Adnan Semp-it ~ aku harap filem ini akan kutip RM10 juta!

Salaam..

Saya ucapkan tahniah kepada pembikin trailer filem ini kerana berjaya 'menjual' ideanya dengan ringkas sebagai 'umpan'..ya! saya memang terpancing selepas kali pertama menonton trailernya pada 24 Dis 09 yang lalu sebelum tayangan filem Muallaf lantas men-tweet-nya:

"trailer Adnan Sempit ni mcm best kelakar jahanam plak! wajib tonton nih! :)"

Lalu dengan perasaan tanpa sebarang prejudis, saya menontonnya semalam..mungkin ada yang nak tahu sangat apa pendapat saya?..hahaha!

Betul sangkaan awal saya bahawa naratif filem ini sangat-sangat ringan dan amat-amat menghiburkan berbanding filem-filem komedi sekelompoknya sebelum ini. Akhirnya saya menemui sebuah filem komedi arahan oleh Ahmad Idham yang kemas dari segi penceritaannya. Kemas yang saya maksudkan ialah dari segi sinematografi oleh Raja Mukhriz, suntingannya yang kurang meleret serta pemilihan para pelakon yang bagus terutamanya Shaheizy Sam sebagai Adnan Sempit. Dari segi isi cerita memang ia predictable dan cliche tetapi saya tidak peduli kerana secara jujurnya saya menyukai filem ini. Lagipun nilai baik atau buruknya sesebuah filem itu bergantung kepada setiap penonton, rambut sama hitam hati lain-lain. Untuk filem ini saya mengabaikan terus kehendak penontonan sebuah cerita yang kononnya berlapis-lapis subtext untuk ditafsirkan selepas keluar panggung.

Namun begitu, ada beberapa perihal yang bagus untuk difikirkan (kalau mahu) dari naratifnya:

1. kepala putus - Visual itu sangat ngeri! Kalaulah filem ini dibikin sebagai drama aksi serius, sudah pasti ia adalah elemen yang betul-betul menakutkan. Amaran itu dilakukan dengan bersahaja komedi dalam filem ini yang saya rasakan ditempelak oleh Ahmad Idham kepada mat-mat rempit yang menontonnya.

2. stereotaip - Filem ini mendefinisikan dalam satu babak berdialog oleh Adnan kepada Nadia (umum) mengenai pandangan orang-ramai yang berkenderaan 4 roda bahawa tidak semua orang yang menunggang motorsikal itu ialah 'mat rempit'.

3. bahasa Inggeris - Tempelak Ahmad Idham seterusnya ialah adakah semua 'mat dispatch' ialah orang-orang yang daif dalam bahasa itu? (berkait juga dengan poin no.2)

Hey! Saya berjaya sekurang-kurangnya memerah 3 poin dari filem ini!..hahaha! Lain-lain rencah cerita yang digoreng dalam filem ini adalah pengulangan resepi asas sebuah filem mengenai perbezaan darjat sosial di antara Adnan-Nadia. Filem ini juga beracuankan 'fish out water' bagi kedua-dua watak yang saling cuba mendalami dunia masing-masing melalui kompromi kerana desakan dan kepentingan individual mereka. Adnan sangat mahukan Nadia sebagai kekasih pujaan hatinya, manakala Nadia amat perlukan Adnan sebagai 'dummy' kekasihnya. Adnan tidak hirau dipergunakan sebagai alat selagi dia mendapat status bercinta dengan Nadia. Begitu juga Nadia tidak kisah seorang pekerja bawahannya iaitu orang yang terakhir dalam dunia ini menjadi kekasihnya..menjadi kekasihnya? Pertembungan kehendak peribadi (baca: seksualiti dan penyambungan zuriat) oleh Adnan berlawan dengan kehendak masyarakat (baca: menghindar status andartu) oleh Nadia akhirnya disatukan menjadi '1Cintasejati'..hahaha!

"..dalam hati ada taman!" kata Adnan Sempit di babak terakhir filem ini yang membuatkan saya tersenyum bahawa ia sebuah filem yang wajar ditonton walaupun sekali dalam hidup anda!..boleh???

REF: sinemamalaysia

Comments

  1. improvement arahan ahmad idham?? interesting! filem melayu jarangggg penceritaan + perkaitan babak yang kemas. nak tgk la nnt.. thnx for the review pkcik :)

    ReplyDelete
  2. ramai kata cita nie bst...sampai ke hari nie still x sempat nk gi tgk lagi

    ReplyDelete
  3. peliknya, aku lain, tgk gezetnya aku tak jadi nak tgk filemnya.

    ni serius ke sebuah ulasan yg jujur?

    ReplyDelete
  4. huh
    me nak tunggu keluar kat Astro Box office !!.

    lagipun...citer2 box office lah , yg masuk ke channel tu kan...kan uncle kannn ??

    ReplyDelete
  5. salam...sy hr prtm tayangan cite ni da p tgk nga tunang sy...sblm kuarnya cite ni mmg da x sbr nk tgk cz stp kali msk pmggung mst ade prvw cite adnan sempit ni...sy blh ckp kt mmbr lain klu x tgk mmg rugi la....

    ReplyDelete
  6. best giler!! akhirnya anak seni and industry film malaysiamaju!!! sape tak tgk mmg ruwgee

    ReplyDelete
  7. Megat - yelah, astro box office tu untuk filem melayu yang box office je, yang busuk semua masuk astro flop channel...hahahahha...ade ke?

    ajami - acting and cinematografi ... shot ahmad idham pun ada satu dua yang ok,...contoh ada satu scene dimana camera low angle pada Adnan dan di belakang Adnan tersergam bangunan tinggi...signifikan hasrat tinggi Adnan untuk bercinta dengan bossnya...dan satu lagi aku suka satu shot slo-mo Nadia dalam filem itu (kalau tak silap shot slo mo ni + depth Adnan yang berdiri penuh harapan kat belakang)...macam video clip Blowers Daughter/Damien rice...rambut terhurai-hurai...ruang dan masa menjadi pengap...huih...

    ReplyDelete
  8. saya suka filem ni. masuk pawagam tanpa apa2 expectation, tapi keluar pawagam dengan senyuman.

    ReplyDelete
  9. btul btul btul! p.ramlee msti bangga.

    ReplyDelete
  10. ok...

    aku jarang dengar cakap org. mungkin kali ni, aku cuba follow cakap ajami.

    yalah, penat juga kalau asyik nak proses kepala lepas tengok wayang.
    Dah lama aku tak 'tinggalkan otak' aku kat rumah, and just pergi tengok wayang.

    Bagus. Good idea. thanks.

    ReplyDelete
  11. Aku nak try ikut cakap hang. Aku dah tertipu dengan Senario Episod 2. Harap2 yang ni tak tertipu lagi. Aku berpandukan komen hang.

    ReplyDelete
  12. ermm

    qarl rs ok ok je film ni

    suke ke poyo an sam!

    qarl bg 3/5 stars je la huhu

    tp dgrnye sgt hebat kutipan

    ReplyDelete
  13. *awak wangi...huuuuu...
    *da da..jangan nangis..malu kat orang

    ReplyDelete
  14. Serius ke best? ok percaya cakap kau....aku cuba pi merempit....oops pi tgk Adnan rempit.

    ReplyDelete
  15. Ntahla. aKu sama macam Fadz. Aku dah tengok filem ni. Sampai sudah aku cuba ketawa. tapi tak boleh. aku hanya ketawa dengan babak dalam trailer tu je. Komedi Ahmad Idham, Komedi yang jenis memaksa orang ketawa. Aku tak tau la kalau pandangan aku ni lain dari org lain, minta maaf. he he he.

    ReplyDelete
  16. sgt-sgt-sgt best!!! tgk 10 kali pun x bosan.. ahmad idham mmg genius

    ReplyDelete
  17. Yes2...I bet most of u dh tgk movie ni... What I can say the movie mmg lawak giler arghhh!!!! From the beginning of da story smpi la ending asyik ketawa je!!!!!!!

    ReplyDelete
  18. hehe...bestkan...bukan senang dpat tgk cite melayu yang boleh buat org gelak gegile...sape tak suke memang chikaro...

    ReplyDelete
  19. Best!! Best!!

    Mmg best la bro! Wa tabik sama Ahmad Idham kali ni.. ngeh..ngeh..`Wa kalau bayar sekali lagi untuk tgk wayang pun wa rela.. ehehhehe..

    ReplyDelete
  20. The man who save Adnan Sempit is Sam Samzy....Sam give colours to the movie...we enjoy watching it...

    ReplyDelete
  21. i tetap bg filem ini hanya 3star for its presentation...it's not the best from ahmad idham for me!

    ReplyDelete
  22. filem ni spoof. idea segar dari sudut lain dalam dunia rempit. ingat sume rempit2 style2 farid kamil ke hape. memang fresh la jadinya kan. aku tabik! orang kita ni bukan rigid sgt nk tgk filem2 berkualiti je, yang penting idea2 yg disuap fresh. adnan sempit ni buktinya.

    psst...sebutan adnan 'reunion'(sebut:renuon)tu yg paling kelakar nk mampus aku smpi nk menitis air mata. even dah keluar panggung aku tergelak teringat word tu.

    ReplyDelete
  23. Adnan Sempit ialah filem terbaik dari Ahmad Idham setakat ini :) what say u?

    ReplyDelete
  24. Azmi ~ ya! saya sangat bersetuju! walaupun idham bikin filem2 ringan tapi dia berusaha & berjaya utk memperbaiki bikinannya dari filem ke filem..

    gua salut him! :)

    ReplyDelete
  25. salam..
    macam best je film ni..tgk OST dia pn dh tau best..kelakar x hingat..hehe..tp sy langsung x berkesempatan nk tgk filem ni..xde masa..bz...huhu
    harap dapat tgk jugak lpas nie...hmmm

    ReplyDelete
  26. salam...
    blh tahan la citer nie..
    smlm bru sy tgk..

    ReplyDelete
  27. secara jujur inilah filem melayu yang berjaya menyeret uncle ke pawagam (setelah dipujuk berapa kali oleh auntie dengan anak kecil ditinggalkan sementara dalam asuhan ibu mertua) sebelum tu mmg uncle hanya menuruti tanpa keikhlasan hati, memandangkan rasa prejudis yg amat sangat dengan filem melayu. tetapi uncle dipermudahkan sebenarnya kerana di opis teman sebilik ada menonton filem bohsia yang dilakunkan oelh awatak yang sama dalam cerita adnan sempit ni.

    uncle dapati gaya lakonan yang bersahaja dan mantap serta plot yang ringan tapi pandai mengeskpoitasi kan keadaan, gaya percakapan yang sampai sekarang sudah menjadi ikutan orang .."der" .. "dalam hati ada taman" dan "cikaro" telah menambahkan kosa bahasa dalam masyarakat kita hahahah..uncle sokong indusrti perfileman melayu dengan membeli DVD ori tanda terima kasih krena membuat kami sekeluarga terhibur..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts