sendiri kenapa malang sungguh nasib mereka selama ini? Lorong yang tersorok itu adalah perhentian sementara untuk mereka bermesyuarat dan membuat pilihan samada untuk teruskan jalan songsang masing-masing atau berhenti dan berubah atau mati katak? Namun begitu bersoal-jawab sesama mereka telah membongkar bahawa tiada yang lebih atau kurangnya darjat kehinaan siapa sebenarnya diri mereka. Kau pilih! Kau tanggung!

Dari sudut lain saya melihat watak-watak itu memang 'mangsa' kepada seseorang malahan bukan orang asing tapi dari hubungan yang paling dekat sekali iaitu keluarga. Itu yang sangat menakutkan bila mendengar cerita meleret-leret satu-persatu watak bercerita titik mulanya mereka menjadi kotor sebegitu. Rasa kasihan dan kesal itu terasa kepada setiap watak. Lalu rasa marah dan benci pula kepada nama-nama si polan si polan (disebut sahaja dalam backstory) dahulunya dianggap pagar yang diharap sudah memakan padi. Jahanam!

Kesimpulannya, Lorong Blues bertanya kepada khalayak kalaulah kamu menjadi setiap salah satu watak, apa agaknya yang kamu akan lakukan? Ia seperti sesi pertemuan ala rehab session yang bising dan kasar kerana masing-masing hendak meluahkan cerita.. nama saya Kudin, Linda, Selamat, Joe, Arfah, Mak Jah.. saya adalah manusia malang kerana bla bla bla..

Tahniah STEFANI!

*psikodrama = teknik psikoterapi secara berkumpulan yang menghendaki pesakit melakonkan dan meluahkan segala masalah yang sedang dihadapinya. (Kamus Dewan edisi keempat, ms. 1237)





Selasa, 4 Ogos 2009

Badrul Bambi ~ antologi hebat (dan rojak) oleh Raihani Mohd Saaid!

mudajauhari.blogdrive.com

Antologi rojak buku ini mengandungi 11 judul. Banyak dan anekaragam ceritanya. Sarat (kadangkala tak larat) dengan latar yang biasa atau luarbiasa si penulisnya. Mungkin kamu menemui sebahagian kisah diri sendiri dalam seperenggan, sebaris ayat atau sepatah kata. Bagi saya, hanya dengan membaca cerpen Badrul Bambi (1997) diikuti Badrul Bambi II (2009) secara back-to-back mampu menjinakkan kemalasan 'membaca' dalam diri saya yang sememangnya sibuk katanya!.. ahahaha!

Inilah pengalaman santai saya ketika membaca kedua-dua cerpen:

Badrul Bambi (1997)
Cerpen ini bermula dengan sebabak pertemuan yang bersebab dari satu insiden penyelamatan kepada watak protagonis bernama Badrul oleh seorang gadis bernama Bambi (kamu kena baca untuk tahu asalnya nama 'bambi' itu). Begitulah ada ketikanya kehidupan di luar jangkaan sebegitu sebagai permulaan plot genting yang akan berentetan menjadi kronologi-kronologi penting kehidupan Badrul selepas itu. Unpredictable! Malahan titik-temu itu berlaku di tanah asing yang cuma disinggahi sebentar sahaja (Bali). Ia terperap menjadi rahsia peribadi Badrul. Namun detik sekejap itu jugalah yang masih dilawati dalam ingatannya. Bagi saya, cerpen Badrul Bambi itu secara keseluruhannya ialah set-up paling penting dalam pencarian makna kehidupan dalam diri Badrul. Dalam ertikata lain, Bambi itu memang sebenar-benarnya 'penyelamat' kepada Badrul. Saya sukakan perjalanan bercerita oleh Raihani kerana membaca cerpen ini seperti bermula dengan satu titik di tengah gegelung ubat nyamuk yang membesar dan membesar lalu menyempurnakan cerita penuh yang diakhiri dengan cliffhanger (sebab itulah cerpen Badrul Bambi II mesti dibaca bersambungan). Exposition latar lokasi Bali yang mungkin bukan kebiasaan kepada pembaca berjaya digambarkan melalui selitan deskripsi di sana-sini tanpa memaksa untuk diimaginasikan semasa bercerita perihal watak-watak Badrul, Bambi dan Tiger. Cerpen ini mahir memancing pembacaan dengan plot-twist apabila Roro (adik Bambi) tiba-tiba memaki-hamun Badrul di paragraf ke hujung cerita. Watak tambahan Tiger adalah lawan atau kontradiksi kepada watak Badrul yang cynical dan comical. Watak Intan pula adalah konflik realiti sebenar yang nyata kepada watak Badrul. Maksud saya, wujudnya watak antagonis Bambi (dan cerpen itu sendiri) seakan mimpi basah yang enak dan lazat kepada Badrul seumpama sebiji epal dari pohon dalam taman larangan? Bambi itu ialah lust?.. ahahaha!

Badrul Bambi II (2009)
Cerpen ini sudah tentu jauh lebih matang bahasa dan permainan plotnya. Namun kali ini Raihani seakan kekurangan jus berahi dalam bercerita berbanding cerpen Badrul Bambi terdahulu. Naratifnya semakin dewasa seiring dengan perkembangan watak-watak Badrul, Tiger dan Bambi itu sendiri yang kini dalam dunia karier yang lebih besar dan mencabar. Cerpen kali ini lebih berat sindiran kepada dunia sekitaran Badrul sehari-harian walaupun masih santai dan bersahaja. Gaya hidup ber-facebook juga diselitkan untuk kedengaran moden. Latar watak Badrul sebagai ketua editor (penulis) juga digunapakai sehabisnya oleh Raihani untuk menyalurkan pendapatnya terhadap definisi sastera Islam serta red tape dan hipokrasi dunia penulisan di Malaysia. Malahan ia lebih masuk ke dalam keluarga dan keperluan (atau desakan) kelelakiannya yang sebenar. Kalau dulu sekadar sifat remaja jiwang disulamkan dalam cerita, kini ia lebih kepada kenyataan survival generasinya. (jelas bila Badrul meroyan pasal isu no-nonsense fahaman Intan, keluarga Intan dan keluarganya sendiri). Namun begitu, cerpen ini masih bertunjangkan hubungan Badrul-Bambi yang akhirnya.. ops! sila beli dan baca sepenuhnya cerpen ini sebab saya tak mahu bagi spoiler!.. ahahaha!

NOTA:
Tahniah untuk sang penulis Raihani Mohd. Saaid dengan kelahiran putera beliau Umar Firas yang sangat comel pada 30 Julai 2009 yang lalu! (ya! nama Umar Firas itu ada dalam cerpen Badrul Bambi II).. lu hebat sis! :-)

PAUTAN:
Raihani Mohd. Saaid
Fariz Ramlee (gambar kulit depan & belakang)
Sinaganaga (reke bentuk & reka letak)

Rabu, 15 Julai 2009

SETEM ~ black comedy ala 1Malaysia?


Kisah komedi perlu mengundang ketawa. Cerita jenayah mestilah serius. Filem SETEM 'mengkahwinkan' kedua-duanya dalam satu naratif yang berkait-kait dan berpusing-pusing. Adakah ia benar-benar menjadi? Apakah situasi kelucuan boleh dicetuskan dari kejadian yang cemas dan berbahaya? Barangkali ya!.. mungkin juga tidak? Baguskah arahan Kabir Bhatia sehinggakan Azwan Ali berjaya berlakon bukan seperti 'Azwan Ali' macam filem-filemnya terdahulu dengan baik dalam filem ini? (walaupun cameo)

bersambung..

*blogger lain katanya? tontonfilem afiqsays marimerepek mykerabukerang nurul-dsp hazelrose79 adamarjuna thewanonly silaserazwanali cartoonrama amyikram cutecurry azmin-kuminpunya katasuhaimi maizura-tbm adenium nununhana dukelucedellamore ikhares yoyoohcom cikgumanstation ummemaisarah adiewaridi ironboard19 adiluqman golden-judd mohdhaiqal deennasour sinaganaga
*media lain katanya? mstaronline tupai

Isnin, 13 Julai 2009

INTAN YANG TERCANAI ~ ulasan oleh Ajami Hashim

"Jika mustahil pada tersurat, carilah pula apa yang tersirat"

Salaam.

