Selasa, 9 Mac 2010

NIYANG RAPIK ~ tak merepek?

Salaam..

Saya tidak pasti hendak ucapkan tahniah paling utama kepada siapa dalam produksinya? Siti Jasmina Ibrahim - penulis skrip, Ahmad Idham - pengarah atau Raja Mukhriz & Rosli M.Taib - sinematografer.. yang pastinya saya ucapkan TAHNIAH! kerana filem ini memenuhi kehendak penontonan sebuah filem genre seram secara peribadi kepada saya.

Niyang Rapik walaupun mungkin ada yang melabelkannya sebagai mimikan filem seram dari Siam, namun ia masih berjaya 'bercerita' dalam kemampuannya tersendiri sebagai salah sebuah filem Melayu yang semakin bagus pembikinan dan penceritaannya di antara lambakan filem-filem lain yang masih primitif. Hanya pembikin filem yang defensif sahaja akan mengatakan bahawa 'pemikiran' si pengkritik filem yang primitif katanya! Ooopsss!..

Saya sangat gemar dengan struktur penceritaan filem ini yang suka bermain-main dengan tekaan oleh penonton. Di awal-awal pembukaannya lagi sudah cuba dipesongkan jangkaan bahawa dalang (culprit) utama konflik-konflik seterusnya ialah watak Zack (Fizz) kerana dia yang mati mula-mula sekali? Tambahan pula perihal utama yang dikaitkan dengan Zack oleh kawan-kawannya ialah 'kerambit' pusaka dari Niyang Rapik iaitu sebenarnya motif palsu.

Lantas kisah kawan-kawan Zack iaitu Saiful (Zed), Amir (Awal), Zizan (Shaheizy) dan Helmi (Kamal) pun bermula sebagai suspek-suspek tambahan dengan rahsia masing-masing..

Perjalanan kembali ke Niyang Rapik dibauri dengan imbas kembali dari setiap watak untuk mencantumkan semula naratif backstory filem ini yang menggerakkan penceritaan ini dengan pantas. Babak-babak itu yang saya suka! Ia macam menyelam sambil minum air menggunakan teknik flashback yang sangat terkawal semasa penggambaran dan suntingan filem ini. Saya boleh katakan bahawa setiap babak flashback digunapakai untuk menolak cerita ke depan dengan cepat supaya lebih difahami sekaligus menimbulkan tandatanya misteri kepada khalayak. Contohnya, babak persoalan 'bilakah' Zack membawa balik kerambit itu dijawab dengan perkongsian multiple 'point-of-view' (tangkapan kamera dan suntingan) oleh semua kawan-kawannya. Walaupun ia adalah rahsia ingatan peribadi masing-masing yang terpecah-pecah tetapi bersambungan sebagai linear storytelling (exposition) kepada penonton. (nota: Puaka Tebing Biru & Susuk juga bermain dengan teknik flashback sebegini tetapi lebih kompleks dan kadangkala mengelirukan penonton)

Pada sebahagian besar perjalanan rentetan plot filem ini, puaka oleh 'kerambit' Niyang Rapik diangkat sebagai punca utama semua kejadian berhantu yang dialami oleh Saiful, Amir, Zizan dan Helmi. Memang visual meng-voodo gambar-gambar mereka oleh watak Tok Neram/Itam (Nasir) diselang-seli tetapi penonton ditipu bahawa kemarahannya berpunca dari 'kerambit' itu. Penampilan watak Pak Salleh (Sharonizam) pula ialah watak yang digunakan untuk menjelaskan dan menjawab kepada mereka (dan khalayak) bahawa punca sebenarnya ialah Laila (Liyana). Kata kunci kebagusan filem ini ialah 'plot twist'.

Hey! Cukuplah spoiler yang saya tuliskan di sini! Kamu tontonlah filem ini selagi ada di pawagam! lalala!..

*rebiu lain: tontonfilem * thatmoviebloggerfella * obefiend * sinefelia

kredit efek: Ella Sandera

13 ulasan:

kekure berkata...

Iols tonton 2 kali hoccay?huhuh..Cipta sejarah sangat tau..

rahab sera berkata...

isk. flashback berlebih la, filem klise nak mati.

hantu pula spesis melambai-lambai dan cuba menggapai kaki. WTF!

sinematografi dgn art direction kaputt...

orang kena rasuk mesti panjat serambit.pfft.

seram? no! lawak? yes.

Tanpa Nama berkata...

thanks for the short review mr ajami,..saya seorang peguam dan selalu membaca ruangan anda
sedikit sebanyak ada pembelajaran lepas bagi yang menonton filem ini
saya dah tengok filem ni
1st of all very impresive cinematography,..
story yang bagus untuk dilayan

Tanpa Nama berkata...

saya tengok dua kali;
permulaan yang agak slow
tapi cinematography yang baik
tahniah kepada ahmad idham

naomi berkata...

setuju cinematography yang baik

juita berkata...

saya tak suka satu je....aktor yang terjerit-jerit.Ceritanya sedih sangat.dari mula sampai akhir saya terhibur.Gambar cantik sangat.ada lokasi macam ni di malaysia ya.

shandye. berkata...

unsur saspens - check.
pelakon yg mantap - check.
sinematografi dan susunan plot yg kemas - check.
hantu yg menyeramkan - oh. tidak. sangat predictable.

sitihajarramli berkata...

x tgok lgi...huhu
en ajamie, sy msih x tau lg nk wat ape untk blog ni..huhu....

ryann berkata...

walaubgmanapun, jeritan dalam mistik tetap da best.haha. adeh

kinta berkata...

cerita yang menarik....awal ashari berjaya mencuri perhatian disaat akhir filem ini...Sinematografi yang mengangkat penceritaan sama tara dengan Score music...cerita ni tak seram tapi trill..ada satu adengan hantu yang aku rasa seram waktu imej hantu yang seakan menyerupai bentuk batu(comouflage,good lighting...
tahniah pada para pembikin filem ni.yang paling tak berkenan bila aktor terjerit-jerit

Vitamin berkata...

aku tengok filem ni tak terkejut langsung. tak takut dan tak seram. kecuali rasa nak pukul brader sebelah aku yang buat review sebelum keluar panggung. shilakak

fadz berkata...

dlm piawai ahmad idham, oklah, satu pengiktirafan utk ambil MPR Siti Jasmina (walaupun buat aku, masih blur pada awal), tAPI UNTUK piawai filem seram aku, no no.. masih bawah lagi..

Mat Rebiu berkata...

saudara ajami, adakah filem ini lebih bagus drpd SANTAU?