Ahad, 26 Julai 2009

yasmin.. aku akan rindukan kamu :-(

Salaam..

Jumaat, 6 Oktober 2006, 2.08 pagi, kali pertama arwah 'menegur' aku dalam dunia siber di blog bicaraskrip. 9 Oktober 2006 pula ialah kali pertama aku bersua-muka dengan dia di pejabatnya Leo Burnett kerana nak ambil salinan lirik lagu Hindi pembukaan filem Gubra yang tiada sarikata dalam tape yang dihantar untuk tayangan ASTRO. Ya! Aku yang burn-kan lirik lagu tu sendiri pada tape house-master yang boleh dibaca setiap kali filem itu diulangtayang. Pertemuan itu sangat ceria kerana seolah-olah kami sudah kenal lama padahal baru 3 hari bertikam-lidah (atau bertikam-jari menaip) di blog. Paling istimewa dan juga mengejutkan ialah bila arwah berikan privilege untuk aku menonton filem Mukhsin seorang diri dalam preview room (masa tu belum ditayangkan di pawagam) dan lepas tu dia tanya pendapat peribadi aku pasal filem itu? Tak giler babas aku nak menjawab directly kepada si filmmaker sendiri depan-depan? Dalam pejabat peribadinya juga, arwah non-stop bercerita pasal koleksi buku-buku filmmaking dan buku lukisan dalam almari.

Itulah kali pertama juga aku kenal perkataan 'haiku'. Naik berbuih juga mulut arwah menerangkan itu dan ini mengenai al-kisah bagaimana cara dia membikin filem berdasarkan cara seperti melukis, haiku, puisi dan perasaan dalaman. Aku hanya terkebil-kebil dan sekali-sekala mencelah dengan nada memandai-mandai juga (sebenarnya masa tu ilmu cetek aku cuma berkiblatkan buku-buku scriptwriting dari Hollywood). Betul! Sejak bertemu arwahlah aku mula melihat sisi lain sesebuah penceritaan filem. Sebelum balik, arwah pinjamkan aku buku On Directing Film by David Mamet yang selepas aku habis baca masa nak pulangkan balik, arwah kata dia dah beli yang baru dan bagi terus yang ada pada aku. Malahan arwah berikan pula hadiah buku lain yang baru dibeli bertajuk Making Movies by Sidney Lumet yang juga sampai sekarang aku jadikan rujukan. Sekarang bila tengok balik kedua-dua buku itu aku jadi sedih dan sangat terkilan.

Kali terakhir aku bertemu arwah ialah di tingkat bawah Pavilion selepas tayangan pembukaan filem Terminator pada 28 Mei 2009 yang lalu. Dia kata sangat admire dengan watak Marcus Wright. Memang begitulah setiap kali kami berjumpa mesti nak cerita pasal filem filem filem. Dan sms terakhir arwah kepada aku ialah bila aku ulas filem The Departures (Okuribito) ..biasalah kadang-kadang arwah tak letak komen tapi hantar sms untuk ceritakan pendapat peribadi dia dan komen yang diletakkan di kotak komen pula respon yang lain. Inilah sms itu:

"Did u know the classical piece the hero's orchestra was playing in Departures was Beethoven's last composition before he died, in celebration of his son's birth? Very early in the film dia dah foreshadow death and birth. Departures is SO clever that even many American critics didn't get it." (4:01pm, 18-06-09)

Sekarang aku makin sedih bila ingat balik pasal watak Marcus Wright dan filem The Departures yang kedua-duanya berkaitan 'kematian'. Adakah arwah 'foreshadow' pemergiannya juga kepada aku?

Khamis lepas aku sangat terkejut bila menerima sms bertalu-talu dari rakan-rakan tentang 'kematian' beliau. Aku cuma reply "rumours".. Ya! Aku in denial bila mengetahui berita sebenar. Aku takut. Aku betul-betul tak mahu kehilangan dia. Selama 3 hari yang lalu aku buat-buat tak tahu dengan laporan akhbar dan internet. Aku tak nak percaya ia benar-benar berlaku! ..dan hari ini ia betul-betul terjadi! Abang Mamat Khalid yang pertama sekali sms pukul 12:05 pagi.. dan aku hanya membaca sms itu tanpa sebarang reaksi. Maaf kawan-kawan yang telefon atau sms sebab aku tak balas, aku tak angkat sebab aku masih in denial. Masa aku menaip inilah baru aku rasa sangat terharu dan menangis seorang diri mengadap laptop. Ya! Di sinilah blog dan internet bermula semuanya! Kamu terlalu cepat pergi sahabatku!