Mungkin ini kerenah saya kerana kadangkala apabila hendak menonton sesebuah persembahan teater, saya cuba mengelak dari membaca sinopsisnya. Saya hanya datang dengan spekulasi yang neutral kepada apa yang bakal dipersembahkan. Maksud saya, apa isinya?.. apa ceritanya? Saya letakkan diri saya sebagai penerima yang terbuka kepada apa saja pemberian dari persembahan itu. Jalan cerita yang saya ikuti seumpama mengupas lapisan daun bawang satu-persatu dimana pemahaman saya menggunung sedikit demi sedikit.

Teater ini dipecahkan kepada beberapa segmen secara non-linear storytelling. Naratifnya bermula dari titik tragedi Terowong Al-Mu'aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji pada 2 Julai 1990. Pembukaan kisah dengan kemunculan segerombolan pelakon lelaki dan perempuan yang berpakaian ihram dari arah depan pentas terus ke persada utama pentas secara simbolik melakukan tawaf diiringi laungan Talbiyah beramai-ramai. Klimaknya dengan kejutan muzik latar apabila semuanya bergelimpangan adalah benar-benar dramatik!

Dari situ, kisahnya mula berkembang dan berpusar tentang Danial yang sudah lama/tua (dari gambaran bertongkat) dalam pencarian seorang wanita/sahabat/kekasihnya bernama Ungku Intan di Mekah iaitu salah seorang mangsa dari tragedi menyayat hati itu. Penampilan watak Danial sebagai seorang muallaf dari bangsa India inilah yang menjadi lonjakan mula cerita kerana saya teruja untuk mengetahui lebih lanjut apakah latar hubungan Danial-Ungku Intan?

Seterusnya kemunculan 3 orang Lembaga Suci yang asalnya saya agak keliru fungsi samada ketiga-tiganya ialah malaikat atau metafora isihati dalaman setiap watak? Namun setelah mendengar betul-betul isi monolog mereka, maka saya interpretasikan bahawa mereka ialah voice-over/narrator secara selang-seli kepada kisah-kisah kehidupan Danial dan Ungku Intan.

Segmen persembahan diteruskan dengan flashback panjang tentang latar siapakah Ungku Intan semasa hayatnya dari kecil hingga dewasa. Monolog oleh watak Ungku Intan sendiri mengimbau sejarah hidupnya dan keluarga dengan exposition yang kadangkala saya rasakan redundant - Ungku Intan bercerita di pentas hadapan serentak dengan lakonan sebenar oleh pelakon-pelakon kecil dan watak ibu tirinya di pentas utama.

Saya rasakan teknik sebegini menjadikan tumpuan dipecahkan kepada dua pilihan samada hendak melihat reaksi bahasa-tubuh dan ekpresi wajah semasa Ungku Intan berceloteh atau menonton aksi-aksi lakonan secara mime dengan suara Ungku Intan sebagai voice-over/narrator. Pengembangan cerita diteruskan satu-persatu babak dengan teknik itu yang juga diselangi sekali lagi dengan kemunculan 3 orang Lembaga Suci - kisah pertemuan Ungku Intan dengan Danial, upacara usungan kavadi oleh Danial yang sekaligus memperkenalkan watak Sandha (visual di layar lebar kiri-kanan pentas yang memaparkan upacara perarakan kavadi dikaburkan secara sengaja atau mungkin tidak sesuai untuk sebuah teater dakwah kot?) serta perkembangan kisah hubungan Ungku Intan-Danial di luar negara.

