Histeria ~ revolusi seram Malaysia?
Mampukah hantu membunuh manusia?
Histeria nampaknya telah mencipta mitos hantu yang baru dalam perfileman Malaysia. Seperti juga filem Susuk (baca: pemakaian susuk keramat boleh tukarkan Suzana jadi raksasa macam Batman?) dan Puteri Gunung Ledang (baca: dia seorang puteri dari kerajaan Majapahit?) dengan lagenda bikinan produksi masing-masing, Histeria pula menghibridkan jembalang busut ke bentuk raksasa yang mempunyai tuan, bersifat fizikal, ganas, pantas dan halimunan. Maka dengan itu, Histeria menjawab persoalan asas penonton yang menidakkan plotnya iaitu: Ya! hantu (jembalang busut) boleh membunuh! Siapa nak saman? Silakan..
Kekreatifan rekacipta unsur kebolehan jembalang Histeria itu pastinya akan merevolusi filem genre seram di Malaysia selepas ini. Maknanya, ia akan jadi bandingan skala untuk cuba melebihi keseraman Histeria dengan lebih lagi dimana visual dan bunyi keganasan hantu, polong, raksasa dan lain-lain aneka makhluk halus di masa akan datang akan lebih berubah ke arah lebih hebat! Apatah lagi dengan keghairahan pembikin filem kita yang semakin berlumba-lumba untuk menggodam filem mereka dengan CGI masakini. Kalau Histeria arahan James Lee TIDAK langsung menggunakan CGI dimana 100% menggunakan kostum dan teknik mekap hasiltangan Ella Sandera sahaja untuk merealisasikan 'seekor jembalang', maka apa yang tidak mustahil lagi untuk menciptakan lembaga menyeramkan oleh pembikin filem yang gemar ber-CGI kan? Cuma kena beringat juga bahawa kadangkala teknik 'old school' seperti Histeria nampak lebih 'betul' rupanya.
Dari segi naratif, Histeria telah memparodikan genre seram Melayu yang tipikal itu sendiri seperti juga filem Susuk. Di awal cerita lagi bomoh telah dipermainkan oleh budak-budak Pink Ladies sebagai tamparan sinis kepada filem-filem 'berbomoh' sebelum ini! hahaha.. Di waktu yang sama Histeria juga memperkotak-katikkan logik saintifik dari analisis seorang doktor psychiatrist yang sangat ikut teori sains mengatakan bahawa Murni adalah schizophrenia yang sebenarnya TIDAK! Malahan detektif yang menjuruskan ia sebagai fakta jenayah juga kebuntuan samada Murni melakukan semua pembunuhan itu atau tidak? Ini semua adalah kenakalan filem Histeria yang sinikal. Walaupun ia mengulang cara slasher films dimana mangsa dibunuh satu-persatu oleh si pembunuh yang gila (jembalang) namun dalam Histeria aku gembira menyaksikan Pink Ladies, warden dan boyfriends mereka dihukum, dibunuh, dimakan dengan kejam kerana sememangnya mereka layak diperlakukan sebegitu berdasarkan kejahatan atau ketidakadilan lampau mereka kepada Murni, diri sendiri atau orang lain. Cuma begitulah lazimnya juga manusia yang sudah hanyut dengan kerakusan kuasa akhirnya akan memakan diri Murni kerana sanggup ter-membunuh Alissa (arahan kepada jembalang) rakan karibnya sendiri.
Konsepnya mudah sahaja. Tak ada sorok-sorok, tak ada belok-belok! Sebab Histeria sepatutnya cerita B-Movie Sunday matinee yang mudah difahami (baca: a pure thrill ride yang tak perlukan otak) Genesis filem ini rasanya ialah filem Alien yang pertama, objektifnya tak lain dan tak bukan ialah nak hantar sebanyak mana yang seboleh-bolehnya penonton ke bawah kerusi atau di belakang bantal busuk masa tengok filem ini! Yang khalayak patut kisahkan hanyalah awek mana yang akan mati seterusnya dan macamana dahsyatnya cara dia akan mati? Sebab itu dialognya pun straightforward tak ada semiotik dan makna tersirat, supaya tak mengganggu dari tujuan utama filem ini iaitu nak bunuh awek-awek cool satu persatu dan penonton akan bersorak-sorai bila setiap awek yang berlagak tu mati semuanya. Ini macam dendam kesumat kaum geek terpinggir (Murni) kepada kaum cool lah. Hahaha.. aku baru cakap tak ada semiotik filem ini kan? Sepatutnya filem ini dianggap sebagai filem kelakar gelap!
Mengapa? Pertama, bila kamu tengok filem hantu maknanya kamu sudah menyerah diri kepada idea yang dalam dunia ini memang ada hantu. Jadi ikut suka hati jembalang itulah apa dia nak buat dalam filem dia kan? Kalau tak, susahlah orang nak percaya dalam dunia ini ada manusia suka pakai seluar dalam kat luar dan boleh terbang! Kedua, sebenarnya betul tak? kita dah mula bosan dengan hantu lembik tak ada telur yang cuma tahu buat orang mati terkejut secara menyakat dan menyergah sahaja! (baca: ini mitos hantu yang tipikal sejak zaman dahulukala.. mitos! jadi peduli apa pun kalau nak ubahsuai kan?) Jadi apa salahnya hantu rasuk jasad manusia kemudian ambik kesempatan bunuh orang? Dia masuk dalam badan manusia kemudian gunakan segala deria fizikal itu untuk melunaskan nafsu lapar dia. Barulah hantu jantan namanya! hahaha..
Histeria juga sebenarnya sekaligus mempermainkan penonton! Apa yang khalayak saksikan dari sebahagian besar flashback oleh cerita mulut Murni yang kita lihat dan dengar dalam filem ini adalah penipuan yang terancang oleh dia. Betul! Setiap kengerian pembunuhan yang berlaku adalah benar TAPI Murni berbohong kepada penonton bila babak dia terjerit-terlolong menyaksikan semuanya berlaku dimana sebenarnya dia ketawa gembira-ria memberikan arahan kepada jembalang. Murni adalah Aladdin yang mendapat permintaan yang tidak berkesudahan dari seekor jin (jembalang) kerana dia adalah tuan baru yang memanipulasikan kuasa untuk membalas dendam kesumat kepada Pink Ladies yang membulinya selama ini. Malahan macam aku cakap tadi, mungkin jembalang itu yang rasuk dan masuk ke dalam badan Murni dan bunuh semua mangsa. Kalaulah ada team CSi membuat autopsi kepada setiap mayat untuk mencari jap jari Murni! hahaha.. Agaknya Murni dah bersatu-padu dengan jembalang katanya. Semua tu tak mustahil untuk sebuah filem ok! Itulah nilai hiburan dalam Histeria. Kita suka dengan penipuan dan manipulasi imejan yang ditayang dan diperdengarkan kepada kita! Jadi selepas menonton filem Histeria adakah kamu percaya sepenuhnya apa yang kamu tonton?
Dari sudut pembikinan Histeria pula, aku rasakan bahawa James Lee dan produksi TUSB bersuka-ria dengan teknik-teknik tangkapan gambar, bunyi, efek dan suntingan yang mengesankan. Histeria memang terasa jimat pencahayaan maklumlah babak-babaknya hanya di waktu malam. Bagi sebuah filem seram, kegelapan itulah yang menjadikan ia lebih menakutkan. Percikan darah juga jadi pesta warna-warni air yang digunakan ke tahap maksima sehingga adakalanya terasa komedi seram? Itu memang disengajakan katanyaaa.. Ambilan gambar dekat yang terlalu dekat juga sering dipaparkan di skrin seolah-olah mencabar bukaan mata penonton untuk menyaksikan secara terperinci apa yang seram dan ngeri dalam Histeria. Dalam ertikata lain, kalau kamu mahu berani mati hendak saksikan sebuah filem seram, nahhh! tengoklah puas-puas!
NOTA:
Mungkin inilah penangan pembikin filem indie bila turun ke arus perdana. Cara bikinan mereka lain macam sikit. Bagi aku ia sesuatu yang cakap serupa bikin atau 'walk the talk' dari kelompok pembikin indie kerana sudah tentu selama ini mereka mentertawakan filem-filem arus perdana yang selekeh selama ini (baca: tak semua selekeh) Maka sekarang mereka turun padang untuk hasilkan dari cara mereka. Sepanjang tahun 2008 filem-filem Susuk, Budak Kelantan, Kami The Movie dan Histeria telah menyemarakkan lagi semangat baru kepada industri perfileman arus perdana. Pulangannya kepada penonton ialah kita dapat 1001 bikinan filem yang terasa fresh dan lain sikit. Harapnya kehadiran pembikin-pembikin filem ini akan mencernakan persaingan sengit yang positif kepada pembikin-pembikin filem arus perdana yang sedia-ada pasaran mereka untuk lebih menaiktarafkan bikinan filem mereka lagi. Jangan besar kepala sudahlah! Rebutlah pasaran filem dengan cara yang betul dan hormatilah kehendak khalayak yang sentiasa tunggu dan lihat apa yang kamu semua akan tayangkan di pawagam. Jangan cepat besar diri bila filem kamu pecah-panggung atau menang anugerah. Ingatlah industri perfileman di serata dunia ada pasang-surutnya juga, roda kegemilangan akan sentiasa berputar! Jangan putus asa kalau filem kamu gagal di pasaran kerana sudah tentu ada sebab-musababnya lalu cepat-cepatlah betulkan sebelum bikinan filem kamu seterusnya.
Aku petik kata-kata James Lee sendiri dalam sesi intebiu youtube bahawa penonton masakini hendakkan sesuatu yang instant macam makan mee segera! Dia maksudkan bahawa khalayak sekarang semakin tidak sabar bila menonton sesebuah filem. Mereka mahu lihat bukti visual dan bunyi secepat mungkin dimana naratif yang sangat meleret-leret akan dihindari dan dicemuh sebagai draggy dan membosankan. Betul! Filem ialah medium cerita wayang gambar yang berbayar bukan novel, bukan juga radio. Penonton mahukan hiburan yang pulang modal dan berbaloi. Tidak! Aku tidak menidakkan filem-filem drama berat yang perlukan sarat exposition dan dialog. Untuk filem sebegitu sememangnya ia amat perlu banyak fakta dan plot cuma kena pandai untuk menyegerakan penceritaan. Bagi sebuah filem seram atau komedi itulah yang perlu diperbetulkan oleh pembikin filem kita mulai sekarang terutamanya penulis skrip. Tolonglah tulis lakonlayar dan bikin filem yang mantap dari segi penceritaan naratifnya! Kadangkala aku dapati bahawa filem kita ada tema dan asas cerita yang bagus dan kreatif. Tapi gagal dari segi 'bercerita' menyebabkan ia jadi merayau-rayau tanpa hala-tuju sebelum dihabiskan klimak yang tergantung atau klise. Aku juga rimas dengan alasan remeh pembikin filem yang menghasilkan genre komedi ringan dengan alasan perisai bahawa ia sebuah filem komedi, jadi tak perlu nak serius sangat dengan jalan cerita janji kononnya penonton pasti akan terhibur dengan lawak ringan dan bodoh kerana ia filem komedi yang pastinya akan jual! Aku tidak berseteru dengan filem sebegini, cuma tolonglah kemaskan cara berceritanya! Tapi aku pun tahu juga bahawa ada pembikin filem komedi yang degil akan cakap "aku peduli apa? janji pada aku, filem aku kelakar nak mampus! filem macam ni akan laku dan aku boleh bikin lagi dan lagi filem komedi yang ringan!" Hello! ringan tak bermakna cincai ok! Panjang berjela-jela pulak rebiu aku kali ni sempena Selamat Tahun Baru 2009.. semoga industri perfileman Malaysia akan lebih pandai! lalala!
*Ajami Hashim vs. James Lee >> youtube
*rebiu blogger lain >> sini
*bacaan tambahan >> dr.zul
murni bunuh orang ikut rank no1-paling-dibenci sampai orang yang paling dia kurang benci.
ReplyDelete"nasib baik ada orang baik macam aku ni"
"macamla kau baik sangat"
memang kelakar seram
haishhhh..
ReplyDeletekena gi tengok ni..
hehe
sejauh mana benarnya "filem kita wajah kita"
ReplyDeleteadalah itu hanga omong kosong menyedapkan hati semua orang
ngeee
mungkin aku paranoid tetapi tulisan kau kali ni macam sengaja nak hentam ulasan aku, atau macam "menjawab" benda2 yg aku tak suka dlm Histeria... kan kan kan?
ReplyDelete1st of all, no its not a revolution in terms of the ghost. dalam PHSM, dah ada hantu (pontianak) bunuh manusia, walaupun kejap.
Revolusinya bolehlah dikira dalam penggunaan GOREnya yg pertama buat Malaysia (Rahsia ada satu babak tapi kejap je, Toyol pun ok, tapi Histeria mmg ekstrem), ini satu perkara yg perlu dipuji tinggi2.
tangkapan wajah dekat masih merimaskan. idealisme indie dlm turutan mainstream? ini bukan kebiasaan James Lee.
Watak "persenda bomoh" awal cerita BUKAN PARODI (perlu sedar ungkapan parodi ni bukan boleh main2, malah takde humor dalam "prank" remaja2 tu) tetapi RETRIBUSI - kebiasaan dalam pembikinan filem seram, yg kita panggil "to bend the rules of society", ini tipikal dlm filem seram, ini satu yg baik dlm Histeria.
Filem ini tidak mungkin ambil model Alien (yang mengambil model The Thing From Another World(1951)serta Planet of the vampires(1965) ) tetapi lebih dekat kepada filem2 slasher/witchcraft. Penggunaan jembalang/hantu raya/penunggu busut dalma konteks slasher mmg perlu dipuji.
bukti aku: kau upload citer ni 3 jan, aku 1 jan...
ReplyDeletebtw, terima kasih kerana aktifkan kembali hororisma, peminat seram memerlukannya!
ajami... no hp ko berapa ek?. i'm lost all no hp ok coz my sim hilang semalam... including important number.. hahahha
ReplyDeleteko email kat aku no hp ko atau ko msg kat no maxis aku okay...
no hp ko ek ajami
tq...aku akan dtg preview maut tue
fadz! YES U R! eh! aku suka laa rebiu kau! muahhh!
ReplyDeletefarid, kau patot masuk geng Pink Ladies tau!
ReplyDeleteanasir, hoishhh! yaa-ampunnn tak tengok2 lagik?
pjoe, wajah jembalang kita yg dah di-upgrade ala2 cocok botox ok per! kekekek
amy, yaa aku dah sms!
fadz, eh! serius beb lu yg paranoid! gua hantammm sajaaa itu tulisan hahaha!.. eh! prev MAUT kau amik laa penerbangan air-asia blk KL!
oiii! pengkeritik pon gaduh ssama korang ke? lol
ReplyDeleteLack of Histeria.. Skrip tunggang langgang... kejap guna kata ganti nama "aku" lepas tu "saya".... director tak monitor ke pasal tu..., satu lagi.. bila keluar aje jembalang tu.. ketakutan dah berkurang. macam Jeeper Creepers
ReplyDeletetak baik tau ajami buat fadz camni. nak tulis tulis jelah... jangan tulis sekadar nak 'memeriah'kan je..
ReplyDeletejujurnya. histeria tak seram. bagi aku lah.
ReplyDeletedan boleh pulak ya gelombang otak kita kali ini teradjust dan reviukeluar untuk histeria?? pelik.
ajemi kau bias sbb tak sokong filem seram antofighter? muahhahaaa
ReplyDeleteSelamat Menyambut Tahun Baru
ReplyDeleteulasan yang menarik. aku tak berapa paham beberapa istilah ... ni nak kena belajar ni
eh, kenapa kredit filem ni cuma ada dua nama je? penulis dan pengarah. takkan dioarang berdua je bikin filem ni?
ReplyDeletenak datang, tapi rasanya ada kelas hari ni pukul 8 mlm. kalau datang nanti call.
ReplyDeleteMERCY MALAYSIA PALESTINE RELIEF FUND www.mercy.org.my
ReplyDelete( Please make cheques payable to MERCY MALAYSIA. CIMB account number: 1424-000-6561053. For more information, please contact 03-2273 3999. )
"No amount is too small, and will be gratefully received."
Seram ini lain. :-) nanti saya tulis pasal maut plak. hehe.
ReplyDeleteTanpa Nama 1 ~ kitaorg bukan gaduh laa.. tapi comolt jer! hahaha!
ReplyDeleteTanpa Nama 2 ~ kdg2 aku pun sembang dgn kwn2 guna aku, saya, gua, i.. tak pernah kena marah dik ;-)
Tanpa Nama 3 ~ bila lagi nak 'memeriahkan' majlis kan?
hegira @ alina ~ rebiu kau pun best dik.. muahh!
Tanpa Nama 4 ~ bila plak gua bias dik? gua suka yaa amats antoo fighter! hahaha!
Azer ~ welcome back bro! istilah2 tu sengaja nak gempakkan posting jer tak brapa ptg pun bro ;-)
Tanpa Nama 5 ~ sila baca credit title kat ujung filem tu lah!
jhebat ~ apsal tak dtg semlm bro?
aaron ~ tQ 4 info! and FUCK israel!
danielle ~ sori semlm tak dpt jumpa kau! tulis laa cepat dik, nnti gua baca ;-)
setannya aku dgr :ambik la penerbangan air asia, amboi!!! mulut tak insurans sial, kalau ada org sponsor takpe gak! hahaha!
ReplyDeleteFadz:
ReplyDeletebetul. Dan Pontianak mengecewakan precisely sebab dia hantu yang tak konsisten sifatnya.
Dia dah tahu dia boleh bunuh orang, pas tu apa, kemudiannnya dia tiba-tiba tak de telur ("telur" secara metaforikal, sebab Pontianak kan betina) nak gunakan kekuatan dia tu untuk melunaskan dendam kesumat dia? Mula-mula dia tahu dia boleh terbang pas tu dia decide nak save minyak so naik kuda plak? Kejap dia ada jasad, kejap dia tak de?
Dan aku ingin sangkal persepsi kau tentang Alien. Alien juga boleh dihujahkan sebagai (atau banyak meminjam dari) sub-genre slasher, cuma ia filem slasher yang lebih inteligen dari yang biasa kita lihat, lebih matang (dari segi execution dan watak-watak di dalamnya -- yakni, bukan dumb teenagers) dan menggunakan antagonis yang juga luar dari kebiasaan filem slasher.
Tentang Histeria, tak de komen. Tapi aku suka summary dari Amir Muhammad: "Histeria filem yang menyeronokkan masa kau tengah tonton tapi tak melekat dalam kepala lepas kau jijak keluar panggung." Yes! Memang itu yang cuba dihasilkan -- semata-mata sebuah filem popcorn. Agaknya macam brandi yang digunakan dalam kuih lah: mengikut chef tersohor kita, tak apa pakai brandi sebab ia akan evaoporate tanpa meninggalkan jisim. Hi hi hi.
- Ruhayat
Re. Alien sebagai sub-genre slasher:
ReplyDeletesila baca kat sini, misalnya:
http://www.freewebs.com/mgutman/narrativeanalysis.htm
sudah lah tu ruhayat. saya harap fenomena seni akan jemput awak lepas ni.
ReplyDeleteowh dia tipu polis melalui ceritanya.
ReplyDeletecamna aku boleh tak nampak!
kekekekekee
antara cerita yang uncle ajami listkan tu, susuk,kami the movie,budak kelantan,histeria,
tak de ke pungguk rindukan bulan? huhu
antara tu aku suka lagik budak kelantan. hebat!
fadz ~ wakakakak!
ReplyDeleteamri ruhayat @ studio ~ boleh dpt diskaun ker segala-bagai mende yg kau jual kat blog itu?
tanpa nama ~ takperlah kasi can laa kat dia bro! kau bila nak tulis skrip filem & jual juta2 mcm dia plak? hahahah
deen ~ PRB kes khas! hahaha
tunggu aku tulis skrip film porno ya. pasaran lebih besar dari histeria.
ReplyDelete-tanpa nama yang belum tulis skrip filem & jual juta2 mcm dia plak.