Sebenarnya sebelum perkenalan tak dijangka yang hanya melalui blog itu, aku hanya pernah membaca nama dan melihat gambar dia dalam akhbar The Sun semasa isu filem Sepet yang dipotong beberapa babaknya oleh LPF. Masa itu, aku kata "Siapa makcik ni? Apa yang hebat sangat filem itu sehingga dia betul-betul mempertahankan beberapa potongan babak sahaja?" Sejak itu aku mula mencari maklumat siapakah sebenarnya pengarah wanita itu? Dan akhirnya aku dapat jawapan kepada soalan tadi bila beliau sendiri pernah beritahu aku "A film is like a house of cards.. kalau kita cabut salah-satu maka runtuhlah ia." Memang! Sepanjang berkawan dengan dia, aku banyak belajar kata-kata hikmat/peransang samada di kotak komen blog, sms atau semasa berbual dengan dia. Kadang-kadang aku sendiri tersengih-sengih seorang diri kerana lambat pick-up apa yang dia maksudkan? Sampaikan salah satu berbalas-balas komen di blog aku jadikan entri ini >> bicaraskrip

Berikut pula, jawapan arwah pasal babak penutup telefilem Rabun:

yasmin said...
actually, an old korean film did something like this too - where those who were dead came back at the end.and way, way before the korean film or benton's "places in the heart" or "rabun", a poem called "theatre impressions" by nobel laureate wislawa szymborska already introduced the idea. (you see, film is so lambat compared to poetry and painting!)

"For me the tragedy's most important act is the sixth:The raising of the dead from the stage's battlegrounds,The straightening of wigs and fancy gowns,removing knives from stricken breasts,taking nooses from lifeless necks,lining up among the livingto face the audience."
- Wislawa Szymborska

Mon Oct 23, 06:48:02 AM 2006

Jawapan untuk entri berikut, arwah kembangkan lagi sebagai writeup di column NST:

Sunday, October 08, 2006
thestoryteller tanya.. bicaraskrip jawab.. (Pt.1)

yasmin said...


the most beautiful subtexts give you a glimpse into the secret compartments of a filmmaker's conscience. so secret that the filmmakers themselves were not aware of them, until they appear, mysteriously, in the work.

therefore, the answer is NO, a filmmaker must not think so much about subtexts while making the film. he/she must rely on pure instinct and feeling. nanti subtexts tu akan keluar dengan semulajadi.

kalau dipaksa-paksa, nanti the outcome will be fake, contrived, and insincere.

"the most essential element in all movies is true sentiments. be it for blockbusters or low budget productions, the movie must convey real sentiments."

- zhang yimou

Sun Oct 08, 02:02:00 AM 2006

***

Sunday, October 08, 2006
bicaraskrip tanya.. thestoryteller jawab.. (Pt.1)

bicaraskrip tanya soalan ni:

yasmin,
is it a 'KESALAHAN' if khalayak menterjemah 'subtext' in any film on their own?.
# posted by bicaraskrip : Sun Oct 08, 06:30:57 AM 2006

thestoryteller jawap:

arguably, there's no "kesalahan" in anything to do with film or any art form for that matter. but it can get ridiculous and funny, sometimes. the human intellect is so limited that it can only go so far, and then it runs around in circles, gets dizzy, and suddenly black is white and white is black.in an american interview, the late akira kurosawa was complimented by a film critic who described a battle scene in "RAN" as perfect in a visual aesthetic sense. he then asked kurosawa how he could achieve such a perfect shot. kurosawa replied that he had no choice; if he had turned the camera a little to the left, you would have seen a supermarket, and if he had shifted it to the right, you would have seen a parking lot.so you see, memang tidak ada "kesalahan" for the american critic to interpret that scene in his own way, but perhaps now you may understand what i meant by "it can get ridiculous and funny, sometimes".i myself think i'm so bodoh that i usually don't bother to interpret anything in a film. i just look for aspects of humanity which may mirror me in an honest way. in short, i just sit back and dengar cerita. kalau nangis, nangis lah. kalau ketawa, ketawa lah. i watch films like a child would. i don't care how much subtext or semiotics or dramatic ironies or whatever the filmmaker put into into his shot, if he failed to move me, he failed.film students in europe and america were obsessing about such academic navel-gazing from the 1960's to the 70's ( a mindset some of our angry old school academicians cannot seem to pull away from! ), but when it became more and more obvious that the filmmaking geniuses to come out of that generation were not academic, they started to wake up. in fact it's true of filmmakers throughout history.

d.w. griffith - failed journalist
charlie chaplin - stage burlesque comediana
kira kurosawa - unsuccessful painter
satyajit ray - book cover designer
pedro almodovar - shop window display artist
woody allen - university dropout, philosophy major
quentin tarantino - comic bookshop assistant
clint eastwood - lumberjack and soldier

and probably most interesting for me, in an interview by peter bogdanovich, the late great john ford did not even know what the term "film noir" meant! john ford began his working life as a labourer.
# posted by yasmin : Sun Oct 08, 11:44:28 AM 2006

Arwah juga sangat tak lokek ilmu malahan pernah bagi terus buku On Directing Film by David Mamet yang mulanya dia pinjamkan..

bicaraskrip tulis:

Katakan anda ingin menulis babak berikut ‘Seorang budak kecil menangis kehausan, meminta sebotol susu dari ibunya yang sedang sebok memasak di dapur’. Saya namakan objektif babak ini sbg ‘permintaan’

FADE IN:


INT. DAPUR – DAY

MONTAGE:

1. Budak kecil berdiri sambil menangis.
2. Botol susu yang kosong di atas lantai dapur.
3. Ibu sedang terkocoh-kocoh memasak.

FADE OUT.

yasmin said...

the 3-step establishing example you used is excellent.

i myself try to put across feelings without words as much as i can.

sometimes words are necessary, of course, simply because words exist and humans talk!

but sometimes... sometimes just a silent action can be more powerful.

i think sebab tu you menangis during that scene in "mukhsin" where budak tu balut the bicycle bar with cloth.
Fri Oct 13, 10:22:00 PM 2006

Percaya atau tidak, aku juga pernah 'berbalah pendapat' dengan arwah dalam blog bila aku yang sebenarnya 'keras kepala' nak lawan pendapat dia.. yang aku ingat ada dalam 2 entri:

#1 Love Conquers All

#2 Berbagi Suami (Indonesia/2006) - struktur cerita bagus banget!

di pratonton Mukhsin 27/02/07 GSC MidVallley

Akhirkata, bersemadilah dengan aman wahai sahabatku Yasmin Ahmad.. percayalah bahawa aku akan sentiasa mengingati dan rindukan kamu.. Al-Fatihah :-(

Rabu, 15 Julai 2009

SETEM ~ black comedy ala 1Malaysia?


Kisah komedi perlu mengundang ketawa. Cerita jenayah mestilah serius. Filem SETEM 'mengkahwinkan' kedua-duanya dalam satu naratif yang berkait-kait dan berpusing-pusing. Adakah ia benar-benar menjadi? Apakah situasi kelucuan boleh dicetuskan dari kejadian yang cemas dan berbahaya? Barangkali ya!.. mungkin juga tidak? Baguskah arahan Kabir Bhatia sehinggakan Azwan Ali berjaya berlakon bukan seperti 'Azwan Ali' macam filem-filemnya terdahulu dengan baik dalam filem ini? (walaupun cameo)

bersambung..

*blogger lain katanya? tontonfilem afiqsays marimerepek mykerabukerang nurul-dsp hazelrose79 adamarjuna thewanonly silaserazwanali cartoonrama amyikram cutecurry azmin-kuminpunya katasuhaimi maizura-tbm adenium nununhana dukelucedellamore ikhares yoyoohcom cikgumanstation ummemaisarah adiewaridi ironboard19 adiluqman golden-judd mohdhaiqal deennasour sinaganaga
*media lain katanya? mstaronline tupai

Isnin, 13 Julai 2009

INTAN YANG TERCANAI ~ ulasan oleh Ajami Hashim

"Jika mustahil pada tersurat, carilah pula apa yang tersirat"

Salaam.

Mungkin ini kerenah saya kerana kadangkala apabila hendak menonton sesebuah persembahan teater, saya cuba mengelak dari membaca sinopsisnya. Saya hanya datang dengan spekulasi yang neutral kepada apa yang bakal dipersembahkan. Maksud saya, apa isinya?.. apa ceritanya? Saya letakkan diri saya sebagai penerima yang terbuka kepada apa saja pemberian dari persembahan itu. Jalan cerita yang saya ikuti seumpama mengupas lapisan daun bawang satu-persatu dimana pemahaman saya menggunung sedikit demi sedikit.

Teater ini dipecahkan kepada beberapa segmen secara non-linear storytelling. Naratifnya bermula dari titik tragedi Terowong Al-Mu'aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji pada 2 Julai 1990. Pembukaan kisah dengan kemunculan segerombolan pelakon lelaki dan perempuan yang berpakaian ihram dari arah depan pentas terus ke persada utama pentas secara simbolik melakukan tawaf diiringi laungan Talbiyah beramai-ramai. Klimaknya dengan kejutan muzik latar apabila semuanya bergelimpangan adalah benar-benar dramatik!

Dari situ, kisahnya mula berkembang dan berpusar tentang Danial yang sudah lama/tua (dari gambaran bertongkat) dalam pencarian seorang wanita/sahabat/kekasihnya bernama Ungku Intan di Mekah iaitu salah seorang mangsa dari tragedi menyayat hati itu. Penampilan watak Danial sebagai seorang muallaf dari bangsa India inilah yang menjadi lonjakan mula cerita kerana saya teruja untuk mengetahui lebih lanjut apakah latar hubungan Danial-Ungku Intan?

Seterusnya kemunculan 3 orang Lembaga Suci yang asalnya saya agak keliru fungsi samada ketiga-tiganya ialah malaikat atau metafora isihati dalaman setiap watak? Namun setelah mendengar betul-betul isi monolog mereka, maka saya interpretasikan bahawa mereka ialah voice-over/narrator secara selang-seli kepada kisah-kisah kehidupan Danial dan Ungku Intan.

Segmen persembahan diteruskan dengan flashback panjang tentang latar siapakah Ungku Intan semasa hayatnya dari kecil hingga dewasa. Monolog oleh watak Ungku Intan sendiri mengimbau sejarah hidupnya dan keluarga dengan exposition yang kadangkala saya rasakan redundant - Ungku Intan bercerita di pentas hadapan serentak dengan lakonan sebenar oleh pelakon-pelakon kecil dan watak ibu tirinya di pentas utama.

Saya rasakan teknik sebegini menjadikan tumpuan dipecahkan kepada dua pilihan samada hendak melihat reaksi bahasa-tubuh dan ekpresi wajah semasa Ungku Intan berceloteh atau menonton aksi-aksi lakonan secara mime dengan suara Ungku Intan sebagai voice-over/narrator. Pengembangan cerita diteruskan satu-persatu babak dengan teknik itu yang juga diselangi sekali lagi dengan kemunculan 3 orang Lembaga Suci - kisah pertemuan Ungku Intan dengan Danial, upacara usungan kavadi oleh Danial yang sekaligus memperkenalkan watak Sandha (visual di layar lebar kiri-kanan pentas yang memaparkan upacara perarakan kavadi dikaburkan secara sengaja atau mungkin tidak sesuai untuk sebuah teater dakwah kot?) serta perkembangan kisah hubungan Ungku Intan-Danial di luar negara.

Teknik persembahan/penceritaan yang sama, malah lebih panjang digunakan sekali lagi oleh watak Sandha bila bercerita kepada Danial tentang plot Ungku Intan-ibu tirinya. Namun kali ini watak Sandha kelihatan seakan 'penat' dan bacaan menghafal sahaja kerana ia terlalu panjang berjela. Betul! Isi cerita hubungan naik-turun Ungku Intan-ibu tirinya Makcik Yong Sutinah memang bersambung-sambung untuk beberapa rentetan masa melalui point-of-view Sandha sebagai orang ke-3 kepada Danial. Di segmen ini banyak babak penerangan latar Makcik Yong Sutinah yang seakan terkejar-kejar mengiringi taklimat dari Sandha.

Namun begitu, babak watak Haji Fadzil semasa menghuraikan rentetan tragedi tersebut saya rasakan sangat berkesan dan lebih memberangsangkan untuk diikuti walaupun tanpa sebarang lakonan latar oleh pelakon lain. Ada beberapa rangkap monolog oleh Haji Fadzil yang agak mengejutkan saya apabila seakan 'menyoal' di manakah Tuhan apabila musibah itu melanda dan kenapa tiada keajaiban mampu menyelamatkan jemaah yang sedang beribadah itu? Namun kegusaran saya terjawab dari monolog Haji Fadzil seterusnya mengatakan bahawa semua itu adalah persoalan yang di luar jangkauan manusia (Qada & Qadar) Ya! Saya betul-betul terkesan dengan penyerangan rentangan 'kain merah panjang' secara mengejut ke atas sekumpulan jemaaah haji sebagai simbolisme tragedi itu yang merebahkan/mencederakan semua pelakon.

Kemunculan semula 3 orang Lembaga Suci menghabiskan penceritaan penuh rentetan kisah Ungku Intan-Danial yang membulatkan kisahnya kepada titik mula di awal persembahan iaitu kembali kepada kisah watak Danial yang terkini. Saya mengkonklusikan sendiri bahawa sehingga ke hari ini mayat Ungku Intan masih belum ditemui di Mekah. Danial masih dalam pencariannya dalam keberuntungan kerana ia juga menyebabkan Danial terus berada di tanah suci sehingga akhir hayatnya. Sedikit komen tentang penggunaan layar lebar di kiri-kanan pentas ialah fungsinya seakan terbiar ke babak-babak penghujung persembahan kerana tidak digunakan lagi. (atau saya yang tak perasan? ahahaha!)

Plotline Danial mengingatkan saya tentang kisah filem Kiamat Sudah Dekat - pengejaran jodoh seorang lelaki ke arah seorang wanita yang dicintainya, lelaki itu yang jauh tersasar dari landasan agama kembali ke jalan yang betul di akhir cerita. Maksud saya, tujuan asal untuk memiliki sesuatu yang akhirnya mungkin tidak dicapai mengakibatkan penemuan perihal lain yang lebih baik iaitu kembali kepada agama Islam. Dalam teater ini juga Danial yang digambarkan sebagai asalnya atheist dan cuma mencari Ungku Intan yang hilang, akhirnya menemui pegangan agama Islam sebagai pilihan mutlak. Pencarian Danial yang berakhir di Gua Hira' itu sendiri seakan metafora 'permulaan' bagi Danial kerana di situlah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. diturunkan wahyu yang pertama oleh Malaikat Jibrail dari Allah S.W.T .

NOTA: Saya hanya mengulas persembahan cerita dari teater Intan Yang Tercanai secara pendapat peribadi sahaja tanpa merujuk kepada sudut teknikal (ops! tadi saya ada sentuh sikit pasal layar lebar jer.. ahahaha!) atau bertanya kepada produksi tentang makna sebenar-benarnya kisah dalam teks asal. Tahniah kepada tenaga produksinya. Maaf, seandainya saya ada tertinggal mana-mana plot atau tersasar dalam menginterpretasikan persembahan itu. Saya juga amat hormati karya oleh Saterawan Negara (SN) Dato' Noordin Hassan juga adaptasinya oleh En. Abdul Wahab Hamzah tersebut. Juga terima kasih kepada Zaidah Ahmad Rosly dan Ana Suhana Zainuddin kerana sudi menjemput saya menyaksikan persembahan teater Intan Yang Tercanai.

pautan: http://intanyangtercanai.blogspot.com/

Jumaat, 10 Julai 2009

filem seram: soalan terbuka..

1. Apa pendapat kau tentang filem seram?
2. Filem seram yg macamana kau nak tonton?
3. Wajarkah penerbitan genre seram di-HARAM-kan dlm semua medium cerita (komik/akhbar/majalah/buku/tv/filem/internet)? ..maksud aku SEMUA yer! alang2 nak haramkan!




"horror as a category of ordinary language, is a serviceable concept through which we communicate and receive information. it is not an obscure notion. we manage to use it with a great deal of consensus; note how rarely one has cause to dispute the sorting of items under the rubric of horror in your local video store?" ~ Noel Carroll

TEKNOFOBIA
Channel: Astro Ria (104)
Date: Friday, July 17, 2009
Time: 3PM
Synopsis: LayaRIA mempersembahkan Teknofobia, telefilem yang pastinya menguja minda tentang rasa fobia terhadap teknologi canggih masakini yang mampu menghubungkan kehidupan dari dua alam berbeza.

Isnin, 6 Julai 2009

SUB ROSA ~ filem pendek oleh Nadiah Hamzah (ulasan penuh yang pendek)

Pada pendapat saya, asas naratif filem pendek ini ialah sifat azali manusia yang ingin tahu dari sesuatu perihal yang dilihat secara zahir. Namun setelah didalami, mungkin perihal yang sudah dirasakan sedikit difahami itu sebenarnya ia lebih kompleks. Tajuk Sub Rosa itu sendiri adalah metafora kerahsiaan yang disadurkan sebagai 'tudung' dalam filem ini. Apa sahaja yang terlindung selalunya hendak diselak untuk melihat bentuknya. Setelah itu, tanggapan akan berubah samada akan lebih mendesak untuk diamati atau sebaliknya berhenti dari terus meneliti kerana ketidaksesuaian atau dilarang. Dalam ertikata lain ia adalah nafsu bagi memiliki sesuatu yang bukan kepunyaan kamu. Kecuali kesanggupan kamu untuk mengorbankan atau berkorban dari keperluan diri sendiri untuk mendapatkannya yang pasti akan berubah menjadi perkongsian.

Filem ini mengisahkan Ayesha, seorang gadis kulit hitam muslim yang mula dipertembungkan dengan Kurt, seorang jejaka kulit putih (barangkali beragama Kristian) di sebuah perhentian bas. Kontradiksinya amat jelas dan ketara. Sekali pandang, kedua-duanya sudah tentu skeptikal untuk disekalikan. Lantas kalau diberikan ruang dan peluang untuk mereka mengenali sesama sendiri, adakah ketidakselarian latar di antaranya mampu berkompromi demi sebuah perhubungan lelaki-perempuan? Love conquers all? Omnia vincit amor?
Kedua-duanya membaca buku yang sama Sex, Drugs and Cocoa Puffs: A Low Culture Manifesto - koleksi kisah kehidupan yang komedi. Mungkin itulah juga anggapan mereka tentang cinta yang bertiraikan perbezaan. Bizarre! Mereka hanya mencuba sesuatu yang bukan sekitaran kebiasaannya. Itulah nafsu. Jauh di sudut hati masing-masing seakan pasti bahawa hubungan mereka tidak akan ke mana-mana. Awalnya, mereka hanya mencuba untuk memahami tetapi tidak mengharapkan ia menjadi fahaman sepenuhnya.

Ayesha sendiri tidak meminta untuk mengenali Kurt. Begitu juga Kurt yang hanya seakan mencabar dirinya sendiri untuk mengenali Ayesha seorang gadis yang bukan kebiasaan didampinginya (mungkin juga ditidurinya) Kadangkala penolakan-penarikan perasaan dan prinsip yang sukar difahami itulah penyebab sebuah cinta yang lebih baik kerana kedua-duanya perlu melalui suaikenal yang berperingkat. Babak dramatik dalam bar semasa gig apabila Evan (rakan Kurt) berkasar dengan Ayesha membuktikan bahawa hubungan mereka terlalu drastik. Kerana itulah Ayesha mencadangkan pertemuan seterusnya di sebuah kedai kopi.
Di kesudahan filem ini adakah Ayesha dan Kurt mendapat sebarang konklusi? Mahukah Ayesha terus berhubungan dengan Kurt setelah sedikit menunjukkan rasa hormat serta mempertahankan tentang adab-sopan dan hukum agama diri Ayesha? Kurt pula sudah nampak bahawa kemahuan dirinya sendiri kali ini tidak semudah yang disangka malahan lebih perlu menjinakkan naluri maskulinitinya. Pada pendapat saya, filem ini mampu mengundang persoalan melebihi konteks keagamaan sahaja tetapi juga bertanya sejauh mana perhubungan cinta yang terhadang di antaranya mampu dimiliki? Tahniah Nadiah Hamzah.

Director's profile:
Nadiah Hamzah is based in New York, and is constantly inspired by the many sights and sounds of the city. She enjoys everything and anything by Catherine Breillat, Alejandro González Iñárritu, Takashi Miike, Michel Gondry and Yasmin Ahmad. Nadiah is also an avid cinematographer (DP reel can be seen at www.youtube.com/nadiahhamzah) but wishes she had more chances and money (or any money at all) to shoot on 35mm film. She is currently writing her first feature screenplay.

*ulasan filem-filem pendek terdahulu:
ASTRO Kirana Short Film Awards 08/09
The Amber Sexalogy ~ kisah jiwang Azharr Rudin?