Teknik persembahan/penceritaan yang sama, malah lebih panjang digunakan sekali lagi oleh watak Sandha bila bercerita kepada Danial tentang plot Ungku Intan-ibu tirinya. Namun kali ini watak Sandha kelihatan seakan 'penat' dan bacaan menghafal sahaja kerana ia terlalu panjang berjela. Betul! Isi cerita hubungan naik-turun Ungku Intan-ibu tirinya Makcik Yong Sutinah memang bersambung-sambung untuk beberapa rentetan masa melalui point-of-view Sandha sebagai orang ke-3 kepada Danial. Di segmen ini banyak babak penerangan latar Makcik Yong Sutinah yang seakan terkejar-kejar mengiringi taklimat dari Sandha.

Namun begitu, babak watak Haji Fadzil semasa menghuraikan rentetan tragedi tersebut saya rasakan sangat berkesan dan lebih memberangsangkan untuk diikuti walaupun tanpa sebarang lakonan latar oleh pelakon lain. Ada beberapa rangkap monolog oleh Haji Fadzil yang agak mengejutkan saya apabila seakan 'menyoal' di manakah Tuhan apabila musibah itu melanda dan kenapa tiada keajaiban mampu menyelamatkan jemaah yang sedang beribadah itu? Namun kegusaran saya terjawab dari monolog Haji Fadzil seterusnya mengatakan bahawa semua itu adalah persoalan yang di luar jangkauan manusia (Qada & Qadar) Ya! Saya betul-betul terkesan dengan penyerangan rentangan 'kain merah panjang' secara mengejut ke atas sekumpulan jemaaah haji sebagai simbolisme tragedi itu yang merebahkan/mencederakan semua pelakon.

Kemunculan semula 3 orang Lembaga Suci menghabiskan penceritaan penuh rentetan kisah Ungku Intan-Danial yang membulatkan kisahnya kepada titik mula di awal persembahan iaitu kembali kepada kisah watak Danial yang terkini. Saya mengkonklusikan sendiri bahawa sehingga ke hari ini mayat Ungku Intan masih belum ditemui di Mekah. Danial masih dalam pencariannya dalam keberuntungan kerana ia juga menyebabkan Danial terus berada di tanah suci sehingga akhir hayatnya. Sedikit komen tentang penggunaan layar lebar di kiri-kanan pentas ialah fungsinya seakan terbiar ke babak-babak penghujung persembahan kerana tidak digunakan lagi. (atau saya yang tak perasan? ahahaha!)

Plotline Danial mengingatkan saya tentang kisah filem Kiamat Sudah Dekat - pengejaran jodoh seorang lelaki ke arah seorang wanita yang dicintainya, lelaki itu yang jauh tersasar dari landasan agama kembali ke jalan yang betul di akhir cerita. Maksud saya, tujuan asal untuk memiliki sesuatu yang akhirnya mungkin tidak dicapai mengakibatkan penemuan perihal lain yang lebih baik iaitu kembali kepada agama Islam. Dalam teater ini juga Danial yang digambarkan sebagai asalnya atheist dan cuma mencari Ungku Intan yang hilang, akhirnya menemui pegangan agama Islam sebagai pilihan mutlak. Pencarian Danial yang berakhir di Gua Hira' itu sendiri seakan metafora 'permulaan' bagi Danial kerana di situlah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. diturunkan wahyu yang pertama oleh Malaikat Jibrail dari Allah S.W.T .

NOTA: Saya hanya mengulas persembahan cerita dari teater Intan Yang Tercanai secara pendapat peribadi sahaja tanpa merujuk kepada sudut teknikal (ops! tadi saya ada sentuh sikit pasal layar lebar jer.. ahahaha!) atau bertanya kepada produksi tentang makna sebenar-benarnya kisah dalam teks asal. Tahniah kepada tenaga produksinya. Maaf, seandainya saya ada tertinggal mana-mana plot atau tersasar dalam menginterpretasikan persembahan itu. Saya juga amat hormati karya oleh Saterawan Negara (SN) Dato' Noordin Hassan juga adaptasinya oleh En. Abdul Wahab Hamzah tersebut. Juga terima kasih kepada Zaidah Ahmad Rosly dan Ana Suhana Zainuddin kerana sudi menjemput saya menyaksikan persembahan teater Intan Yang Tercanai.

pautan: http://intanyangtercanai.blogspot.com/