"salaam, ajami. these are good things to think about, but bila buat filem nanti, just close your eyes and follow your feelings, and these things akan keluar sendiri, without pre-meditation. " ~yasmin ahmad

***

AMARAN! POSTING INI ADA BYK SPOILER!

berikut ialah poem yg menjadi sumber inspirasi yasmin ahmad utk menulis skrip Mukhsin
First Love
by Wislawa Szymborska translated by Joanna Trzeciak
They say
the first love is the most important.
That's very romantic
but it's not the case with me.
There was something between us yet there wasn't.
It transpired and expired.
My hands don't tremble,
when I stumble upon small mementos
or a stack of letters wrapped in twine
—not even a ribbon.
Our only meeting after all these years
is a conversation between two chair
at a cold table.
Other loves still breathe deeply within me.
This one lacks the breath to sigh.
But still, just the way it is,
it can do what the rest are not yet able to do:
unremembered
not even dreamt of
Ini kali ke-2 saya menonton Mukhsin. Sebelum ini saya menontonnya di bilik tayangan sebesar kelas sekolah [ehsan jemputan tuan pengarahnya] melalui video-projector, seorang diri! Manakala di GSC, Mid Valley ini melalui layar lebar [ehsan jemputan GB] bersama ramai penonton yg duduk sepanggung. Ada perbezaankah? Ya! Ada!.. Maka izinkan saya berceritera tentang keduanya.
Dahulu, saya spt seorg pengembara menahan sebuah kenderaan 'emosi' yg dipandu oleh yasmin, lalu beliau tumpangkan saya utk ke destinasi yg seterusnya. Ke mana? Saya sendiri tidak tahu! Cuma beliau ada berpesan "Kamu berhati-hatilah kerana kamu akan melanggar lopak, lubang, tunggul dan jln yg rata!".. Begitulah Mukhsin kali pertama saya mengenali dia.
Kali ini, saya spt pengembara yg sama menahan kenderaan 'emosi' yg sama tetapi kali ini yasmin berkata "Kamu pandu sendiri ke destinasi yg sama spt dahulu! Dan jangan risau kerana kamu tahu di mana lopak, lubang, tunggul dan jln yg rata! Cuma kamu perhatikan pula pokok, sungai, bukit, langit dan sekitarnya supaya kamu lebih kenal & kenang arahmu!"
Turning Points
A scene is a story in miniature - an action through conflict in a unity or continuity of time & space that turns the value-charged condition of character's life. In theory there's virtually no limit to a scene's length or locations. A scene may be infinitesimal. In the right context a scene consisting of a single shot; misalnya Mukhsin 'membalut' batang basikal dgn lapisan2 kain utk keselesaan Orked duduk di atasnya - could express great change! [saya sgt sebak & menangis tanpa disedari di babak ini! why? posting nanti2 saya ceriterakan kemudian]. Conversely, misalnya sekuen aksi kejar-mengejar pihak polis dgn penjahat di atas jln raya, cilok-milok serata KL, stunt lompat jambatan, masuk sungai & akhir sekali kenderaan meletup kat Sg.Gombak [tidak merujuk kpd mana2 filem ok! ini contoh jer!] - may accomplish much less! No matter locations or length, a scene is unified around desire, action, conflict, and change.
REF: Story by Robert McKee [ms. 233]
UPDATED: 1Mac'07-7:55pm
Ok! Anda dah sedia? Kenapa saya menangis? Arakian sebermula al-kisah ceritera..
Saya dilahirkan sbg seorg anak petani kpd Hj. Hashim dan Hajjah Badariah, anak ke-7 dr 8 org adik-beradik; 4 lelaki & 4 perempuan pd tahun 1972. Kehidupan keluarga saya sederhana; tidak terlalu kaya juga tidak daif dgn kemiskinan. Abah & emak saya membesarkan kami adik-beradik hasil usaha tulang 4 kerat mereka setiap hari dgn mengusahakan bendang. Kami adik-beradik sememangnya dikerah juga utk membantu ke bendang apabila balik dr sekolah & hujung minggu kecuali saya! Kerana sbg anak yg kecil bongsu [sebelum kelahiran adik saya] maka saya hanya perlu ala2 memeriahkan majlis shj dimana akan duduk bermain2 di atas pokok mempelam di batasan bendang.
Saya sebenarnya bosan utk duduk menunggu sehingga kerja2 bendang mereka habis. Saya terpaksa mengikut juga kerana tiada siapa hendak 'babysit' saya di rumah. Manja! Itulah saya semasa kecil dahulu. Sebenarnya saya lebih rela duduk di rumah seorg diri menonton tv dpd ke bendang. Tetapi kerana abah seorg yg 'garang' maka saya ikutkan juga ke bendang setiap hari. Kadang2 saya tak faham kenapa saya perlu ikut?
1980- Rutin yg sama. Saya duduk di atas pokok mempelam yg sama dgn mulut memuncung. Panas! Rimas! Waktu itu abah sedang menajak rumput di batasan bendang. Emak dan adik-beradik yg lain sedang menggumpal-gumpalkan rumput yg ditajak oleh abah. [masa tu utk menyewa kubota agak mahal & cara berbendang masih cara tradisional tanpa mesin2 canggih]. Mereka semua agak jauh sepelaung dr kedudukan saya.
Tidak semena-mena 2 ekor ular lidi! [Ya! ular lidi jer! bukan ular sawa atau tedung pun!] menjalar-jalar rewang menuju ke arah pokok mempelam tempat saya duduk! "Abahhh! Makkk! Ularr!" itu sahaja yg mampu saya jeritkan! Abah yg mendengar jeritan bagai nak rak dr saya, segera berlari tergopoh-gapah membawa tajak. Dgn wajah kerisauan yg amat sgt, abah melibas-libaskan tajaknya sambil bertempik-tempik menghalau kedua-dua ekor ular lidi itu yg kemudiannya hilang entah ke mana. Saya terus menangis sekuat hati di atas pokok. Abah tidak memeluk atau menenangkan saya. Malahan abah membebel memarahi saya yg saya sendiri tidak faham kenapa?.. Bukan sepatutnya abah peluk saya? Abah pujuk saya?
2006 - Kali pertama saya menonton Mukhsin. Entah kenapa bila saya saksikan babak Mukhsin 'membalut' batang basikal dgn lapisan2 kain utk keselesaan Orked duduk di atasnya.. saya terkenang peristiwa itu sekali lagi! Sekarang saya baru faham. Saya ingat. Saya mengerti. Kasih-sayang tidak semestinya diluahkan dgn lisan shj. Ada ketikanya hanya dgn beberapa helai kain buruk, Mukhsin mampu menyediakan keselesaan utk Orked sbg tanda kasih-sayangnya! Dia ikhlas. Dia buat apa yg termampu. Dgn apa yg ada seadanya. Babak yg amat menyentuh hati saya! Masa itulah saya amat rindu pd abah & pada emak. Abah memang garang masa tahun2 80an-90an dahulu. Walaupun abah mungkin kurang cakap apa2 yg 'memuaskan' hati kami, atau abah mungkin tak pandai nak cium2, peluk2 atau belai2 kami, tapi selama ini abah sangat sayangkan kami dgn caranya, seadanya. Begitulah babak semudah itu; sebuah basikal, helaian2 kain buruk, tanpa dialog & hanya dgn iringan muzik yg santai, [dan tak ada ular lidi pun!].. saya menangis!
Moral cerita #1: sayangilah seseorg itu dgn apa yg ada, seadanya! mudahan dia akan menyayangi kamu juga dgn rasa yg sama, selama-lamanya..
UPDATED: 2Mac'07-2:00am
Juxtaposition
Sebelum itu, marilah anak2 semua utk mengulangkaji mengenai makna juxtaposition dgn mengklik posting arkib berikut >>>bicaraskrip
Babak yg mana dlm Mukhsin menggunakan juxtaposition? Rujuk berikut:
"And before I know it, 'Nuar Cheese' starts singing Ne Me Quitte Pas. That particular scene has both happy and poignant moment. I was laughing looking at 'Nuar Cheese' singing and at the same time that poignant feeling creeps in when I saw Mukhsin." ~muteaudio
Ya! Babak itu menggunakan cuts shj utk bercerita. Khalayak melihat 2 naratif cerita dlm 2 sekuen babak dgn latar lagu yg sama dlm masa serentak! Di dlm rumah - kebahagiaan Orked sekeluarga manakala di luar rumah - Mukhsin seorg diri terasa terpinggir, kesedihan & merindui Orked. Tiada dialog di antara Mukhsin & Orked. Tetapi khalayak dpt rasakan ada 2 emosi yg berlegar dlm diri & minda keduanya pd waktu yg sama! Pandai! Penulis skrip Mukhsin sgt pandai!
Moral cerita #2: ..kadangkala seseorang yg kamu cari [the one] ada di hadapan mata tanpa kamu sedari! dan apabila dia tiada lagi barulah kamu kehilangannya.. merinduinya..
UPDATED: 3Mac'07-1:20am
Backstory
We're curious about the past, because we know there are interesting stories behind every decision. The current situation is a result of decisions & events from the past. And the choices that have been made will determine other choices in the future. Every screenplay focuses on a specific story - front story [cerita dlm filem yg dipertontonkan kpd khalayak di layar lebar] - the real story the scriptwriter wants to tell. The characters in the front story do what they do & are what they are because of the past - backstory [sejarah/latar cerita & biografi watak2 sebelum tayangan filem].
REF:
Backstory kadangkala mungkin boleh di-interpretasi-kan oleh khalayak merujuk apa yg dpt dilihat & didengar di layar lebar berdasarkan pengalaman atau pengetahuan terhad individu masing2. Paragraf ini adalah pendapat peribadi saya. Dan ya! Mungkin ada yg anda atau yasmin sendiri tidak setuju dgn interpretasi saya ini, maka anggaplah ia cuma pandangan seorg penonton biasa shj.
Mukhsin backstory?
Mukhsin - miskin, broken family, hopeless romantic, gentleman [boy]
Orked - sederhana, happy family, hopeless romantic, tomboy
"Filem mengisahkan pengalaman Mukhsin. Mukhsin adalah seorang kanak-kanak melayu yang ditemukan dengan Orked. Orked pula seorang kanak-kanak perempuan yang dibesarkan dalam sebuah keluarga Melayu yang tidak ortodoks, tetapi tidak liberal. Seperti kanak-kanak lain, mereka bermain, bergurau senda, bergembira tanpa ada sebarang sempadan di antara mereka. Realitinya, keduanya datang dari dua dunia yang berbeza. Mukhsin digambarkan dari keluarga yang miskin, ditambah pula dengan masalah keluarga yang berat. Manakala, Orked pula dibesarkan dari keluarga Melayu yang sederhana dan agak elitis." ~ fiebie
Fiebie betul! Agaknya bagaimana fiebie dpt memerah intipati apakah backstory Mukhsin & Orked? Semuanya terhasil dpd observation seorg penonton biasa spt saya & kamu. Padahal tiada langsung ditunjukkan watak ibu & bapa Mukhsin & Hussein dlm filem ini? Tiada juga dipertontonkan keluarga Orked di luar negara? TIADA sebarang flashback! Semuanya terhasil dr interpretasi khalayak sedikit demi sedikit di sepanjang perjalanan filem Mukhsin dpd dialog & exposition shj! Anda juga boleh merekacipta dlm minda anda sendiri backstory utk Kak Yam, Makcik Senah, Hussein, keluarga jiran2 Orked, org2 kg yg suka tengok bolasepak, kawan2 pembuli Orked even kucing Orked!
Dari sudut sekali imbas, saya menggarap yg tersirat dari setiap backstory dlm Mukhsin mengenai org2 yg dekat & dikasihi, kita perlu mengenali mereka setiap detik spt pertama kali bertemu kerana mungkin ada latar dirinya yg kita tidak tahu, suka & tidak! Kita mesti berkompromi & bertoleransi. Don't judge a book by it's cover! Siapa yg pandai tulis skrip dan arahan filem ini? Ya! Tuan2 dan Puan2.. tidak lain & tidak bukan - yasmin ahmad!
Moral cerita #3: ..menyayangi seseorang perlukan ketajaman taakul.. kenalilah dia setiap detik kerana mungkin ada latarnya yg kamu belum arif..
UPDATED: 4Mac'07-1:50am
Setting
Aku kat mana ni? Mungkin itu salah satu soalan bagi khalayak kali pertama menonton Mukhsin. Walaupun mungkin trailer dan promo di tv/panggung mengintai sedikit apa yg ada di sebalik tirainya, khalayak tetap akan bertanya soalan yg sama utk beberapa minit di intro Mukhsin. Sudah menjadi hukum perkenalan dlm apa jua situasi.
Menurut Robert McKee - A story's setting is 4 dimensional: period, duration, location, level of conflict. REF: Story [ms. 67-69]
1. period is a story's place in time:
Zaman Mukhsin ialah masakini, hari ini, detik ini.. sambil kamu mengelipkan mata membaca posting saya ini, ada ramai Mukhsin di luar sana dgn rasa & cerita yg sama cuma wajah2 mereka yg berbeza. Mukhsin ialah cerita kita, kamu dan saya. Semua org ada Mukhsin dlm kehidupan masing2.
2. duration is a story's length through time:
Berapa lamakah durasi Mukhsin yg khalayak saksikan di pawagam? Secara spesifikasinya Mukhsin berlaku di sepanjang cuti penggal persekolahan Orked. Mungkin dlm lebih-kurang 2 minggu. Semua cerita dipadatkan dlm peredaran waktu sesingkat kurang dpd 2 jam! Hasilnya sgt mengejutkan! Khalayak seolah menjadi mata & telinga semua kejadian dlm hidup Mukhsin & Orked dlm durasi itu, malahan khalayak mampu mengimaginasikan kepala & ekor kisah Mukhsin selepas keluar panggung, semasa memandu, ketika termenung atau menatap wajah org2 kesayangan kamu!
3. location is a story's place in time:
Lokasi Mukhsin? Sebuah perkampungan Melayu yg damai & santai, ada sekolah campur, padang bola, sawah padi, rumah sebuah2 berserakan [sederhana & daif], pekan kecil dgn kedai pool-game, rumah tumpangan & pondok telefon awam dan paling penting - deretan pokok2 yg rendang [utk dipanjat]. Struktur2 hardscape & softscape yg biasa di sekeliling kita. Menjadikan kamu terlalu dekat & selesa dgn lokasinya. Seolah-olah kamu di dalamnya. Merasainya.
4. level of conflict is the story's position on the hierarchy of human struggles:
Yg ini agak kompleks kah? Ada kaitan dgn Maslow Hierarchy? Mungkin juga. Pd pndpt saya, sekali imbas Mukhsin berkisar & berlegar di para2 status masyarakat Melayu pertengahan melurut ke bawah. Sederhana ke miskin. Maka ceritanya adalah kisah majoriti kita. Konfrontasi Gambarajah Venn masyarakat Melayu dimana subset2nya ialah Mukhsin/Orked vs rakan2 sekg, Mukhsin vs Makcik Senah/Hussein, Orked vs keluarga, sesama jiran tetangga dan paling utama Mukhsin vs Orked! Jika kita mikroskopkan lagi, ia juga adalah konflik diri kita sendiri; luaran & dalaman, conscious & unconscious melalui Mukhsin atau Orked. Yg dekat sgt dgn setiap kamu dan saya kan?
Gulungan saya mengenai setting: Mukhsin adalah cerita kita. Selain dialog, ia bercerita melalui riak muka & bahasa badan; tangisan, ketawa, tarian, permainan, masakan, sikatan & uraian rambut, panjatan, tudingan, pelukan, ciuman, usapan, cebikan, jelingan, jeritan, dengusan, meowwan [Bujang si kucing] dan paling saya suka hand movement/dance oleh Mukhsin! Ia juga berkisah dgn warna - lihat costume Mukhsin & Orked semasa 'bersanding' di atas kerusi kayu berlatarkan kehijauan bendang, perhatikan juga 'kebiruan' [costume, set & hujan] semasa lagu Hujan di awal filem dan 'keputihan' dlm rumah Pak Atan terutamanya bilik Orked. Kepudaran [colour saturation] di sepanjang filem ini juga terasa klasik dan segar. Pastikan pula mengapa vespa jiran Pak Atan berwarna merah-terang? Apa maknanya? Prop? Seluar2 dlm di sidaian? Satu jer yg saya akan tanya yasmin nanti iaitu tulisan kaligrafi Cina & lukisan dgn chalk di papan hitam dlm bilik Orked? Apaaa?..
Moral cerita #4: ..kasih-sayang, benci-jahat bisa diungkapkan tanpa lisan dlm aneka latar.. hanya dgn gerak-laku dan suasana shj mampu utk menceritakan setiap butiran rasa sesama insan.
UPDATED 5Mac'07-3.40am
Setups/Payoffs
To express our vision scene by scene we crack open the surface of our fictional reality and send the audience back to gain insight. To set up means to layer in knowledge; to pay off means to close the gap by delivering that knowledge to the audience. REF: Story [ms. 238]
Maksudnya? Bahasa mudah saya ialah; set up - petanda awal.. pay off - pulangannya.. [straight forward sgtlah kan!]
Dlm Mukhsin yg paling saya ingat:
set up: pokok pilihan Mukhsin utk menyidai baju sekiranya dia 'menghilangkan' diri?
pay off: Orked cari pokok yg sama!
Moral cerita #5: ..cinta juga berpegang pada pesan yg dipeluk dgn ikrar.. seandainya terpaksa dilepaskan, ia masih mampu berbekas dlm ingatan, di lubuk hati.. sehingga mati..
UPDATED: 6Mac'07-11:50pm
Surprise!
There always comes a point when a film risks becoming predictable! This is because an audience always tries to figure things out, creating possibilities, and guessing what will happen next? It's part of the fun! The more his guesses turn out to be accurate, the more predictable the film becomes, giving it the kiss of death! There is nothing more discouraging than anticipating correctly the direction of a story, a character's next move, or what he will say? Surprise is all about the unexpected through twists and turns. The sudden shock of the unexpected. The unforseen revelation or unanticipated reversal. REF: Writing For The Emotional Impact by Karl Iglesias [ms. 101-102]
Dlm Mukhsin ada beberapa kejutan yg memang saya 'terkejut' misalnya:
~Orked mencampakkan beg keluar bas!
~Mak Inom 'membelasah' Orked dlm bilik!
~Pengutip2 hutang kedai perabot 'mengangkat' Orked di atas sofa!
~Bujang balik semula ke pangkuan Orked!
McGuffin - rujuklah posting saya yg lepas! Seingat saya ada 3 McGuffin yg ketara dlm Mukhsin iaitu:
~Bisikan Jason kpd Orked [versi Amani] mengenai layang2.
~Bisikan wanita di kelab pool-game kpd Hussein.
~Tulisan di ekor layang2 pemberian Mukhsin kpd Orked.
Moral cerita #6: ..adakalanya cinta itu sesuatu yg misteri.. kamu dan dia berselisih erti, berlanggar kata.. yg akhirnya akur pada satu titik konklusi.. [kash e.d. favourite!]
UPDATED: 11Mac'07-12:30am
Subplot
Subplot adalah cabangan atau dahan2 dr cerita pokok. Ia diberikan durasi waktu tayangan yg terhad seolah-olah menyelit2 shj. Kadangkala ia spt lebihan cerita yg memanjangkan dan tidak penting, tidak perlu. Tetapi apabila ia digarap dgn cemerlang bersama plot utama, impaknya memang memaksimakan sesebuah penceritaan!
Dlm Mukhsin:
A subplot may be used to contradict the Controlling Idea of the Central Plot [plot pokok] and thus enrich the film with irony.
~subplot 'masalah' hubungan suami vs Rozie dikontradiksikan dgn kisah kasih-sayang Mukhsin vs Orked vs keluarga Orked [jelas kelihatan di babak Pak Atan 'mendukung' Mak Inom diperhatikan oleh Rozie]
Subplots may be used to resonate the Controlling Idea of the Central Plot and enrich the film with variations on a theme.
~subplot kasih-sayang [secara kasar] antara Mukhsin, Hussein dan Makcik Senah dan kasih-sayang [secara manis & bersari] dlm keluarga Orked seiring dgn main-plot Mukhsin vs Orked.
Subplot may used to complicate the Central Plot.
~subplot Hussein cuba 'berkomunikasi' dgn ibunya [off-sceen sepanjang filem!] merumitkan istilah sebuah kasih-sayang yg mudah [Mukhsin vs Orked - cinta awal remaja].. maksud saya, mungkin desakan Hussein kelihatan kasar dan rebellious TETAPI ia tetap perasaan kasih-sayang kpd ibunya. REF: Story by Robert McKee [ms. 226-227]
Moral cerita #7: ..cinta juga seperti serampang dua mata!.. terkadang menyakitkan dan mengubati.. rasa perit kerana rindu, jadi penawar tika ketemu..
Oklah! Saya tutup rebiu saya utk Part-1 ini di sini. InsyaAllah saya akan Bual Santai dgn yasmin dlm waktu yg terdekat sbg Part-2. Apa2 pun semua yg saya tulis di sepanjang 2 minggu yg lalu adalah pendapat peribadi saya dan mungkin tidak semuanya benar dan kamu setujui! Akhirkata, kpd kamu yg membaca rebiu yg panjang ini, saya ucapkan terimakasih krn sudi ke mari. Semoga kamu dpt sedikit ilmu, sekelumit rasa, sejemput tahu. Wassalam.
HABIS.
posting2 saya terdahulu:
pautan2 bagus:
p/s: semlm 10Mac'07-11.20am - saya menonton Mukhsin kali ke-3 dgn empunya filem sendiri duduk di sebelah saya! Sekali lagi saya hairan kerana di babak lain pula saya sebak! Magic! Sangat magic!