kredit youtube: finazaman

PERGI ~ AIZAT
sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
LAGU: PETE TEO
LIRIK: PETE TEO/AMRAN OMAR

Talentime ~ politik kecil dalam kisah terpencil

Macam rhyme pulak tajuk ulasan ini! ahahaha!.. Ringkasnya filem ini bagus, seronok dan sedih! Politik kecil - paparan pelbagai konflik kuasa menuju malam gala Talentime. Kisah terpencil - konflik kuasa itu berlaku dalam beberapa buah keluarga dan komuniti sekolah yang mungkin bukan kebiasaan tipikal pernah diketahui.

Talentime itu sendiri ialah pertandingan bakat siapa yang terbaik setelah murid-murid melalui peringkat saringan. Perebutan Melur oleh Mahesh, Hafiz dan Kahoe juga adalah pertandingan. Cikgu Anuar sanggup menipu dan cuba merasuah Cikgu Tan untuk membantunya dalam pencurian hati Cikgu Adibah yang juga seorang penganjur berkuasa veto. Spekulasi oleh Kahoe terhadap Hafiz adalah bersifat peribadi kerana desakan bapanya sendiri walaupun secara luaran ia kelihatan jelas sebagai provokasi. Sebenarnya Hafiz ialah jatidiri dan sifat berdikari di landasan yang betul sungguhpun dari kacamata Kahoe pada awalnya ialah satu lagi isu keistimewaan mutlak. Hubungan cinta Melur-Mahesh ialah harapan yang sudah tentu mencetuskan kontroversi bagi pihak yang tidak memahami. Manakala penolakan kasih oleh Cikgu Adibah terhadap Cikgu Anuar ialah untuk kepuasan ego seorang yang dominan walaupun mungkin tawaran itulah sahaja hanya datang sekali. Bhavani pula mempertikaikan priority ibunya (lakonan Sukania Venugopal yang wow!) kepada Mahesh walaupun mereka dari keluarga yang sama. Bhavani juga sebagai anak mampu menyedarkan prinsip lapuk ibunya yang diamalkan hasil dari e-mail yang dikirim oleh Ganesh kepada Mahesh. Percaturan keutamaan juga disoalkan oleh Vimala kepada Sukania seperti juga Mawar yang sengaja bersikap kasar kepada kakaknya Melur bila lebihkan adik bongsunya Melati. Ganesh pula berkorban hasrat peribadinya demi seorang ketua iaitu kakak sulung dimana akhirnya ia memakan dirinya sendiri. Kisah backstory (yang tiada dalam filem) mengenai ibu Hafiz, Embun dan pembantu rumah keluarga Harith, Mei Ling adalah sejarah yang membentuk siapakah wanita-wanita kental ini sekarang impak dari institusi rumahtangga mereka yang gagal. Kompromi di antara Mislina dan Mei Ling adalah usahasama yang menyempurnakan keluarga Harith. Malahan sekecil-kecil cameo Datin Kalsom dan ibu Harith adalah sentimen. Juga wujudnya Ismael ialah penasihat halimunan untuk Embun yang sedang tenat untuk mewasiatkan apa yang bakal ditinggalkannnya. Oh! Saya sebenarnya sengaja mengacuankan politik kecil itu? Bukankah setiap naratif apa juga penceritaan filem akan ada konflik? Maka adakah setiap konflik dalam setiap filem akan berunsurkan politik atau cuma untuk filem Talentime sahaja yang seakan jelas bersifat metafora senario politik semasa di Malaysia? Kamu nilaikan sendiri.. ahahaha!

"Life is like a blackman's left testicle.. it's not right and it's not fair!" ~ Harith

SINOPSIS:
Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.

Ada sesiapa yang boleh beritahu ada apa dengan nombor 7 dalam filem ini? (tiada kena-mengena dengan AF7 ok! ahahaha!)

PAUTAN:

ikhares maizura adiluqman suhaimisuib misisitukangtulis nurul amirnazrin rayeusouff amyikram tontonfilem thewanonly klubbkidd jajakadir aidirahimi awiscool ikatkata megateusofe deennasour skrinfilem cinemaonline hassanmuthalib .