Ibu Mertuaku (1962)
"Inilah Radio Singapura!" ..dan Kassim Selamat dengan ahli pancaragamnya diperkenalkan lantas melagukan Jangan Tinggal Daku secara langsung. Intercut kepada Sabariah Mansoor - diehard fan yang ghairah mendengarnya dari corong radio! Pembukaan yang direct bahawa ia kisah cinta di antara Kassim dan Sabariah. Diikuti oleh introduksi watak Nyonya Mansoor, ibu Sabariah seorang janda tua yang kaya-raya dan urban seorang perokok yang memiliki sebuah rumah mewah di tepi laut. Lokasi rumah dan perwatakan Nyonya Mansoor itu sudahpun memberikan exposition bahawa dia ialah seorang yang dominan, superior dan vicious kepada sekitarannya. Dalam erti kata lain dia bakal menjadi penghalang atau antagonist serta malapetaka bagi kedua-duanya.
Babak-babak seterusnya lebih ke arah comedic untuk 'menemukan' Kassim dan Sabariah. Panggilan telefon oleh Sabariah kepada Kassim yang mengatur blind-date di Capitol Blue Room pada pukul 10 malam menyerlahkan monotoni watak keduanya kerana saling tidak mempercayai sesama sendiri. Lantas mereka menghantar wakil masing-masing yang memakai pakaian seperti yang telah dijanjikan dalam perbualan di telefon sebagai penyamaran diri untuk mengintai dahulu fizikal masing-masing. Babak blind-date itu boleh diterimapakai untuk zaman dahulu kerana mungkin penyanyi sepopular Kassim Selamat tidak pernah keluar gambarnya di mana-mana media cetak atau elektronik? Kerana itulah Sabariah tidak mengenali wajah Kassim.
Plot-point 'tidak kenal wajah Kassim Selamat' itu memudahkan naratif seterusnya di Capitol Blue Room dipanjangkan untuk menghasilkan babak pertemuan watak Kassim dan Sabariah yang seronok untuk ditonton. Mereka duduk di meja bersebelahan dengan memakai baju yang lain dari seperti yang 'dijanjikan' di telefon sementara menunggu 'Kassim palsu' iaitu Husin dan 'Sabariah palsu' iaitu Salbiah sambil kedua-duanya saling mencuri pandang. Voice-over dalam hati masing-masing yang terpikat sesama sendiri diadun dengan baik untuk bercerita kepada penonton. Babak pembongkaran rahsia identiti masing-masing di taman bunga seterusnya masih dalam situasi komedi dengan muzik latar yang begitu sinonim dengan babak kelakar filem Melayu dahulu.
Naratif filem ini semakin menarik apabila watak Hayati dengan adiknya Dr. Ismadi iaitu tunang Sabariah datang melawat Nyonya Mansoor. Jelas sekali bahawa Ismadi dan Sabariah merupakan pasangan yang paling secocok dan setanding berdasarkan taraf kedudukan sosial mereka. Sejujurnya, saya merasakan bahawa watak Nyonya Mansoor bertindak dalam latar kapasiti perwatakannya yang betul dimana sebagai seorang ibu dan ketua rumah, dia berhak untuk merasa marah kepada Sabariah-Kassim kerana Ismadi adalah pilihannya yang sudahpun ditunangkan dengan Sabariah selama 4 tahun. Nyonya Mansoor juga merupakan seorang yang reasonable kerana masih memberikan ruang kepada Sabariah selama 3 hari untuk membuat pilihan samada hendak memilih Kassim atau Ismadi. Saya menyukai perwatakan Nyonya Mansoor kerana menjadi punca konflik utama untuk filem ini yang berjaya menggerakkan penceritaan ke fasa yang lebih serius dan dramatik dimana akhirnya Sabariah memilih Kassim!
