Selamat Pagi Cinta ~ momen-momen panjang?

AMARAN: ulasan ini ada SPOILER!
The most important question we ask when writing a Love Story is: "What's to stop them?" ~ Story by Robert McKee pg.95

Mudah bukan? Campakkan sahaja 'halangan' itu di antara dua orang yang bercinta, maka mungkin akan berhasil sebuah kisah cinta. Betul? 'Halangan' itu boleh siapa atau apa saja yang berada di tengah-tengah. Persoalannya mudah sahaja, samada 'halangan' itu adalah pemisah atau sebaliknya sebagai penemu untuk cinta yang benar-benar sejati kemudiannya? Ia menyoal adakah 'dia' yang menjadi pasangan hidup kita hari ini ialah 'the one' yang sebetul-betulnya untuk kita? Apa akan terjadi seandainya perhubungan itu terputus atau 'dia' mati di tengah perjalanan semasa bersama lalu meninggalkan kita seorang diri? Adakah kita akan mahu terus hidup dengan kenangan silam atau beranjak ke depan untuk mencari penggantinya? Life must go on! Ok! Itu falsafah cinta jiwang yang aku reka dari filem ini. Betul atau tidak.. terpulang kepada kamu untuk menilainya selepas tamat menonton filemnya (kalau mahu) dan setelah habis membaca ulasan ini!

Ya! Filem Selamat Pagi Cinta mengulangi momen-momen itu sekali lagi! Pertembungan dan terserempak di antara Ilham-Julia dan Azam-Suci dibuat berulang-kali di awal naratif. Dengan insiden apa lagi yang bukan klise mahu kamu tukarkan? Memang itulah lazimnya awalan sebuah kisah cinta yang perlu untuk menjumpakan 2 orang yang asing untuk bercinta bukan? Manisnya! Filem ini rasanya hanya meringkaskan pertemuan itu semudah-mudahnya kerana cerita utama ialah apa yang akan berlaku seterusnya?

Namun begitu, jujur aku nyatakan bahawa menonton babak-babak klise yang terlalu lusuh dan sama seperti filem cinta sebelum ini, awalnya aku muak TETAPI terkejut dengan durasi ambilan kamera yang lama! Berani mati! Dalam hati aku berkata. Keberkesanan babak-babak panjang ini mula terasa dan peliknya aku mahu tunggu! Kenapa? Kerana hebatnya lakonan Que, Amani, Pierre dan Fazura! Seandainya pelakon lain mungkin aku sudah keluar panggung pada 10 minit yang pertama. Inilah kekuatan filem ini iaitu pada pengaksian setiap pelakon 'character actor'.

Naratif asasnya memang mudah namun bila diceritakan secara 'character driven' ia jadi menarik. Aku dah tak peduli dengan muzik latar iaitu kebisingan yang kurang kena dan kedengaran sangat murah. Aku mahu tonton cerita ini bergerak ke depan seterusnya kerana mahu lihat sejauh mana kesemua watak berkembang untuk bercerita walaupun ia kisah cinta yang sangat klise. Babak-babak panjang sebegitu pernah aku tonton dalam filem-filem indie dimana selalunya plot amat berat dan banyak subtext. Tapi ini filem cinta komersial bukan? Yang selalunya suntingan pendek-pendek dari berbagai sudut untuk merangsangkan mood dan memudahkan pelakon untuk melakonkan 'take' adegan yang banyak dialog. Filem ini ada ketikanya pelakon seolah dibiarkan untuk menukar-nukarkan perwatakan mereka dari berbagai ekpresi dalam satu tangkapan kamera yang lama. Wow!

Cerita Ilham-Julia ialah kisah cinta yang matang dan berjodoh di usia yang muda. Tiada babak merisik, bertunang, bernikah dan bersanding diperlukan. Aku faham bahawa ia kisah ala Laila-Majnun yang hampir sempurna tapi Ilham berpenyakit kronik (errr.. aku kurang pasti penyakit apa ntah?.. tapi kalau batuk mesti keluar darah dari mulut?) Konflik 'halangan'nya ialah ajal Ilham. Cerita Azam-Suci pula ialah kisah cinta remaja yang kena pada usianya. Juga aku mengerti bahawa ia umpama Romeo-Juliet yang akan tragik. Konflik 'halangan'nya ialah 'menantu idaman' ibubapa Suci iaitu Yusry.

Oklah ia memang klise! Cuma aku rasakan bahawa lainnya kreatif sedikit apabila Julia akhirnya 'memungkiri' juga janjinya kepada Ilham (in a good way) untuk tidak terus menjadi janda muda. Dia akan menemui cinta sejati yang sebenar-benarnya kemudian hari. (baca: selalunya sampai ke sudah kerana janji 'sehidup-semati' watak yang masih hidup akan berpegang kepada sumpah cinta itu) Begitu juga Suci yang patuh kepada pilihan orang tuanya untuk menerima Yusry sebagai jodoh tanpa melarikan diri untuk mengejar cintanya kepada Azam. (baca: selalunya kisah cinta remaja akan memberontak menentang pilihan keluarga kan?) Mungkin ini yang hendak diangkat dari lakonlayar oleh Pierre Andre dan arahan oleh Norliana Samsudin - klise tapi lain sikit! hahaha..

