Sabtu, 29 November 2008

CINTA JULIA ~ Fauziah Nawi yang hebat!

terkini: rebiu megat

PART.1


PART.2
The dramatist needs not only characters who are willing to put up a fight for their convictions. He needs characters who have the strength, the stamina, to carry this fight to its logical conclusion. ~ The Art of Dramatic Writing by Lagos Egri pg. 80

Cinta Julia berdiri teguh kerana perwatakannya yang kukuh. Naratifnya agak kebiasaan tentang kemandirian seorang wanita bernama Julia (Fauziah Nawi) sejak kecil sehingga puncak usianya. Dia bermentorkan sejarah hidup ibunya sendiri dari kacamata dan pengalaman bersama. Setiap turun-naik realiti kehidupan ibubapa Julia menjadi pelajaran yang diguna-pakai untuk dirinya kemudian hari. Dia mahu sekental acuan latar ibunya. Namun Arjuna yang disangkakan oleh Julia sebagai Adam untuk keperluan sifat Hawa-nya tidak mengikut azali sepatutnya. Jiwa dan desakan feminin Julia memang terseksa yang amat sangat! Lalu dia jadi semakin kematu serentak keluluhan dalamannya sendiri. Akhirnya Julia memilih satu jalan sehala menuju Mekah dalam kecelaruan simpang-siur hidup yang telah dilaluinya sebelum ini.

Persembahan Cinta Julia bergerak berurutan fasa-fasa dari naif ke matang. Di antara fasa itu diisyaratkan dengan irama petikan gitar secara langsung (oleh pengarahnya Iryanda) bersulam gurindam yang berulang-ulang oleh Julia. Teknik ini secara tidak sedarnya oleh khalayak adalah pengawalan pacing paling mudah untuk sebuah persembahan monolog melibatkan seorang pelakon. Bagi saya, muslihat ini berjaya mengingatkan pelakon untuk bergerak-pindah ke fasa seterusnya seandai terlalut atau terlupa. Bagus!

Set pementasan Cinta Julia sangat minimalis membentuk 'ladam kuda'. Semua prop ditudungkan kain putih dan batik dengan rapi sebelum Julia masuk kecuali 2 bingkai gambar ibu dan ayahnya di atas meja. Sebuah sofa iaitu prop paling besar dibiarkan tertudung rapi di tengah-tengah pentas tidak langsung dibuka sepanjang persembahan? Mungkin memberi erti bahawa nostalgia di sebalik sofa itu terlalu banyak, empuk dan manis untuk diceritakan dan perlu dibiarkan menjadi rahsia. Kisah yang hendak Julia ceritakan ialah yang pahit-pahit dimana yang lebih mempengaruhi hidupnya kini dari memento cermin, kerusi malas dan gramaphone. Kawalan pencahayaan pula sangat simple. Ia cuma menerangi ruang prop fasa cerita dan gerak-lakon apa yang Julia hendak monolog-kan. Maaf! Saya perlu nyatakan pendapat peribadi iaitu cermin moden yang digunakan seakan alienation kepada prop lain yang kelihatan konservatif. Mungkin disengajakan untuk menjadi ruang pentas kontemporari? Entahlah..

Kostum Julia yang hanya menggunakan 3 warna asas iaitu putih, merah dan hitam terasa sangat kena dengan seluruh pementasan. Baju putihnya seakan asas diri Julia yang sentiasa terbuka dengan apa saja fasa-fasa hidupnya. Gaun merah bersulam agaknya petanda diri wanita ini bold, kental dan berani. Yang paling saya gemar ialah kain tudung dan sarung batik bercorak merah-hitam yang sentiasa dipegang oleh Julia mungkin bermaksud betapa rentetan hidupnya terlalu kerap disaluti dan dilitupi berbagai dugaan. Betul atau tidak interpretasi saya ini? Terpulanglah..

Apa yang hebatnya persembahan primadona Fauziah Nawi ini? Kamu saksikan sendiri! Pada pendapat saya, ia hebat kerana execution beliau yang berjaya mengangkat penjiwaan setiap watak sekaligus menjemput khalayak masuk ke dalam ruang naratif Cinta Julia sepenuhnya. Kamu bayangkan betapa sukarnya switching dari watak ke watak dilakonkan tanpa henti? Fauziah Nawi bukan sahaja perlu berkisah setiap babak mengikut fasa cerita sebagai narrator malah mengungkapkan bait-bait dialog setiap watak yang berkomunikasi serentak dengan mimik muka dan gerak-lakon tubuh yang sesuai. Ketawa, menangis, menjerit, menari, menyanyi dan apa jua keperluan watak dilakonkan dengan sungguh-sungguh serta meyakinkan. Antara momen yang paling saya terkesan ialah semasa Julia menari dan menyanyikan lagu Norlela yang pernah dipopularkan oleh Bing Slamet dari Indonesia yang berkumandang dari corong gramaphone (putaran lagu dari cd) Juga finale nyanyian harmoni oleh Julia bersama backing vocals dan petikan gitar sangat-sangat menyentuh hati serta meremangkan bulu roma! Khalayak ikut dihambat dengan apa jua rasa dan situasi yang dilalui oleh Julia melalui jasad Fauziah Nawi yang kadangkala mirip dirasuk oleh roh Julia dan semua watak di waktu yang sama. Hebat! betul-betul hebat!

*InsyaAllah saya akan menonton malam penutup Cinta Julia
pada hari Selasa, 2 Dis, 9 malam nanti.. ayuh! ikut saya!

*kredit foto: iodoakuabis.blogspot.com
*puisi yang terkandung dalam Cinta Julia

Dari Bintang ke Bintang ~ Usman Awang

Ketika mata saling menyapa senyum berbunga
Tasik hati mu mencecah jiwaku mesra
Betapa debar dada kurnia alam kasih bertakhta
Kau datang tanpa suara, menjamahku tanpa sabda

Subur laksana ladang petani di lereng gunung
Ranum menguntum dalam wujud rasa maha agung
Mata yang memberi hati ini penuh menanti
Kureguk kasih menghadapi hidup seluruh berani

Kini kulihat kepalamu tersandar di jinjang pelamin
Rambutmu tersanggul terandam mengilau di cahaya lilin
Gemersik kainmu membisikkan bahagia malam pengantin
Melimpah tumpah bahagia dalam tawa teman keliling

Ketika malam kulihat matamu pada bintang
Senyummu melambai di gemilang sinar bulan
Dari bintang ke bintang kunantikan lagumu
Hanya kerdipan dalam bisu suara hatiku bimbang

Jika aku berdiri di muka jendela hati terluka
Bulan sedang mengintai di balik awan kusapa
Angin yang datang dari pelaminmu kutanya
Ia bisa mengabarkan saat adinda sedang bahagia

( 1960 - Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara, DBP 1991)

ulasan blogger akan gagalkan filem di pawagam?

di pawagam mulai 27.11.08

Tanpa Nama berkata... Rabu, November 19, 2008 8:58:00 PM
"sarcasm.. pada aku kurang adil pada yang belum menonton. Apatah lagi yang search "antoo fighter" dan jumpa blog ko ni.. elok ulasan camni datang lepas Tayangan Umum.. Industri baru nak naik.. blogger tegar mula bersuara seperti dia mampu cipta semua benda dengan sempurna."

Tanpa Nama berkata... Isnin, November 03, 2008 2:19:00 AM
"hi blogger ajamihashim..kau la punca industri filem malaysia jatuh..terima kasih"

*hahaha! ada orang marah kah?.. baca posting itu di sini

*soalan terbuka untuk semua pembaca blog ini:

"Adakah sebarang ulasan blogger MAMPU mempengaruhi pilihan penonton ke pawagam?"

nota 1: aku pernah kena 'tegur' dengan brader Rosyam Nor selepas sesi tayangan KMBM masa sembang-sembang dengan beberapa pembikin filem yang lain.. dia kata lebih-kurang macam ni lah "berapa juta orang rakyat Malaysia ada internet dan baca blog?" (baca: merujuk kepada cadangan aku nak promosikan habis-habisan filem KMBM di blog secara sukarela kerana aku salut dengan kerja abang Mamat Khalid).. dan kalau sesiapa yang ikuti blog ini dari dulu, aku juga pernah 'cuba' mati-matian promosikan Anak Halal bulan Disember 2007 dulu.. dan semua orang tahu betapa kedua-dua filem itu agak dingin sambutannya di pawagam?.. jadi, adakah dengan mengulas di blog sahaja dengan nada sedikit 'kecewa' untuk Antoo Fighter akan mengakibatkan orang tak nak pergi menontonnya dan mungkin akan kerugian besar kepada filem itu? (ya! aku akan key-search di internet ulasan blogger lain nanti).. kita sama-sama tunggu!.. hahaha!

nota 2: Jangan salah angap kepada 'teguran' brader Rosyam Nor tersebut kepada aku. Sebenarnya beliau TIDAK bermaksud bahawa ulasan blogger di internet TIDAK bersifat 'membantu'. Beliau cuma bertanya secara open-ended question dimana perbandingannya dengan media massa mainstream dan enjin pemasaran dari produksi yang 'sepatutnya' bekerja untuk memaksimakan promosi sesebuah filem. Internet cuma sebahagian kecil media terkini yang semakin berkembang TETAPI masih kecil capaiannya kepada semua masyarakat. Ia hanya jadi rujukan segelintir orang yang sama kapasiti teknologi dan mungkin agak kritis secara individu kerana ia medium terhad pendapat peribadi sahaja. Sudut yang diulas oleh blogger juga berbagai angle bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan yang ada setiap orangnya. Aku setuju dan akur dengan soalan beliau itu. Betul bahawa 'teguran' beliau juga membuat aku berfikir bahawa beban mengajak penonton ke pawagam agak kurang beratnya kepada blogger berbanding media massa mainstream yang amanahnya lebih besar kerana itu adalah karier dan tanggungjawab mereka untuk mengajak orang awam ke panggung atau sebaliknya! [kemaskini 21.11.08/1:35AM]

p/s: contoh ulasan seorang blogger yang kritis >> sinaganaga

Jumaat, 28 November 2008

Wayang ~ realisme seorang tok dalang?

di pawagam SEKARANG!
(sangat direkomen oleh aku!)

"The main purpose of the Hikayat Seri Rama is to show the ideals of righteousness, love, loyalty, and selfless devotion." ref: The Ramayana in Southeast Asia


Naratif wayang kulit yang sebenar akan berada di persada budaya warisan bangsa sampai bila-bila pun. Biarkan ia di tempat sewajarnya. Yang ini ialah filem Wayang yang dibayangi sahaja oleh watak-watak asas dari wayang kulit sebagai rangkanya. Jasad naratif filem Wayang masih sebuah ambilan sebahagian cerita masyarakat yang tipikal. Barangkali ia umpama persembahan wayang kulit (bayang dari sekeping kulit mati yang berbentuk sahaja) yang kini diberikan realiti (watak-watak manusia hidup) untuk bercerita sendiri. Kalau wayang kulit ada tok dalang yang menjadi voice-over, filem Wayang pula di-dalangkan oleh Prof Hatta dengan mengarahkan pelakon-pelakon untuk berdialog serta visual pada seluloid. Fungsinya sama cuma dalam panggung komersial yang moden. Modifikasi dan adaptasi sebegitu bagi aku sudah dibuat cara halus serta tidak mendesak untuk mendekati khalayak yang mungkin tidak ambil peduli dengan apa itu wayang kulit. Filem Wayang sudah berjaya timbulkan awareness itu yang sangat bagus nawaitunya. Tahniah!

Oklah. Apa ada pada filem Wayang? Sudah tentulah persembahan wayang kulit. Betul! Ia menyelitkan persembahan itu dari pelbagai sudut di sepanjang filem ini tanpa memaksa kerana ia jadi sebahagian babak dalam cerita penuh filem Wayang. Kisah utama yang diangkat ialah dari sisi point-of-view tok dalang Awang Lah dan sekitarnya. Ia macam sebuah doku-drama di sebalik tabir pembikinan sesebuah persembahan wayang kulit (the making of wayang kulit?) Khalayak diintaikan apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas setiap kali persembahan itu. Kisah ala biografi Awang Lah menceritakan susah-senang beliau, konflik rumahtangga, isu kekeluargaan serta pro-kontra masyarakat sekelilingnya. Dari sekecil-kecil internal dirinya sendiri sehinggalah sebesar-besar external satu kampung! Punca asasnya? Wayang kulit itu sendiri bukan?

Sub-cerita pasangan Awi-Melor ialah Siti Dewi-Seri Rama dalam kehidupan sebenar Awang Lah. Fiksyen yang di-lipurlara-kan olehnya di wayang kulit jadi realisme. Sebagai tok dalang, Awang Lah kena menangani konflik-konflik itu seperti dia menangani (memainkan watak-watak kulit) di atas pentas. Tetapi khalayak memahami serentak dengan Awang Lah bahawa kehidupan sebenar manusia tidak semudah sebuah kisah persembahan wayang kulit yang dikawal oleh seorang tok dalang untuk durasi singkat setiap malam. Filem ini memperlihatkan bahawa kehidupan manusia juga seperti hikayat dalam wayang kulit. Ada watak jahat dan baik. Bila difikirkan semula, memang Hikayat Seri Rama itu sendiri asalnya dari fiksyen rekaan berdasarkan kisah masyarakat sekitar tok dalang yang pertama berkurun yang lalu bukan?

Kesimpulannya, menonton filem WAYANG karya oleh Professor Dr. Hatta Azad Khan seolah-olah menyaksikan sebuah persembahan wayang kulit dengan cerita moden masyarakat di sebuah ceruk kampung yang memerlukan mata zahir untuk berlibur dari tatangan kisah yang tersurat serta mata hati untuk mengupas lapisan-lapisan subtext yang tersirat di layar lebar. Pulangannya kepada khalayak ialah sebuah hiburan ombak pasang-surut emosi suka-duka dan gelak-esak di sepanjang naratif oleh tok dalang Hatta dalam bentuk audio dan visual sebuah filem. Ia ada cerita, ia sarat makna. Terpulanglah kepada penonton untuk menginterpretasikannya dari sudut mana pun, pasti ada puas dan tagih, mesti ada suka dan benci, kerana WAYANG memberikan semuanya.. sebuah cerita kepincangan yang sempurna!

Nah! Kamu mahukan sebuah filem komersial yang bercirikan budaya Malaysia? Ini filemnya! Pergilah menonton selagi ada tayangan!

*ulasan pak Hassan Abd Muthalib pt.1
*ulasan pak Hassan Abd Muthalib pt.2
*iklan sultanmuzaffar
*bincang forum.cari.com.my
*ulasan media cetak sinemamalaysia
*ulasan amyikram
*ulasan intanbiru
*ulasan lidotsavadak [MUST READ]
*website UiTM

Selasa, 25 November 2008

Selamat Pagi Cinta ~ momen-momen panjang?

AMARAN: ulasan ini ada SPOILER!
The most important question we ask when writing a Love Story is: "What's to stop them?" ~ Story by Robert McKee pg.95

Mudah bukan? Campakkan sahaja 'halangan' itu di antara dua orang yang bercinta, maka mungkin akan berhasil sebuah kisah cinta. Betul? 'Halangan' itu boleh siapa atau apa saja yang berada di tengah-tengah. Persoalannya mudah sahaja, samada 'halangan' itu adalah pemisah atau sebaliknya sebagai penemu untuk cinta yang benar-benar sejati kemudiannya? Ia menyoal adakah 'dia' yang menjadi pasangan hidup kita hari ini ialah 'the one' yang sebetul-betulnya untuk kita? Apa akan terjadi seandainya perhubungan itu terputus atau 'dia' mati di tengah perjalanan semasa bersama lalu meninggalkan kita seorang diri? Adakah kita akan mahu terus hidup dengan kenangan silam atau beranjak ke depan untuk mencari penggantinya? Life must go on! Ok! Itu falsafah cinta jiwang yang aku reka dari filem ini. Betul atau tidak.. terpulang kepada kamu untuk menilainya selepas tamat menonton filemnya (kalau mahu) dan setelah habis membaca ulasan ini!

Ya! Filem Selamat Pagi Cinta mengulangi momen-momen itu sekali lagi! Pertembungan dan terserempak di antara Ilham-Julia dan Azam-Suci dibuat berulang-kali di awal naratif. Dengan insiden apa lagi yang bukan klise mahu kamu tukarkan? Memang itulah lazimnya awalan sebuah kisah cinta yang perlu untuk menjumpakan 2 orang yang asing untuk bercinta bukan? Manisnya! Filem ini rasanya hanya meringkaskan pertemuan itu semudah-mudahnya kerana cerita utama ialah apa yang akan berlaku seterusnya?

Namun begitu, jujur aku nyatakan bahawa menonton babak-babak klise yang terlalu lusuh dan sama seperti filem cinta sebelum ini, awalnya aku muak TETAPI terkejut dengan durasi ambilan kamera yang lama! Berani mati! Dalam hati aku berkata. Keberkesanan babak-babak panjang ini mula terasa dan peliknya aku mahu tunggu! Kenapa? Kerana hebatnya lakonan Que, Amani, Pierre dan Fazura! Seandainya pelakon lain mungkin aku sudah keluar panggung pada 10 minit yang pertama. Inilah kekuatan filem ini iaitu pada pengaksian setiap pelakon 'character actor'.

Naratif asasnya memang mudah namun bila diceritakan secara 'character driven' ia jadi menarik. Aku dah tak peduli dengan muzik latar iaitu kebisingan yang kurang kena dan kedengaran sangat murah. Aku mahu tonton cerita ini bergerak ke depan seterusnya kerana mahu lihat sejauh mana kesemua watak berkembang untuk bercerita walaupun ia kisah cinta yang sangat klise. Babak-babak panjang sebegitu pernah aku tonton dalam filem-filem indie dimana selalunya plot amat berat dan banyak subtext. Tapi ini filem cinta komersial bukan? Yang selalunya suntingan pendek-pendek dari berbagai sudut untuk merangsangkan mood dan memudahkan pelakon untuk melakonkan 'take' adegan yang banyak dialog. Filem ini ada ketikanya pelakon seolah dibiarkan untuk menukar-nukarkan perwatakan mereka dari berbagai ekpresi dalam satu tangkapan kamera yang lama. Wow!

Cerita Ilham-Julia ialah kisah cinta yang matang dan berjodoh di usia yang muda. Tiada babak merisik, bertunang, bernikah dan bersanding diperlukan. Aku faham bahawa ia kisah ala Laila-Majnun yang hampir sempurna tapi Ilham berpenyakit kronik (errr.. aku kurang pasti penyakit apa ntah?.. tapi kalau batuk mesti keluar darah dari mulut?) Konflik 'halangan'nya ialah ajal Ilham. Cerita Azam-Suci pula ialah kisah cinta remaja yang kena pada usianya. Juga aku mengerti bahawa ia umpama Romeo-Juliet yang akan tragik. Konflik 'halangan'nya ialah 'menantu idaman' ibubapa Suci iaitu Yusry.

Oklah ia memang klise! Cuma aku rasakan bahawa lainnya kreatif sedikit apabila Julia akhirnya 'memungkiri' juga janjinya kepada Ilham (in a good way) untuk tidak terus menjadi janda muda. Dia akan menemui cinta sejati yang sebenar-benarnya kemudian hari. (baca: selalunya sampai ke sudah kerana janji 'sehidup-semati' watak yang masih hidup akan berpegang kepada sumpah cinta itu) Begitu juga Suci yang patuh kepada pilihan orang tuanya untuk menerima Yusry sebagai jodoh tanpa melarikan diri untuk mengejar cintanya kepada Azam. (baca: selalunya kisah cinta remaja akan memberontak menentang pilihan keluarga kan?) Mungkin ini yang hendak diangkat dari lakonlayar oleh Pierre Andre dan arahan oleh Norliana Samsudin - klise tapi lain sikit! hahaha..

Dari sudut time-frame pula, filem ini BUKAN bergerak secara selari di antara kedua-dua plotline. Kisah cinta dan perkahwinan Ilham-Julia adalah dalam jangkamasa 2 tahun yang lalu (flashback). Manakala kisah cinta Azam-Suci ialah 2 tahun kemudian (sekarang). Kedua-dua cerita dijalin berselang-seli seolah berlaku serentak di lokasi yang berbeza. (errr.. ala-ala plotline filem Susuk yang mudah anyone?) Maknanya, kalau disusun semula babak-babak secara linear, kisah Ilham-Julia berlaku dahulu diikuti oleh kisah Azam-Suci. Tiada pertembungan di antara kedua-dua pasangan dalam mana-mana babak dari awal sehinggalah ia bertemu pada titik yang sama di akhir cerita dimana Azam-Julia akan diselisihkan dan ditemukan. Ia menjawab soalan-soalan 'afterthought' falsafah cinta di perenggan di atas apabila filem ini tamat.

Saksikanlah filem SELAMAT PAGI CINTA di pawagam SEKARANG selagi ada tayangan!

*Tahniah kepada produksi MiG, pengarah muda awek cun Norliana dan penulis skrip Pierre.. bro! jangan biarkan gosip-gosip bodoh tenggelamkan karier kau ok!.. korang memang boleh pergi jauh lepas ni!.. juga saksikan Norliana jadi 'Zeta lesbo' dalam filem Histeria akan datang! hahaha! sempat aku promosi filem lain kan?.. juga kepada Que, Amani, Pierre dan Fazura - pedulikanlah kalau orang kata filem ni macam ntah haper-haper janji lakonan korang meletup!.. dan harapnya ulasan ini akan 'menjawab' soalan-soalan sms dari kekawan blogger tegar yang lain: kenapa aku sukakan filem ini? lalala..

pautan:
~ deennasour
~ tmo SPC [youtube]
~ murai.com.my
~ definitionofexplanation
~ adalqisa2110.blogspot.com
~ casrienakhabri.blogspot.com
~ kalambiru.blogspot.com
~ forum.cari.com.my
~ sinemamalaysia [berita]
~ wahiduzzaman-sinema.com.my
~ khesahaku.blogspot.com
~ matasepetku.blogspot.com
~ myshoesmyjourney.blogspot.com
~ roslanrashid.blogspot.com
~ seemyscripts.blogspot.com
~ amyikram.blogspot.com
~ mymuseismyself.blogspot.com
~ kelabkpb.blogspot.com

Ahad, 23 November 2008

Burung Pipit dengan Raja

Kononnya ada seorang raja yang amat suka berburu. Baginda berburu menggunakan sumpit. Tiap-tiap hari raja pergi berburu dengan pengiring baginda. Lama-kelamaan habislah burung di negeri itu mati disumpit. Baginda pun pergilah berburu di sempadan negeri.

Akhirnya baginda dan rombongannya tiba di pangkal sepohon pokok yang besar. Mereka berehat di situ. Tiba-tiba baginda nampak seekor burung pipit. Ia bertenggek di ranting yang paling rendah.

"Sumpitlah burung pipit itu!" titah baginda kepada pengiringnya.

Pengiring baginda menyumpit burung pipit itu. Ia jatuh ke atas riba baginda.

"Sembelihlah burung ini!" titah baginda lagi.

Ketika pisau di letakkan pada lehernya, burung pipit tiba-tiba bersuara.

"Ampun tuanku. Janganlah bunuh patik. Jika tidak, tuanku akan menyesal nanti. Lagipun badan patik kecil. Tak puas tuanku makan." kata burung pipit.

Baginda hairan mendengar burung pipit berkata-kata.

"Ampunkan patik, tuanku. Sebenarnya moyang patik ada meninggalkan pesanan kepada patik. Katanya, ia ada meninggalkan sebutir intan. Intan itu sebesar ibu jari kaki tuanku. Intan itu ada di pucuk pokok ini. Patik menunggu di sini kerana hendak bertemu tuanku." kata burung pipit lagi.

"Benarkah kata-kata kamu ini, pipit?" tanya baginda.

"Benar, tuanku. Sebelum moyang patik meninggal dunia, ia ada memberi nasihat." jawab burung pipit.

"Apa nasihatnya?" tanya baginda lagi.

"Nasihat moyang patik.. Pertama, jangan dengar kata-kata manis. Kedua, jangan harap kepada apa yang telah hilang. Ketiga, jangan fikirkan apa yang telah dilepaskan." kata burung pipit.

Baginda mendengar dengan teliti akan nasihat moyang burung pipit.

"Tuanku, izinkanlah patik mengambil intan itu. Akan patik berikannya kepada tuanku." kata burung pipit.

Burung pipit dilepaskan. Ia pun terbang. Pokok itu sangat tinggi. Peluru sumpit baginda tidak akan sampai ke pucuknya. Di situlah burung pipit mendiamkan diri.

Puas baginda menunggu. Burung pipit pun tidak kelihatan. Hari telah lewat petang. Baginda murka, lalu berteriak.

"Hai burung pipit! Manakah intan itu? Beta sudah lama menunggu! Sekarang beta nak pulang!" titah baginda dengan berangnya.

Apabila mendengar titah baginda, burung pipit pun tertawa geli hati.

"Ampun tuanku. Jika tuanku mahu berangkat pulang, silakanlah. Bukankah sudah patik katakan tadi.. jangan dengar kata-kata manis, jangan harap kepada apa yang telah hilang dan jangan fikirkan apa yang telah terlepas!" kata burung pipit.

"Burung pipit! Kamu telah menipu beta!" titah baginda bertambah murka.

"Ampunkan patik, tuanku. Cubalah tuanku fikir. Bagaimanalah patik hendak membawa turun intan yang sebesar ibu jari kaki tuanku? Sedangkan badan patik ini kecil sahaja!" kata burung pipit.

Raja berangkat pulang dengan rasa malu yang amat sangat.

*sila analisa kisah dongeng di atas kat sini dan sana dan situ dan sinun

dicerap dari: Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia (ms. 192 & 193)

Sabtu, 15 November 2008

'Friso Brings My Family Out'

iklan terlampau untuk memenangi percutian ke Disneyland Hong Kong!



website: Nuffnang Malaysia

Family Day ialah momen rehat sebentar yang berharga untuk sebuah keluarga! Apatah lagi di zaman moden kini dimana ibubapa yang berkarier selalunya menghabiskan hampir sebahagian besar waktu seharian di tempat kerja hari Isnin hingga Jumaat. Lalu bila pulang ke rumah mungkin sudah agak kepenatan cuma sempat berkata "Selamat Malam Sayang" lantas anak-anak sudah pejamkan mata terlena. Esok hari rutin yang sama berulangan lagi dan lagi. Cuma mungkin hujung minggu sahaja ruang dan sembang dikongsi dengan mereka. Bagaimana pula situasi saya yang bekerja shif? Kadangkala saya kerja siang, adakalanya malam hari. Itu belum lagi bila jatuhnya hari kerja saya di hujung minggu. Si comel hanya sempat berkata "Bye Bye Papa!" lalu saya balas dengan lambaian dan senyuman dari tingkap kereta. Betul! Bila pulang ke rumah, melihat raut wajah mereka sahaja sudah mampu untuk meredakan sedikit penat. Juga memberi erti kenapa saya mesti bekerja? Sudah tentu untuk mereka. Susu jenama Frisolac yang sedari bayi hingga sekarang Friso Gold 4 mereka minum itu mesti dibelikan. Pakaian yang lusuh harus diganti juga bila ada sale. Itu belum lagi kereta mainan untuk si adik dan basikal yang sudah tercabut tayarnya minggu lepas untuk si abang perlu ditukar-gantikan. Saya seringkali kata "tunggu bonus hujung tahun Papa akan belikan yang baru". Dan percayalah bahawa janji sambil lewa sebegitu akan sentiasa tersemat di ingatan mereka. Sesekali bila cuti jatuh pada hujung minggu, saya pasti bawa ke kolam Taman KLCC atau melayan mereka di kedai game di pasaraya. Begitulah agaknya putaran hidup saya, isteri dan anak-anak waktu ini. Sejujurnya jauh di sudut hati saya, memang rasa tidak puas membelai rambut dan mendengar cerita petah dari mulut mereka. Namun saya bersyukur Alhamdulillah kerana hidup kami bahagia dan ceria sepanjang masa walaupun ada ketikanya mereka menangis bila terlebih bergurau-senda. Semoga suatu hari nanti bila mereka sudah dewasa, semua kisah suka-duka itu akan jadi kenangan manis dan jenaka semasa bercerita kepada anak-anak mereka pula. InsyaAllah. Maka kalau ada Family Day yang seistimewa seperti 'Nuffnang Friso Family Day Out' ini sudah tentulah saya dan isteri mahu raikan bersama mereka.. anak-anak saya.. abang dan adik..


In this hectic modern world, Family Day would be the best moment for all of the families to spend their time together. Feeling all tired after a day in the office, usually for parents the most they could do is just to say "Goodnight my dearies" while their children are already having fun in their sweet la-la land. The same thing will be repeating again throughout the week and weekend is the only period when they can talk, and share a quality time together but what about me? Who is now working under shift hours? Sometimes I'll be working during the day, and sometimes during the night. And when I have to work on the weekends, oh man! That would be one of the most depressing times to me because it means, my babies could not spend the time with their dad unlike some of their friends could. "Bye Bye Papa!" is the only thing they could do and I could just give a wave reply from afar with a smile on my face. When I come home, seeing their faces can definitely brighten up my day. Sometimes I wonder, why do I even need to work? In that particular moment, when the thought has sneaked into my brain, I will realize, I'm doing this for them, my beloved babies. Since they were infants, Frisolac has been their source of energy and now, Friso Gold 4 so I must have that for them because I only want the best. Old clothes need to be changed, and broken toys have to be replaced. When the Abang (my eldest) comes to me and asking for a new bicycle because the old one has broken apart, I would just say, "When I get my end year bonus, I will replace it for you". Those simple promises will last in their mind and when the time comes, I am the one who will be reminded for the all promises I have made. How lovely. When it's my turn to have the weekend off, I will bring them out the KLCC Park, to the game machines in the malls and many other places. But those chances won't come easily. I guess, that is the cycle of life my family and I have to get used to for now. Deep in my heart, I long to listen to every of their stories, to put them to sleep, and to see them laugh and cry because those moments will pass as time goes by. I thank Allah for all the blessings he has given to me and my family although sometimes the bumpy road can make us cry and cringe. May all the bittersweet memories that we've had as a family be shared by my children as a wonderful story for their children. InsyaAllah. So if there is a special Family Day like 'Nuffnang Friso Family Day Out', of course I would love to have the chance to celebrate the day with my loving wife, and my two beautiful babies, Abang and Adik, because they means everything to me. My heart and soul. *translated by: adiluqman.blogspot.com


Awal Amien Ajami (adik-3) & Aliff Eiman Ajami (abang-6)

p/s: yaaa! gua nak menang percotian ke disneyland hong kong!
p/s/s: ptg semlm gua pegi prebiu los & faun yg kelakar yaa amats! congrats afdlin shauki coz buat tali usus perut gua hampir nak tebelit2 ketawa berdekah-dekah kah kah kah! rebiu gua later2 lah k!

Khamis, 13 November 2008

WAYANG ~ cerita kepincangan yang sempurna

NOTA: rebiu penuh telah berpindah ke sini

Budak Kelantan ~ antihero yang paranoid?

NOTA: pembetulan pada End-Credit Youtube!
BUDAK KELANTAN di pawagam
mulai 30 Oktober 08!


Ajami Hashim vs. Wan Azli [pt.1]


Ajami Hashim vs. Wan Azli [pt.2]

Budak Perak tgh sebok merakam ucapan pengarah Budak Kelantan! hahaha!
(kredit & gambar2 preview: budiey.com)


Naratifnya seakan mudah sahaja tetapi komplikasi isinya hebat! Filem ini bagi orang Kelantan mungkin humor bila dialek mereka difilemkan dengan jujur dan se-adanya (sebenarnya realisme yg menakutkan bagi yg terkena). Betul! Aku cemburu sedikit kepada mereka kerana perlu membaca sarikata bila babak berdialog yang agak asing bagiku! Namun setelah beberapa ketika menonton, bahasa itu bukan penghalang kerana aku dapat sampai apa cerita bulatnya. Mungkin kerana bahasa itu cuma sebahagian cara, maksud aku bukan wajib untuk memahami sepenuhnya apa yang watak-watak tuturkan tetapi imejan yang silih-berganti menjadi bahasa filem ini sebenar dan sepenuhnya (Charlie Chaplin adalah bisu ok!). Bukaan cerita ini tidak terlebih-lebih mahupun terkurang. Rentetan montaj pantas ala road-movie dengan sign-board jalan sudah cukup memberitahu bahawa kami (budak Kelantan) sudah berhijrah dari Kelantan ke KL! Yeah! Kami di kotaraya ala Amerika! Kami sudah bebas keluar dari tempurung konservatif! Kami akan berjumpa syurga dunia? Mungkin! Lalu bermulalah kita ditamparkan dengan realiti hitam kehidupan Jaha (Mohd Asrulfaizal) yang berselisih, berjerempak, ironis dengan putihnya kesucian hidup Buchek (Danny) dimana di antara mereka ada Che Nor (Bienda) dan budak-budak Kelantan lain serta seorang gadis Cina bernama Lee Chen Chen (aku tak tahu nama betul dia coz tak ada dlm press-kit! jugak aku tak konsentret nak baca the end credit! hahaha!). Percayalah bahawa filem ini asasnya ialah tentang kasih-sayang! (tanpa babak lovey-dovey ok!)


BERSAMBUNG.. ya! rebiu ini sekerat jln!.. nanti gua sambung bila ada masa!


links:
~ Wan Azli Wan Jusoh (pengarah)
~ Mohd Asrulfaizal (pelakon utama)
~ sinemamalaysia

rebiu2 blogger lain:
~ coldheartediceprincess
~ megateusofe
~ arjunasukma
~ wabakbilikgelap
~ iamstardust
~ nam ron
~ raihani
~ iamfazrin

p/s: nah! gambar2 dari press-kit prebiu 21/10 yg lalu.. tQ soo much Adilla (Primeworks Studios Sdn. Bhd. ~ formerly known as GBSB)


trailer (dlm dialek Kelantan ok!)

Selasa, 11 November 2008

Quantum of Solace ~ melampau tapi anti-climax?

1. Opening sequel kejar-mengejar kereta yang berlagak dan layak untuk berlagak! Cuma lepas tu, aksi-aksi lain; boat and plane chase macam sedikit boooring dan cliche! ops!.. aku juga tak suka James Bond theme song kali ini yang langsung tak terasa 'James Bond'? tapi aku suka Opening Title yang sangat retro!
2. Gunakan banyak subtext? intercut aksi kejar-mengejar dengan jalinan imej silih-berganti buah ceri terpelanting (ceri or strawberi erk?), lumba kuda, keranda bertaburan di jalanraya, persembahan opera Tosca? (yang aku suka sebab muzik latar dari Tosca itu bersulam dengan aksi James Bond dah jadi ost yang kena!) dan paling sentimental babak terakhir bila James Bond mencampak rantai milik bekas kekasihnya Vesper Lynd yang dah mati (baca: James Bond dah lepas fasa jiwang! now move on to the next sequel bro!)
3. Touch screen LCD besar gedabak yang melampau digunakan di pusat Mi6! hebattt!
4. Penjahat Dominic Greene yang tak evil sangat katanya sebagai 'corporate villains'? dah tu dia punya right hand man si Elvis pun macam tak semenggah mana pun!
5. Bond girl BUKAN macam Bond girl? Camille yang seboklah nak kejar misi dia sendiri? (sila baca rebiu: eddvedder)
6. James Bond bertumbuk bagai nak rak dengan Craig Mitchell kat awal cerita dimana banyak pecah-pecah kaca, bersepah-sepah besi, main gantung-gantung ala bungee jump bla bla bla.. akhir sekali 'pistol' juga yang dicari sebagai senjata! hahaha!
7. Font yang digunakan untuk nama (location title) setiap negara menggunakan font yang sesuai menggambarkan ciri-ciri setiap negara! hahaha!
8. M banyak kali enter-frame nak halang James Bond daripada ikut suka hati dia!
9. Ada babak sedih ala cerekarama bila Mathis mati di pangkuan James Bond! ayooo!
10. Act 2 filem ini terasa agak draggy dan aku hampir menguap! lalala..
11. Anti-climax? penutup aksi bakar-bakar dan letup-letup hotel mewah di tengah gurun Bolivia yang duh!!! itu jer? aku harapkan James Bond akan bakar satu kampung di Bolivia misalnya. Tapi oklah! Letupkan hotel yang tak ada orang sewa tu pun kira hebat laaa!..
12. Kesimpulannya: aku terima Quantum of Solace ini seadanya tetapi memang terasa James Bond sangat tone down kerana ia adalah prekuel siapakah backstory James Bond masa awal-awal dia jadi agent 007 sambungan dari Casino Royale. Memang James Bond ada ketikanya nampak fragile dan emotional kerana dia nak cari punca sebenar kematian bekas kekasihnya Vesper Lynd dulu. Tapi di babak terakhir filem ini, aku dapat rasakan bahawa ia adalah titik mula James Bond menjadi James Bond yang se-macho itu dalam filem-filem terdahulu (baca: Casino Royale & Quantum of Solace adalah asal-usul backstory James Bond) Babak itu juga membuktikan kepada M bahawa James Bond hanya 'bunuh' orang kerana bersebab terpaksa dibunuh bukannya dia membabi-buta suka hati mak bapak dia jer apabila dia tak bunuh pun Yusef kerana dia cuma nak tahu kenapa Vesper Lynd mati (mcguffin untuk penonton) James Bond next sequel harapnya akan tambah melampau lagi maha terlampau pls pls pls!
p/s: rebiu lain yang melampau? klik sini

Estet [preview] ~ ya! aku obses!

baca ini > review of the preview yg best giler! >> diariperempuan


Salaam..

Mlm Rabu 15 Okt yg lalu, di pejabat NAGA VXS kali ke-2 aku menonton ESTET karya Mamat Khalid yg 99% lengkap. Ia sesi preview bersama sahabat2 di keliling beliau. Betul! suntingannya paling 'sampai' berbanding yg asal. Kali ini aku cuma tunjuk 'thumb-up' kpd dia tanpa komen apa2. Namun sejujurnya dlm kepala otak berulang2 imejan filem itu masih tertayang frame-by-frame. Aku cuba koyak kulit asas naratif utk lihat apa isinya? Ya! aku pun sudah baca skrip asal ESTET yg dipinjamkannya utk projek Buku Untuk Filem: ESTET. Tapi tak cukup! Aku akan interview abg Mamat khas utk buku itu. Ya! aku obses!

Isnin, 10 November 2008

ostrich syndrome?


Ostrich Syndrome ~ Risk denial can be considered analogous to the behavior of the legendary ostrich who sticks his head in the sand to escape oncoming and imminent dangers.

Ostrichism ~ A refusal to face reality or an approaching danger.

Korang ingat dengan hanya ada satu cerita asas yang 'nampak' macam dah lengkap ada kepala, badan dan ekor akan menyenangkan sesenang-senangnya untuk penulisan sebuah skrip filem?.. SALAH!

Sebenarnya penulisan skrip perlukan lebih dari sekadar satu pitch cerita yang sekali dengar memang best giler bila diborakkan kepada kawan-kawan (yang dipercayai mereka jujur berikan respon).

"Wow! Aku tak sabar nak tonton kat wayang!"

"Siapa heronya?"

"Kau boleh menang best screenplay FFM!"

"Hebat!!!"

bla..bla..bla..

Ini yang berlaku pada aku sekarang! Ostrich Syndrome! (ni adik-beradik dengan Writer's Block dimana yang itu senang nak selesaikan bagi aku!) Aku belum pun mula menulis sebenar-benarnya sebuah skrip. Aku masih dalam proses brainstorming untuk siapkan Treatment iaitu urutan babak mengikut sekuel yang sudah penuh sebagai sebuah cerita. Betul! Memang ia dah lengkap. Bulat! Act 1, Act 2, Act 3. Maksud aku alkisahnya ialah pasal ada isi skrip itu yang 'berlubang'! Ia adalah yang secara luaran nampak ok tapi kalau difikirkan dua kali, ia bermasalah! Something doesn't work! Mungkin pada plot, babak, sekuen babak atau perwatakan. You can't fix something if you don't know what's wrong with it! Dan apa yang aku lakukan sekarang ialah.. buat dek ajer! do nothing!..

Ia macam tengok sehelai kain di ampaian yang koyak berlubang ditiup angin! Aku tahu bahawa ia perlu ditampal! Tapi buat sementara waktu ini aku cuma tengok lubang itu dan berkata "hek-eleh! ia berlubang!"

Sedih betulll! hahaha!

p/s: abaikan posting aku sebelum ni! larrikkk! >> "SUMPAH"..aku akan kembali!

"SUMPAH"..aku akan kembali!


Salaam..

Hari ini aku ambil keputusan untuk berehat menulis blog untuk sementara waktu kerana aku sangat sibuk menyiapkan spec script "SUMPAH" dan Buku Untuk Filem: ESTET sampai hujung bulan Disember.

Take care! wish me luck ok! see you soon! bye! muahhh!

Aku akan kembali! boleh? macam nak cekik kau!

email: ajamihashim@gmail.com

*transkrip temubual ekslusif: Mamat Khalid

Rabu, 5 November 2008

new york chicken?

Salaam.. petang semalam aku pergi prebiu Cicakman 2 ~ Planet Hitam tapi bukan pasal itu yg aku nak cerita. lagipun ia tayang bulan depan.. rev aku? kemudian!.. tapi, rasa nak komen gak satu mende iaitu 'kereta kebal' prof klon nampak cgi sesangat!.. eh! taknak! taknak! aku taknak rev sekrg!.. lalala!

aku nak cerita pasal pushcart hotdog 1901 yg buat cameo dalam filem tu (read: product placement) bila keluar panggung, aku terus tegur & salam dengan founder jenama ini ~ En. Zakir (Executive Director) & isterinya Tengku Rozidar (CEO).. fyi, dalam tahun 1997 masa zaman ekonomi gawat dulu, aku pernah kerja part-time jaga pushcart hotdog 1901 kat sunway pyramid, subang parade, ampang point & sekejap kat plaza shah alam.. masa tu mereka sedang dalam proses nak francais-kan jenama 1901 dimana aku saksikan sendiri betapa susah-payah & jerit-perih sebagai syarikat Melayu nak masuk gelanggang industri makanan segera yg dimonopoli oleh francaiser luar seperti kfc, mcd & lain2. bayangkan itu di tahun 1997/98! di saat2 orang panik dengan keadaan ekonomi tapi mereka teruskan sahaja usaha! aku antara pioneer yg jaga pushcart di sunway pyramid yg 1st dibuka di luar kedai flower & candy yg juga milik mereka berdekatan panggung wayang tgv.

rujuk sini >> history

sehingga hari ini, aku masih ingat pertanyaan Tengku Rozidar seandainya aku mahu joint sebagai permanent staff 1901 "you nak jadi a small fish in a big pond.. or a big fish in a small pond?" sejujurnya aku berat hati untuk berhenti kerja tetap di syarikat 'big pond' masa tu. biasalah bila dah dalam comfort-zone, aku agak skeptikal untuk melepaskan apa yg sudah aku pegang. lalu aku menolak untuk bekerja dengan mereka yg ketika itu masih 'small pond'. betul! aku tak menyesal apa2 kerana aku sudah capai suatu level yg boleh dibanggakan untuk diri di syarikat yg sama dari dulu sampai sekarang. oh! itu cerita lain, rezeki aku memang di sini Alhamdulillah..
kamu tahu? setiap kali aku bawa anak2 bersiar di pasaraya yg ada pushcart 1901, pasti mereka mahu singgah untuk beli hotdog & ice lemon tea.. haha! sebenarnya aku yg mengajar mereka makan di situ sejak kecil! dan setiap kali itu jugalah aku akan ulang beritahu mereka bahawa "papa pernah kerja jual hotdog ni tau!"

sungguh! apa yg aku sangat banggakan ialah hari ini mereka telah buktikan bahawa 1901 telah menjadi a giant fish in a big pond! TAHNIAH! En. Zakir & Tengku Rozidar ;-)

oh ya! my fav hotdog anak-beranak ialah New York Chicken.. yummy!

Selasa, 4 November 2008

Kalau papa dan mama tak ada (pt.2) ~ pesanan untuk abang & adik

Awal Amien Ajami (adik) & Aliff Eiman Ajami (abang)

Kalau papa dan mama tak ada (pt.1)
(pesanan untuk abang & adik)

kalau papa dan mama tak ada..
kamu jangan gaduh-gaduh
tengok pipi abang, itu pipi papa
kalau adik tumbuk, adik tumbuk papa
tengok hidung adik, itu hidung mama
kalau abang cubit, abang cubit mama

kalau papa dan mama tak ada..
kamu jangan marah-marah
bola abang punya, basikal adik punya
kalau bola pecah, jangan marah adik
kalau basikal rosak, jangan marah abang
sebab semalam
abang naik basikal, adik main bola
kamu kongsi sama-sama
kamu tukar sama suka

kalau papa dan mama tak ada..
jangan gaduh-gaduh
jangan marah-marah
tengok mata kamu sendiri
itu mata papa, itu mata mama
itu mata abang, itu mata adik
abang sayang adik, adik sayang abang

nanti kami balik
kita peluk ramai-ramai

~ajami hashim@301008~

Kalau papa dan mama tak ada (pt.1)
(pesanan untuk abang)

kalau papa dan mama tak ada..
abang tolong adik tukar lampin dia
pergi ke kolam KLCC berdua
bancuhkan susu adik 3 sudu sebotol
dodoikan adik bila nak tidur

kalau papa dan mama tak ada..
abang peluk adik bila menangis
goncangkan buai, kongsi mainan
pujuk kalau merajuk
belai kalau mengamuk

kalau papa dan mama tak ada..
abang pegang tangan adik bila berjalan
perhati lariannya di padang
kalau terjatuh, cepatlah rangkul
sapukan luka, tuamkan lebam

tapi abang janganlah susah
sekarang papa dan mama ada sebelah
pejamkan mata hilangkan gundah

~ajami hashim@101006~

mahhass berkata..

Saudara Ajami yang aku hormati,

Aku tak sure samada nak tulis ini secara formal ataupun sekadar ‘teks mesej’ (secara literal) lalu aku pos di comments blog kau. Aku tulis pun atas dasar kau kenalan saiber aku (walaupun kita masih tak berpeluang bersua-muka lagi).

Ya, ini rebiu filem pendek SMS yang aku tonton di youtube yang kau sudi upload (sekurang-kurangnya dapatlah aku merasa walaupun duk jauh) dan filem kau ini adalah filem ke-2 selepas Cekik oleh Jhebat (binfilem) dalam banyak-banyak yg ditayang di Maskara-Shorties baru2 ni (ciss kenapa Festival ala Cinema-Paradiso ini tak wujud masa aku di KL dulu huh? Serius, aku bangga dengan kau orang semua).

Ok untuk filem kau, sejujurnya, bakat kau ada terserlah, cuma kau nampak terlalu berhati-hati yang akhirnya memakan diri (baca: filem) sendiri. (Mungkin kau dah boleh terhidu kenegatifan rebiu aku ini)

Pertamanya, terus terang aku tak faham isi kandung cerita SMS secara keseluruhannya. Dan sebetulnya, tontonan kedua (secara memaksa) juga begitu.

Keduanya, kau tampak ‘terlalu berusaha’ untuk mewujudkan kepelbagaian intepretasi penonton, eksposisi terhadap plot yang divisualkan, sebab, akhirnya kau sendiri yang terpaksa bersusah payah menjawab segala teori kekeliruan itu (dan kau tak boleh anggap semua penonton boleh diberi penjelasan oleh pembikin filem itu sendiri – kerana apabila ini berlaku, ia bukan lagi menjadi sebuah filem, tetapi menjadi sebuah bahan eksperimen).

Sesebuah filem harus ada ciri-ciri atau klue yang jelas (walaupun simbolik, simplisiti atau subtle), memberi reaksi, kesan mood dari visualnya secara langsung tanpa perlu sebarang ulangan dalam plotnya (maksudnya aku tak rasa perlunya kau menjelaskan situasi per situasi melalui plot ekstra “ulangan”) – sebab kau bukan bikin dokufilem, kau bikin sebuah fiksi menampilkan dua karakter.

Betul, ada cerita interesting, steamy, intimasi (dialog2 teksnya) serta berunsur realisme sosial kritis di dalamnya. Ya, mainan simbolis kau juga memang kreatif, tetapi aku sebagai penonton yang mewakili orang cetek ilmu filem, tidak akan melihat itu sebagai sebuah ending yang berkesan. Filem berdurasi pendek, sepatutnya lebih elok dipermudahkan, justeru berlarutan kesannya. Anti-klimaks tak apa, tapi usah terlalu ‘bundar’ kelirunya.

Kalau konsep surrealisme, kau boleh sahaja bermain dengan jukstaposisi esentrik (atau yang pelik-pelik lagi merepek – rujuk binfilem) yang boleh saja membingungkan audiens tetapi masih membuahkan persoalan2, tapi sayangnya tidak pula ada unsur itu dalam naratif filem ini.

Serius, aku rasa "SMS" kau gagal dalam konteks intepretasi (dan hampir tidak wujud, melainkan mesej teknikal yang kau sampaikan sendiri dalam blog kau).

Dari sisi ide & konsep, aku kagum, ia sangat baik dan original, bermula dengan penuh edgy lagi erotis tapi akhirnya menjadi cheesy lagi ambigus.

Maafkan aku, tapi aku harap kau optimis.

Selasa, November 04, 2008 3:27:00 AM

http://mahhass.blogspot.com/


* rebiu2 oleh yg lelain:
~ amyikram
~ binfilem >> gua suka ending yg lu suggest-kan bro!
~
miezi
~
syd
~ gunx


ref: "SMS" oleh Ajami Hashim ~ post mortem?

asal-usul "SMS"


Ahad, 2 November 2008

"SMS" by Ajami Hashim ~ post mortem?

"SMS" WORLD PREMIERE! muahaha!

NOTA: "SMS" dicilok dr 2 mtv lama aku ~ lakonlayar.blogspot.com
"SMS" berkisar pasal khidmat pesanan ringkas kata orang Melayu atau short message service kata orang Inggeris (sangat lurus bendul kan?). Cara penontonan filem pendek ini ialah dengan dua kali berturutan untuk memahaminya (agak mencabar minda rupanya sampai ada org tak faham? padan muka aku! kahkahkah!)

PENERANGAN KAEDAH 1: (spt yg aku dah jawab kat blog miezi yg merepek)
>> ekceli SMS = lies! bukan korang jer yg konpius!.. kucing umh aku pun sama!.. muahaha! fyi, KERETA 1/driver/top ~ nak sexs ajer not true love.. KERETA 2/passenger/bottom ~ ada affair dgn org lain.. 1st view ~ kita as org ke-3 nampak relationship derang mcm hepi giler mcm dlm sms sesama derang tu.. 2nd view ~ kita bubuh diri kita dlm diri derang.. KERETA 1 ~ lebih ambil perhatian/control pd relationship derang (coz dia a driver) selagi dia dpt apa yg dia mahu.. KERETA 2 ~ dah tak sure dgn relationship derang tapi masih layan/ikut gak (coz dia cuma a passenger) just go with the flow ke mana2 pun couldn't care less (sebab tu masa sms pun mata merayau ke sana-sini).. TAPI.. kalau taknak interpret apa2 pun takper janji layannn muzik mcm tgh clubbing!.. TIBA2 JADI 18SX PULAK SHORT FILM GUA!.. HAHAHA!

PENERANGAN KAEDAH 2: Aku terangkan secara didaktik (kononnya ala2 akademik! lalala..)

1. Penontonan pertama - baca teks SMS yang tertera dan fahami isinya kerana ia adalah yang TERSURAT! directly! straightforward! lapisan kulit!

2. Penontonan kedua - ini yang TERSIRAT! indirectly! hidden meaning! isi sebenar! bandingkan posisi di mana penghantar SMS duduk? siapa pemandu dan siapa penumpang? atau mungkinkah mereka dalam kereta yang sama? juga lihat pergerakan visual pemandangan (kamera adalah 'mata' penghantar sms) ..dan dengar betul-betul rentak muzik kedua-dua penghantar SMS ..yang mana ambient-techno? (rancak) yang mana dark-ambient? (sentimental) ..siapa yang konsentrasi? (fullscreen) ..siapa yang melankolik? (cinemascope) ..siapa yang laju? siapa yang perlahan?

Selepas itu, mungkinkah (atau tak mungkin langsung!) penonton akan berfikir yang lain makna sebenar SMS di antara kedua-dua penghantarnya? tak mustahil juga penonton akan berimaginasi apakah status hubungan mereka sebetulnya? suami-isteri? pasangan kekasih? majikan-pekerja? hubungan sulit? pasangan normal/gay? atau.. hanya dirinya sendiri?

Manusia memang begitu bila berkomunikasi. Kadang-kadang hanya dengan SMS yang berkecamuk ayat dan perkataan, kita faham apa makna asasnya. Tapi sejauh mana maksud SMS itu jujur dan benar? Mungkin ia adalah bohong. Isi hati sebetulnya barangkali tidak sama dengan mesej taipan SMS.

Itulah.. Kadangkala apa yang tersurat BUKAN apa yang tersirat!

rujukan & cara bercerita:

1. buku 'On Directing Film' oleh David Mamet (ms.2)

'a succession of images juxtaposed so that the contrast between these images moves the story forward in the mind of the audience'

‘tell the story in cuts; through a juxtaposition of images that are basically uninflected’

>> interpretasi apa naratif "SMS" dengan menyambungkan semua imej-imej rawak yang bergerak dan bunyi (muzik) yang didengar untuk menghasilkan apa sahaja sebuah cerita penuh mengikut kebebasan tafsiran minda masing-masing (atau mungkin tidak ditakrifkan langsung - hanya momokan ala mtv avant-garde pretensi kosong!)

2. 'Kuleshov Effect'

'a montage effect demonstrated by Russian filmmaker Lev Kuleshov in about 1918'

'edited together a short film in which a shot of the expressionless face of Tsarist matinee idol Ivan Mozzhukhin was alternated with various other shots (a plate of soup, a girl, an old woman's coffin)'

>> suntingan dengan menyambungkan video yang dirakam secara rambang berlainan tarikh dan masa (stock footages) serta TIDAK langsung berkaitan atau dirancang untuk menghasilkan "SMS" kemudiannya diadun dengan muzik latar (audio) yang secara tidak sengaja 'kena' (mungkin) dengan pergerakan imej

3. Exposition

'is a technique by which background information about the characters, events, or setting is conveyed in a novel, play, movie or other work of fiction; this information can be presented through dialogue, description, flashbacks, or even directly through narrative (sms)'

>> menyuapkan makna secara terus dan didaktik (mungkin memaksa atau tidak peduli) melalui mukadimah, arahan cara menonton dan tulisan dalam "SMS"

ini tease-spoon!.. errr! TEASER?


poser.. eh! poster:

'still' loving you!





tajuk: "SMS"
penerbit/pengarah/penulis skrip/penyunting/dop/pelakon: Ajami Hashim (ya! aku buat semua!)
durasi: 4 minit 52 saat
tagline: Kadangkala apa yang tersurat BUKAN apa yang tersirat.
links:
KOSMO 26.10.08


Sabtu, 1 November 2008

Antoo Fighter ~ ya! aku suka tengok kepak Drakulat!

Salaam.. ia sememangnya selamat utk tagline: hiburan utk seisi keluarga! pd pndpt aku ia sebuah filem ber-CGI & kesan khas solekan oleh Ella Sandera yg mencuba dgn gigih sekali. tahniah utk itu! cuma aku teringat salah satu soalan yg dikirim melalui e-mail setahun yg lalu oleh seorg student UiTM >> Q&A

12. Adakah dengan penggunaan media atau efek yang terkini dan terbaru mampu menghasilkan filem yang berkualiti atau media tersebut hanya membantu menguatkan filem tersebut?
> Bergantung kepada tujuan dan bagaimana penggunaannya? Efek khas hanyalah eksesori sesebuah filem kerana tunjang utama kualiti sesebuah filem ialah ceritanya. Kecuali sesebuah filem itu majoriti pembikinanannya memerlukan efek khas misalnya filem fiksyen sains yang akan dikatakan berkualiti dari segi teknikal [mungkin cerita kurang berkualiti]. Efek khas juga membantu menguatkan penceritaan sesebuah filem dalam sekuen babak yang mustahil dibikin dengan lakonan pelakon dalam set/prop semata-mata.

baca keyword aku dlm jawapan di atas iaitu 'cerita' atau 'penceritaan'. filem ini sebenarnya ada potensi utk menyeronokkan cuma ia seakan hilang punca utk 'bercerita' yg mana satu? di mana agaknya 'lubang' itu? ok! ini pndpt aku: ACT 1 (introduksi) naratifnya sudah berjaya dgn mencampakkan konflik pokok iaitu Drakulat & kuncu-kuncunya akan menghancurkan dunia seboleh yg mungkin dgn apa cara sekalipun! malah kali ini mereka lebih kuat setelah 'berlatih' dgn gigih semasa dikurung dlm labu sayong! maka siapakah yg akan menentang mereka? well done! titik kematian Pak Din & 'penyerahan kuasa' kpd Poh Jee ialah plot-point ke ACT 2 iaitu bahagian cerita yg paling penting utk pembentukan team Antoo Fighter terkini yg sewajarnya lebih kuat dari Antoo Fighter zaman sebelum mereka. rasanya bahagian ACT 2 inilah yg agak meleret. betul! ACT 2 adalah isiperut sesebuah filem yg panjang (bukan meleret) tetapi ia mesti disumbatkan dgn pelbagai konflik & turun-naik subplot. dan betul memang ada! penculikan Delyla perlu! pencarian Guntur pun penting! cuma agaknya penggangguan Drakulat & geng kpd KL, introduksi peralatan cangih, pemilihan cara penubuhan & latihan Antoo Fighter terlebih-lebih. jujurnya penonton menunggu mereka utk berlawan dgn Drakulat & geng! (tajuk filem ini ANTOO FIGHTER ok!) khalayak mahu mereka memakai uniform itu segera & cuba try test power mereka! pasti ada cacat-celanya anggota Antoo Fighter yg baru direkrut bukan? berbanding dgn kekuatan & pengalaman Drakulat & geng yg dah berkurun immortal! sudah tentu mereka gagal pada kali pertama. ya! gagalkan mereka! kalau ada ahli Antoo Fighter nak tarik diri pun lagi bagus! kalau ada yg cedera parah dah nak mati pun.. lagi tragik! ini dipanggil middle-point dlm ACT 2 (read: hero selalunya kalah dulu kan?) up the ante kata org putih! ia ialah babak hitam paling teruk dlm super heroes film! lepas itu barulah Antoo Fighter bangun semula utk ACT 2-part.2! mereka mesti berjuang tidak boleh tidak kerana cuma mereka harapan KL bukan? Drakulat & geng mesti ada kelemahan. Antoo Fighter kena belajar dari kesilapan mereka. Antoo Fighter mesti dapat idea paling best giler bagaimana utk tewaskan Drakulat & geng! kemudian barulah masuk ACT 3 iaitu klimak pertarungan paling sengit! sesengit-sengitnya! lagipun khalayak dah pasti mereka akan menang! lepas tu habiskan cerita secepat mungkin & boleh buat Antoo Fighter ~ part.2!

ringkasnya Antoo Fighter seperti filem2 Mat Sentul yg telah dikemaskini (updated) TAPI ditayangkan terlewat dari zamannya (outdated) juga mungkin hebat di planet lain?.. ouch! btw sapa2 produksi Antoo Fighter yg baca rev ni janganlah kecik ati ok! ini pendapat 'memandai-mandai' gua ajer! don wori! filem2 ber-CGI selalunya laku di pasaran coz budak2 suka tengok (tambahan lagi cuti sekolah) & diorg peduli haper pun psl naratif kan? kan? kan?.. aku ulang suara! ya! ia memang hiburan utk seisi keluarga!.. dan ya! aku suka tengok kepak Drakulat!

*SAKSIKAN FILEM INI DI PAWAGAM MULAI 27 NOV 2008!
http://antoofighter.blogspot.com/
http://www.antoofighter.com/


p/s: korang cuba beli mana2 vcd/dvd Power Rangers (team siri yg mana satu pun coz dia ada byk zaman).. sebegitulah struktur asas cerita yg SAMA (read: ACT-1: Raksasa baru dtg kacau planet, ACT-2A: Power Rangers try lawan raksasa guna skill asas tapi kalah teruk! ACT-2B: Power Rangers bangkit semula dgn plan baru berdasarkan kelemahan Raksasa masa fight kat ACT-2A, lastly ACT-3: Raksasa mati.. pastu next episode ada Raksasa baru yg lain pulak cuma tukar kostum & power jer!) berulang kali utk setiap episod! tak percaya?.. betul! coz aku tgk Power Rangers dgn anak2 aku! hahaha!

*bloggers:
~ coldheartediceprincess
~ dennasour
~ adiluqman
~ amyikram
~ romankodian
~ tontonfilem