Syurga Cinta ~ telemovie yang sederhana?
Akhirnya saya berjaya juga menonton filem ini sebelum ia dibuang dari tayangan di pawagam. Namun sesudah habis menontonnya, saya juga tidak akan terkilan seandai terlepas tayangannya. Filem ini hanyalah sebuah telemovie yang berskala cerita sangat sederhana tapi bercita-cita besar al-maklumlah ia ditayangkan di skrin lebar berbanding di kaca tv. Itulah, bila saya katakan ia hanyalah sebuah telemovie sederhana maksud saya sudah pasti ada telemovie yang pernah saya tonton di stesyen tv tempatan yang lebih hebat naratifnya dari filem ini. Lantas apakah yang membolehkan sangat filem ini diangkat sebagai sebuah filem? Persoalan juga apakah medium cereka drama kekeluargaan seperti ini patut dibikin lagi di masa akan datang untuk sebuah skala filem? Atau hanya layak ke slot telemovie sahaja yang skala naratifnya masakini juga semakin lebih terbuka dan percuma? (baca: kecuali ASTRO). Saya tidak menafikan bahawa drama konflik kekeluargaan seperti ini perlu difilemkan selain genre-genre seram, aksi, epik, sains fiksyen atau genre lain. Namun begitu, pilihan kisah yang hendak diangkat wajar sekali lebih berskala besar berbanding apa yang sudah disuapkan berkali-kali sampai nak muntah di televisyen. Jadi timbul pula soalan apakah 'skala besar' yang saya maksudkan? Oklah! Petanda paling mudah ialah dengan bertanya kepada diri kita sendiri apabila keluar dari menonton sesebuah filem, samada apakah kita rasakan bahawa sangat berbaloi kita telah membelanjakan duit untuk membeli tiket wayang itu dan membayar parking kereta? Berbanding dengan menonton telemovie yang percuma mengikut kesesuaian masa terbuang, banyak iklan dan gangguan gatal tangan nak tekan remote control untuk tukar channel. Ya! Kalau kamu rasakan kepuasan itu setelah habis menontonnya walaupun sedikit, maka naratif filem itu layak saya gelarkan 'skala besar'!.. ahahaha!
Berbalik kepada filem Syurga Cinta ini. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa tiada apa-apa yang terlalu istimewa yang hendak diangkat kisahnya selain dari sindiran-sindiran ringan yang sudah berkali-kali dipaparkan di televisyen! Maaf!.. saya masih tidak dapat mengawal minda dari membuat perbandingan dengan telemovie! ahahaha!.. Filem ini terlalu klise dimana latar kehidupan hitam beronar jahat watak Irham masih menggunakan visual yang sama dengan filem-filem terdahulu iaitu dengan memperlambangkan keseronokan disco bermuzik bingit dengan tarian-tarian berpasangan bebas dan arak.. oh! berkaraoke dengan pasangan suami-isteri juga ditafsir sebagai kegiatan haram yer! Entahlah! samada pembikin filem kita sudah ketandusan idea untuk mewakilkan bentuk kejahatan selain disco sahaja atau sememangnya hanya itulah sahaja paparan mungkar yang WAJIB disumbat bagi setiap filem yang berunsurkan dakwah untuk memperlihatkan kontras hitam-putih masyarakat kita? Sebagai contoh, katalah Irham dan kawan-kawannya bertaruh semasa bermain golf atau di bilik mesyuarat sebelum menerima rasuah atau semasa menggantung poster pilihanraya kecil atau sejurus keluar dari casino di Genting Highlands atau semasa beratur untuk membeli nombor ekor atau bla bla bla.. eh! mungkin ia sudah pernah dipaparkan di kaca tv kot? Maka visual disco sahajalah yang paling sinonim dengan 'jahat' dalam sebuah filem Melayu???
Kesimpulannya, apakah takuk lama naratif filem berunsur dakwah sebegini sampai bila pun akan tetap sama! sama! dan sama? Ok! Sekarang mari tengok, kaji dan belajar dari 'skala besar' filem Kiamat Sudah Dekat di YOUTUBE. Sekian.
tapi pergi disko tu tak bermaksud jahat kan bang? tapi dalam drama atau filem selalu digambarkan disko dengan kejahatan.
ReplyDeletedan saya tahu mesti ramai yang tak setuju dengan saya. banyak yang akan dibangkitkan kalau jadi debat. kalaulah kata saya tadi.
addy btol..pegi disko x semestinya jahat...
ReplyDeletecik ajami saya setuju dgn cik ajami tentang filem ini walaupun saya x menontonnya ..hanya sekadar tgk pada promo di tv sahaja kita dapat tau bahawa filem ini klise ...seperti drama2 melayu yg lain....
-PARANOID PARK-
sama je..memang telemovie pun...filem kalo shot sinematografi mesti cantik...tapi skala serdahana teramat sgt bila shot biasa je...cuma yg bes je ada la penyeri budak kecik yg laknan over..hehe
ReplyDeletep/s: ahmad idham can entertainter...bukan karyawan ..oops..
letih gua jengok posting lu, berselirat!
