klasik: Antara Dua Darjat (1960)
Omar Rojik
PENGARAH
P. Ramlee
PRODUKSI & SINOPSIS
sila rujuk: sinemamalaysia
MUKADIMAH
Filem ini dibuka dengan paparan kredit produksi berlatarkan shot sekeping papantanda lusuh 'ANGGREK VILLA' yang terbiar di atas tanah semasa hujan lebat di waktu malam dengan iringan muzik orkestra yang meriah! Ia adalah exposition yang murah, mudah dan misteri seakan memberitahu penonton bahawa di sinilah lokasi dunia fiksyen filem ini iaitu di sebuah rumah banglo yang sudah terbiar. Mukadimah ini telah memancing minda penonton dengan persoalan 'apa ceritanya?' dan pemberitahuan 'kamu tontonlah sampai habis!'
Secara strukturnya, skrip filem ini menggunakan cara bercerita yang unik iaitu kombinasi linear dan non-linear storytelling kerana ia dipecah-pecahkan kepada sekuen cerita atau Point-of-View (POV) dari kesemua watak utama. Benarkah kedua-dua cara bercerita; linear dan non-linear bercampur-aduk atau saya mesti mengkategorikannya dalam salah satu cara sahaja? Saya cuba huraikan dan kamu sendiri boleh pilih:
1. LINEAR: Naratif filem ini bergerak dalam real-time ke depan bermula dari babak pembukaan di Anggrek Villa sehinggalah ke tragedi di kampong Ghazali. Kalau difikirkan sekali imbas, ya! ia adalah LINEAR STORYTELLING yang sangat pendek iaitu berdurasi 2 hari dan 2 malam sahaja.
Malam 1:
- Ghazali mengintai Tengku Zaleha di Anggrek Villa yang dianggap ‘hantu’ atau ‘penchuri’
- Introduksi watak-watak dan exposition di rumah itu.
- Ghazali bertekak dengan Sudin mengenai flashback masing-masing.
Siang 1:
- Tengku Zaleha menyarankan kepada Tengku Mukri memanggil orang untuk membaiki piano.
- Pertemuan semula Ghazali dengan Tengku Zaleha sebagai orang asing.
- Pertelagahan Ghazali dan Sudin sekali lagi.
- Lawatan Tengku Aziz ke rumah Ghazali untuk mendapatkan maklumat sebenar dari Sudin.
Malam 2:
- Tengku Mukri berjumpa dengan perempuan simpanannya Nona? Mona? Munah? (maaf! saya tak dapat dengar dengan jelas nama sebenar dia?)
- Tengku Zaleha berjumpa secara sulit dengan Ghazali untuk menghuraikan semua ceritanya dalam flashback.
- Tengku Mukri mengesyaki kecurangan Tengku Zaleha dari kasut yang berlumpur dan gambarnya yang dipecahkan.
Siang 2:
- Tengku Aziz cuba memujuk Tengku Mukri untuk menceraikan Tengku Zaleha yang menimbulkan konflik.
- Tengku Mukri menghalau, melanggar dan menembak Tengku Aziz.
- Tengku Mukri bertengkar dengan Tengku Zaleha.
- Tengku Mukri menyerang Ghazali di kampungnya.
- Tengku Mukri mati ditembak oleh Tengku Aziz.
- Happy ending! Tamat. Noktah. Titik.
Pendek sahaja kan? Ia seolah-olah LINEAR STORYTELLING. Betul atau tidak? Oklah, sekarang saya huraikan pula dalam satu lagi cara:
2. NON-LINEAR: Naratif filem ini bergerak dalam real-time ke depan bermula dari babak pembukaan di Anggrek Villa sehinggalah ke tragedi di kampong Ghazali. Ia adalah NON-LINEAR STORYTELLING yang sangat panjang iaitu berdurasi 2 hari dan 2 malam dalam bentuk real-time DAN kisah sebenar selama 1 tahun dalam bentuk flashback! Ini bermakna naratif filem ini bergerak ke depan dan ke belakang atau NON-LINEAR STORYTELLING. Saya huraikan lagi dengan bantuan diagram berikut: [SILA KLIK UNTUK PEMBESARAN]
Struktur lakonlayar ini boleh dimudahkan dengan melihatnya sebagai ‘3 Act Structure’:
ACT 1: SET-UP/BEGINNING/KEPALA:
Naratif filem ini dibuka secara real-time di TITIK C iaitu 3 bulan selepas perkahwinan Tengku Zaleha dengan Tengku Mukri di TITIK B atau 1 tahun dari TITIK A. Ini ialah permulaan cerita atau frontstory yang ditonton di layar perak tetapi BUKAN permulaan cerita penuh yang sebenar. Filem ini sebenarnya bermula di tengah cerita iaitu pada malam pertama Tengku Zaleha, Tengku Mukri dan Tengku Aziz bermalam di Anggrek Villa. Walaupun babak pembuka berdialog di antara ketiga watak adalah naratif yang memperkenalkan siapakah mereka tetapi babak ini ialah di pertengahan cerita penuh. Exposition dalam rumah yang terbengkalai memastikan bahawa penonton melihat tinggalan backstory filem ini. Lelaki misteri; Ghazali pula adalah clue pertama kepada penonton bahawa ada sesuatu yang tidak kena sebelum ini yang perlu diselesaikan olehnya. Penonton akan terus menonton filem ini untuk mengetahui apakah ia sebenarnya seperti sebuah tekateki/puzzle.
Engku Mukri, sudah berapa lamakah rumah ini tidak diduduki orang?
TENGKU MUKRI
Ada lebih kurang setahun.
ACT 2: CONFRONTATION/MIDDLE/BADAN:
Permulaan sebenar cerita penuh ialah di TITIK A. Backstory melalui gabungan/rentetan flashback oleh Ghazali, Sudin dan Tengku Zaleha dari TITIK A ke TITIK B ke TITIK C diletakkan di pertengahan filem sebagai tunjang utama cerita sebenar yang berlaku sepanjang 1 tahun yang lalu.
1. Flashback oleh Ghazali (rujuk diagram/bar atas: TITIK 1 ke TITIK 2)
Ia bermula dengan kejadian kereta Tengku Zaleha tersekat dalam lumpur semasa hujan lebat dan memerlukan bantuan orang kampung yang diketuai oleh Ghazali. Insiden ini ialah titik mula sebenar kisah filem (plot point) ini dimana saat itulah pertemuan kali pertama Ghazali dengan Tengku Zaleha.
MAK JAH
Tengku Zaleha sudah mati nak! Percayalah cakap mak Ghazali!
2. Flashback oleh Sudin (rujuk diagram/bar atas: TITIK 2 ke TITIK 3)
Naratif filem ini disambung oleh cerita dari POV Sudin. Ghazali ditemui oleh Sudin dan orang-orang kampung yang sudah pengsan lalu dibawa pulang ke rumahnya. Kemudian Sudin dan orang-orang kampung pergi 'menyerang' Anggrek Villa tetapi mereka dikejutkan oleh 'kematian' Tengku Zaleha di TITIK 3. Kerana itulah Sudin meyakinkan Ghazali bahawa 'perempuan' yang dilihatnya di Anggrek Villa sekarang BUKAN Tengku Zaleha dan menganggap Ghazali sebagai 'gila'. Flashback oleh Sudin ini ialah plot-point yang mengelirukan anggapan penonton bahawa Ghazali memang 'berkhayal'.
TENGKU KARIM
Saudara kamu hanya pengsan tetapi anak aku mati.
Real-time:
Seterusnya naratif disambung semula dalam real-time di Anggrek Villa. Kerosakan piano di rumah itu menyebabkan Ghazali dipanggil untuk membaikinya. Plot ini pula 'menemukan' semula Ghazali dengan Tengku Zaleha. Persoalan kepada penonton samada Tengku Zaleha ialah 'Tengku Zaleha yang sama' semakin menjadi misteri apabila dia memainkan piano dengan lagu Getaran Jiwa tetapi seolah-olah tidak mengenali Ghazali! Di saat inilah penonton akan semakin tertanya-tanya siapakah yang betul? Ghazali atau Sudin? Tengku Zaleha sudah mati atau masih hidup? Satu lagi plot-point wujud di TITIK C.
3. Flashback oleh Tengku Zaleha (rujuk diagram/bar bawah: TITIK 4 ke TITIK 5 ke TITIK 6 ke TITIK 7)
Flashback Tengku Zaleha ini sangat penting kerana ia menjawab persoalan pertelagahan pendapat di antara Ghazali dan Sudin mengenai samada Tengku Zaleha sudah mati atau tidak. Sebenarnya flashback ini ialah sambungan flashback oleh Ghazali. Di TITIK 2 - Ghazali pengsan, naratif filem ini sebenarnya terpecah kepada 2 dimana kisah sebenar Tengku Zaleha (RUJUK diagram/bar bawah) ‘terlindung' di belakang flashback oleh Ghazali! Maksudnya, kisah Tengku Zaleha adalah parallel dengan kisah Ghazali cuma kedua-dua flashback diceritakan mengikut giliran. Ia mengulang semula peristiwa dari TITIK 4 ke TITIK 5 - ‘MALAM KEJADIAN’ tetapi dari POV Tengku Zaleha pula.
Sebenarnya kisah Tengku Zaleha lebih sengsara dari Ghazali. ‘TRAGEDI KELUARGA’ dari TITIK 5 ke TITIK 6 membongkar semakin banyak rahsia keluarga Tengku Karim iaitu Yang Chik ialah bekas perempuan kabaret (orang kebanyakan). Klimak konflik dalam keluarga kerabat ini mengakibatkan pembunuhan Yang Chik, Tengku Hasan dihukum gantung, Tengku Karim menjadi gila dan Tengku Zaleha terpaksa mengahwini Tengku Mukri. Dalam flashback ini juga, terlalu banyak exposition yang bertali-arus mengejutkan penonton. Kadangkala ia bercampur dengan flashback komplot Tengku Mukri dan ayahandanya Tengku Ayah untuk membolot harta Tengku Zaleha. Pertemuan mereka di Singapura juga membongkar satu lagi plot-point iaitu sebenarnya Tengku Zaleha sudah bertunang dengan Tengku Mukri secara perjanjian wasiat/kontrak di antara Tengku Karim dan Tengku Ayah SEBELUM Tengku Zaleha berkenalan dengan Ghazali. Lalu di TITIK 6/TITIK B, Tengku Zaleha terpaksa berkahwin dengan Tengku Mukri.
Sudah hampir 3 bulan kita nikah tapi dinda masih berlaku seperti orang asing.
Dialog di atas memberikan exposition tentang time-frame bilakah perkahwinan di antara Tengku Zaleha dengan Tengku Mukri dari babak di atas iaitu 9 bulan selepas tragedi di Anggrek Villa. Akhirnya, tawaran untuk bercuti ke Anggrek Villa oleh Tengku Mukri kepada Tengku Zaleha membawanya pulang ke Anggrek Villa selepas setahun berlalu di TITIK 7/TITIK C.
GHAZALI
Rupanya penderitaanmu lebih hebat daripada aku Zaleha dan aku rasa sungguh berdosa berjumpa denganmu di tengah malam begini sebabnya kau sudah pun menjadi milik orang.
Real-time:
Di TITIK C, sekembalinya naratif flashback oleh Tengku Zaleha ke real-time, konflik salahfaham di antara Ghazali dan Tengku Zaleha dikira sebagai selesai TETAPI konflik Tengku Mukri dan Tengku Zaleha dirumitkan pula. Babak demi babak membongkar segalanya:
1. Tengku Mukri ada perempuan simpanan.
2. Tengku Mukri sanggup membunuh sahabat karibnya sendiri iaitu Tengku Aziz demi menjaga darjat dan memusnahkan penghalang rancangannya.
3. Tengku Mukri adalah seorang cold blooded killer!
4. Tengku Mukri mengahwini Tengku Zaleha semata-mata hanya untuk membolot harta sepencarian mereka bukannya cinta!
Semasa aku di England dulu, mereka menggelar aku 'Tengku Mukri the sharp shooter'!
ACT 3: RESOLUTION/END/EKOR: (TITIK C ke TITIK D)
Durasinya pendek dan lokasinya hanya di kampong Ghazali tetapi banyak! sangat banyak konflik-resolusi, konflik-resolusi, konflik-resolusi berulang-ulang seperti tarik-tali di babak-babak klimak ini!
TENGKU MUKRI
Lalu semua! Nanti aku tembak satu persatu! Lalu!
Kamu selalu berbangga dengan darah keturunanmu. Sekarang cubalah bandingkan darahmu dengan darahku!
Dialog Ghazali di atas ialah katakunci moral apa yang hendak disampaikan oleh filem ini. Antara Dua Darjat memegang anggapan secara sinis terhadap perbezaan darjat sesama manusia iaitu ianya TIDAK WUJUD dan semua manusia adalah SAMA RATA. Ia seolah propaganda kepada penonton di kalangan orang-orang kelas pertengahan dan bawahan yang sudah tentu menjadi majoriti penonton di akhir tahun 50-an dahulu sebagai selling-point.
Watak Tengku Aziz pula dijadikan wakil orang-orang kelas atasan untuk 'membersihkan' anggapan keji golongan mereka yang bersifat seperti Tengku Mukri yang tidak ubah seperti 'nila setitik' atau 'kambing hitam' sahaja.
NOTA:
SET-UP/PAY-OFF
(senapang di dinding kanan foto di atas)
senapang patah
"If you say in the first chapter that there is a rifle hanging on the wall, in the second or third chapter it absolutely must go off. If it's not going to be fired, it shouldn't be hanging there." ~ Anton Chekhov
Lihatlah bahawa di babak awal-awal lagi selaras senapang patah di jadikan hiasan di dinding Anggrek Villa sampaikan Tengku Mukri sendiri cuba-cuba menggunakannya! Dalam ertikata lain, filem ini betul-betul menggunakan saranan Chekhov iaitu senapang itu MESTI melepaskan tembakan!
pistol
Tengku Aziz pula digambarkan di babak awal sebagai memiliki sepucuk pistol peribadi yang akan digunakan untuk menembak Tengku Mukri di akhir cerita.
piano
Piano usang di rumah itu ditonjolkan sebagai prop penting di babak awal kerana ia adalah ‘pengikat’ percintaan Ghazali dan Tengku Zaleha melalui lagu Getaran Jiwa.
MAIN PLOT:
Percintaan pasangan Tengku Zaleha dengan Ghazali kerana konflik perbezaan darjat di antara mereka mempunyai 2 fasa halangan utama:
1. flashback: Tengku Karim dan Tengku Hasan
2. real-time: Tengku Mukri
SUBPLOT:
1. Konflik Ghazali dengan dirinya sendiri.
2. Konflik Ghazali dengan Sudin.
3. Konflik Tengku Zaleha dengan dirinya sendiri.
4. Konflik Tengku Hasan dengan Yang Chik.
5. Konflik Tengku Mukri dengan Tengku Aziz.
6. Percintaan Sudin dengan Munah.
7. Perhubungan sulit Tengku Mukri dengan perempuan simpanannya.
8. Komplot pembolotan harta Tengku Zaleha oleh Tengku Ayah dan Tengku Mukri.
KESIMPULAN
Adakah filem ini menggunakan struktur bercerita secara LINEAR atau NON-LINEAR? Terpulanglah kepada kamu! Apa yang dapat saya simpulkan ialah sulaman dan susunan naratif filem ini akan semestinya mengujakan khalayak untuk menontonnya sehingga habis bagi menyelesaikan tekateki/puzzle dari semua flashback. Ia merupakan sebuah lakonlayar hasil karya penulis skrip bapak Omar Rojik yang benar-benar pandai dan berkualiti!
Sekian, terimakasih.
Ajami Hashim
Sabtu, 29 Sept. 2007
wahhh infomatifnya entry ni ajami, thanks a lot for educating, siap ada diagram lagi, this is def one of the best movie, brilliant!
ReplyDeleteMiss Brat ~ hahaha! filmmaker kita tak bodoh sejak dulu lagi.. betapa hebatnya lakonlayar & bikinan mereka kannn?
ReplyDeletetepat dan terdidik.
ReplyDeletebro hariry ~ tQ ;-) semoga pembaca blog ini faham kenapa aku sangat kecewa bila menonton filem2 melayu yg seolah-olah menjatuhkan maruah filmmaker terdahulu? filem ini di tahun 1960 bro! tapi hari ini selepas 49 tahun ada pulak filem yg cincai mcm baru nak belajar tulis skrip lepastu terus dibikin, dijulang, digembar-gemburkan sbg inilah filem pilihan penonton??? wadafakkk! yg itulah disuapkan kpd penonton lagi dan lagi.. janji untung juta2! walaupun lacurkan industri filem melayu, rosakkan imej pembikin filem yg betul2 berusaha mcm nak mampus utk angkat kualiti TAPI bila dah terpalit dek sekor kerbau habis satu kg busuk! aku tak akan salahkan penonton di masa akan dtg seandainya mereka tolak terus 100% filem melayu krn anggapan semuanya mcm tu! (harapnya tidaklah)
ReplyDelete*kpd pembaca blog aku nih, korang stick with me.. aku tau blogger/silent-reader maknanya celik-IT juga maknanya 'berakal' utk menilai.. aku akn cuba ulas filem2 yg bagus & berkualiti sahaja utk bacaan korang & rujukan dr dulu sampai sekrg.. dan apakata kita BOIKOT ajer ramai2 filem2 takbur yg bertopengkan keuntungan/box-office! pembikin filem mcm tu akn terus naik tinggi melangit selagi ada yg beli tiket filem depa! enuf is enuf!
dan jgn lupa adegan kerocong di waktu hujan yg terawal
ReplyDeletekritikan yang bagus bro.. cara olahan ko mengingatkan aku cara olahan dan tugasan masa aku di universiti subjek 'kritikan filem'
ReplyDeletetu la.. orang kite nie akalau komen filem suka menghentam. tapi, ajami menulis cara yang amat-amat intelektual. Inilah kritikan yang perlu ada dalam industri.
go on beb..
ermmm.....kena belajar lagi dari u mcmana nak review filem dari sudut seninya...asyik melaser kan..apa klas...review yg amat menarik...nak baca semula untuk kali kedua..bg paham..nanti ada exam kan..hahahahaha...
ReplyDeletebtw,getaran jiwa is my #1 old time fav song....cuma muvi ni jer kurang skit sbb sedih sangat...
*angkat topi untuk ajami*
ReplyDelete- aku tak tahu kalau ko pernah baca di blog aku atau tidak, tapi Antara Dua Darjat adalah filem P Ramlee yang aku paling suka dan agungkan. Aku rasa filem ni setanding dengan filem2 klasik noir Hollywood (sekadar merujuk).
Cara olahan cerita, moodnya yg suram, skrip, lakonan even lagu-lagunya sangat aku kagumi. Aku rasa sebelum filem ini, tidak ada filem Melayu yang menggunakan non-linear storytelling, flashback dan POV sequence (correct me if I'm wrong).
Tahniah untuk huraian yang begitu sarat dan berisi dengan pengetahuan tentang salah sebuah karya terunggul anak Melayu. I'm with you.. dah lama boikot filem2 tempatan yang cuba memperbodohkan intelektual penonton tempatan.
Aku tahu ramai penonton filem Malaysia di luar sana yang bijak pandai dlm membuat penilaian. Korang nilaikan, kalau tahun 1960 kita dah ada filem Melayu yang sebegini hebat, kenapa di tahun 2009 kita tak boleh buat filem yang lebih baik?
aku pernah tanya membe masa belajar dulu - suka filem 'ibu mertuaku' tak? Membe aku jawab - tak, pasal tak happy ending.
ReplyDeletemungkin dulu tak ada eskalator, tak ada DSLR, tak ada kad ATM, tak ada PC - jadi mereka buat bersungguh-sungguh. Kesungguhan ini boleh dilihat dalam filem2 Mat Sentol (contoh paling cikai aku boleh bagi).
Eh, ada kena-mengena ke komen aku ni? -ahak-
eddie, semarah paddie pun non-linear kan?
ReplyDeletesetuju bro ajami
ReplyDeletememang kita patut boikot filem yang memalukan industri apabila kualiti taraf sampah dan penonton berasa bersalah lepas kuar panggung bayar mahal-mahal....
kita perlukan filem lama macam ni yang skrip berasas dan kualiti A.
filem p.ramlee dulu banyak je dapat anugerah luar negara festival filem asia pasifik dan sebagainya...kenapa sekarang susah?...