sinopsis: sinemamalaysia

Akhirnya saya berjaya juga menonton filem ini sebelum ia dibuang dari tayangan di pawagam. Namun sesudah habis menontonnya, saya juga tidak akan terkilan seandai terlepas tayangannya. Filem ini hanyalah sebuah telemovie yang berskala cerita sangat sederhana tapi bercita-cita besar al-maklumlah ia ditayangkan di skrin lebar berbanding di kaca tv. Itulah, bila saya katakan ia hanyalah sebuah telemovie sederhana maksud saya sudah pasti ada telemovie yang pernah saya tonton di stesyen tv tempatan yang lebih hebat naratifnya dari filem ini. Lantas apakah yang membolehkan sangat filem ini diangkat sebagai sebuah filem? Persoalan juga apakah medium cereka drama kekeluargaan seperti ini patut dibikin lagi di masa akan datang untuk sebuah skala filem? Atau hanya layak ke slot telemovie sahaja yang skala naratifnya masakini juga semakin lebih terbuka dan percuma? (baca: kecuali ASTRO). Saya tidak menafikan bahawa drama konflik kekeluargaan seperti ini perlu difilemkan selain genre-genre seram, aksi, epik, sains fiksyen atau genre lain. Namun begitu, pilihan kisah yang hendak diangkat wajar sekali lebih berskala besar berbanding apa yang sudah disuapkan berkali-kali sampai nak muntah di televisyen. Jadi timbul pula soalan apakah 'skala besar' yang saya maksudkan? Oklah! Petanda paling mudah ialah dengan bertanya kepada diri kita sendiri apabila keluar dari menonton sesebuah filem, samada apakah kita rasakan bahawa sangat berbaloi kita telah membelanjakan duit untuk membeli tiket wayang itu dan membayar parking kereta? Berbanding dengan menonton telemovie yang percuma mengikut kesesuaian masa terbuang, banyak iklan dan gangguan gatal tangan nak tekan remote control untuk tukar channel. Ya! Kalau kamu rasakan kepuasan itu setelah habis menontonnya walaupun sedikit, maka naratif filem itu layak saya gelarkan 'skala besar'!.. ahahaha!

Berbalik kepada filem Syurga Cinta ini. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa tiada apa-apa yang terlalu istimewa yang hendak diangkat kisahnya selain dari sindiran-sindiran ringan yang sudah berkali-kali dipaparkan di televisyen! Maaf!.. saya masih tidak dapat mengawal minda dari membuat perbandingan dengan telemovie! ahahaha!.. Filem ini terlalu klise dimana latar kehidupan hitam beronar jahat watak Irham masih menggunakan visual yang sama dengan filem-filem terdahulu iaitu dengan memperlambangkan keseronokan disco bermuzik bingit dengan tarian-tarian berpasangan bebas dan arak.. oh! berkaraoke dengan pasangan suami-isteri juga ditafsir sebagai kegiatan haram yer! Entahlah! samada pembikin filem kita sudah ketandusan idea untuk mewakilkan bentuk kejahatan selain disco sahaja atau sememangnya hanya itulah sahaja paparan mungkar yang WAJIB disumbat bagi setiap filem yang berunsurkan dakwah untuk memperlihatkan kontras hitam-putih masyarakat kita? Sebagai contoh, katalah Irham dan kawan-kawannya bertaruh semasa bermain golf atau di bilik mesyuarat sebelum menerima rasuah atau semasa menggantung poster pilihanraya kecil atau sejurus keluar dari casino di Genting Highlands atau semasa beratur untuk membeli nombor ekor atau bla bla bla.. eh! mungkin ia sudah pernah dipaparkan di kaca tv kot? Maka visual disco sahajalah yang paling sinonim dengan 'jahat' dalam sebuah filem Melayu???

Kesimpulannya, apakah takuk lama naratif filem berunsur dakwah sebegini sampai bila pun akan tetap sama! sama! dan sama? Ok! Sekarang mari tengok, kaji dan belajar dari 'skala besar' filem Kiamat Sudah Dekat di YOUTUBE. Sekian.