Dari sudut time-frame pula, filem ini BUKAN bergerak secara selari di antara kedua-dua plotline. Kisah cinta dan perkahwinan Ilham-Julia adalah dalam jangkamasa 2 tahun yang lalu (flashback). Manakala kisah cinta Azam-Suci ialah 2 tahun kemudian (sekarang). Kedua-dua cerita dijalin berselang-seli seolah berlaku serentak di lokasi yang berbeza. (errr.. ala-ala plotline filem Susuk yang mudah anyone?) Maknanya, kalau disusun semula babak-babak secara linear, kisah Ilham-Julia berlaku dahulu diikuti oleh kisah Azam-Suci. Tiada pertembungan di antara kedua-dua pasangan dalam mana-mana babak dari awal sehinggalah ia bertemu pada titik yang sama di akhir cerita dimana Azam-Julia akan diselisihkan dan ditemukan. Ia menjawab soalan-soalan 'afterthought' falsafah cinta di perenggan di atas apabila filem ini tamat.

Saksikanlah filem SELAMAT PAGI CINTA di pawagam SEKARANG selagi ada tayangan!

*Tahniah kepada produksi MiG, pengarah muda awek cun Norliana dan penulis skrip Pierre.. bro! jangan biarkan gosip-gosip bodoh tenggelamkan karier kau ok!.. korang memang boleh pergi jauh lepas ni!.. juga saksikan Norliana jadi 'Zeta lesbo' dalam filem Histeria akan datang! hahaha! sempat aku promosi filem lain kan?.. juga kepada Que, Amani, Pierre dan Fazura - pedulikanlah kalau orang kata filem ni macam ntah haper-haper janji lakonan korang meletup!.. dan harapnya ulasan ini akan 'menjawab' soalan-soalan sms dari kekawan blogger tegar yang lain: kenapa aku sukakan filem ini? lalala..

pautan:
~ deennasour
~ tmo SPC [youtube]
~ murai.com.my
~ definitionofexplanation
~ adalqisa2110.blogspot.com
~ casrienakhabri.blogspot.com
~ kalambiru.blogspot.com
~ forum.cari.com.my
~ sinemamalaysia [berita]
~ wahiduzzaman-sinema.com.my
~ khesahaku.blogspot.com
~ matasepetku.blogspot.com
~ myshoesmyjourney.blogspot.com
~ roslanrashid.blogspot.com
~ seemyscripts.blogspot.com
~ amyikram.blogspot.com
~ mymuseismyself.blogspot.com
~ kelabkpb.blogspot.com

Comments

  1. Jenuh tunggu update, walaupun jadi org pertama dapat review live tadi (fadz jangan jeles hehe)

    Ajami, merujuk kepada script Ilham sakit barah, cuma selak script yang I hantar kat u tadi dan lupa nak cakap Pierre terkenal dengan idea non linearnya dan cerita ni foundationnya sikit diambil dari serendipity :) tapi kena tengok jugak nih, kalau ajami kata tak bagus pun I masih tetap gi tengok, almaklumlah support ex boss mwahaha!

    Btw, susah nak tengok actor2 yang substain dalam momen2 panjang kan Ajami?

    ReplyDelete
  2. aduh..

    xsuka pierre. fazura ngan amani ok. kira bc review ajami ni dah ok. haha..

    xtahan...kat atas ada 'amaran!'

    ReplyDelete
  3. Salam,

    tuan tanah.. terima kasih sebab link.. saya bukan tidak suka, saya suka. cuma terganggu dengan masalah2 teknikal terutama bunyi dan suara yang membuatkan terganggu ketika menontonnya. Saya setuju dengan komentar diatas,pengaruh Serendipity memang kuat dalam filem ini. Faith of love! cuma.. itu lah... terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  4. uiks, tambahkan daku dalam list review blog lain,
    wah aku suka aku suka kau punya review,
    terutama 2 prenggan terakhir itu.

    uiks,
    lakonan keempat2 mereka mmg gempak,
    gile babas,

    antara perkataan yg sama digunakan kita berdua kali ini ialah "klise"

    perbezaan pula,
    kau mengimas kembali "laila majnun"
    manakala aku "antara 2 darjat"
    akakakaa

    ReplyDelete
  5. miss b ~ oooo! barah ekk? psl derang sustain lamaaa tu yg gua terkamjat trus layannn sampai abis! skrip asal tu X abis baca lagik.. tq dear ;-)

    razor ~ x suka pierre kau totop mata+telinga tiapkali scene dia! hahaha!

    jhhidayat ~ bunyi piano tu rasa nak benanah telinga gua bila byk kali ulang! wakakaka!

    deen ~ fyi dulu2 aku hengat klise tu mcm perodua kelisa??? harharhar

    ReplyDelete
  6. cerita korea + siam + melayu = david teo..hehehehhehehe....

    lu wa selalu terindu...yehaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. suka lah bab batuk kluar darah tu....sokmo gitu.. :-0


    dbi

    ReplyDelete
  8. erm blog aku mencapai bandwidth sudah,
    makanya blog aku down, baru nak review wayang...dush2

    ReplyDelete
  9. Hi Ajami,
    Thanks for including my link in your entry!

    ReplyDelete
  10. along goth ~ ermmmmmmmmmm.. no komen! ahaks!

    dr.dbi ~ mmg byk darah kuar ok!

    deen ~ oit! ingatkan dah kena ban! hahahah!

    ryn ~ tQ kembali dik ;-)

    ReplyDelete
  11. Miss Bratty si Elly / maya darina yang kuar Melodi tu ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts