SUB ROSA ~ filem pendek oleh Nadiah Hamzah (ulasan penuh yang pendek)
Pada pendapat saya, asas naratif filem pendek ini ialah sifat azali manusia yang ingin tahu dari sesuatu perihal yang dilihat secara zahir. Namun setelah didalami, mungkin perihal yang sudah dirasakan sedikit difahami itu sebenarnya ia lebih kompleks. Tajuk Sub Rosa itu sendiri adalah metafora kerahsiaan yang disadurkan sebagai 'tudung' dalam filem ini. Apa sahaja yang terlindung selalunya hendak diselak untuk melihat bentuknya. Setelah itu, tanggapan akan berubah samada akan lebih mendesak untuk diamati atau sebaliknya berhenti dari terus meneliti kerana ketidaksesuaian atau dilarang. Dalam ertikata lain ia adalah nafsu bagi memiliki sesuatu yang bukan kepunyaan kamu. Kecuali kesanggupan kamu untuk mengorbankan atau berkorban dari keperluan diri sendiri untuk mendapatkannya yang pasti akan berubah menjadi perkongsian.
Filem ini mengisahkan Ayesha, seorang gadis kulit hitam muslim yang mula dipertembungkan dengan Kurt, seorang jejaka kulit putih (barangkali beragama Kristian) di sebuah perhentian bas. Kontradiksinya amat jelas dan ketara. Sekali pandang, kedua-duanya sudah tentu skeptikal untuk disekalikan. Lantas kalau diberikan ruang dan peluang untuk mereka mengenali sesama sendiri, adakah ketidakselarian latar di antaranya mampu berkompromi demi sebuah perhubungan lelaki-perempuan? Love conquers all? Omnia vincit amor?
Kedua-duanya membaca buku yang sama Sex, Drugs and Cocoa Puffs: A Low Culture Manifesto - koleksi kisah kehidupan yang komedi. Mungkin itulah juga anggapan mereka tentang cinta yang bertiraikan perbezaan. Bizarre! Mereka hanya mencuba sesuatu yang bukan sekitaran kebiasaannya. Itulah nafsu. Jauh di sudut hati masing-masing seakan pasti bahawa hubungan mereka tidak akan ke mana-mana. Awalnya, mereka hanya mencuba untuk memahami tetapi tidak mengharapkan ia menjadi fahaman sepenuhnya.
Ayesha sendiri tidak meminta untuk mengenali Kurt. Begitu juga Kurt yang hanya seakan mencabar dirinya sendiri untuk mengenali Ayesha seorang gadis yang bukan kebiasaan didampinginya (mungkin juga ditidurinya) Kadangkala penolakan-penarikan perasaan dan prinsip yang sukar difahami itulah penyebab sebuah cinta yang lebih baik kerana kedua-duanya perlu melalui suaikenal yang berperingkat. Babak dramatik dalam bar semasa gig apabila Evan (rakan Kurt) berkasar dengan Ayesha membuktikan bahawa hubungan mereka terlalu drastik. Kerana itulah Ayesha mencadangkan pertemuan seterusnya di sebuah kedai kopi.
Di kesudahan filem ini adakah Ayesha dan Kurt mendapat sebarang konklusi? Mahukah Ayesha terus berhubungan dengan Kurt setelah sedikit menunjukkan rasa hormat serta mempertahankan tentang adab-sopan dan hukum agama diri Ayesha? Kurt pula sudah nampak bahawa kemahuan dirinya sendiri kali ini tidak semudah yang disangka malahan lebih perlu menjinakkan naluri maskulinitinya. Pada pendapat saya, filem ini mampu mengundang persoalan melebihi konteks keagamaan sahaja tetapi juga bertanya sejauh mana perhubungan cinta yang terhadang di antaranya mampu dimiliki? Tahniah Nadiah Hamzah.
Director's profile:
Nadiah Hamzah is based in New York, and is constantly inspired by the many sights and sounds of the city. She enjoys everything and anything by Catherine Breillat, Alejandro González Iñárritu, Takashi Miike, Michel Gondry and Yasmin Ahmad. Nadiah is also an avid cinematographer (DP reel can be seen at www.youtube.com/nadiahhamzah) but wishes she had more chances and money (or any money at all) to shoot on 35mm film. She is currently writing her first feature screenplay.*ulasan filem-filem pendek terdahulu:
ASTRO Kirana Short Film Awards 08/09
The Amber Sexalogy ~ kisah jiwang Azharr Rudin?
bila tayangan dia brader?
ReplyDeletebro nak dapat sumber camane ni?
ReplyDeleteha.......filem ni lah yg menarik minat I masa preview setem hari tu..diaorang ada tayang masa kat ruang legar...I like....terpaku i tengok...I like....
ReplyDelete