ReplyDeletedahlah telemuvi, level crita pun sederhana? lu kejam ajemi!!!!!!!
ReplyDelete$$$MONEYMONEYMONEY$$$
addy & anon ~ fyi gua suka layan lagu Tiesto psg kuat2 dlm keta.. apakah 'jahat'??? kahkahkah!
ReplyDeletejoey ~ tapi aku akui lakonan awal ashaari booolehlah dibanggakan! huhu!
bro pyan ~ ayooo! apa citer tamil terbaru kat cenel vellithirai bro?
MONEY3X ~ gua kdg2 kejam! kdg2 kuku besi & diktator! ahahaha!
lakonan awal ashaari boleh dibanggakan? macam kontrol macho saja saya tengok.
ReplyDelete<"Secara peribadi, saya berpendapat bahawa tiada apa-apa yang terlalu istimewa yang hendak diangkat kisahnya selain dari sindiran-sindiran ringan yang sudah berkali-kali dipaparkan di televisyen!">
ReplyDelete--------------------
Apakah sdr Ajami Hashim masih lagi lena & belum lagi sedar bahawa sudah pun muncul 'Sinema Terbaru Malaysia'?! Satu sinema yang diwakili khas oleh D**** Teo, P***** Andre, A**** Idham, R**** Mohaideen (& beberapa manusia (?!) yang lain yang kita tak nampak tangan kotor mereka). Sinema yang 'tak perlu pemiikiran.' Tak perlu 'berkualiti. Yang mesti 'berkomunikasi.' Yang mesti 'buat duit'.Dan kesemua karut marut ini sudah pun dapat sokongan penuh oleh A**** Abdullah (lihat ruangannya di Berita Minggu Ahad lalu. Maka Sang Kelembai terasa Ajaib bin Hairan lagi Termenung (yang ternyata lebih murah daripada Cencaru di Tesco Kg Pandan!).
Dan ditakdirkan bahawa mereka semua ini menyuarakan ideologi songsang mereka dengan bangga, secara terang-terangan & tanpa segan silu & malu melalui akhbar-akhbar tempatan. Memang Kiamat Sudah Dekat, sdr Ajami Hashim yang bijaksana lagi tidak berambut! Maka tak perlulah anak-anak kita ke Universiti untuk belajar pasal filem! Jangan buang piti, cukup dengan berkerja dengan M********** & G**** B********* & L*** C**** ! (Aikk, macam crossword puzzle pulak! Sorry, bro Tak ada hadiah untuk meneka siapa petualang-petualang ini).
Maruah bangsa, negara, budaya & seni sudah tergadai. Sekarang ada pulak timbul kontroversi (yang sebenarnya diada-adakan sebagai publisiti murahan) tentang kutipan di pawagam untuk membuktikan bahawa filem Jangan Bongkok ke Belakang Jika Terlepas Pandang itu box-office. Maka mereka ini ingin membuktikan bahawa audiens Melayu 'memang bang*** '! Maka akan terhasillah nanti satu genre baru yang akan bergelar Filem Recycle dan Cut & Paste yang kononnya 'dikehendakki oleh penonton'! Maka bertambahlah filem 'syok sendiri'. Bila terus laku di pawagam, mereka akan syok & terus buat benda yang sama lagi.
Maka apakah pendirian senator kesayangan kita dalam hal ini? Tak kan setakat nak kawal gosip saja, kot? Jangan- lah macam budaya Malaysia tunggu sampai nasi dah jadi pesumbor!
tengok trailer dkt utube... lakonan heliza sgt kaku la. cite ni ikut sgt cite indon tu kan? kiamat sudeh dekat?
ReplyDeleteAjami,
ReplyDeleteBetul ke teruk sangat? Kalau gitu, nasib baik saya tak pergi tengok kat wayang. kalau tak rugi duit,rugi masa. Awak betul. Dlm drama Melayu, watak non-Islamic mesti lah pergi disko, minum arak sambil peluk-peluk dengan perempuan kiri kanan. Letih kan tengok..
Tapi drama saya..Nur Kasih pun ada juga part minum arak tu sbg satu-satunya lambat kemungkaran... ha..ha..sebelum org lain kutuk, saya kutuk dulu drama saya..
alamak salah taip.. bukan lambat kemungkaran... tapi saya maksudkan "lambang (visual) kepada kemungkaran".
ReplyDeleteTapi kite suka Awal dalam cite ni...hero pilem baru selain balik2 Que Haidar ngn Rosyam...kekeke
ReplyDeleteFont pun tak cantik...
ReplyDeletesaya rasa sudah ada pengarah yang mampu memberikan 'dakwah' dalam drama arahannya. NUR KASIH. I like. Rasanya setanding dengan drama kiamat sudah dekat tu...
ReplyDelete