Babak pernikahan Kassim-Sabariah yang diatur sendiri oleh Nyonya Mansoor merupakan titik plot-twist yang unpredictable dan benar-benar mengejutkan. Mungkin kalau saya menonton filem ini buat kali pertama di tahun 1962 dahulu, saya akan berkata "wow!" dalam hati..haha! Momen itu adalah di antara babak terbaik dalam filem ini dimana Nyonya Mansoor sebagai seorang yang berprinsip 'don't mess with me' telah mengumpulkan semua anggota keluarganya sebagai saksi. Posisi watak-watak kaum kerabat golongan upper-class yang berdiri dengan kostum ala cocktail party berkontras dengan watak-watak Imam dan para saksi pernikahan yang duduk di lantai..brilliant scene!
Dengan pemberian wang RM5000, Sabariah 'dibuang' dari keluarga oleh Nyonya Mansoor dimana Kassim-Sabariah berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang. Babak-babak kemurungan Ismadi dan kerisauan oleh Nyonya Mansoor sehingga jatuh sakit kerana Ismadi tidak mahu berkahwin selepas itu seolah menyeimbangkan penceritaan bahawa pilihan Sabariah mengahwini Kassim adalah sesuatu yang silap. Keadaan kehidupan Sabariah-Kassim yang semakin daif apabila duit semakin habis seakan-akan balasan yang berkait dengan derhaka anak-ibu. Naratif sebegitu meletakkan penonton dalam dilema samada hendak berpihak kepada Sabariah atau Nyonya Mansoor. Manakala Kassim pula menjadi mangsa tersepit di antara konflik feminisme dan ego di antara kedua-dua watak itu.
Watak Kassim dilihat sebagai hopeless! Namun akhirnya dia mengambil keputusan untuk bekerja sebagai buruh kasar di tapak pembinaan kerana dihalang menjadi ahli muzik oleh Sabariah. Tanpa disedari oleh Kassim, Sabariah rupanya masih berutusan surat dengan Nyonya Mansoor di Singapura untuk mengadu. Kesempatan ini digunakan oleh Nyonya Mansoor untuk memanipulasikan keadaan dengan sebaik mungkin. Lantas Sabariah yang mengandung dibawa balik ke Singapura.
Penceritaan seterusnya menyerlahkan permainan watak Nyonya Mansoor sebagai 'puppet master' yang sangat berkesan. Sabariah akhirnya dikahwinkan dengan Ismadi setelah ditipu oleh Nyonya Mansoor. Manakala Kassim menjadi mangsa keadaan paling teruk selama 2 tahun di Pulau Pinang sehingga menjadi buta dek muslihat juga dari Nyonya Mansoor yang menghantar telegram menyatakan bahawa Sabariah sudah mati.
NOTA: Dalam satu babak dimana Sabariah bertanya kepada Nyonya Mansoor "Betulkah mak poskan surat-surat itu semua?". Lantas Nyonya Mansoor menjawab "Takkanlah mak nak koyak-koyakkan surat engkau tu nak!". Walaupun tiada sebarang babak exposition menunjukkan Nyonya Mansoor 'mengoyak' sebarang surat Sabariah, tetapi penonton pasti memang dia dah koyakkan!..haha!
Struktur naratif filem terpecah kepada 2 parallel storylines apabila Kassim dipertemukan dengan keluarga Mami dan Chombi/Kalthom di babak Kassim tertidur di depan pintu pagar rumah mereka. Penceritaan sebegini adalah sesuatu yang menarik kerana penonton tiada sebarang exposition di awal cerita mengenai siapakah watak-watak baru ini? Naratifnya seakan ditambah seperti sebuah road movie dimana cerita Kassim dalam perjalanan tanpa tujuan bergabung dengan kisah konflik Chombi yang baru kematian suaminya, Bidin. Kisah ini menenggelamkan sebentar cerita Sabariah-Nyonya Mansor. Kassim memperkenalkan dirinya sebagai Osman Jailani. Kini khalayak mengikuti pula naratif Osman-Chombi yang bergerak sendiri seperti sebuah cerita dalam cerita.
