Sabtu, 28 Februari 2009

Odoi Odu ~ layakkah sebagai filem pendek terbaik Astro Kirana Short Film Awards 08/09?

*sila tonton Odoi Odu secara online di sini >> ODOI ODU
Filem Slumdog Millionaire menang 8 anugerah di Oscar, filem Odoi Odu arahan Farizie Morinding pula membolot 4 anugerah utama iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Cerita Terbaik dan Lakonan Terbaik. Maka dengan itu benarlah tekaan berdasarkan penontonan secara peribadi saya untuk memilih Odoi Odu sebagai yang terbaik (fyi, dalam ulasan saya itu saya tulis >> filem ini seperti di-edit menggunakan Windows Movie Maker ajer! memang nampak murah! >> menurut Farizie MEMANG filem itu disunting dengan Windows Movie Maker pun! dan saya begitu kagum!) begitu juga dengan filem-filem Mirror arahan Christopher Low dan Aku arahan Shuhaimi Zulkefli dalam posting sebelum ini. Saya sempat berjenaka melalui sms dengan Gayatri Su-Lin apabila ia dinobatkan bahawa Odoi Odu ialah 'Slumdog Millionaire' untuk Astro Kirana Short Film Awards malam tadi. Semasa berbual santai dengan Afdlin, Gayatri, Julian dan Ira Fazir (TUSB) saya nyatakan pendapat peribadi saya tentang kenapa Odoi Odu memang selayak-layaknya untuk menang? Mudah sahaja iaitu saya akan pilih sebuah filem yang berjaya untuk 'bercerita' dalam durasi yang sangat singkat, ceritanya sampai dan mencetuskan sesuatu rasa kepada saya apabila habis menontonnya. Bagi pembikinan sesebuah filem pendek cabaran utamanya ialah untuk bercerita seperti ringkasan karangan. Ia kena segera, padat dan tidak perlu meleret-leret untuk establish-kan tentang what is it all about? Setiap saat dan frame filem mesti digunakan semaksima yang mungkin untuk menyampaikan cerita. Ia bukan pasal betapa hebatnya sudut teknikal kerana ia cuma aksesori atau kulit sesebuah filem pendek untuk membantu menyampaikan penceritaan sahaja. Kena ingat, ini sebuah pertandingan bukannya pesta lambakan filem-filem pendek seperti acara di MASKARA SHORTIES tahun lepas dimana ia cuma membentangkan 1001 jenis cerita yang tidak kisah tentang apa-apa yang perlu dinilaikan atau dipertandingkan. Jadi sebab itulah saya rasakan bahawa Odoi Odu ialah yang terbaik kerana ia berjaya menzahirkan sebuah kisah yang begitu kuat impaknya berbanding filem-filem pendek lain dari segi naratifnya. Secara peribadi, kalaulah Odoi Odu tidak ada dalam senarai calon sudah tentu saya akan memilih pula filem pendek lain sebagai yang terbaik iaitu samada Mirror atau Aku. Kamu boleh saksikan secara online atau di saluran Astro Kirana (jadual rancangan akan dikemaskini kemudian) ketiga-tiga filem pendek itu untuk memahami kenapa saya katakan bahawa filem mereka berjaya untuk bercerita dengan bagus. Pola pemilihan para juri profesional tahun ini mengisyaratkan kepada pembikin filem yang hendak menghantar penyertaan di tahun-tahun hadapan iaitu untuk menjuarainya ialah dengan membikin sebuah filem pendek melalui a story well told. Oklah, mungkin ada pendapat mengatakan bahawa sesebuah filem pendek yang terbaik mesti juga bercerita dengan isi, isu dan sudut teknikal yang hebat? Betul juga, saya tidak nafikan bak kata sultanmuzaffar bahawa Odoi Odu tidak berjaya memenangi apa-apa kategori teknikal membuktikan bahawa filem-filem lain adalah terbaik dari sudut itu tetapi belum menjamin untuk menjadi filem terbaik sebagai juara pertandingan.

NOTA: Jangan lupa tonton Astro Kirana Short Film Awards 08/09 - Awards Night malam ini di saluran Astro Kirana (ch 122) 9 malam! Ada persembahan selingan yang hebat-hebat oleh AC Mizal, Sazzy Falak, Aizat, Adam, Nikki, Bunkface, Apek+Along+Angah, Stacy, Misha Omar, Meet Uncle Hussain dan para penyampai yang glamour!.. dan hey! Apek boleh menyanyi secara live dengan baik, lebih bagus dari lakonannya dalam Sifu dan Tongga! hahaha!..
pautan:

13 ulasan:

my name is KARL berkata...

yup..

bro.. nmpk sgt short film ni mcm murah, tp setelah ditonton, pengisiannya tu yg penting!

Nazim Masnawi berkata...

"Saya sempat berjenaka melalui sms dengan Gayatri Su-Lin..."

"Semasa berbual santai dengan Afdlin, Gayatri, Julian dan Ira Fazir (TUSB)..."

Konon-konon nak tunjuk byk member hebat-hebatlah tu... feck!

Anyway, unlike Odoi Odu, kau rs Slumdog layak ke blot those Oscars?

Coffeeholic berkata...

semalam you tak nampak i ke you! hehe

Joey Mie berkata...

bro sokong la kalau teknikal jalan cerita bagus boleh menang untuk filem terbaik...

walaupun hanya guna windows movie media maker..

budak baru berkata...

gayatri, julian & ira fazir tu sape? org terkenal ke? ada cth-2 hasil kerja dorang?

sinaganaga berkata...

adu la... mcm mana gua buleh terbanyak keje lately ni... mmmm...

Tanpa Nama berkata...

filem yg merepak
semua kerja neraka

Ajami Hashim berkata...

info 'Tanpa Nama' di atas:

IP Address: 118.100.23.80 (Telekom Malaysia Berhad)
ISP: Telekom Malaysia Berhad
Location/Continent: Asia
Country: Malaysia
(Facts)
Lat/Long: 2.5, 112.5
Language: English (U.S.)
Operating System: Microsoft WinXP
Browser: Internet Explorer 7.0
Mozilla/4.0 (compatible; MSIE 7.0; Windows NT 5.1; .NET CLR 2.0.50727; .NET CLR 1.1.4322)
Javascript: version 1.3
Monitor
Resolution: 1024 x 768
Color Depth: 32 bits
Time of Visit: Mar 3 2009 3:28:36 pm
Last Page View: Mar 3 2009 3:38:01 pm
Visit Length: 9 minutes 25 seconds

Ajami Hashim berkata...

Tanpa Nama berkata... "filem yg merepak semua kerja neraka"


kau mesti harapkan supaya aku 'terasa' or maybe 'men-delete' komen kau kan? ahahaha! sebenarnya aku sekarang tengah bayangkan MAK & BAPAK kau tengah dibakar rentung dlm neraka jahanam sebab anak dia adalah yahudi! ahahaha!

angelicbug berkata...

Thanks Ajami for the links!
Cool blog too.
Will defintiely frequent here often.

Tanpa Nama berkata...

Ajami Hashim da bomb!

Ajami Hashim berkata...

tQ ALL coz bg komen ;-)

"Anyway, unlike Odoi Odu, kau rs Slumdog layak ke blot those Oscars?" ~ nazim

bg aku, kemenangan SM sekadar nak 'pujuk' kebencian org2 asia kpd kejahatan yahudi! enuf said! ahahaha!

Tanpa Nama berkata...

biasanya filem yg dihasilkan dipegaruhi oleh budaya (salah 1 faktor yg x asing).. well .. semoga ada iktibar disitu