Plot kemurungan Chombi walaupun tanpa sebarang flashback (backstory) tetapi masih boleh difahami melalui exposition secara perbualan di antara Osman-Mami bila mendengar Chombi yang menangis tak henti-henti. Lalu Osman menasihati Chombi untuk berhenti menangis agar tidak menjadi buta sepertinya. Tambahan pula nasib malang kehilangan orang yang tersayang oleh Osman dan Chombi adalah serupa. Perkaitan yang sangat membantu penceritaan!
NOTA: Ada satu babak sekuntum bunga raya yang mekar berkembang dengan teknik 'time-lapse photography' sebagai tanda pemisah dan perubahan masa yang berlalu dalam filem ini! Di samping itu, ada juga babak burung memberikan ulat makanan kepada anaknya dalam sarang! Untuk sebuah filem di zaman itu, saya mengatakan "Wow!" sekali lagi!..hahaha!
Pengenalan watak Berahim, anak jiran Chombi yang bermain saxaphone dan watak Mamak Maidin/Mahyudin Jailani adalah titik plot 'mengembalikan' semula watak Kassim Selamat sebagai Osman Jailani. Montages dengan poster-poster jelajah Malaya oleh Osman Jailani digunakan untuk mempercepatkan perubahan masa sehinggalah konsertnya di Singapura. Di titik inilah naratif Kassim/Osman dicantum semula dengan kisah Sabariah melalui lagu Jangan Tinggal Daku sebagai pay-off kepada set-up di pembukaan filem. Plot ini seperti juga dalam filem Antara Dua Darjat yang menggunakan lagu Getaran Jiwa sebagai kaitan.
Penciptaan watak Dr.Ismadi yang berkarier sebagai seorang doktor sangat berfungsi dengan bagus kerana digunakan untuk membulatkan penceritaan! Ismadi memberikan rawatan percuma untuk memulihkan penglihatan mata Osman/Kassim. Manakala watak Sabariah pula ditukar menjadi Maimunah Ismadi untuk merumitkan lagi plot. Watak Osman/Kassim mungkin keliru dengan pertemuan semula ini kerana menyangkakan bahawa Sabariah memang sudah mati tetapi penonton tahu bahawa Maimunah ialah Sabariah.
Naratif Kassim menemui Nyonya Mansoor di rumah dan tanah perkuburan adalah babak-babak yang ditunggu-tunggu oleh penonton kerana tahu bahawa lambat-laun helah Nyonya Mansoor akan pecah tembelang! Dialog oleh Kassim menyatakan "Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan?" kepada Nyonya Mansoor ialah momen yang mungkin menyebabkan penonton dalam panggung di zaman dahulu akan bertepuk tangan!..hahaha!
Kenyataan Ismadi kepada Kassim bahawa dosanya mengambil Sabariah sudah terbalas dengan memberikan rawatan mata kepada Kassim ialah titik plot yang mencetuskan tragedi yang menjadi klimak filem ini (yang semua orang sudah tahu apakemendanya kannn?). Penyudahan filem ini dibikin dalam situasi penceritaan yang gelap paling tragik lengkap dengan ribut taufan dengan kehadiran keluarga Chombi datang mengambil semula Kassim sebagai Osman. Pemilihan naratif penamat itu mungkin menyatakan bahawa "leave the past in the past, the future in the future, and enjoy the present of the present".
RUJUKAN: sinemamalaysia

ksimpulannya citer ni, jgn jadikan sudu garpu atau pinggan mangkuk sebagai hiasan... hahahahaha...
ReplyDeletethumbs up tuk bro ajami..!
jika diberi satu pilihan dalam banyak2 filem P.Ramlee, aku pilih ibu mertuaku sebagai filem feveret..
ReplyDeletetidak dapat dipastikan samada P.Ramlee pernah membaca teks Oedipus Rex karya Sophocles atau tidak. tetapi pengakhiran membuta matanya sendiri itu ada persamaan dengan oedipus.
ending cerita ini memang memberi kesan yang begitu dramatik bagi aku. jika oedipus membutakan mata sebab tak sanggup melihat dosa2 yang dia telah lakukan, Kassim selamat pula membutakan mata sebab tidak sanggup melihat dosa-dosa yang orang lain lakukan kepada dirinya.
filem ini mmg gile. dan terbaik.
ye Ibu Mertuaku mmg pelik bunyinya untuk tajuk filem...kalau skrg pakai tajuk ni means ianya sebuah filem komedi.
ReplyDeletetapi ditangan P Ramlee komedi boleh jadi tragedi, tragedi boleh jadi komedi.
yang menarik tg filem ini ialah ianya banyak kejutan. kalau first time tgk mmg boleh layan.
Saya suka part dirumah Chombi tu.
One of best local melodrama.
Hi,
ReplyDeletebila nak buat AFA 2009, tak sabar nak tunggu
P. Ramlee adalah manusia yang menggerakkan noir filem Melayu dgn melodrama (seperti mana pergerakan dunia filem Joan Crowford), contoh filem ni jelas:
ReplyDelete-femme fatale dalam Sarimah
-naratif tidak digerakkan dengan "suara VO" tetapi runut bunyi
-pengakhiran sia-sia protagonis (tragedi)
-hilang identiti (di pertengahan) protagonis
aku tak berapa suka Ibu Mertuaku sebab aku suka "happy films", Ibu Mertuaku macam sebuah filem seram drama keluarga buat aku.. babak mata buta Ramlee sampai sekarang, "sakit dan menyeramkan".
P. Ramlee kemudiannya meneruskan gaya noir melodrama ini dengan Antara Dua Darjat, Jeritan Batinku dan akhirnya, Dr. Rusydi, yang buat aku, sebagai genre norinya, yg paling efektif.
Gaya2 filem sebegini seterusnya diikuti oleh Jins Samsuddin dengan filem2 ESOKNya, walaupun tanpa Jins sedari (dan menolak eksposisi noirnya)..
ko kena cuba tonton Husein Haniff... seorang yg sangat tidak dilihat tetapi punya suara2 baru dalam filem Melayu.
hehee...setuju dgn silbi.perhiasan garpu amat ber-bahaya.
ReplyDeletesetuju dengan vitamin...filem ini memang terbaik... tabik aku dekat saudara Ajami yang bijak menyusun kata - kata perjalanan cerita Ibu Mertuaku, sehingga aku terbayangkan perjalanan ceritanya tanpa untuk menonton filem tersebut....
ReplyDeleteP.Ramlee memang satu seniman agung yang ada di Malaysia...Pada aku susah nak ada P. Ramlee yang kedua...
Filem Ibu mertuaku memang terbaek....
filem Oedipus Rex dihasilkan pada tahun 1967 manakala ibu mertuaku p .ramlee hasilkan tahun 1962.
ReplyDeletefilem ini menampakkan bagaimana P.ramlee berjaya menyusun kemas permainan emosi audiens...
bro fadz, filem hussien haniff selain hang jebat..saya tak pernah tgk yang lain...bagi cadangan yang perlu tengok?
otakmovie.blogspot.com
ReplyDeleteMovieHolic >a review from an audience...
peace)
tak tau la berapa kali aku baca entry ni. ni filem pramlee feveret, dan lagu jangan tinggal daku pun...
ReplyDeleteah! baca lagi...
kalau kassim tak buta mata, rasanya dia boleh wujudkan niat jahat utk balas dendam sama nyonya mansur atau sabariah...
dlm cerita ni jugak, watak nyonya mansur paling aku suka - janda kaya yg mementingkan status. mak datin la ni.
watak kasim pulak buat aku geram - kenapa dia nak ikot cakap sabariah, kan elok kalau dia kerja je night club..
watak buat aku meluat, dr ismadi - macam poyo sgt la tak kawen tunggu sabariah.
ape pun, plan utk hancurkan hidup kasim, kena dgn logik flow nya. lepas kawen, duit habis, sabariah mengandung, proses cerai dgn penipuan sabariah meninggal slps bersalin. fuuuh.
*baca masa entry ni keluar, sekarang baru nak komen
Pengesahan Perkataan : penoozo
saya baru terbaca blog tuan. bagus bahasa filemnya. my new experience. kipidap..
ReplyDelete